Ikan Gapi mula beranak (ia tidak bertelur) hari ini menurut bapa saya yang melewati tangki air hujan dan ikan (milik saya) bersama-sama keluarga bapa saudara saya yang datang beraya.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Anak Gapi?
Sudah tentu kena ada Ikan Gapi Jantan dan Betina.
Keadaan Air Pula?
Air untuk ikan, mengikut pengalaman 3 bulan saya ini, ikan sukar sekali untuk bertahan di dalam air paip. Rasanya air paip tidak natural dan kurang berkhasiat atau tidak mengandungi lelumut untuk ikan bermesra.
Air paip mengikut jiran saya, boleh dinyahkan klorinnya dengan menjemurnya di cahaya panas terik matahari selama 2 hari. Tetapi bagi saya, saya tetap percayakan air hujan.
Alat Untuk Memeriksa pH Air
Belasan ringgit telah dihabiskan saya, bagi membeli alat penyukat nilai pH. Bagi yang kurang tahu, setiap cecair mengandungi nilai pH. Ini termasuk darah dan air mani. Lazimnya nilai pH yang tinggi itu bersifat alkali dan yang rendah pH itu, bersifat asid.
Untuk ikan, mengikut taukeh kedai ikan, setiap ikan ada habitat yang ber'pH' tersendiri. Bagi Ikan Gapi, nilai 'pH'nya ialah 6.8 - 7.0.
Nutrien
Bila sebut nutrien, ramai yang menggaru kepala. Ada baiknya saya sebut makanan. Air yang bermakanan ialah air yang ada lelumut. Bapa saya sendiri seakan-akan risau dan menyuruh saya menukar air, kerana ia semakin menghijau walau pun ditapis.
Jika anda tonton video di atas, air yang tertapis dengan baju cotton (kain kapas) itu kelihatan hijau lumut. Bahkan terdapat lelumut yang tertapis di atas baju itu.
Nutrien Banyak pH Tinggi?
Nilai pH ketika itu sangat tinggi. Tetapi, apa yang aneh ialah ikan-ikan sangat mesra sekali dengan keadaan air seperti itu. Saya agak hairan. Jika saya ikut kata si taukeh kedai ikan, sudah tentu berbotol-botol cecair "pH Down" mungkin akan dibeli saya.
Berbekalkan cara berfikir saya, yang selalu merujuk kepada keaslian air pada zaman batu dahulu kala, saya memilih untuk membiarkan hujan mengisi tangki itu dan biarkan tumbuhan akuatik itu melakukan kitaran mengaslikan air.
Hujan Berguruh / Hujan Berpetir
Orang tua-tua ada berkata hujan berguruh atau hujan berpetir itu baik sekali untuk tanam-tanaman. Kerana kimianya ternyah sewaktu berlakunya panahan-panahan petir. Jadi konsep itu dipakai saya untuk memberikan air hujan itu kepada ikan-ikan.
Asalkan ada keserdahanaan, kesemuanya itu sudah cukup. Lelumut jangan sampai mendominasi (membolot/menguasai) pemukaan air.
Pengepam Oksigen & Penapis Air
Penapis air dan pengepam oksigen itu tetap berjalan 24 jam. Lantaklah ikan-ikan itu nak marathon atau tidak. Turut kelihatan pasu-pasu pecah yang menjadi tempat ikan berehat daripada marathon.
Ada yang kata, Ikan Gapi tidak perlukan pengepam oksigen. Tetapi apa nak buat, dah penapis air digandingkan sekali dengan pengepam oksigen, sekali jalanlah kedua-duanya. Jika air tidak bertapis, lelumut akan melitupi permukaan air, ikan tentu timbul terbalik (mati).
Dari Mula Dahulu Sehingga Sekarang
Pelbagai kesilapan yang telah dilakukan saya. Antaranya tips dan pengalaman yang boleh saya kongsi:-

- Suhu
Jangan lepaskan anak-anak Ikan Gapi tanpa menstabilkan suhu air bungkusan ikan dengan suhu air tangki. Ini penting bagi mengelakkan ikan terkena kejutan suhu badannya. Hanya apungkan bungkusan itu buat 5-10 minit terlebih dahulu sebelum melepaskan ke semua ikan. - Air Paip
Menggunakan air paip pada hari pertama. Ikan Gapi banyak mati dari minggu ke minggu berikutnya. Kemungkinan besar kerana klorin yang terkandung di dalam air paip itu.
Berlainan dengan Ikan Bandaraya yang berupaya menyesuaikan dirinya dengan apa jua keadaan air. Sebab itulah Tuhan jadikan ikan itu berkulit keras. - Tumbuhan Akuatik
Tidak meletakkan tumbuhan akuatik. Lazimnya di kedai ikan yang dikendalikan oleh taukeh yang berpengetahuan, tentunya kedai itu ada tumbuhan akuatik. Lelumut akan menyusul tumbuh setelah tumbuhan akuatik diletakkan di celah-celah pasu pecah ibu saya. - Tempat Ikan Berehat
Batu-batuan atau pasu pecah boleh digunakan bagi mengepit tumbuhan akuatik dan menjadi tempat ikan jantan dan betina bersenyawa. Ikan-ikan juga boleh berehat di celah-celah batuan yang terasing dari arus air yang deras. Ini penting, bagi pam yang mempunyai daya sedut dan pancutan yang kuat. Jika tidak ada batu-batuan, mungkin ikan-ikan kecil akan melekat di pam tersebut akibat keletihan atau kecuaian semasa berenang. - Makanan Ikan Gapi
Saya menggunakan micro pellet (sebuk halus) yang dibeli sekitar RM8.00. Namun setelah diamati, ikan-ikan lebih sukakan makanan yang natural. Makanan yang masih hidup seperti bloodworm (Sejenis jentik-jentik merah yang dijual di kedai ikan dengan jolokan 'cacing beku' yang berbentuk kiub). Saya dapati bloodworm akan membiak dengan sendirinya di celahan penapis wool yang boleh didapati satu set bersama pam oksigen di kedai ikan.
Saya juga pernah memberi jentik-jentik pada hari pertama kerana tangki itu dahulunya penuh dengan jejentik yang membiak di dalam tangki yang berisi air hujan. Hajat pada mulanya hanya untuk mengairi tanam-tanaman berhampiran. Oleh kerana kehadiran jentik-jentik, khidmat Ikan Gapi sebagai agen pembasmi jejentik diperlukan saya.
Selain jejentik, larva bari-bari juga saya pernah berikan. Saya mendapat larva-larva tersebut dari balang berlubang (dijolokkan dengan tisu bagi mengimbangi kelembapan dan bauan) yang berisi Quaker Oats dan sedikit air. Mungkin bebari itu berjaya masuk ke dalam balang dan kemudian bertelur. Bagi sesiapa yang inginkan makanan percuma, anda boleh menggunakan kaedah ini. Cacing beku pun mahal. Kemudian perlu dibekukan pula di dalam peti ais. Leceh dan geli pula nanti. - Saiz Ikan Gapi
Dahulunya saya menganggap Ikan Gapi saya akan membesar sebesar tapak tangan. Tetapi sangkaan saya meleset. Maklumlah orang bandar seperti saya, ikan pun tak kenal. Ikan Gapi betina yang baru beranak itu hanya sepanjang 3 inci. Lebih kurang panjang jari kelingking (pinky finger).
Saiz Ikan Gapi memang ada yang besar-besar. Saya sendiri pernah lihat di kedai ikan, tetapi warna Ikan Gapi besar tidak secantik spesis yang kecil ini. Apa yang ada di dalam video di atas, hanyalah Ikan Gapi kecil. Mengenali saiz Ikan Gapi juga penting bagi menaikkan semangat untuk membelanya hingga besar dewasa dan juga supaya tidak berputus asa. Kiranya ada sasaran, barulah jelas semuanya.
Selamat membela Ikan Gapi anda.
p/s: Oh ya, selepas 3 bulan membela ikan, anak-anaknya pun akan muncul. 3 bulan juga merupakan tempoh SPR menggazet dan mengesahkan nama daftar pemilih.
Katakan pada kerani SPR itu, "Ikan Gapi pun dah boleh beranak dalam 3 bulan". Kepada yang belum daftar mengundi, anda boleh daftar sambil bela Ikan Gapi.

40 comments:
aku pun bela ikan gapi jugak
dah beranak berekor2
aku tak pakai pump oksigen atau filter, cuma guna air yang difilter oleh penapis air jenis BACFREE (backteria free) yang mana outputnya adalah tanpa klorin dan boleh terus diminum. aku guna air ni selama berbulan2 tanpa pam/filter. ikan tetap hidup dan beranak sampai sekarang. dah hampir setahun aku bela ikan guna air output dari bacfree
Nak Beli Ikan Gapi Call Kite azura_7951@yahoo.com.my
betul ke gapi ni simpan anak dalam mulut dia...ada yg kata betina akan mati dan anak akan keluar dari perut ibu nya yg mati td...
telur anak gapi akan berada dalam perut guppy betina sehingga lah menetas.
Sekiranya makanan tidak cukup, pasti ikan guppy akan makan anaknya.
bru je beli ikan gapi smalam..perut ikan betina tu da mcm nk meletup..agak2nye..die akn beranak cepat x?? xsaba lah.. emm yg larva bari-bari tu camne? xphm lah..
nak bepantun sat...
ikan puyu si ikan duri...
berenang-renang di dalam kolam...
ngape le ikan gapi ku mati...
sedey ati ku bukan kepalang... huhuhu
sesiapa yg ingin kan ikan gapi ni call lah sya 019-3369384 e-mail maa5455@gmail.com
murah-murah..
Salam...Nak tanya sikit mcm mana nak hilangkan fungus (tompok-tompok putih)yang ada pada ikan gapi? Sbb Selepas tu ikan tersebut akan mati..
Terima kasih.
Husna
syahrulhusna@yahoo.com
@Anonymous/Husna
Mungkin boleh beli garam khas untuk cegah fungus pada ikan atau pun belerang (serbuk kuning) di kedai ikan peliharaan.
Salam, nk tanya. saya baru jek bela ikan gapi dlm 1 mggu. Skang da nampak mcm lesu jek ikan2 tu. saya guna air paip yg saya dah "perap" dalam botol utk akuarium tu plus cecair anti clorin sket. Ade la letak kulit kerang, batu2 n rumpai artifial sket dlm akuarium. Bagi mkn mknn pallet. blik keje n nak g keje (tk la bg kerap). huhuhu, tk tau punca knp babies saya lesu... Ingat terlebih mkn n nak ganti ngan lumut hijau sket. Risau sgt sbb ade 2 ekor betina tu dah bunting.... huhuhu, tolon3!!!
mcm mne nak tau yg ikan gapi betina too bunting ato x?
@faris
Tentu boleh sebab berenang dalam satu tempat. Habitat yang dibuat manusia tak berupaya melawan habitat ciptaanNya.
hanief dok kat mane?
hanief bole bagi nombo tepon.banyak saya nak tanya hanief pasal ikan gapi yang saya baru beli tadi.tolong ye
hanief,tnye sket..
tdi sy bwu jep beli ikan guppy..
tpi,langs0ng x ingt na beli mknn dye...
s0,skang neyh na dye0rg na mkn pew???
n 0ne m0re,dye0rg mkn seminggu sekali je ke???
bce kat g00gle td camtuh!!
=(
@h0neY.h0neY.h0neY
Bloodworm (cacing beku) ataupun micro pellet.
sy bru beli ikan gapi..skang dah ada 13 ekor,sy suke bc blog nie..baru sy tau mcm mane nk jage ikan gapi ni...thanks =)...sy x sabar nk tunggu ikan gapi sy membiak....
akak pun peminat ikan guppy ni.....
dulu akak banyak bela ikan ni....tapai satu hari yang sadis...entah kenapa ikan-ikan ni mati... sehari 10-20 ekor...sedih sangggggat...dahlah akhirnya akan akak yang rasanya beratus ekor tu tinggal tak sampai 20 ekor...... sekarang ni sedang membiak semula tapi tak banyak sangat.... akan guppy ni kalau nak bagi generasinya panjang...pastikan kita beli ikan yang dah sarat..tunggu masa nak beranak je.... anak-anak tulah akan hidup dan akan beranak pinak....
dulu akak pakat bagi je sape yang nak...sebabnya ikan yang dah biasa hidup dibela akan lebih senang hidup drp ikan yg dibeli di kedai...riwayat hidupnya panjang.... akak dulu kalau ke bandar pasti akan membeli ikan guppy...akak suka beli ikan betina sebab nak bagi dia beranak...akak-akak nya tulah akan membesar.....sekarang ni dalam pasu besar yang akak bela gapi dulu akak dah tukar dengan ikan moon yang juga menyimpan anak dalam perut...ikan yang berwakna merah,atau kuning bercampur hitam tu lebih tahan lasak...tapi ia tak secantik guppy..... guppy tetap ikan kesukaan akak...
ada mknan lain untuk ikan gapi slain smua ni ka??
apa lg mknan ikan gapi?? yg x perlu d beli ah.. hehe.. mau jimat bah ni..
http://ikan-fishblog.blogspot.com/
klau ada masa lawat la blog ni..
ikan gapi saya terkena kejutan suhu!!! saya lupa nak biarkan dia dlm plastik selama 5-10 minit di atas air!! tp semuanya dah terlambat!!! ia sedang dalam proses untuk mati!!! SOMEBODY PLEASE HELP MEE~!!! aku sayang n cinta ikan gapi2!!... bru je beli semalam... haizz
hai....
sy bru je bela ikan gapy ni seminggu...dlm balang yg kecik n ada kiambang...bru smlm dia beranak...byk giler ank dia...
tp skrg sy confius so nk tya HANIEF,
blh ke anak-anak ikan gapy ni hidup dgn gapy jantan...?
sy riso gapy jantan ni akan makan ank2 gapy yg baru lahir ni...
please,,help mee......
Elok asingkan. Kalau ada pam oksigen yang laju juga perlu kita waspada agar anak-anak tidak terkisar dek kipas pam oksigen.
nak tya ni... leh x klu aku ltak ikan laga skli dlm akuarium yg ada ikan gapi ni... adeh.. bla bca blik, kna 1 betina n yg jntan kne lbih dri sekor ek.. tp aku sekor ja jntan.. tp 2 ekor btina.. cam na ni...
aku ni dh angin gile dgn ikan gapi aku nie x membiak-biak stelah sebulan bele pdahal ade 2 eko jantan n betine....agaknye ikan aku ni mandul kut.....
skrg ni ikan aku tngl sekor je sbb sume dh mati panaszzzzzzzzzzzzzzzzzz...........
bdk ats nie ikan ikt tuan kot
hahahaha
ikan aku dh beranak pinak dh
nk dtg la amik kt aku
hahahaha
kalau guna Air ECPi die tak ikan tu?
ikan gapi, baru menimang cahaya mata tapi x tahu nak bagi anak2 ikan tu makan apa...nanti mati kebulur plak dye, camne ek
Baru beli ikan sabtu lps, arini 3 ekor guppy jantan mati....bila bc Ni rupanya byk yg sy x Tao ... Knp bila tukar air mcm Ada kale putih yg terapung.. Adakah dr batu2 yg sy beli tue... Rumpai yg beli tu pun mcm layu jerk... Knp yer? So sy guna air paip je, just ltak anti chlorine je... Mmmm perut yg betina tu da boncit agak2 brp lama dia nyer leh meletup ek... Ade sper Tao ?
gapi gua x beranak lg bro..
npe???
mandul??
argghhh....!
hahha..aku baru berjinak2 membela ikan guppy,ni semua pengaruh staf aku..jd pakar rujuk la..hhaha..masuk sekarang aku ada 3 bekas,satu yang kecik bela sepasang ikan laga,satu agi kat umah aku,pelbagai color ikan guppy dan kat umah mak aku dlm pasu besar,aku taruk ikan guppy,ikan laga,ikan moon..mampu?..hahhaa
satg aku nak g pekan,nak beli ikan gupppy bnyak2,beli kiambang..semuanya khas utk mak aku,sebb mak aku kata lepas sekor2 da jd arwah..huuu
Saya berjaya membiakkan kira-kira 30 betina gapi dan 5 jantan. Hasilnya, selepas tiga bulan saya dapat kira-kira 300 anak ikan gapi. Sekarang ni, semua wira-wira dah mati, tinggal lima wirawati aje. Seminggu lagi, saya nak biakkan semua waris-waris wirawati dan wira2 tu dengan import baka wira. 2 bulan lagi, ikan2 gapi tu akan jadi 300x10 = 2,000. Kalu ada berminat nak booking leh sms 013-3811300. Harga pasaran RM2, jualan borong 80 sen aje. Tapi boleh dirunding harganya jika dibeli borong.
Klu guna air paip masukkan dua benda ni-anti klorin dan garam akuarium..klu xnak guna dua benda tu gunakan kaedah biologi iaitu letak pasir atau tanah dekat dasar bekas,guna air hujan,air sungai,atau yg terbaik adalah air mata air-telaga..untuk pembiakan yg sempurna cari pokok kiambang xpun kangkung.elak penyakit-yg paling bagus garam akuarium..dan cecair anti-fungus..xperlu pakai filter pump sebab gapi ni lebih suka di kwsn tanpa arus yg kuat.sekian..
ank ikan gapy yg baru lahir nk bg mkn ape ekk...???
lau letak garam biase yg kita mkn tu sedikit ok tak?..
kena ke letak tumbuhan akuatik??HANIEF,macam mana caranyer untuk tumbuhan akuatik tu x layu dn mestike gune filter pump tu??
sy peminat gapy juga. awalnyer bpuluh mayb ratus jd arwah spanjang 3bln ktagih gapy. hampir putus asa. tp lps bersihkan bekas dgn air panas tuk basmi sgala kuman n fungus skrg dah ok. siap beranak pinak. xsbr tggu babyfish besar. sy guna air mineral giant. suka sgt tgk dia brenang dgn ekor kembg besar.
Post a Comment
Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.