Malaysia : Tong Taik UMNO: Arnab Betina & Rumah Arnab Baru

Friday, November 7, 2008

Arnab Betina & Rumah Arnab Baru

Hati saya terdetik. "Hanief, arnab makin membesar, masa semakin merangkak. Tak mahukah kau buat suatu penanaman dan penternakan dengan lebih serius?". Saya terus sambut dengan rumah arnab kedua ini.

Arnab Betina
Tak tahulah kalau ada rezeki dapat Arnab Angora betina nanti, maka cantiklah anak-anaknya. Kalau jual pun harganya lebih tinggi daripada arnab biasa.

Baja Dari Tahi Arnab
Bagi yang masih ingat dengan tujuan utama saya membela arnab, baja yang saya perolehi adalah 'cukup-cukup makan' sahaja atau orang Cina kata 'Ngam-ngam'.

Baja yang diperoleh telah menyuburkan Pokok Cili, Pokok Tomato dan Pokok Jagung dengan begitu hebat sekali.

Tanah Hitam / Tanah Bakar
Dalam sibuk-sibuk membaja dan menjaga arnab, perlu juga dicantas dan dikumpul daun-daun kering yang berhampiran untuk diadunkan bersama tahi arnab itu.

Kebiasaan Setiap Pagi
Pasir di dalam rumah arnab akan saya gantikan dan najisnya akan dibuat baja. Sehingga sekarang, rumah arnab itu bersih dan tidak berbau langsung. Jelas sekali teknik menggunakan pasir sebagai tapak rumah arnab dapat memudahkan rutin mengaut baja arnab dan menyahkan bauan dari bahan kumuhan itu.

Bahan-bahan yang dipesan. Kali ini membabitkan atap asbestos.

Kalau dahulu atap berasaskan papan. Kali ini kesilapan sama tidak mungkin berlaku. LULZ! Malaysia hujan setiap 2 bulan. Bukan macam negara 4 musim. Jarang hujan.

Tok Mat (jiran saya) terkejut dengan harga jaring dawai ini 12' = RM30.00. Kata saya, "Biasalah Tok Mat, sejak harga minyak naik, harga besi semua naik melambung".

Buat potong dawai.

Gergaji kecil yang saya suka. Tetapi kalau kayu masuk air gergaji mana-mana pun kalah.

Segala mak-nenek perkakasan.

Main ukur-ukur dengan apa sahaja yang ada. Tiada pita ukur profesional atau pun pelan.

Beberapa tanaman Kacang Pis terpaksa dianjak sebelah.

Aksi mencangkul dan mencacak bermula.

Jaring dawai.

Kayu Masak atau pun kayu 'Kok Chai'.

Punca senget selalunya berpunca daripada akar Pokok Mangga yang berhampiran di dalam tanah. Saya terpaksa mengelak satu dua inci lebih kurang.

Senibina kali ini agak ringkas dan kurang berseni.

Senget-senget sedikit pun tak mengapa asalkan kukuh dan muat arnabnya.

Ternyata atap asbestos yang lebih mahal daripada papan, tampak miskin dan selekeh seperti rumah setinggan. Saya bercadang untuk menaikkan apa-apa pokok yang melilit, menjalar atau melitup ke atas permukaan atap itu.

Sebelah tepi itu akan di tanam Sayur Sawi lagi.

Tangga rumah baru arnab yang menghala ke ruang legar yang berumput.

Pintu pun lebih kurang serupa dengan pintu rumah arnab pertama.

Sudut dari belakang rumah arnab baru.

Lihat! Ada dua tangga. Ia bebas daripada masalah perebutan daerah di antara arnab jantan dan betina itu. LULZ!

Pokok Kacang Pis.


Barisan Pokok Sayur Sawi.

Seronok bertukang. Memang sejak kecil lagi saya suka lihat Allahyarham Tok Wan saya buat meja bulat daripada kayu, ada juga tengok Tok Mat buat bangku panjang dan orang-orang Indonesia bikin rumah. Mudah-mudahan bila Malaysia jadi macam Iraq esok, bolehlah bikin rumah.

Inilah hasilnya.

Akan datang, kita cerita tentang tanaman jagung secara serius. Walaupun sehingga hari ini masih terngiang-ngiang suatu baris popular di kalangan orang kita, iaitu "Balik kampung, tanam jagung", saya tak pedulikan semua itu.

Apa yang penting, orang yang bijak akan menyediakan makanan dan bekalan makanannya untuk masa-masa mendatang. Tak guna kita berteknologi dan berkelulusan tinggi tapi menghadapi masalah kekurangan-bekalan-makanan atau catuan-bekalan-makanan.

p/s: Kawan bapa saya bertanya, "Anip, arnab ni makan apa ya?". Saya jawab "Dia makan rumput-rumput dan daun-daun kering". Makanan yang dibeli di piramid moden itu tidak boleh mengalahkan makanan di luar rumah arnab yang lebih menghijau dan lebih natural. Arnab saya sanggup menggali lubang untuk keluar bagi menikmati rerumput biasa.

6 comments:

Tru-Luv Rabbitry

Oh adik Hanief tersayang, setahu saya, di tanahair kito ni tiada arnab anggora tulen. Semuanya celup. Kalo cakap pasal rezeki, tolonglah jangan memeluk harapan yang tinggi. Kenapa tidak fikirkan dapat yang tulen supaya dapat menaik tarafkan kualiti arnab di tanahair tersayang.

Kat pasaran sekarang sudah pun banyak yang campur-mencampur. Tidak eloklah kito menyumbangkan lagi arnab beraneka jenis tidak tahu langsung salasilah keluarga.

Nampak elok dan cantik betul kandang yang dibuatnya. Tapi sedikit sayang dan sia rasanya diduduki arnab baka campur dianggap anggora.

Banyak lagi yang dapat dipelajari dan pengetahuan seluar laut. Layarilah di atas sampan siber ini and teruk perjuangkan arnab berkualiti.

Mari bersama menyumbang arnab yang tinggi kualitinya dengan kacukan yang betul.

Sekian sahaja komen 2 sen aku.

Tru-Luv Rabbitry

Nak buat pembetulan sedikit:

"Banyak lagi yang dapat dipelajari dan pengetahuan seluas laut. Layarilah di atas sampan siber ini and terus perjuangkan arnab berkualiti."

S terjadinya R pulak....

thefluffies

Owh, tak sangka pulak Mr TC dari tru-luv rabbitry boleh mengarang bahasa melayu dengan begitu cantik!

Hi Hanief, cantik rumah arnab awak tu..

Dan saya juga bersetuju dengan kata2 dari abang tru-luv rabbitry,"Mari bersama menyumbang arnab yang tinggi kualitinya dengan kacukan yang betul"..

jaa rased

hai....u jual komputer ker...

my_vivian

hye..saya syg sgt2 dgn arnab saya d rmah..bleh bg info ttg pjagaan yg btl agar arnab saya akan dpt ksihatan yg lbih baik..

iceburn

ahahahha tak tau pulak sampai ke sinih pon ada serangan pujangga... takyah layan bro... teruskan... bukan orang tu yg bagi lu makan...

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive