Dengar ceritanya dua orang ini (Rahim Tamby Chik & Syed Hamid Albar) akan jadi Timbalan Presiden UMNO. Umum tahu, budaya UMNO telah meletakkan timbalan presiden partinya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Walaupun ia bukan satu kemestian tetapi ia satu adat dalaman parti itu.
Skandal bin skandal
Saya masih ingat, ketika di bangku sekolah rendah, UMNO sudah dibelit dengan skandal. Buletin Utama TV3 ketika itu memaparkan bagaimana Rahim Tamby Chik mudah-mudah terlepas hukuman mahkamah di atas merogol gadis bawah umur (sehingga melahir bayi dengarnya). Seakan-akan wujud kekebalan pada ahli-ahli UMNO ini. Cerita ini mungkin baru bagi generasi sekarang, tetapi mungkin tidak dapat dilupakan oleh generasi terdahulu.
Rahim Tamby Chik
Di kaca TV9 semalam, wajah orangnya saya lihat kembali setelah berdekad lamanya media tidak membuat liputan mengenai pemimpin GABEM ini. Mungkin ada aura-aura dosa yang bakal terpalit pada logo UMNO yang lengkap berkeris (berani & bermaruah) itu. Lantas media mungkin diarah supaya menjauhi insan ini.
Apa Yang Dicakapnya Semalam?

- Kata Si Rahim, orang muda perlu ada sifat patriotisme.
Saya kata, Dr. Hassan Ali kata, apa jua 'isme' yang tidak berteraskan agama Islam seperti patriotisme yang dilantun-lantunkan oleh Mahathir pada dahulunya tidak akan kekal lama. Lagi pun, agama kekal di hati manusia. Lihat sendiri Mahathir yang dahulunya menghina janggut Nabi S.A.W, kini nampak mula berjinak-jinak dengan isu Timur Tengah yang tentunya ada bibit-bibit keagamaan di dalamnya. Mana mungkin patriotisme membawa cinta kepada agama. Agama itu umumnya lebih luas sehingga mencakupi segala elemen kehidupan yang mampu menyelamatkan mana-mana negara. - Kata Si Rahim, orang muda perlu berterima kasih pada UMNO
Tidak dinafikan UMNO ada jasanya. Tetapi itu UMNO lama dahulu. Orang UMNO sendiri mengaku yang PAS pernah bersama parti Perikatan (Barisan Nasional) tetapi kemudiannya keluar. Pada saya, tentu ada sebab yang besar kenapa PAS tidak mahu lagi bersama UMNO. Ini yang tidak dijelaskan dek Si Rahim ini. Pakatan Rakyat pun ada juga barisan orang Melayunya. Buta sangatkah Si Rahim ini? - Kata Si Rahim, perjuangan UMNO perlu kembali pada agama
Kalau si perogol nak jadi tunggak agama, tak daya kita. Orang Melayu dalam PAS yang bebas skandal rasanya lebih layak. Kita kalau nak tanam pokok pun kena pilih benih yang terbaik, bagi memperoleh hasil yang terbaik. Tak tahulah apa akan jadi pada Malaysia jika orang yang lebih berskandal (yang berunsur jenayah) memimpin negara kita. Rasanya ia lebih mendatangkan malapetaka berbanding kepimpinan Pak Lah hari ini.
Syed Hamid Albar
Saya tak mahu ulas panjang dengan Syed Hamid ini. Dia seorang yang tidak konsisten dalam menyatakan pendiriannya serta suka mengambil kesempatan di atas konspirasi jahat Mahathir ke atas Anwar. Dia juga telah dilihatkan gelagatnya di YouTube. Anda boleh nilainya sendiri:-

Syed Hamid Albar Mahu ISA
Anwar Ibrahim Agen Amerika ?
HardTalk | Dato Seri Syed Hamid Albar | Sarah Montague
PART 1 - http://youtube.com/watch?v=...
PART 2 - http://youtube.com/watch?v=...
PART 3 - http://youtube.com/watch?v=...
p/s: Lim Guan Eng tentu lebih arif mengenai kes Rahim Tamby Chik hahaha! Kerana beliau disumbat di dalam ISA akibat membela gadis bawah umur itu. Si Najib yang telah menghapuskan biasiswa, mengkomersilkan pendidikan dan mewujudkan ribuan institut yang tak diiktiraf mungkin bakal meranapkan negara dengan gandingan seperti Syed Hamid yang terang-terang berbohong dalam program HardTalk mengenai isu pendidikan. Jangan terkejut kalau ramai orang blah dari Malaysia semasa zaman pemerintahan ini. Kalau jadilah. Hahahaha!

1 comments:
Syed Hamid Albar, you bodoh sudah lah, jangan ingat orang lain semuanya bodoh !
Post a Comment