Malaysia : Tong Taik UMNO: October 2008

Friday, October 31, 2008

HP Laserjet 1020 Driver - Ubuntu 8.10 RC

There's an open-source website that recommended by HP.

Download it here | How-to

Me installing the HPLIP.

To be honest, it took a lot of my time. Phew!

The proof! LULZ!

p/s: Just in case if anyone has ever tried this HPLIP with the Ubuntu 8.10 final release, let me know the result.

Wednesday, October 29, 2008

Monolog

Dulu masa Jepun serang Tanah Melayu/Malaya, satu keluarga datuk saya masuk hutan di Perak. Tanam ubi-ubian. Sebab itu bila orang sebut sahaja Ubi Kayu, banyak yang akan kata itu makanan pada zaman Jepun menjajah tanah air.

Hari ini banyak orang tinggal di kondo dan rumah pangsa. Kalau ada peperangan lagi? Nak lari ke mana? KLCC? Bukit Cerakah? Hutan pun dah kurang. Minyak pun sudah mahal. Duduklah dalam rumah makan mee segera. Entah-entah mee segera pun tak dapat beli.

Kita selalu lihat negara-negara perang seperti Iraq dan Lebanon di kaca TV, bangunan-bangunan mereka hancur. Tak kira rumah atau bangunan perniagaan, mesti ada kesan retak, kaca-kaca bertaburan, daun pintu yang terkopak, kesan hangus, besi asas bangunan yang terburai dan banyak lagi.

Sebab tu setiap kali saya siram pokok-pokok yang saya tanam dari sebutir biji benih, saya rasa syukur sebab saya masih ada tanah lapang untuk tanam pokok dan sayur-sayuran. Dulu saya pernah hidup menyewa, semuanya baik-baik sahaja. Tapi bila ekonomi tak menentu, dekat situ banyak kita rugi. Khususnya rugi dalam membeli makanan dan perbelanjaan untuk pengangkutan dan sewa rumah.

Apabila ekonomi jatuh, orang ramai kurang membeli-belah. Kalau ada pun banyak yang survei dan membeli apabila tiba masa-masa yang tertentu sahaja. Apabila ini berlaku, syarikat-syarikat akan mengalami kerugian dan stok-stok mereka akan tersadai. Syarikat-syarikat ini akan berjimat. Ada yang buang pekerja ada yang tutup syarikat terus.

Kalau rumah ada tanah, boleh tanam-menanam dan berjimat. Kiranya semua akan berusaha untuk berjimat. Ada juga yang memilih untuk mencari wang lebih. Mulalah dia menjual itu dan ini. Tak kira masa dan tak kira tempat. Kerjanya nak menjual produk sahaja. Ada juga yang sertai skim cepat kaya, ditipu dek rakan tidur dan sebagainya.

Saya memilih untuk berusaha sendiri. Memanfaatkan tanah di rumah sendiri. Itulah sebabnya saya mula menanam pokok-pokok dan sayur-sayur yang boleh dimakan.

Saya mahu juga berkongsi hasil tanaman dengan jiran-jiran yang mana ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan kejiranan dalam abad ke 21 ini. Saya ingin timbulkan kembali suasana kejiranan mirip di kampung yang saling ambil-mengambil tahu dan tidak mementingkn diri-sendiri.

Hidup pada zaman sekarang, kerja apa pun sibuk. Tak ada masa untuk itu semua. Itulah yang sering didengari. Pada saya, ia terpulang pada kita. Kita yang mampu mengubahnya. Kita boleh bentuk kerajaan dengan rangkaian kejiranan yang peka dan faham dengan isu semasa. Kita perlu kreatif dalam mengolah sesuatu keadaan bagi memperbaiki segala masalah yang dihadapi.

Pada bulan Jun, harga minyak naik melambung. Saya ketika itu sedang menonton berita sambil menikmati jus mangga yang datang dari buah-buah mangga yang datang dari pokok-pokok Mangga di belakang rumah. Rentetan daripada itu, harga-harga barang pun naik melambung juga. Tetapi jus mangga yang diminum saya itu kekal harganya. Tiada harga, ianya percuma. Itulah kekuatan tanaman sendiri. Apabila harga barangan orang lain naik melambung, kita tenang sahaja. Inilah yang menguatkan hasrat saya untuk mempertahankan hakmilik rumah ini yang mana ia masih dalam proses penukaran nama. Ia juga untuk masa depan kami sekeluarga.

Bagi yang tidak minat untuk bercucuk tanam, teruskanlah membeli dan tinggal di rumah yang tiada tanah lapang. Pada saya, rumah yang tiada tanah, ibarat kereta yang ada hanya 2 pintu. Ia terhad. Apabila rumah yang tiada tanah ini berada dalam suasana ekonomi yang buruk, maka secara tidak langsung para penghuninya akan berada di tahap seolah-olah sedang mengharapkan belas kasihan atau ihsan daripada para pemerintah dan majikan mereka.

Hari ini memang ekonomi semakin parah. Tak payah orang atau berita bagi tahu saya keadaaan ekonomi. Tengok kucing-kucing jiran saya sahaja sudah cukup. Kalau dulu kucing mereka paling cantik dan gempal, hari ini kurus melidi. Kalau dulu kucing-kucing mereka makan di rumah mereka, hari ini kucing-kucing itu berebut makanan dengan kucing saya. Itu belum campur dengan kucing yang dibuang oleh orang ramai di hadapan rumah saya.

Kadang-kadang marah juga, bapa saya sampai kejar baling penyapu lagi. Tapi saya kata, kita manusia boleh rebut pahala. Tak apa, biarkan kucing itu rebut makanan dengan kucing kita, yang pentingnya kita besarkan peruntukan makanan agar semua kucing itu tidak kebulur dan bergaduh.

Samalah juga di Malaysia, biarkan permerintah beri kebaikan lebih sedikit pada rakyat agar Melayu, Cina dan India tidak berbalah. Puncanya kita berbalah ialah kerana kekurangan peruntukan. Malaysia ini negara kaya. Kita perlu bijak dalam memastikan pemimpin yang kita undi itu untuk berlaku adil.

Para menteri atau kerajaan yang banyak membangkitkan isu perkauman, mereka sebenarnya kehabisan idea bagaimana hendak memerintah dengan baik. Apa yang perlu dilakukan bagi kerajaan yang baik ialah:-
  • Menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi

  • Menangani masalah ekonomi

  • Meluaskan atau memelihara hubungan diplomatik dengan negara lain

  • Memperbanyakkan bancian dalam segenap hal bagi kemantapan perkhidmatan buat rakyat dan para pelancong

  • Menyuburkan kembali demokrasi seperti video di bawah.

Kemi Seba di Perancis

Susun Atur BN Akan Di 'Flush' Hari Ini?

Jam di taskbar komputer saya masih menunjukkan pukul 4 pagi dan persidangan parlimen akan kembali bersambung pada hari ini, Rabu. Jika benar dakwaan Mat Saman Kati, maka persidangan parlimen akan menjadi semakin panas dan segala susun-atur BN lenyap ibarat tahi yang akan di flush ke dalam jamban.
Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.

Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan. - Sumber

Monday, October 27, 2008

Installing Compiz (Desktop Effects) - Ubuntu 8.10 RC

Tired of rotating cube or spinning cube? Try Rotating Sphere or Cylinder.

Sphere Effect or Deformation

Cylinder Effect or Deformation



Compiz - Ubuntu 8.10 RC

System > Preferences > CompizConfig Settings Manager

Go to Applications > Add/Remove... and check those three compiz software.


It will take sometimes to download and install all the files.

To get 4 workspaces / desktops, disable (set to 'None') the Visual Effects and then, increase the number of workspace by right-clicking (then go to the properties).

After that, set it back to Extra

Sunday, October 26, 2008

Menjawab Soalan Muhamad Norman Rosman


Soalan Muhamad Norman Rosman

slm bro..

mn bro dpt msg antara dato seri najib n datuk shafee?
n 1 lg soaln..setiap kali saya hendak connect streamyx computer sy trus self shutdown n restart blk..adkh dsbbkn virus or bnd lain..
ap yg pelu sy buat..

Jawapannya:-
Berkenaan dengan soalan pertama, artikel itu diperolehi dari Malaysia-Today dan ianya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh TukarTiub.

Saya pernah alami keadaan begitu dalam pengalaman saya berkomputer. Cara penyelesaian ada berbagai-bagai. Bagi saya, saudara boleh cuba:-
  1. Masukkan Ubuntu LiveCD dan layari Internet. Jika tiada apa-apa masalah, semestinya ada kerosakan pada Windows.

  2. Jika ada NIC (Network Interface Card) lebih, mungkin boleh tukar dan cuba layari Internet.

  3. Terdapat juga virus yang bernama Brontok, di mana ia mampu melakukan gejala shutdown seperti itu.
Saudara cubalah dulu. Saya pun bukan pandai sangat pasal Windows.

UMNO Sendiri Akan Buang DEB Dan Turun Harga Minyak

Tahniah diucapkan pada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya menepati kehendak rakyat yang ingin harga minyak diturunkan.

Saya harus akui, tindakan mendatang ini ada persamaannya dengan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun hanya orang yang mengendalikan kewangan negara dan memerintah dapat melaksanakan penurunan seperti ini.

Walaubagaimana pun, pembangkang atau kerajaan sememangnya mampu bersatu dalam sesuatu hal demi 25 juta rakyat Malaysia.

Rakyat Tidak Mudah Lupa
Saya yakin, ramai rakyat kita yang masih ingat apabila haga minyak dinaikkan dengan begitu mendadak pada bulan Jun 2008 sebanyak RM0.78 dan kini hak rakyat itu semakin dipulang-pulangkan kembali.

Kegagalan Kerajaan Menangani Kek Ekonomi?
"Cina tetap kaya". Itulah kata sesetengah orang di sekeliling saya. Mungkin mereka rasakan orang Cina berniaga dan harga barang yang melambung telah menguntungkan mereka. Entahlah, apabila kita jadi peniaga, barulah kita akan tahu. Tetapi inilah hakikat yang diterima rakyat jelata kini. Harga minyak turun dengan satu pengunguman yang besar tetap harga barang yang kian naik senyap-sunyi sahaja tanpa sebarang berita.

Pembesaran Kek Ekonomi
Ada saya dengar-dengar, sistem DEB itu akan diperbetulkan bagi memperbesarkan kek ekonomi rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Persoalannya, mampukah kerajaan BN yang didominasi oleh sebuah parti bernama UMNO untuk memperbesarkan kek ekonomi Malaysia dengan berita-berita seperti di bawah?


Hutang Elektrik & Poster UMNO


Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditangguhkan

Apakah masih ada wang yang diperuntukkan? Atau semuanya habis ke syarikat-syarikat kroni? Kemudian, dengan badan mana pula Menteri Kewangan Malaysia akan meminjam wang? IMF? Soros? Jelas sekali rakyat ingin tahu!


Pinjam Dari IMF Atau Soros?

Kerajaan Naik Gaji, Peniaga Naik Harga
Apakah orang bukan Cina perlu mula berniaga atau sebenarnya bukan semua orang-orang Cina atau bukan semua para peniaga kaya? Ada beberapa kerat peniaga berkata, "Orang kerajaan ada kenaikan gaji, jadi para peniaga naik gaji melalui kenaikan harga barang. Untung meningkat naiklah gaji kami, baru adil 1-1 (satu sama)".


Minyak Turun Barang Naik

Hadiah Atau Hak, Terpulanglah
Ada yang mengatakan minyak ini hak rakyat kerana PETRONAS itu harus diagihkan seadilnya pada semua 25 juta rakyat jelata. Ada juga yang mengatakan penurunan harga minyak ini suatu hadiah tambahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

DEB
Menurut seorang ahli MCA, DEB telah lama pupus. Persoalannya yang timbul ialah, apa sebenarnya yang akan dibuang dan ahli UMNO manakah yang akan bersetuju dengan rancangan ini?


DEB Sudah Pupus Sejak 1990

"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," - Najib
Tak Usah Hirau?
Ada yang mengatakan, kita tak perlu menghiraukan apa jua susun-atur BN dalam masa terdekat ini, kerana semuanya akan hanyut seperti tahi-tahi ketul dan cirit yang pelbagai warna ke dalam sebuah jamban. Persoalannya, siapakah tukang flush itu?

VIDEO : Display Driver (Nvidia) Installation - Ubuntu 8.10 RC

I'm using PCI-Express VGA card powered by nVidia 6500 chip. You may check your card compatibility with the drivers provided here. Below, a video of myself installing the nVidia 177 driver:-


Display Driver In Ubuntu 8.10 RC

With my Malaysian TMnet Streamyx broadband, it will take quite sometimes to download the driver.

After I restarted my machine, the VGA driver now is in use.

System > Administration > Hardware Drivers

Tandas Yang Menakutkan Najib & Mahathir


VK Lingam

Saiful Bukhari

Saturday, October 25, 2008

Matematik, Sains Kekal Dalam Bahasa Inggeris



KUALA TERENGGANU: Perbincangan meja bulat siri keempat anjuran Kementerian Pelajaran baru-baru ini bersetuju mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah terus diajar dalam bahasa Inggeris, tetapi mahu kementerian memperkasakan pengajaran bahasa ibunda, khususnya bahasa Melayu. - Sumber

Bahasa Inggeris ini bertindak sebagai tembok penghalang memahami Sains dan Matematik - Khairy Jamaluddin

Tidak ada di negara dunia pun yang maju dengan meminjam bahasa orang lain semata-mata. Negara-negara seperti Afrika menggunakan Bahasa Inggeris menghadapi situasi kalah lagi kalah. Mereka tidak dapat membangunkan ilmu dalam bahasa sendiri. Pada masa yang sama, gagal menguasai ilmu dalam bahasa asing - Dr. Mohd. Puad Zakarshi



Khairy: Maths & Science In English Should Be Reviewed

VIDEO : Drag & Drop Image in GIMP 2.6.1

If you have installed the Ubuntu 8.10 RC (Intrepid Ibex), there's actually GIMP 2.6.1.

GIMP 2.6.1 Splash Screen

GIMP 2.6.1 ?
What so big about GIMP this time, is the GUI or the workspace layout of it. You know, all the tabs and windows appear every time you open GIMP.

Simplified
Now, they have simplify the look, merge some windows and make it more easier to handle. It almost look like Adobe Photoshop and it's promising.

Dropped picture directly from Firefox

Drag 'n drop Ability
I can now drag 'n drop the image directly from Firefox into the GIMP Tool box and save my time from saving each picture before I could do the editing (well this sort of method has already built-in in Photoshop) Ubuntu based /b/ tards must love this.


GIMP 2.6.1 In Ubuntu 8.10 RC

Oh yeah, not even that, you could drag any image from any file manager (including Nautilus) within Ubuntu as well.

p/s: There's a lot more things which GIMP dev. could include, such as Action and Automate function in Photoshop.


Darkroom Theme Transparent Panel - Ubuntu 8.10 RC

There's one thing which annoys me so much. It is the transparent panel (some may call it taskbar or 'Start bar'). Look at the picture below:-

Before & After

I can't help myself from choosing the cool theme called Darkroom (NewHuman) Theme.

Darkroom aka NewHuman

Panel Properties

Solution
You have to Right-Click on the panel and choose Properties and then choose None (use system theme) and say goodbye to the transparency.

Ubuntu 8.10 RC Installation

5 more days left for the final release of Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex)

5 days to go

Screenshot of Ubuntu 8.10 RC version (Live CD). New wallpaper and transparent panel or some say Start bar or taskbar?

Everything works greats! Fast loading, no more Error 18. I guess they've fixed it. Good job guys!

You can download and discover it as well here.

Thursday, October 23, 2008

Bersembang Dengan Nek Arah Lagi ...


Batas Satu dan Batas Dua Pokok Tomato

Batas-batas yang dicangkul sendiri. Lulz... Kelihatan di dalam gambar batas Pokok Cili, Pokok Keledek, Pokok Kentang dan Batas Tiga Pokok Tomato.

Pokok-pokok Tomato

Buah Tomato yang bersandar di tepi pagar

Kacang Buncis

Kacang Panjang

Kelihatan kucing hitam dan arnab Angora Asli milik saya dan Si Po'et milik Nek Arah

Rabbit hutch yang dibesarkan untuk kebebasan Arnab yang semakin bosan terkurung

Pokok Kacang Pis

Pokok Kacang Pis

Nek Arah: Elok kau punya pokok Anip?

Hanief: Hah.. Nek Arah... Hmm... OK

Nek Arah: Naik dia?

Hanief: Ini pokok jagung. Apa ni, ada di sana Pokok Tomato hari itu dah berbuah. Tanam pada Ogos lepas.

Nek Arah: Hah? Dah berbuah? Mana dia? Mana satu tu?

Hanief: Ada tepi setor.

Nek Arah: Eh, ya lah! Hei tak lama lagi dapatlah makan tomato Anip ni. Tak payah beli lagi di pasar. Nek Arah memang ada sentiasa tomato dalam peti sejuk.

Hanief: Sekejap saja dah berbuah. Kalau tak silap dia makan masa 3 bulan saja. Lebih kurang Kacang Buncis dan Kacang Panjang di sebelah tu.

Nek Arah: Eloklah tu, cili si Boy anak Mak Cik Wok tu dah petik dah pun. Dia punya jaga sikit punya cerewet. Tapikan Anip, cili dia tak masaklah. Nanti Nek Arah ambil, bagi kau tengok.

Hanief: Ok. Saya tunggu.

Nek Arah: Nah, ni ha. Tak ke hijau semua tu?

Hanief: Ya lah, hijau tapi dah besar semua. Jangan-jangan ini Cili Hijau tak?

Nek Arah: Tak tahu lah Anip, Mak Cik Wok tu dia bagi Nek Arah selambak ni. Kata dia tak boleh buat masak.

Hanief: La... tapi mak selalu masukkan Cili Hijau dalam masakan daging masak asam. Tomato pun kadang-kadang dimasukkan sekali. Dia nak bagi rasa masam.

Nek Arah: Ya lah. Mungkinlah. Ingatkan dia tak cukup baja tadi.

Hanief: Saya baja, semua saya bubuh cukup. Semua dari arnab tu ha. Kalau dulu dari air bunga yang saya peram. Lama nak tunggu. Seminggu.

Nek Arah: Itu arnab kau tu seekor saja. Mak Cik Sopi tu nak bagi arnab kau tu berkawan. Tapi arnab dia tu arnab biasalah. Arnab dia boleh buat makan. Arnab kau ni arnab buat main-main saja. Baka dia, baka import ni.

Hanief: Tapi satu tu pun dah banyak baja dapat dalam satu hari. Itu, di tepi rumah arnab tu, ada saya tanam kacang pis.

Nek Arah: Kacang Pis?

Hanief: Kacang yang ada selalu kalau kita beli, dia ada adun sekali dengan carrot, jagung dan Kacang Pis bulat hijau itulah.

Nek Arah: Oh ya, selalu orang guna buat Nasi Goreng tu.

Nek Arah: Itu Daun Kunyit kau tanam tu, naik elok saja.

Hanief: Tapi tadi mak saya ambil, kata dia tak bau sangat daun dia.

Nek Arah: Ya lah, kau tanam dia sebatang-sebatang begitu. Biasa orang tanam berkumpul banyak-banyak. Kalau banyak dia bau dia kuat sikit. Tapi mungkin juga sebab kau tanam dia bawah panas terik ni tak? Dia mungkin nak redup sikit.

Hanief: Mungkin juga. Dia nak dipayungkan. Tapi pokok ni boleh meninggi lagi ke?

Nek Arah: Dia memang tinggi itu saja. Pokok Kunyit memang rendah saja. Daun dia ni, dua helai RM0.30.

Hanief: Laa... ya ke? Boleh juallah nampaknya. Tapi nak kena bagi bau kuat dulu.

Nek Arah: Hahaha... dia memang nak dianukan, di bawah tempat redup. Sekarang ni, apa pun orang jual. Kau tahu budak-budak yang hilang tu diorang buat apa?

Hanief: Lepas diculik, kemudian kena paksa mengemislah agaknya? Di bawa ke Thailand ke?

Nek Arah: Tak ada lah. Orang dah tak begitu. Sekarang ni, orang jual organ badan dia.

Hanief: Oh, ya! Jual mata dia...

Nek Arah: Ha! Mata, jantung, hati, buah pinggang. Hei, ribu-ribu tu Anip. Zalim betul orang yang buat kerja-kerja tu. Doktor yang buat kerja ni memang patut kena tangkap sekali.

Hanief: Hmm... di sekitar Sentul ini pula kalau tak silap, dia popular dengan pengguguran. Kalau sebut saja gugur bayi, orang dah biasa di Sentul. Doktor dari India yang buatkan. Nak gugur pun mahal juga. Dengar-dengar ribu-ribu juga. Tapi di Sentul murah sikit. Ikut agama kita tak boleh gugur-gugur ni.

Nek Arah: Memang pun. Haram hukum dia. Bayi atau anak ni amanah Allah S.W.T pada kita. Esok lusa tu, kita boleh kena bala. Selalunya orang yang buat jahat, kalau kita tak tegur, kita pun akan kena bala sekali. Tengoklah di Aceh.

Nek Arah: Sebabnya orang yang baik ni akan kena sekali, sebab dia tidak mengingatkan orang yang buat jahat tu. Tapi sekarang punya fesyen, tak boleh jaga tepi kain orang. Tapi bila tiba bala, semua kena. Budak-budak sekarang pun kecil-kecil lagi dah pandai nak gugur. Nek Arah pun ada dengar juga pasal di Sentul ni dengan kes gugur budak.

Hanief: Sekarang makin bebas. Di internet dah pandai nak cari girlfriend dan boyfriend. Bukan nak nak bawa kahwin. Semua nak suka-suka saja.

Nek Arah: Tak payah internet, sekarang ni main telefon bimbit saja. Angkat telefon terus tanya, hah kau kat mana? Jom tengok wayang! Bukan macam dulu. Sekarang siap gambar kamera lagi. Nanti kalau ada duduk berdua-duaan, tangkapkan gambor dia. Lepas tu, hantar pada si bapaknya bior dia reti sikit.

Hanief: Hahaha... Itu boleh guna untuk buat baik dan jahat pun.

Nek Arah: Di internet pun macam-macam boleh cari. Apa dia tu orang kata, dunia tanpa sempadan.

Hanief: Memang pun. Hari lepas saya cari nama orang dapat terus nombor telefon bimbit sekali.

Nek Arah: Hah! Orang mana pula tu?

Hanief: Orang yang kena tipu sekali dengan bapa saya.

Nek Arah: Lailahaillallah... Kena tipu macam mana tu?

Hanief: 3-4 tahun dulu, bapa saya ada join business dengan satu Mamak ni, mula-mula ok. Lepas tu, dia lari. Jadinya, yang saya cari guna Internet tu, dapat nombor telefon bimbit kawan si Mamak ni.

Hanief: Lepas itu, saya bagi pada bapa saya. Borak punya borak, kawan si Mamak ni pun kena tipu. Dia ni satu kelas dengan si Mamak ni masa sekolah dulu. Pun dia sanggup tipu. Mungkin desakan hiduplah agaknya. Kereta yang Mamak tu beli pun guna nama kawan dia.

Nek Arah: Ish, aniaya betul.

Hanief: Sekarang kawan dia ni dah kerja doktor haiwan. Kira baguslah. Tapi dia pun pelik, sebab bapa saya telefon dia. Jadi bila dia tanya sebab apa, bapa saya pun ceritalah yang dia dah kena tipu. Doktor haiwan ni pun tanyalah berapa banyak. Bapa saya cakap dalam RM100,000.00.

Nek Arah: Hei, banyak itu Anip.

Hanief: Tapi sekarang KWSP cari bapa saya. Sebab ikut KWSP, syarikat dia tak bayar lagi RM18,000.00 pada pekerja. Kira duit caruman itu lesap sekali dek Mamak tu.

Nek Arah: Bapa kau punya syarikat ke? Mamak tu punya?

Hanief: Kiranya sekarang ni, mereka bersama-sama. Masa mula-mula dulu, bapa saya tukang bagi modal saja. Tapi lepas itu, dia ajak masuk serta satu syarikat. Apa lagi? Jawatan pun pengarah, lepas dah tandatangan, baru tahu Mamak tu dah tipu. Kiranya Mamak tu berjaya pancing bapa saya dengan dokumen prestasi syarikat dan untung bulanan. Lepas bapa saya dah jadi pengarah syarikat tu, dia kebas semua dan lari.

Nek Arah: Aish... Boleh pula bapak kau ni percaya pada orang ya? Tapi itulah, Nek Arah tengok bapak kau ni dia suka kawan dengan orang besar-besar.

Hanief: Tapi Nek Arah, orang Mamak ni lagi muda daripada kakak saya.

Nek Arah: Lailahaillallah...Bapak kau tak bincang ke sama keluarga dulu? Kita ni, mesti bincang sama keluarga dulu, baru bincang sama orang. Orang muda pula tu? Macam manalah boleh terkena... ish...

Hanief: Itulah, bapa saya ni percayakan orang sangat. Dia lebihkan orang luar dari keluarga sendiri. Dulu saya ada nak bikin perniagaan komputer sama keluarga. Kita nak dia masuk modal sekali. Tapi dia tak percayakan saya. Hah! Mamak ni pula percaya habis. Haih tak tahulah.

Nek Arah: Habis tu macam mana sekarang?

Hanief: Tak tahulah, kalau nak ikutkan, dia dah masuk satu syarikat. Asalnya pemodal sahaja. Tapi dah tandatangan dan pernah salurkan modal lebih RM10,000.00. Kalau ikut undang-undang syarikat SDN. BHD. itu, dia dah dikira masuk satu syarikat sekali. Itu yang jadi pengarah tu.

Nek Arah: Kira cerita kau ni lebih kurang abang Tok Mat kau. Duit dia kena kebas dek orang Indonesia. Mulanya nak buka ladang, tanam itu dan ini. Tapi akhirnya kena tipu. Ratus ribu juga. Jadi tekananlah. Hari-hari asyik menengking saja. Dahlah dia ada sakit jantung.

Hanief: Oh, itu pasal bapa saya ni panas baran agaknya. Pasalnya dia ni dah banyak kali orang pinjam duit dia sejak dia kerja bank dulu. Sampai ustaz pun ada berhutang dengan dia. Kalau ikutkan sifat manusia, kita mesti tertunggu-tunggu bila nak langsai gitu. Harapan mesti menggunung punya. Kalau kecewa mesti kecewa luar biasa punyalah.

Nek Arah: Orang sakit jantung ni macam Tok Mat kau dia tak boleh gaduh-gaduh dengan dia. Anip kau kena bawa berkawan dengan bapak kau tu. Bapak ni, mesti nak bersama dengan keluarga. Memanglah dia tak setuju kadang-kadang dengan kau Anip. Diakan ketua keluarga.

Hanief: Habis tu? Macam mana dengan cerita abang Tok Mat tadi?

Nek Arah: Oh, dia ada anak-anak kerja besar-besar. Seorang pengurus bank, seorang lagi engineer, seorang lagi kerja pakar forensik yang tidur sama mayat. Hah! Kau boleh Anip tidur sama mayat check apa sebab orang tu mati. Ada sekali tu kepala pecah, dialah yang periksa punca kematian. Bini abang Tok Mat kau tu kerja sama macam mak kau makan pencen kerajaan juga. Tapi itulah. Dia ada anak-anak nasib baiklah. Rumah semua ada bungalow seorang sebuah.

Hanief: Kira anak dia boleh tolonglah. Bagus tu. Saya pun dengar ekonomi kita tak menentu ni, campur masalah Mamak semua ni, saya start tanam-tanam ni.

Nek Arah: Ya lah, bolehlah ada yang boleh jimat, boleh makan. Baguslah. Rumah ni tak lama lagi kerajaan nak ambil tanah ni bikin bangunan lain pulak.

Hanief: Oh ya, rumah ni sebenarnya beli dari datuk saudara saya. Bapa saya yang beli daripada dia. Tapi geran ada pada waris dia. Sepupu bapa sayalah.

Nek Arah: Kau Anip, kau sebagai anak lelaki, kau mesti ambil tahu hal-hal macam ni. Memang bunyi hal ni macam hal orang tua-tua, tapi kau dah dewasa.

Hanief: Betul juga, saya dah umur nak masuk 25 tahun.

Nek Arah: Hah! Umur kahwin tu. Nabi S.A.W kahwin untuk 25 dengan Siti Khadijah yang umurnya 40 tahun.

Hanief: Nabi kahwin janda.

Nek Arah: Hah! tahu pulak kau. Habis geran itu nak dianukan ke? Mesti ambillah. Dah lah bapak kau rugi dengan Mamak tu ratus ribu campur KWSP buru lagi 18 ribu. Aish...

Hanief: Saya dulu lagi saya cakap dengan dia, kenapa tak ambil geran rumah? Masa itu, saya nak bikin meniaga di rumah jadi lebih senang kalau ada permit dari DBKL. Tapi dia nak geran. Geran pula tak ada pada kita. Ada pada sepupu dia. Dengar kata, sepupu dia busy. Tapi dalam blog bapa saya ada saja masa dia nak komen gitu. Mungkin dia segan nak minta barangkali.

Nek Arah: Satu sajalah Nek Arah nak ingatkan, jangan dimain-mainkan kau satu keluarga kau sekali sudah lah. Rumah kena jual, mana kau nak duduk? Tak naya?

Hanief: Dah banyak kali saya cakap dah. Tapi bapa saya tu suka sangat tangguhkan dan puji sepupu dia tu. Saya bukan tak suka pada mak saudara sendiri, tapi ini ada kaitan dengan hidup dan kerjaya saya juga. Ingat dulu nak meniaga sebab rumah kita ni dekat dengan jalan yang besar. Kerajaan takkan hapuskan penduduk kalau penduduk tu dapat majukan dari segi ekonomi penduduk di sekitar kawasan itu.

Hanief: Itu pasal, banyak saya tengok kampung Melayu kita kena sodok dengan jentolak. Pasal? Tak ada orang nak hidupkan ekonomi kawasan itu. Bila tak ada aktiviti, memang nak kena sodoklah. Tapi kalau saya berniaga, buka empayar sama geng-geng Taman Pelangi, mesti boleh kekal dan Sultan pun akan jaga tempat ni macam Kampung Baru.

Nek Arah: Ha... Tok Mat kau tu orang Kampung Baru lah.

Hanief: Eh, ya ke? Sekarang baru saya tahu.

Nek Arah: Tapikan Anip, itulah eloknya kau banyakkan duduk semeja sama keluarga bincang. Nek Arah tak bincang cerita pada orang, selagi belum bincang sama keluarga. Keluarga dulu, baru putus keputusan dengan orang luar.

Hanief: Eh, dah hujan baliklah. Hujan sekarang tak menentu.

Nek Arah: Hah! Elok masuk dalam karang demam pulak. Nek Arah pun belum makan tengahari lagi ni. Seronok betul borak dengan kau. OK lah Anip.

Hanief: Ok... ok...

Nek Arah: Cili Hijau ni kau nak ke tak?

Hanief: Eh, tak Mengapalah Nek Arah.

Wednesday, October 22, 2008

Russia, Iran and Qatar Discuss Forming Gas Cartel

Iranian Oil Minister, Gholam Hossein Nozari, center, speaks with media during a joint press conference with chief of Russia's state gas monopoly OAO Gazprom, Alexei Miller, right, and Qatar's Deputy Premier and Minister of Energy and Industry, Abdullah bin Hamad Al-Attiya, at the conclusion of their meeting in Tehran, Iran, Tuesday, Oct. 21, 2008.

TEHRAN, Iran (AP) — Russia, Iran and Qatar made the first serious moves Tuesday toward forming an OPEC-style cartel on natural gas, raising concerns that Moscow could boost its influence over energy markets spanning from Europe to South Asia.

Such an alliance would have little direct impact on the United States, which imports virtually no natural gas from Russia or the other nations. - Source

p/s: Some people said, US is powering Israelis next war with Iran. So, by forming this cartel, US will slow down a bit I guess. Good move by Ahmadinejad and the gang.

SSM Cari Nama Perniagaan / Syarikat Malaysia

Bapa saya terpaksa mengeluarkan RM15.00 untuk mencari data syarikat tertentu di premis SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang terletak di The Mall. Sebenarnya ia boleh dicari secara percuma di internet (Ya! RM0.00).

Capaian ke halaman carian juga agak tersorok. Mungkin laman web SSM perlu dikendalikan oleh pengendali yang punya kelulusan IT tahap PhD barangkali. Berikut adalah capaian yang ke:-
Syarikat / Company (ROC) - http://www.ssm-einfo.my
Perniagaan /Business (ROB) - http://www.ssm-einfo.my
p/s: Kadang-kadang loophole seperti ini menjadi satu pulangan AdSense. Manalah tahu? Lulz...

Tuesday, October 21, 2008

Smooth Skin With Adobe Photoshop

Get the action file inside of this Smooth.zip

Saifuddin Nasution, PKR's Strategist

Mahathir aka Fir'aun Malaysia

The geeky girl, Amber MacArthur

Altantuya's father aka Dr.Setev

Bollywood star, Aiswarya Rai

Jackie Chan, my favorite stuntman

Penyanyi Lagu Hadhari Di Rumah Terbuka Anwar Ibrahim

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada 12 Oktober 2008.

Yasin mungkin sedang bertanya jalan

Anwar dan Yasin

Lagi di sini


Islam Hadhari Oleh Yassin



Islam Hadhari Diharamkan di Selangor & Pulau Pinang



Masjid Hadhari Untuk Setiap Negeri Hujung Tahun 2008

Is Lowyat.net Down?



Lowyat.NET

It's easy to check any current thing in Twitter. I think people of Malaysia gotta use this site widely.

Lulz... Even my Chromium gave up... :P

Monday, October 20, 2008

Notis Tuntutan Bil Tertunggak Telekom Malaysia Berhad

TMnet silap orang. Hanief bukan senang untuk diperkotak-katikkan. Hanief seorang yang tinggi daya juangnya. Lulz! TMnet Oh! TMnet...

Notis Dari TMnet yang diwakili Kudrat Partners & Co. (M) Sdn Bhd

Surat Saya pada TMnet

Muhammad Nur Hanief bin Abdul Jalil
No 6 Jalan Pelangi 9,
Taman Pelangi 51100, Kuala Lumpur
MALAYSIA
Emel: hanief84@gmail.com Tel: 603-4022 0853
Web: http://hanief.blogspot.com
_____________________________________

Kepada:-
Puan Salasiah binti Hamid,
Pengurus,
Unit Pengurusan Kredit Selangor
Tingkat 1 Kompleks Telekom Titiwangsa
44, Persiaran Kuantan,
53200, Kuala Lumpur
Malaysia
20-OKTOBER-08

Per: Notis Tuntuan Bil Tertunggak

Seperti yang tertera di atas, saya Muhammad Nur Hanief bin Abdul Jalil, ingin mengutarakan permasalahan berkaitan satu notis tuntuan bil tertunggak. Bagi menerangkan keadaan sebenar, saya perlu menceritakan beberapa perkara yang amat berkaitan dengan hal ini.

Ampang
Dahulunya saya telah mendaftar satu talian telefon dan satu talian internet jalur lebar (Streamyx 512kbps) di kediaman yang disewa saya di Ampang. Segala bil bulanan yang diterima, telah saya jelaskan dengan serta-merta ketika itu. Untuk pengetahuan puan, saya adalah seorang yang fobia dengan apa jua bentuk kerja yang bersifat tertunggak, apatah lagi bil yang berkait dengan wang ringgit di mana sebagai seorang muslim (orang Islam) kita perlu bertanggungjawab pada segala bentuk hutang hingga ke mati.

Gombak
Sebaik sahaja berpindah dari rumah sewa di Ampang ke Gombak pula, saya telah berkunjung ke kedai TMnet di Jalan Raja Chulan dan juga cawangan Titiwangsa bagi mengelolakan pemindahan talian telefon dan akaun talian internet ke premis di Gombak. Segalanya memuaskan walaupun ia pada beberapa ketika, agak perlahan berikutan pengedalian oleh pelatih yang bertag "TRAINEE" yang berkali-kali di tegur oleh pekerja seniornya ketika itu.

Penamatan Akaun
Talian telefon dan akaun talian internet di Gombak telah ditamatkan oleh saya. Saya telah melakukan proses itu di kedai TMnet cawangan Titiwangsa. Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa apa-apa kerisauan kerana pada saya semuanya telah selesai.

TMnet Tuduh Saya Berhutang RM668.51
Tanggal 18 OKTOBER 2008, abang saya telah menghulurkan surat yang menyatakan saya telah berhutang dengan TMnet sebanyak RM668.51. Itulah kali pertama saya menerima surat yang ada kaitan dengan badan guaman dalam seumur hidup saya. Mujurlah abang saya terjumpa surat itu di lokasi rumah sewa di Ampang yang kebetulan menyewa di blok berhampiran di situ pada 2007.

TMnet Tuduh Saya Ada 2 Akaun Internet
Saya terus menghubungi 1-300 TMnet bagi pengesahan. Saya sungguh hairan sekali bagaimana TMnet boleh mewujudkan 2 akaun internet buat saya. Sememangnya akaun internet di premis Gombak telah dimatikan saya. Tetapi yang ajaibnya akaun Internet di rumah sewa Ampang itu masih hidup dan ada jumlah RM668.51yang tertunggak.

Saya Tidak Akan Bayar Sama Sekali
Mengikut isi kandungan notis itu, memang jumlahnya besar dan saya agak bersimpati dengan kerugian yang ditanggung TMnet. Tetapi saya tidak harus dipertanggungjawabkan. Ini bukan kehendak saya untuk mewujudkan 2 akaun. Idea sebenarnya, ialah saya ingin akaun saya dipindahkan ke lokasi baru iaitu di Gombak bukannya 2 akaun. Segalanya telah dimetrai (dipersetujui).

Kesilapan TRAINEE Yang Berlanjutan
Akaun internet yang didaftarkan pada 2005 sewaktu di Ampang itu rupa-rupanya belum ditamatkan seperti yang dijanjikan oleh TRAINEE di kedai TMnet. Lebih mengecewakan, kakitangan TMnet boleh membiarkan perkara ini berlanjutan walaupun saya sebenarnya boleh dihubungi atau dikesan dengan menggunakan kecanggihan teknologi online database (pengkalan data bertalian) dengan mencari butiran diri seperti nama saya dan nombor kad pengenalan saya untuk menyatakan hal penting ini.

Apakah Ini Konspirasi TMnet & Badan Guaman?
Mungkinkah ini satu konspirasi atau pun sesuatu kes yang cuba diambil kesempatan oleh pihak TMnet terhadap pelanggan jujur bendul seperti saya? Jika ya, saya minta TMnet menjadi lebih bertanggungjawab dalam melayan pelanggan yang semakin dewasa hari ini dan sebagai orang Islam peganglah kepada doa Iftitah yang dibaca setiap muslim ketika solah 5 waktu.

Erti Doa Iftitah
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya,
Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Masukkan Saya Dalam Penjara
Saya sedia menerima hukuman hasil tindakan kehakiman dan guaman yang hendak dilakukan TMnet nanti. Saya ingin menyatakan, saya tidak ada sebarang resit dalam proses pembatalan kerana ianya telah dibuang saya berikutan keyakinan saya bahawa semuanya telah selesai pada ketika itu. Ada juga kakitangan jabatan puan mencadangkan supaya saya membayar sedikit jumlah dari RM668.51 itu. Saya minta maaf saya tidak akan membayar sedikit pun. Saya berlapang dada dan bersedia untuk dipenjara.

Selepas Keluar Penjara
Saya akan menulis blog dan mewar-warkan perkara ini. Serta berkempen untuk syarikat jalur lebar yang lain yang sedang bersaing dengan TMnet. Seterusnya menjauhi TMnet yang mungkin penuh muslihat rapi.

Akhir kata, saya masih boleh untuk di bawa berbincang 4 mata, sekiranya cara berhubung melalui surat ini agak perlahan & memakan masa.

Yang Sedia Dipenjara,

(MUHAMMAD NUR HANIEF BIN ABDUL JALIL)

Blog Archive