Malaysia : Tong Taik UMNO: Makanan Arnab

Saturday, October 11, 2008

Makanan Arnab

Inilah makanan arnab yang saya beli. Mengikut penjualnya, makanan ini sesuai untuk diberikan kepada arnab dan hamster. Oleh kerana ini kali pertama saya membela arnab, jadi saya mahukan makanan arnab yang berkualiti tinggi dan bebas daripada bahan plastik melamin China itu. LOL!

Sekali tengok macam Muesli. 1 pek RM12.00.

Ada biji barli, biji gandum, kacang soya, kuaci (biji Bunga Matahari), jagung dan lain-lain.

Masuk dalam balang gula-gula.

Ada satu hari, bekas makanan arnab termasuk air...

Saya terus buang makanan yang basah itu. 2 hari selepas itu, kelihatan bercambah pula bebiji benih, hasil hujanan air hujan berguruh-kilat yang bagus sekali untuk tanam-tanaman.

Dalam pos yang akan datang saya akan tunjukkan tanaman baru, di mana biji benihnya berasal dari paket makanan arnab yang secara tidak sengaja dibasahi air dan kemudian bercambah.

Kepada yang para pembaca, apa tunggu lagi? Mulakan proses percambahan bebiji benih daripada makanan arnab anda. Itu pun, kalau anda ada membeli pek makanan yang serupa. Selamat Mencuba!

Penting Untuk Di Baca: Makanan Arnab 2
Dapatkan Makanan Arnab: Di sini

2 comments:

harimau

assalamualaikum

kalau hanif bela hamster, saya cadangkan sediakan tempat untuk mengerit, hamster akan sentiasa mengasah giginya untuk tumpul/tak terlalu panjang, sekiranya panjang,
dikhuatiri hamster akan mati kerana giginya akan menyebabkan mulutnya terbuka.

berdasarkan apa yang saya tahu, pastikan juga arnab yang hanif bela tidak mengerit sayur yang ditanam hanif, air liurnya berbisa, biasanya pokok mati. benar atau tidak, tak pasti, tapi ini berdasarkan pengalaman saya.
wallahu 'alam.

admin
www.leadhumancapital.com

Mohd Rizal

Assalamualaikum..

Dah bela arnab yer. Dulu aku pon penah bela arnab 2 ekor. Mmg seronok bela arnab ni, tapi yg tak seronoknya bau kenying mmg hanyir sgt2. Kalau ada halaman umah yg luas bole gak buat tempat arnab, tapi mcm aku dulu taruk dlm sangkar je. Ada sekali tu aku terpaksa campurkan arnab dgn kucing aku.. hehe, sbb tak cukup ruang. Tp takde gaduh la, masing baik je aku tgk =)

Utk makanan plak, aku biasa bg dia rumput kering utk arnab. Selain itu, bg arnab kulit tembikai pon arnab suka, jgn bg kulit durian dah laa =P selain tu aku bg dia sayur2.. arnab labih cepat membesar kalau bg sayur2 sayuran..

Aku pon pernah merasa pegang baby arnab, kecik saja mcm baby tikus baru lahir. Tp yg peliknya, arnab tidak seperti kucing yg akan menyusukan baby dia. kita kene byk perhatikan baby arnab tu nnt, sbb takut terpijak oleh ibubapa arnab. Kene sediakan tempat khas utk baby arnab.

Tp arnab tu pon dah mati sbb sakit. Kena la tanam, nk makan mmg tak sanggup. Tu je pengalaman aku yg ada.. end.

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive