Sejak saya mula masuk alam pekerjaan pada sekitar umur 18 tahun, terdetik di hati untuk mengambil tahu isu hartanah. Tujuannya adalah untuk tinggal dan berniaga. Ada orang mahu duduk tinggal sahaja di tanah mereka, manakala ada orang yang ingin berniaga seperti yang saya mahukan.
Tempat yang saya diami sekarang merupakan tanah milik sementara. Kata bapa saya, tanah di Taman Pelangi 51100 ini bukan milik penuh atau mutlak penduduknya (100% orang Melayu). Baru pagi tadi, datang Nek Arah, jiran saya bersembang panjang lagi sekali.
Jiran: Ai Anep, kau tebang ke besar tu? Kuat betul tulang kau. Hahahah...
Hanief: (Senyum) Dah ada pokok duit-duit.
Jiran: Apa dia tu?
Hanief: Tak, ada banyak pokok tetumpang di Pokok Belimbing ni.
Jiran: Haa... kalau gitu tak boleh pergi dah, memang patut ditebangkan saja Anep.
Hanief: Ada banyak kerengga pun. Dah terlebih kerengga.
Jiran: Patutlah pun. Itu apa yang kau tanam dekat situ tu? Itu yang di batas yang kau buat tu?
Hanief: Pokok kacang hijau.
Jiran: Oh, ya ke? Nek Arah dulu masa kecil-kecil ada tanam pokok kacang hijo tu. Tinggi dia pun, memang tinggi macam itu.
Jiran: Dahan tu tadi kau nak bakar ke? Eloklah pun kau bakar, banyak nyamuk sekarang ni. Tapi biasanya orang bakar waktu petang sikit. Tengok-tengoklah, itu ada orang sidai kain sebeah tu.
Hanief: Nantilah.
Jiran: Kita ni kan Anep, ada tanah untuk boleh tanam macam-macam. Tapi sikit hari ni, banyak betul orang demam. Agaknya matahari tak nampak sekarang, udara tu kurang anu lah.
Jiran: Kalau duduk di kampung lain Anep. Badan cergas saja. Duduk di beranda, makan sihat saja. Di sini, makan tak lalu. Dia rasa lain lah.
Jiran: Rasanya dia ada
global tak? Anep
global tu apa maknanya tu?
Hanief: Global ni satu dunia. Kalau
Global Warming, satu dunia panas.
Jiran: Hah! Itulah, manusia ni ada pokok dia tebang, kita ada tanah semua ni biar tanam cantik-cantik.
Jiran: Itu yang dekat situ, kau korek tanah tu nak buat apa? Dah lama terbiar saja.
Hanief: Ha, itu ada nak tanam Kacang Merah hari tu. Tapi tak mahu hiduplah.
Jiran: Anep, baik kau tanam cili. Lagi ada faedahnya. Orang Melayu sekarang kalau pergi pasar, semuanya nak kena beli. Dulu orang Melayu jual, sekarang semua orang Cina jual. Daun kari, lengkuas...
Jiran: Tak
jealous kita?
Jiran: Orang Melayu kita ni, yang muda-muda ni banyak duduk rumah. Kalau keluar rumah, pergi berseronok. Kau tahu, si Irfan hari tu, dia perginya ke Bukit Bintang, masuknya pertandingan pusing kepala, menari tu... ya Allah!
Hanief: Dia pergi sorang dia?
Jiran: Dia sama kawan-kawan dia.
Hanief: Laaa...
Jiran: Budak remaja umur belasan tahun ni kan Anep, mesti dijaga. Remaja ni hati dia tak stabil lagi. Dia nak memberontak. Kau tengok anak-anak Cina. Mana diorang pergi? Dulu anak Cina lah yang jahat. Sekarang? Ada kau nampak anak-anak Cina naik basikal angkat tayar, merempit semua?
Hanief: Tak nampak pun.
Jiran: Nek Arah tengok, diorang dah jaga anak-anak diorang. Ada yang bawa anak-anak diorang pergi ke kedai
business. Tolong jual sayur di pasar. Lagi ada faedahnya Anep.
Hanief: Tak tahulah mungkin bapa diorang ambil berat.
Jiran: Anak Melayu, umur 12 tahun, dah pergi ke Jalan Chow Kit. Nek Arah tengok TV3 hari tu. Orang tanya, kau buat apa di Chow Kit ni? Budak tu kata ada mak tu jaga dia. rupa-rupanya dia melacur. Ya Allah! Nak disalahkan si budak, itu dia mungkin dah terdesak. Mak bapak diorang ni yang lepas tangan. Mungkin ada yang bercerai. Anak-anak nilah yang jadi mangsa.
Jiran: Ini, lengkuas ni, sampai dah banyak dekat sini. Kau tak ambil ke?
Hanief: Tak tau pula, Leng...
Jiran: Pokok Lengkuas ni dulu Nek Arah tanam... sekarang dah masuk semua dalam kawasan rumah kau. Ambillah. Lagi pun penat nak mencangkulnya tu.
Hanief: Lengkuas ni macam mana ya rupa dia? Kalau Sengkuang saya biasa tengok. Lengkuas ni macam kunyit tu ke?
Jiran: Lailahailallah, lengkuas ni... orang Melayu kita mesti tahu dua ni. Tak boleh lupa. Satu serai,
Hanief: Itu saya tahu tu.
Jiran: Yang kedua lengkuas. Mak kau masak rendang tak masuk lengkuas ke?
Hanief: Mungkin saya tak perasan, tapi selalu tolong bagi masukkan serai.
Jiran: Itu pokok Nenas kan? Yang sebelah Lengkuas ni?
Hanief: Ha, yelah. Dah 10 tahun tak keluar buah pun. Dok macam tu juga.
Jiran: Lailahailallah, itu Mak Cik Sopi kau tanam dah keluar buah dah. Dia ni kan Anep, dia nakkan panas matahari tu. Ini Lengkuas ni kau tebang nanti dia berbuahlah.
Hanief: Sayang juga lengkuas ni, tapi hairan dah 10 tahun tak jadi apa. Sejak 1998 lapan lagi tanam dia.
Jiran: Ha, itu rumah Lebai belakang tu, itu pun Nenas lah tu.
Hanief: Berbuah ke?
Jiran: Ha, dah pernah berbuah pun.
Jiran: Inikan Anep, tanah ni ada lagi berapa tahun saja lagi kita boleh duduk. Tak lama lagi dia nak buat pembangunan.
Jiran: Asalnya dalam perjanjian dia tulis 90 tahun.
Hanief: Oh, begitu.
Jiran: Ha, dah lama kami duduk sini, dah masuk pergi haji semua sekarang dah dekat 30 tahun. Bapak kau saja yang duduk lewat sikit. DBKL ni dia kira bila kita duduk lambat ke cepat ke. Itu yang macam projek terbengkalai dekat hujung sana tu, itu dah kira dah tu.
Hanief: Jadi ada lagi 60 tahun lagi untuk duduk?
Jiran: Ha, Nek Arah masa tu dah tak ada lagi, kau orang lah yang kena pertahankan esok.
Hanief: Tapi siapa yang tandatangan perjanjian ni?
Jiran: Ha, itulah orang-orang muda sekarang tak diajar dengan hal-hal ini. Semua pergi sekolah diajarkan Matemetik dengan Sains saja. Yang sejarah ni, nak disorokkan. Ini kerja orang Cina dengan India.
Jiran: Nanti esok bila diorang dah memerintah, orang Melayu ni dikatakan tak ada tanah, semua orang Melayu ni pendatang. Inilah kerja mereka. Sokong UMNO, dia makan sorang dia.
Hanief: UMNO... hahaha...
Jiran: Ketawa kau, itu hari diorang hantar surat pasal hartanah ni, semua dapat surat ni. Tok Mat kau tak pergi pun mesyuarat tu. Kata dia, diorang nak takut-takutkan penduduk dekat sini supaya semua masuk UMNO.
Hanief: Hahaha...
Jiran: Siapalah nak diharapkan dalam UMNO tu? Sekarang Wilayah ni, pembangkang berkuasa. DBKL nak buat pembangunan. Orang Cina mesti nak duit punya, dia nak buat rumah kondominium tinggi-tinggi bukan macam bungalow sebuah begini, dia kata membazir. Lagi pun diorang tak mahu orang Melayu ni duduk berkumpul setempat saja.
Hanief: Tak tahulah Nek Arah, tapi DBKL sejak pembangkang menang ni, DBKL dah jadi makin garang, banyak tempat dah letak
parking meter. Yang meniaga tepi jalan semua dia tak ada bagi muka lagi. Dia sapu terus. Mungkin DBKL dendam agaknya.
Jiran: Itulah UMNO makan sorang. Dalam UMNO tu, siapa lagi yang ada lepas Najib? Semua tak
best-tak
best belaka. Tengok Pak Lah, kaki tidur lembab saja. Lembik macam tu. Yang Najib pulak, bini dia bunuh orang. Ditembaknya, bom pulak lepas tu.
Jiran: Yang Razak tu pulak jadi kambing hitam. Termasuk yang dua orang polis tu. Tengoklah sikit hari lagi. Melayu ni dah teruk dah Anep. Kena penjara, bolehlah simpan rahsia, tapi orang Melayu lama-lama pecah juga rahsia. Orang Cina lain dia. Orang Cina pegang rahsia semua.
Jiran: Bapak si Altantuya tu katanya dia nak bawa kes ni ke Mahkamah Sivil Antarabangsa kalau tak selesai di Malaysia.
Jiran: Hei malu Anep... Satu dunia nanti tahu perangai orang Melayu bunuh orang letup dengan bom begitu. Hai tak tahu lah... Nek Arah maaalu sangat-sangat.
Jiran: Orang nak naikkan Anwar, tapi Anwar dah diceritakan macam itu pula. Ada ke patut? Buat tak senonoh macam tu?
Hanief: Apa ni... Raja Petra Nek Arah tahu...
Jiran: Ha, Raja Petra ha, kenapa dia?
Hanief: Saya baca dalam internet, Raja Petra ni ada video rakaman bukti katanya. Masa si Saiful mengadu pada Najib, dia ada bawa kawan. Jadi kawan dia tu yang buat video tu. Kiranya rakaman pengakuanlah. Kata yang Saiful tu bohong buat cerita liwat semua tu.
Jiran: Ha, itu nanti mesti keluar tu. Macam orang di Kosovo Serbia. Habis sekarang orang tahu siapa dia. Boleh dia menyamar rupa dia berjanggut panjang semua tu. Diseksa dibunuhnya orang Islam, hei banyak dosa dia tu.
Hanief: Saya ada kawan di Kosovo. Kenal di internet. Sebelum Kosovo merdeka, Bosnia dengan Kosovo ni kena perang. Rusia punya kerja, dia biayai Serbia. Orang Islam semua dibunuh, kan ke ada yang dari Bosnia ke mari belajar di UIA? Sekarang dah merdeka Kosovo, itu yang
Radovan Karadzic kena tangkap tu. Kosovo merdeka sebab Amerika, kalau Rusia tak mahu Kosovo merdeka.
Jiran: Tapi kalau Nek Arah dapat orang tu, tak payah bicarakan dia, terus bunuh saja. Ish, kalau tengok berita tu, banyak betul orang Islam dia bunuh tu.
Jiran: Saudara Nek Arah anu, ada yang pergi ke luar negara, bila orang tanya nama, dengar Muhammad .. bin itu saja mereka pandang ke lain. Benci sangat dengan nama Muhammad ni. Mungkin orang Yahudi ni dah lama bangga dengan bangsa dia agaknya. Tiba yang Nabi terakhir ni, datang dari Arab. Bukan orang Yahudi tak tahu. Dalam kitab diorang ada sebut, termasuk cerita Nabi Sulaiman A.S lagi yang bina kota di Baitulmaqdis tu. Dia perintah sampai boleh bercakap dengan binatang-binatang sekali.
Jiran: Nabi Musa A.S pulak, nak tengok rupa Tuhan, tapi Tuhan kata kau tak boleh tengok wajah Aku. Lepas tu Dia suruh Nabi Musa A.S tengok pada gunung-ganang, terus meletup semua gunung-ganang tu. (Rujuk Surah Al-A'raaf 7:143). Jadi jangan kita nak cuba-cuba bayangkan wajah Tuhan. Orang kampung Nek Arah, ada yang jadi gila bila dia cabar tak tentu-hala. Mayat dia tak terima dek kubur. Ini cerita betul ni, Nek arah bukan apa, Nek Arah suka bercerita pasal sejarah dan agama ni.
Hanief: Tapi ya, mana Nek Arah dapat cerita Najib semua ni?
Hanief: Bukan ke suratkhabar kita...
Jiran: Hah, itulah Anep! Engko nampak Nek Arah macam ni saja. Tapi Nek Arah banyak sembang dengan kawan-kawan.
Hanief: Oh, padanlah. Sebab akhbar kita pun semua tak cerita yang sebenar.
Jiran: Internet tu pun bukan semua boleh percaya. Ada yang diubah sikit. Kita ni kena campur dengan orang VIP sikit, baru dapat maklumat. Sembang dengan orang biasa macam kita ni, mana ada dapat apa-apa.
Jiran: Nek Arah banyak sembang dengan Datin-datin. Di hospital kadang-kadang tu sembang-sembang tu banyak Datin tu, orang-orang berada semua tu.
Jiran: Bila sembang, kita dengor sajalah. Tunduk dengar saja.
Jiran: Hah! Bila Datin bercakap, Datuk lah yang cakap. Itu lagi tepat maklumat yang dia bagi. Bukan macam surat khabor kita ni. Cerita dia panjangkan. Bersambung-sambung.
Jiran: Dengan orang kenamaan begini,
straight saja kata dia. Contohnya, "Alaa Razak tu, kambing hitamm..". Jadinya sekejap saja tahu.
Hanief: Padanlah.
Jiran: Okaylah ni Anep. Ganggu Anep nak kerja.
Hanief: Tak mengapa.
Jiran: Bukannya apa, kadang-kadang bagus jugak kita cakap tukar-tukar maklumat dengan orang tua-tua. Dengan orang muda-muda nanti dia nak cerita dia beli kereta baru, dia nak kilat kereta sama motor dia, filem dia.
Okaylah Anep.
Hanief: Okay.