Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Mak Aku Risau Dengan Keadaan Ekonomi

Saturday, January 31, 2009

Mak Aku Risau Dengan Keadaan Ekonomi

Habis meraban (merepek) orang tua ni. Entah kenapa sibuk benar nak cakap hal kahwin malam semalam. Aku tahu memang keadaan ekonomi meruncing ketika ini. Kelmarin, gah benar dia kata dia dapat RM170.00 hasil niaga kedai barang kahwin dia di Plaza Idaman. Hari berikutnya dia kata dapat RM15.00 sahaja.

Dia lupa aku pernah kerja dengan orang Cina banyak kali. Aku nampak dia risau tak tentu arah. Dia nak aku masuk berkursus di hospital kerajaan. Aku kata aku ada maruah, kerja kerajaan amatlah memalukan. Katanya lagi, ada pencen, ada elaun belajar, ada itu dan ada ini. Habis itu? Bagaimana dengan orang lain di bahagian swasta? Mak aku diam. Aku kata, kerajaan kita tak gubal akta gaji minima dan lain-lain berkaitan dengan sektor swasta.

Kiranya segala-gala yang aku dah lalui dan capai terbuang begitu sahaja sebaik sahaja aku duduk rumah bela arnab yang masih kecil sementara waktu.

Dah berulang-kali aku katakan setiap perubahan yang berlaku pada cita-cita aku berdasarkan ekonomi dan logik. Pada aku, cita-cita kita kena logik.

Masa aku kecil, aku nak jadi juruterbang. Sebab bapak aku pun juruterbang. Tetapi lepas aku lihat banyak kapalterbang jatuh, pelatih pun ada yang mati dalam kokpit akibat lonjakan kerusi cabuk kapalterbang yang akhirnya mematikan pelatih itu dengan kecederaan di kepala. Kapalterbang pun bukan hasil buatan negara kita sendiri. Kalau negara lain nak intip, khusus negara yang buat kapalterbang itu, bila-bila masa sahaja. Bapa aku pun kurang gembira dengan pencapaian TUDM dalam kejadian yang mengakibatkan pesawat cabuk. Itulah bahana rasuah, kapalterbang tidak ditukar-ganti.

Kemudian aku teringin nak jadi Arkitek. Aku pandai melukis. Masa Pendidikan Seni baik tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah cikgu selalu berdiri berhampiran aku melihat apa yang aku lukiskan. Kemahiran Hidup juga subjek yang aku minat dan bahagian lukisan oblik selalu aku dapat markah penuh. Lagi pun Pak Su aku pun seorang arkitek, lagilah aku bersemangat. Tetapi apabila tiba ke Tingkatan 4, hajat aku nak masuk jurusan LK (Lukisan Kejuruteraan) tak kesampaian. Akibat kelas penuh.

Aku pun kata Prinsip Akaun pun Prinsip Akaunlah. Lagi pun bapa aku kerja Bank Islam. Mesti dia tahu banyak apa yang akan aku belajar nanti. Tetapi harapan aku ternyata meleset sekali. Bapa aku pun tak reti akaun yang aku belajar di sekolah. Tapi gajinya di Bank Islam hampir mencecah RM6k. Sekarang dah bersara. Duit RM100k dah kena kebas dengan seorang mamak (lulusan universiti yang dibelit dengan hutang PTPTN dan ego-cakap-besar-nak-cepat-kaya).

Akibatnya, akaun yang aku belajar itu aku gagalkan. Aku memang benci dengan akaun. Pada aku matapelajaran akaun untuk orang yang tidak kreatif dan hanya patuh pada arahan yang diberi. Ada orang kata, akaun senang cumanya ia memerlukan seorang yang pandai mengajar. Samalah macam ilmu komputer yang aku ada. Entahlah, tapi aku setuju yang ilmu itu akan menjadi senang jika ada cara pengajaran yang baik dari guru yang berkebolehan dalam mengangkat tahap kebodohan para pelajarnya yang pelbagai.

Aku pun lepas SPM, pergi bekerja di sekitar Lembah Klang, yang rata-ratanya kedai komputer. Aku nampak kini, bidang IT adalah untuk semua. Ia tiada satu keistimewaan pun. Ia mudah dipelajari dan tiada masa depan apabila kilang tutup atau pun kedai Cina di Lowyat tekan naik harga. Pembekal pun sama sahaja.

Itulah sebabnya aku mahukan sesuatu yang boleh diusahakan sendiri. Bidang pertanian dan penternakanlah jawapannya. Paling malang, apabila hasil jualan tidak laku, kita boleh makan sendiri dan juga bersedekah serta buat baja kompos.

Aku sendiri tak percaya yang sekarang aku dah bela arnab 8 ekor ala komersil dan sudah berjaya menghulurkan beberapa jenis sayur kepada jiran sebelah yang pernah menjaga aku sewaktu aku tadika lagi. Aku masih ingat, sewaktu tanaman yang aku tanam itu membesar, aku mengharapkan moga-moga jiran sebelah ini dapat merasanya (janganlah mereka pergi dahulu). Merekalah Nek Arah dan Tok Mat. Kehadiran arnab aku pun banyak mengukirkan senyuman dan rasa riang di sekeliling rumah. Termasuk juga jiran-jiran.

Mak aku kata, habis tu? Hang nak sara anak bini dengan pertanian dan penternakan? Aku jawab ya! Kenapa tidak? Itulah bidang yang Nabi S.A.W kita ceburi dahulu. Orang kita sekarang ada tanah pergi tinggalkan. Itulah kebodohan abadi namanya.

Mak aku kata, tanah kalau nak beli, mahal. Aku kata memang mahal dan kena cari duit nak beli. Tapi hati aku juga tak minat lagi nak memburuh di negara sendiri. Tak banyak yang akan kita pelajari dengan memburuh di negara sendiri.

Mak aku kata, kalau begitu, hang sambung belajar dan kemudian pergilah ke luar negara. Aku kata, nak kerja kuli sahaja, buat apa nak belajar di Malaysia dahulu? Kalau ada kelulusan tinggi pun, bukan boleh terjah masuk kerja besar di negara orang. Dengar ceritanya di negara luar mereka lebih mementingkan kemahiran dan warna kulit. Kalau kerja rendah itu, sudah tentu dijamin dapat.

Seperti juga di Malaysia, apakah kerajaan kita senang-senang mahu berikan pekerjaan tinggi buat pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Nepal dan lain-lain. Rasanya kerajaan kita tak berani. Orang Pakistan yang berniaga di Lowyat pun dah membuatkan orang Cina kita cemburu habis dengan mereka (termasuklah pelanggan Cina pun).

Jadi sekarang ini aku nak beli tiket dan pergi memburuh di negara orang.

Mak aku kata lagi, di Malaysia pun boleh cari makan. Nanti umur dah tiba nak kahwin, tapi masih kerja kuli. Aku kata, itulah cabaran sebenar hidup aku ini. Sekarang senang, sebab duduk rumah bela arnab sahaja. Tak lama lagi semua orang pun akan rasa susah juga. Bab kahwin itu dah memang hajat aku nak cari pasangan yang bukan Melayu. Sekarang ini aku nak cari duit nak beli tiket dahulu.

Tapi mak aku nak juga aku kahwin dengan orang Melayu. Aku kata, aku tak mahu anak yang berfizikal kecil dan berfikiran sempit seperti ramai para pemimpin Melayu UMNO. Aku pun hairan kenapalah nak risau kalau benda jodoh ini ketentuan Tuhan? Mak aku tak percayakan Tuhan lagi ke?

Mak aku kata, kalau aku teruskan perniagaan dan cita-cita komputer aku di Malaysia, tentu boleh berjaya. Aku kata, komputer? Ambil barang pada siapa? Mak aku kata, Lowyatlah. aku kata, lepas itu nak kena bayar tiket tempat letak kereta, kredit telefon, minyak dan tersangkut dalam kesesakan jalanraya? Jika dihitung itu semua, dengan keuntungan barangan komputer, aku katakan aku rugi. Aku tanya pula, berapa untung jual barangan kahwin mak itu? Jawab mak aku, ada 7 ringgit, berbelas ringgit pun ada. Hah! Aku kata, jual barang komputer tak dapat untung macam itu. Aku kata, mak sendiri pun tahu yang aku dah bekerja di Lowyat dan di sana pun susah nak dapat pelanggan dan untung pun semakin sikit.

Tak payah pergi jauhlah. Kalau masyarakat yang seumur dengan mak bapak aku ini, tidak mahu mengaku yang zaman sekarang lebih mencabar, biar aku beritahu satu-satu apa yang adik-beradik aku alami.

Kakak aku, dah kahwin tapi naik kereta Kancil mak aku. Ya! Kita orang Melayu, tapi kakak aku sekeluarga masih hidup menyewa. Aku tak salahkan suaminya. Aku salahkan orang Melayu yang tinggalkan kampung.

Abang aku, dia kerja di Lowyat. Tak perlulah aku ceritakan perihal dirinya. Dahulupun aku dah buat kerja itu di kedai Win Chance dan lewat-lewat ini di PC Zone. Semasa di Win Chance aku menyewa apartment. Duit yang aku dapat hanya cukup-cukup. Kalau nak menabung mungkin dapat RM100.00 itu pun kena cermat. Itu pada tahun 2005. Sebelum minyak naik! Sekarang abang aku semakin kurus dan harga pengangkutan awam meningkat tinggi, makanan, sewa apartment dan lain-lain. Aku tak terkejut jika dia terpaksa minta gaji pada mak aku pula. Kalau aku menyewa di waktu 2009 ini, mungkin aku pun terpaksa hadapi azab yang sama.

Adik aku, dia pun menyewa. Dia ni kaki lepak dan kaki Myspace & Friendster. Kalau ikut kawan memang hukumnya wajib. Sekarang dia ikut kawan-kawan dia bekerja di sebuah Hotel Sheraton. Aku kata kalau kerja basuh pinggan mangkuk yang melibatkan masakan yang dicampur arak, itu dah syubahat. Nak juga kerja. Nasib kaulah. Orang yang terbabit dengan perhotelan kalau tak kena gaya, dia minum arak. Lepas itu, rumahtangga berkocak dan sebagainya.

Aku selesa dengan penulisan yang bertujuan untuk memberitahu siapa aku sebenarnya. Kerana aku tak suka orang tanya soalan yang sama. Bacalah blog aku ini untuk mengenal siapa aku.

49 comments:

Anonymous

Ko kate mula2 bapak ko pilot. lepas tu keje kat bank. Ko ada 2 bapak ker?

Hanief

Bapa aku berhenti jadi pilot selepas gegendang telinga dia berlubang. Katanya dia terbang masa dia selsema. Lagi pun mak aku risau kapalterbang dia pernah jatuh masa dia berlatih dengan coach dia. Dia masuk Bank Bumiputera dan lepas itu Bank Islam.

Anonymous

okla la bro. terima kasih atas penjelasan lu bro. dah tak konfius dah...

~ PiDOT ~

hahaha.. relax bro.. Tuhan kasi dugaan sbb Dia tau hambanya mampu hadapinya...

Anonymous

kalau naik flight n selsema,telinga takkan berlubang..ony block,eustachian tube yang block..what happened to ur father?dia tak buat operation ke?

antikroni

bro.. aku punya membe keja kat lowyat dari x tahu ape2 pasal komputer mmg zero, mmg banggang sgt.. tpi skrg dah bukak kiosk sendiri jual laptop kat tingkat 3. klo ko kenal la.., dah maju. kereta dah kuar.. baru2 nh dah kluar superbike.. aku pelik macm mana ko yg bijak x bleh bersaing.. sedangkan dye yg x de ape2 pengetahuan asas bab komputer nh...dulu dye pun kuli jgak kat lowyat gaji rm800 je.. skrg dah ader kiosk sendiri.. pelik aku.. patutnye ko yg mahir benda2 nh, maju dn berjaya.... Pelik aku..

Joe80

Aku sebenarnya lagi pelik la tgk pertanyaan ko la antikroni. ko ni nak ape sebenarnya??

Anonymous

salam bro..ko kalau nak berjaya kena start dr bawah..pertanian tu x slalah,tp baik ko bt tuk skadr mengisi masa lapang. nak buat pertanian perlukan tanah yang besar, aklau keik-kecilan ni x nampak sgt la.
sapa ckp di bidang computer x mendatangkan hasil?ak yang melibatkan diri dlm bidang komputer pon terasa gak mewahnya..ak setuju ckp antikroni dan apa yang diperkatakannnya adalah betul. yang ak nampak sgt skang ni, ko nie jenis memilih kerja, tanak jadi kuli hanya nak jadi org atas. kita kena tgk cara org cina bekerja.bkn suma tokey2 komputer cina tu asl dr org kaya, sumanya dr kuli2 ja dlu.ak da ramai mmbr cina dlm bidng komputer yang aslnya kuli dan skang dh jadi tokey.kenapa?sbb dgn bekerja sbg kuli kita akan lebih mengetahui mendalam akan pengoperasian sesebuah syarikat atau kedai n disitulah tempat untuk menimba pengalaman dan pengetahuan. dan cuba berbaik dengan semua customer dan akhirnya mungkin juga akan terlekat seseorang dua customer yang rapat dgn kita. ini juga dpt membantu apabila kita bukak kedai nanti.ak pernah pegi kedai msa ko keja kat lowyat ritu, tp yang mengecewakan servis ko kat customer amat tidak memberangsangkan. berubah la bro. berhijrah kenegara lain bukan penyelesainnya, kat memana pon bleh cari rezeki, janji kita rajin berusaha.itu yang penting

Hanief

Siapa kata aku nak jadi orang atas? Aku nak memburuh di negara luar. Kau bodoh tak reti baca teks dalam blog ini.

Hanief

@antikroni
Lowyat Plaza tempat orang Cina. Aku pernah jumpa management mereka, untuk sewa di situ, tapi cakap full occupied (padahal ada tempat kosong). Orang Pakistan yang berniaga di situ atas dasar nak tutup peniagaan software cetak rompak sahaja.

Kau bagi nama member kau, biar aku panggil budak Melayu yang lain untuk bekerja gabung tenaga. Jangan kau temberang sudah.

Hanief

@antikroni
Wahai penipu, klik di sini!

Kemudian, klik di sini wahai penipu!

Hanief

@antikroni
Lagi satu.

antikroni

aku rasa ko nh kurang member@bergaul kot kat lowyat... 2 lah sebab ko x dapat.. lepas 2 membe aku setakat speaking nh pun lepas2 mkn je, inikan pulak ko yang pandai.. xkan xleh del ngan management kat sana.. 2 yg aku pelik, klo ko kenal member aku budak2 keramat semua keje kat situ.. malas aku nk sebut nama... so ko jgn lah nak panas pulak pasal hal remeh temeh nh.. x kn kena kritik sikit ko dah melompat, mcm cacing kepanasan....

Hanief

@antikroni
Jangan kau cakap atas angin. Bagi nama mereka, banyak lagi budak-budak Melayu nak sertai kedai mereka di Lowyat itu.

Apa nama syarikat Melayu itu?

Anonymous

antikroni ni merapu banyak. macam mat lentok la ko ni. malas nak sebut nama ke meraban macam nenek ko.

Anonymous

to hanief..
ko keja lowyat bkn bermaksud ko akan bukak kedai kat lowyat je.banyak lg tmpt bleh bukak kedai bro

Anonymous

eleh haneif ko terima je kekurangan diri ko.. klo bagi nama pun ko nak buat ape? sedar lah ckit. diri ko 2 mcm lalang. sekejap ko cita2 mcm nh.. skejap mcm 2.. mana satu ko nk buat aku pun x paham.. aku sokong antikroni.. baik ko amik satu bidang yg ko betul2 minat.. sekejap ko kate nk jdi pilot, pas 2 x jadi, mcm2 alasan ko. pas 2 nk arkitek pulak.. pening aku. cuba tetapkan pendirian ko.. sedar la bro.. kat lowyat byk peluang ko,,, ko tgk mat bangla pun bleh bukak company.. inikan pula warganegara malaysia sendiri... maknanya ko x leh bersaing dgn diorang.. aku pun pernah keja kt lowyat.. mmg gaji aku rm800.. tapi semua bergantung ko rajin dapatkan customer atau tidak.. klo masuk dgn side income aku bleh dapat rm3000.. inilah lowyat, ko x leh bergantung dgn gaji ko je wahai hanief.. ko kena bijak...

Anonymous

hanief nh mmg x nk terima kekurangan diri kot..

antikroni

erwin, bayu, herman, budi , indra, beben. ko carilah..

Anonymous

betul tu..
dlu ak bleh terima jugak pandangan dia..
skang makin merapu meraban, susah nak difahami..
dan menyesong jugak. dgr r ckp mak ko tu..
adk ak pon cm ko la, x nak dgr nasihat orang len.nak ikut pala sendiri je.

Anonymous

hhahaha. betul 2.. terima ckit pandangan org.. jgn ingat diri 2 betul

Anonymous

hanief nh asyik meraban je.. terima lh nasihat org..

Anonymous

kata gaji 6k.. x kan pkai kancil kot.. pirah mabok.. temberang lah ko..

Anonymous

org melayu skrg nh nk meniaga, tapi x pandai.. org nk meniaga dye nak jugak, selok belok x tahu.. las2 lingkup..

Hanief

Bagus juga buka blog macam ini, dapat terima ribuan kutukan daripada Anonymous. Orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Hahaha!

Wei! Akulah manusia yang akan berjaya tak lama lagi, sebab aku berubah ikut pasaran dan masadepan.

Kalau kau orang semua nak buat apa-apa, buat sajalah. Buat apa nak banding dengan orang lain? Buat apa nak kisah dengan kekayaan? Janji strategi hidup diatur dengan baik.

Apa yang aku nampak, aku atur strategi dengan baik sekali. Orang lain ada jalan mereka, aku ada jalan aku. Sebab aku esklusif. Tunggu dan lihat. Blog ini akan menjadi saksi!

Hanief

@antikroni
Jangan main sebat sahaja nama "... erwin, bayu, herman, budi , indra, beben... "

Apa nama syarikat? Kalau betul syarikat Melayu, kenapa nama Indonesia? Hahah?! Setahu aku, nama macam itu ada di kedai donat, Big Apple. Semua itu pekerja Indonesia.

Wei! Sukahati akulah, aku nak memburuh di mana. Itu hak aku.

Anonymous

klo diorang indon pun dye x myusahkan mak bapak ko hanief.. mmg org indon lah banyak kat lowyat.. maknanya ko nh rasis.. membanding2 kaum dan agama... ko nh cuma tahu kritik org.. ko 2 melayu sejati ke? melayu sejati dtg dari indon lah bongok... ko pegi salahkan org british pegi bawak org cina kat sini.. klo org cina x der kat malaysia nh, lingkup ekonomi malaysia.. nk harapkn melayu malas.. keja memilih macam ko.. dari hari 2 dok heboh2 nk memburuh la, merantau lh.. tapi x blah2 jgak.. suruh meniaga, untung nk banyak tpi keja pemalas.. keja nk duduk je, tgk org asing dtg sni. bertungkus lumus cari rezeki, bila dah ramai pendatang kt sni.. tau pulak marah.. rakyat negara ko 2 yg pemalas, kaki judi, kaki mengumpat, keja nk songlap duit org.. 2 yg rakyat jadi mcm nh.. jalan lh botak..

Anonymous

klo ko maju pun org xnak pun duet ko.. org dah lama maju ko bru dok terhegeh2 nk berjaya. hahahaha.. kesian lah ko.. org dah bagi nama, nk nama syarikat pulak..nh lah melayu.. ko pegi cari dulu.. bru comment.. ko yg cakap atas angin..

Hanief

Tak wujudlah syarikat itu. Kau ni, aku rasa Lowyat pun kau tak pernah pergi barangkali. Kau duduk bawah kopek Bik Mama lagi bagus. Kah! Kah! Kah!

Anonymous

berubah la hanief..
ko kne dgr komen org gak..
jangan nak melenting..
org yang berjaya akan terima kritikan, terima sbg kritikan membina. ko xpk masa depan ko tu.
dlm islam pon suruh umatnya berusaha bersungguh.jangan hangat-hangat taik ayam je.
ko x kesian ke kat mak bapak ko? xpk ke ko nak tolong diorng balik ke. duk sebok2 ngan politik tp diri ko....? keja sebulan brenti.cina pon dh myampah la dgn perangai org yang keja skejap je ni.

Hanief

Aku akan kerja lama kalau kerja itu ada masa depan. Aku kerja di PC Zone untuk beli tiket sahaja. Kau bodoh tak reti Bahasa Melayu.

Minum Vitagen lah bagi cerdik sikit!

Hanief

Dekat Win Chance aku kerja 1 tahun sehinggalah datang budak-budak praktikal semua bangang, aku jugak nak kena ajar. Pulak tu, ada ahli keluarga Liew yang kaki judi, songlap duit dalam laci. Selalu hilang pergi Genting. Boleh ke tuduh aku ambil RM700.00 ? Masuk akal ke? Dah setahun aku kerja situ. Apa lagi aku berhentilah pada era 2005 itu.

Minum Vitagen bai! Bagi cerdik sikit. Kalau hujan duduk bawah kopek Bik Mama! Aku tau kau tak ada payung, selalu sangat lari dalam hujan.

Banyak lagi tempat aku boleh kerja, apa barang kerja di Malaysia? Aku nak blah nak beli tiket. Langgar pula kereta En.Ilesh. Tak apalah winter pun sekarang. Tunggu spring gua blah. Adios!

Minum Vitagen! Campur Ribena kalau tak puas hati campur Nestum. Jangan lupa belajar ABC nanti tak pandai mengeja. Anak mabuk kartun, bapak mabuk apa? Mungkin WWE?

Hanief

Jangan cabar aku dalam menceritakan sejarah sebenar. Aku nak hidup aku tiada musuh dan aku nak musuh aku hormat aku. Ini kalau staff Win Chance baca mau malu dia. Aku ex-Win Chance. Kalau nak spot kaki judi mana anytime saja.

Tapi aku tak lapar kerja dengan syarikat Cina. Aku ulang kerja di Lowyat dengan PC Zone pun sebab nak keep up dengan latest hardware and beli tiket kapalterbang.

Lu kalau tak reti apa-apa, pakat diam sudahlah.

Minum Vitagen bai! Bikin dupe akaun lagi. Sembunyi bawah kopek Bik Mama lagi! Huhuhu!

Hanief

Orang Melayu yang bijak dan ada fikir tentang masa depan bangsa dia at the moment aku nampak Anwar Ibrahim saja. Lain-lain UMNO kaki rasuah. Sebab itu Melayu tak miliki teknologi.

Negara perang pun boleh pecut Malaysia kalau sekarang diorang dah mula hantar anak-anak muda mereka belajar teknologi negara nombor satu sehingga mahir.

Kita? Student kita buat apa? Main lendir air mani? Jadi pelacur? Lu kalau ada peluang, lu guna elok-elok. Lu kalau ada orang sponsor tak kira kerajaan ke lu dapatkan teknologi tu.

Bukan jadi bongok macam Mahathir. Nak boikot barang AS tapi barang Malaysia tinggal apa? Goreng Pisang.. tak terdaya nak boikot. Apa dia buat 22 tahun memerintah?

Bagi aku memerintah, 1-2 tahun aku nak rakyat aku cipta kapal selam sendiri. Ini Proton sampai sekarang terkapai-kapai nak cari partner. Sial siapa yang sokong Mahathir! Proton itu satu produk automotif paksaan. Kalau kereta import tak kena cukai gila-gila, dah lama orang beli kereta import. Korea bikin tax tapi kereta mereka lebih mengutamakan safety. Kereta kita? Dah kena kutuk baru nak pasang ABS, pelampung, rear seat-belt. Itu pun bikin version entah apa-apa. Kelainan version, ini tak ada radio, ini ada tingkap auto... weh... Melayu dah diperbodohkan... sebab itu yang Melayu cerdik pun masih bergantung harap pada negara asing.

Lu kalau ada peluang masuk Harvard, MIT ke, bela negara betul-betul... pakai duit tax-payers tapi balik buli budak2 bodoh... diri sendiri yang dah ditaja kerajaan boleh buat apa? Buat lendir?

Anonymous

Habis tu kau tu Hanief padai sangat, bawak la teknologi dari negara luar!!!

Hanief

Aku ada SPM saja, aku nak ke luar negara pun untuk memburuh, insyaallah kalau ada peluang aku akan bawa teknik pertanian dari negara luar. Sebab aku nak memburuh dalam sektor itu.

Bab nak raih teknologi lain macam komputer components, vehicles, aku serah pada student yang dah ditaja kerajaan.

Aku orang solo, bakal merantau akan buat apa yang terdaya sahaja. Salam

Anonymous

Jangan nak tipulah, kau ni mesti budak U... jgn malulah nak mengaku :P

Hanief

Ramai yang cakap aku ni budak U, tapi ketahuilah aku hanya ada SPM sahaja.

Kalau ke luar negara pun aku hanya harapkan kemahiran dan kebolehan aku bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Sebenarnya bahasa yang kita tuturkan atau karangkan ini, boleh kita baiki walaupun dahulunya kita kurang berkebolehan. Tak kira bahasa Melayu atau pun Inggeris.

Ilmu ada di mana-mana dan aku yakin penghijrahan aku ke negara asing akan menawarkan aku pada suasana yang lebih memudahkan aku bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jangan kau terkejut dengan kelulusan aku. Nabi SAW pun tak pandai membaca Quran sebelum Jibril peluk dia? Kan?

Semua boleh berubah jika ada kemahuan.

Anonymous

kutuk keta malaysia.. ko 2 pakai keta ape bai???? ko minum ape? teh tarik? ko mkn ape? nasi lemak? 2 lh makanan kesukaan ko, yg membuat otak ko lembab wahai hanief..

Hanief

Kau bodoh tak reti menyingkap mesej yang disampaikan. Sila minum Vitagen.

Anonymous

kenape hanif nie suka ckp bodoh dan ckp benda yang x sepatutnya.sy ingatkan dia ni berbudi bahasa, tp anggapan saya meleset sekali.

BUDAK KURANG DIAJAR

mmg.. dye nh mmg kurang diajar dan kurang ajar.. mengata dulang. dye panas dgn komen2 kat blog dye nh.. hehe.. kasi tutup lah ini blog macha.. x pun duk bawah kopek big mama.. huhuhuhuhu

Hanief

Blog ini akan kekal dan menjadi saksi segalanya. Hanief adalah seorang yang tidak gentar pada sebarang komentar. Hahahaha!

Anonymous

mangkuk pinggan.. ko g keje la.. g tanam anggur kat umah wat ape..

Hanief

Hahaha!

fahmi

kau nak merantau ke mana? kalau kat australia kerja cleaner boleh dapat lebih AUD50 sehari. sebab kau minat pertanian kat area country kau boleh cabut weed di ladang kapas. upah lebih AUD100 sehari (sengsara sikit sebab kerja tengah panas). nak yg redup sikit petik buah epal boleh dapat AUD50-AUD100. no problem kalau nak migrate

Budak Soleh

hanief nh wayang je.. ko tgk la... dye xkan pegi punya.. En ilesh 2 pun aku agak wayang kulit si hanief nh je. asal x nak tangkap gambar kete en. Ilesh 2??? ko kn suka tangkap gambar kt mane je ko pegi?? bukti mane? stakat name card aku pun bleh wayang.. skrg org tgk bukti.. bkn ckp2 kosong yg meraban...

joe80

budak soleh kepala hanguk ko. pegi main jauh2. budak rosak akhlak manusia sejagat tak patut bagi komen cam budak2.

Muzri-KamrieCorp

hahaha...macam2..

Post a Comment

Blog Archive