KUALA LUMPUR - Masalah bekalan yang semakin berkurangan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merupakan antara penyebab berlakunya peningkatan terhadap harga sayur-sayuran secara mendadak di pasaran ketika ini. - Sumber
Disalahkan cuaca dalam kenaikan ini. Baiklah, Disember ini saya rasakan panas akan berpanjangan selama sebulan. Selama saya bercucuk-tanam ini, saya dapati corak cuaca di Malaysia ini hujan dan panasnya akan berselang-seli setiap bulan. Jadi jika kita berbasahan pada November, Disember ini kita berkeringan. Semalam di Kuala Lumpur tidak hujan langsung.
Hari Raya Pertama & Tanam-tanaman
Saya rasakan saudara-mara saya faham mengapa saya sibuk bercucuk-tanam pada hari raya pertama. Ada yang kata saya ini suka dengar khabar angin di blog dan tak percaya pada media kerajaan. Saya secara jujurnya menerima isi berita daripada media kerajaan. Tetapi tidak secara bulat-bulat. Adakalanya saya songsangkan dan dari situ terbitlah satu kesimpulan. Salah satunya ialah untuk bercucuk-tanam di laman rumah dan juga membela arnab.
Nak Gantung Pada Siapa?
Sebenarnya kerajaan kena bijak dalam menguruskan negara. Tak guna jika orang undi, dapat pangkat tetapi makin meleset sasaran matlamatnya. Mandat yang diberi gagal dilaksanakan. Jadi nak bergantung pada siapa? Jawapan saya, kita harus berdikari dan mengelakkan langsung kebergantungan antara kita dan orang lain (tak kira Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional). Kedudukan kita akan menjadi lebih kukuh apabila kita sentiasa berwaspada dan kurang berharap. Tetapi ini tidak bermakna negara kita boleh diperalatkan oleh kerajaan yang memerintah dengan sewanang-wenangnya. Kita perlu awasi mereka dan peka dalam isu-isu negara dan isu-isu semasa. Sibuk memang sibuk, tetapi inilah tanggungjawab kita.