Malaysia : Tong Taik UMNO: December 2008

Wednesday, December 31, 2008

Troli Oh! Troli

Petang tadi saya ke Medan Idaman untuk mencari Buah Aprikot di kedai makanan Algeria. Saya juga ada singgah di kedai hardware kegemaran saya di Medan Idaman itu. Tinjau-tinjau, ternampak satu troli mirip troli yang digunakan di PC Zone.

Troli tersangkut pada tangga bergerak pada hari ke-17

Kepada yang masih belum tahu, troli PC Zone telah saya rosakkan (secara tidak sengaja) pada hari ke-17 saya bekerja di situ. Getah yang meliliti troli tersebut terpaksa dipotong, setelah dicadangkan saya pada Encik Lee (pengurus PC Zone). Walaubagaimana pun troli itu masih mereka gunakan. Hanya getah itu yang telah tiada.

Apa yang ingin saya kongsi ialah perbualan saya dengan orang kedai hardware tersebut:-

Taukeh: Ya abang!

Hanief: Ya, mau tanya ha... Ini troli berapa you jual?

Taukeh: Mana punya?

Hanief: Itu besar punya. Belakang itu.

Taukeh: Ini wa boleh kasi special punya RM160.00

Hanief: Oh, ya ka? O.K lah itu macam. Tapi saya mau ambil nanti 2009. Minggu depan, sebab gaji masuk itu bulan.

Taukeh: Hah? 2009 ka? Hmm... tengoklah macam mana boleh kasi kurang nanti wa kasi kurang.

Hanief: Oh, OK, OK. Thank You ha! OK Thank You.

Taukeh: OK Baik.

- - - - - -

Dari perbualan itu, saya menjangkakan 2009 adalah tarikh yang menyusahkan buat para peniaga.

p/s: Saya akan gantikan jua walaupun ia berharga mahal sekali. Kepuasan hati saya sebagai orang Islam yang bertanggungjawab hanya akan terubat dengan penggantian sebuah troli.

Tuesday, December 30, 2008

Tanaman Hanief Kini Menerima 50% Cahaya Matahari

Ya, saya masih lagi di dalam tempoh ekperimentasi (percubaan), dalam menyesuaikan air, baja & cahaya (ABC).

Air
Air untuk tanaman saya ini harus diberikan 2 kali sehari. Semasa saya bekerja di PC Zone Lowyat Plaza, setiap hari pada sebelah petangnya, tiada sesiapa pun yang menyiram tanam-tanaman di rumah. Walaupun adik saya telah diamanahkan untuk menyiram pokok-pokok semuanya. Hasilnya kesemua pokok kelihatan 40% layu dan mengering, oleh kerana hanya menerima siraman air sekali sehari iaitulah pada sebelah pagi.

Baja
Baja memang amat baik sekali. Sempurna semuanya. Arnab-arnab tidak pernah ketinggalan dalam membuang bahan kumuhan mereka.

Cahaya
Cahaya matahari kini akan saya jalankan ujikaji, iaitu dengan meredupkan 50% pada tanaman yang agak malu-malu berdaun besar. Saya juga ada mendapat maklumat dari Internet berkenaan pemanipulasian cahaya dengan jaring yang mampu menapis beberapa cahaya.










Rumah 5 Ekor Arnab Dibina! | Bhg. 2/2

Sebenarnya tempoh penyiapan rumah arnab ini adalah 2 hari sahaja. Hari kedua saya tidak dibantu langsung oleh sesiapa. Ternyata adik saya masih berstatus remaja tegar. Hari itu juga saya membeli arnab pada belah malamnya dikala hujan renyai-renyai. Hari itu juga saya memperoleh potongan sebanyak RM8.00 untuk harga seekor arnab kecil.


























Monday, December 29, 2008

Hanief Borong 10kg Gula Di Giant

Haha! Dek kerana berita di bawah ini, saja saya sediakan payung sebelum hujan. Lagi pun gula tak basi. Jadi nampak sangat ada peluang nak naik harga tahun depan (2009). Tinggal lagi 3 hari saja lagi. Minyak masak pun nak kena jaga juga.


Harga Gula Akan Naik Sebab Inflasi Meningkat Pada Tahun 2009

Tepung gandum, nanti kita tengok 2009 ini apa harganya.

Tepung gandum.

Sempoi (simple) pakai selipar sahaja. Duduk Malaysia apa barang nak bergaya. Bukan pergi luar negara.

Tengok gula tu berapa bungkus?

Lobak merah tak terlepas daripada pembelian ini.

10 bungkus = 10kg.

p/s: Ada ceramah PAS oleh Mat Sabu 30 haribulan ini (esok). Saya akan hadir bersama kamera video. Jumpa di markas PAS Taman Melewar! Takbir!

Last Day @ PC Zone
















I'm a freeman again.
:)

Blog Archive