Saya suka baca blog Rocky. Tetapi sejak akhir-akhir ini, saya banyak baca suapan RSS blog Tukar Tiub (Hishamuddin Rais). Kerana lebih senang untuk tahu apa sebenar yang berlaku dalam bahasa yang cukup mudah. Walaupun banyak pendapat Hishamuddin Rais sama dengan pendapat saya, namun ada dua-tiga yang amat unik. Terutamanya coretan panjang (ala cerpen) dan lagi satunya pengalaman silamnya tentang politik tanahair. Saya percaya tentunya anak-anak muda suka blog Hishamuddin Rais.
Malaysia Today
Blog Malaysia-Today dah jarang dibaca berikutan kekangan (sekatan) berkala daripada pihak kerajaan.
Rocky's Bru
Blog dia ni, lebih banyak mengisarkan agenda geng Mahathir. Tak perlu sesiapa pun yang beritahu saya, kerana orang-orang yang cenderung kepada Mahathir umpama lalat yang tak lepas hinggap pada Rocky.
Habislah lepas ini, banyak gambar-gambar di Flickr dan laman web seperti Bigdogdotcom yang bebas dicapai oleh sesiapa sahaja yang punya talian Internet akan dipadam oleh Rocky (sekiranya dia berasa orang ramai tak sepatutnya tahu dia geng Mahathir). Walaupun cermat sekali penulisan kita, tetapi kehadiran hujah-hujah dan pula dicampur dengan gambar yang menceritakan peristiwa beragenda besar akhirnya akan mengemukakan kedudukan sebenar seseorang itu.
Harris Ibrahim
Ada juga saya baca blog dia. Tetapi dah lama tak baca. Dia seorang peguam dan pernah bersama berkempen dengan parti DAP. Buat masa ini, Harris tampak sehaluan dengan RPK (Raja Petra Kamaruddin).
Ganjil
Hairan juga, dalam banyak-banyak majlis keramaian beragenda yang dibuat oleh Rocky, saya tak nampak pun RPK dan Harris. Pada mulanya saya sangkakan abang-abang dewasa ini, sama perjuangannya. Rupanya sangkaan saya meleset. Tiba juga akhirnya ketidakpastian itu ke suatu titik YA-atau-TIDAK. Apakah RPK dan Harris sekepala dengan Rocky dan gengnya? TIDAK.
Hentam Pak Lah
Geng Anwar hentam Pak Lah dan Geng Mahathir pun sama hentam Pak Lah. Itulah persamaannya. Jadi Pak Lah termasuk juga Geng KJ diserang kiri dan kanan.
Saiful & Blog Pencacai DotCom
Jika anda selalu memerhatikan perihal DotCom pada pemilihan membuat sesuatu Blog atau pun laman web, ada satu blog yang berpihak kepada Mahathir yang menggunakan DotCom dihujungnya. Ini suatu taktik lama dalam menguasai .com. Akan tetapi Geng Mahathir tidak sekreatif mana. Saya beranggapan, laman web dan juga channel YouTube AnwarIbrahimDotCom itu dibina oleh BigDogDotCom pemilik blog http://bigdogdotcom.wordpress.com. Dahulunya saya ingatkan pemilik blog itu cucu kepada Mahathir tetapi setelah melihatkan saiz badannya yang berkilo-kilo beratnya dan juga pemakanan roti berdiet The Loaf Mahathir itu saya rasanya dia bukanlah cucu kepada Mahathir.

Tangkapan skrin yang diambil daripada blog Saiful mohdsaifulbukhari.blogspot.com. Lepas ini pasti dia padam sesuatu? Haha!Saiful juga didapati mempromosi blog Mahathir dan juga blog berkaki DotCom iaitulah AnwarIbrahimDotCom dengan jolokan (AIDC).
p/s: Kepada yang ingat saya ini diupah oleh geng PKR atau pun Anwar Ibrahim sendiri, ianya tidak sama sekali. Walaupun ada emel daripada kelab AIC (Anwar Ibrahim Club) supaya saya menyertainya, begitu juga dengan pelawaan Tian Chua yang berwakilkan seorang anak muda, namun saya tetap berkata, saya mahu menjadi orang biasa yang kreatif menggunakan media-media yang berteraskan agenda kerajaan dan pembangkang. Saya mahu menilai dengan mata dan kepala sendiri. Rocky VS Harris ?

1 comments:
bgus bro.. wa sokong lu! kite bukan sokong BN or PR.. kite sokong sape yg BENAR tuh yg paling tepat~!
Post a Comment