Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Memahami Kapitalisma 3

Wednesday, April 29, 2009

Memahami Kapitalisma 3

GLOBALISASI MODAL

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan. Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan. Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. – DI PUNGUT DARI UTUSAN MELAYU

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar.

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini.

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita.

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global.

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan.

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh.

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama?

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan. (TT) - MEMAHAMI KAPITALISMA
Hanief: Saya dah kata, UMNO hanyalah budak suruhan British.

16 comments:

raremany

kini saya lebih faham~

tq hanief...wow~

Jeffry

OO RUPANYA SEDARE STUJU LA KLU DULU TUN M USULKAN SUPAYA DINAR EMAS DIGUNAPAKAI MENGANTIKAN DOLLAR? STUJU LA KALAU KITA TERUSKAN MENGGUNAKAN SISTEM BARTER?. BELI DGN DUIT TP TRANSAKSI BERTUKAR2 BARANG? HEHEH

ANDA KENA INGAT IMF TU BKN KEPUNYAAN SAPE2 TP ADALAH INSTITUSI KEWANGAN YG DIPEGANG OLEH PROKSI2 BERKEPENTINGAN AJE. BANK DUNIA PUN BKN LA TEMPAT YG BAIK UTK MEMINJAM WANG TP MASYARAKAT DUNIA XDE PILIHAN. KITA TERPAKSA MEMINJAM BANK DUNIA DRP MEMINJAM IMF. KNP? SB SYARAT YG IMF KENAKAN LEBIH MEMBEBANKAN. KIRA DH MCM ALONG. PIHAK YG BERHUTANG KENA BYR TEPAT PD MASA. KLU TAK BUNGA NAIK MENCANAK. INDONESIA TGH RASA KEPERITAN NYA. LAIN LAH KLU KITA DH CAPAI NEGARA MAJU DLM SEKELIP MATA. SAPE LA M'SIA NAK HALANG DASAR TERBUKA?. KLU ANDA RASA ADA CARA YG LEBIH BAIK SILA KEMUKAKAN. BIAR KITA SAMA2 BERBINCANG.

TUN M PENAH SARANKAN SUPAYA NEGARA2 ISLAM MENUBUHKAN INSTITUSI BANK KHAS UTK NEGARA2 ISLAM YG MEMERLUKAN BANTUAN TP BYK PIHAK MEMANDANG SINIS SARANAN TUN M (ANWAR LAGI SUKA KITA PINJAM DR IMF. SB DIA BLH 'KONTROL' HEHEH)

BALIK KPD PERSOALAN TD. ANDA PUN KENA INGAT KT EROPAH ADA JUGAK NEGARA YG MISKIN. UMPAMANYA NEGARA BEKAS BLOK2 KOMUNIS MASIH MELARAT SAMPAI SKRG! APE YG NEGARA MAJU EROPAH BUAT? TAKDE APEEE. LU PUNYE NEGARA LU PUNYE PSL. ITU LA COGANKATA NEGARA2 MAJU KT EROPAH PD JIRAN2 MISKIN MEREKA. MEREKA X KISAH PSL DAN TAK AMIK TAU PUN PSL LIBRARISASI KE, SOSIALIS KE, KOMUNIS KE SB ITU BKN URUSAN MEREKA.

KNP AMIK CONTOH YG JAUH SAMPAI KE US? TENGOK AJE KT S'PORE. NEGARA SEKANGKANG KERA TP MASIH MENGHARAP BELAS IHSAN US, EROPAH DAN NEGARA2 ASIA SENDIRI DLM MEMBANGUNKAN EKONOMI. WLUPUN SPORE BYK TANAM MODAL KT MSIA, TAPI MASIH BERGANTUNG PD DOLAR US JUGAK. ANDA JGN LUPE KEBERGANTUNGAN EKONOMI ADALAH BERANTAI ANTARA SATU SMA LAIN. DI SINI BKN SOAL KAPITALIS ATAU APE SAJE SISTEM KEWANGAN DUNIA YG PATUT KITA PERSOALKAN TP BAGAIMANA CARA KITA SENDIRI MENGURUSKAN SOAL KEWANGAN DGN BIJAK DAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT DLM JANGKA PANJANG ITU ADALAH LEBIH BAIK :-)

AmanMalaysia

Kebanyakan negara islam sudah terperangkap dgn sistem yg di perkenalkn oleh org kafir, dn kita semua di lahirkn kat sini sebagai khalifah kena perbetulkn sistem ini kpd sistem ekonomi islam yg sebenar bersama2 supaya semua dpt hak yg dtetapkn, biar walau sistem itu nmpk kolot...yg paling penting benda tue mestilh menjadi rezki yg halal, smpai bila kita bergantung pd riba dn bunga ini...utamakn hukum islam jgn utamakan hukum manusia...

Jeffry

KITA BKN TERPERANGKAP. SEDARA KENA FHM. EKONOMI SEDUNIA SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN. SETIAP NEGARA MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN YG BERLAINAN. SB TU SETIAP NEGARA PERLU SALING LENGKAP MELENGKAPI.
KITA MUNGKIN BOLEH MEMBEZAKAN ANTARA PENDAPATAN HALAL DAN HARAM (WLU PUN X 100%) TP MEREKA2 TU MCM MNA?
BKN MUDAH KITA DPT MENYAKINKAN ORG BKN ISLAM MELAKSANAKAN SATU SISTEM MENGIKUT ACUAN EKONOMI ISLAM. MEREKA DH BIASA MENGAMALKAN DASAR KEWANGAN TERBUKA. APA PUN KERAJAAN DH BERUSAHA MENUJU KE ARAH PERBANKAN ISLAM. SEDARE LIHAT BYK BANK2 ISLAM DR LUAR MULA BERTAPAK DI SINI. INI MENUNJUKAN BAHWA NEGARA ISLAM LUAR MENGIKTIRAF KITA SBG NEGARA YG MENGAMALKAN PERBANKAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM. DAN HARAPAN KITA AGAR M'SIA TERUS GIAT MEMPERKENALKAN PERBANKAN ISLAM DI SERATA DUNIA

Anonymous

Sokong BN. BN da byk perkenalkan ekonomi berasaskan ISLAM.Dinar emas tu yang belom dapat dilaksanakan. baru rancang. tapi idea Tun tu sgt la bagus. Lihat yang da dilaksanakan dan berjaya. Contoh paling ketara adalah sistem perbankan ISLAM. produk saham Islam. Produk pinjaman kewangan Islam. Byk bank2 skg ni kat corner tu ada perbankan Islam. Contoh; CIMB Islamic, Bank Islam tu memang Islam la, RHB islamic, Bank Rakyat,Public Bank Islamic, etc2 la.. tu baru betol ISLAM sebenar. kalau betol nak perjuangkan Islam byk lagi cara, tapi org tak nampak. org buta, yang org perjuangkan adalah Hudud. tapi die tak tau byk lagi bende boleh buat dapat pahala.

Anonymous

Ki..ki..ki

Ada lagi keja copy & paste yg tk bermoral ni

Lu copy, gua paste ..ki..ki..ki

Lu kasi idea, gua kasi paste ki..ki..ki

Lu dapat nama, gua pun tumpang skali ki..ki..ki

Lu Beruk Monopaus(TT), gua ..... ki..ki..ki

- Tamilselvam

Anonymous

bagus ko hanip...crita2 cmni mna ada org nk cita sgt...ak harap sgt ko buka minda2 masyarakt ngan rahsia2 yg or x brp amik peduli...cm kapitalis yg mcm iblis...jahat...

Anonymous

Jeffry merupaka seekor anjing yg setia kepada tuannya.jika tuannya diganggu maka dia akan menyalak kuat lalu berlari mencari tulang.Tapi setelah sekian lama Jeffry menyalak sambil mengonggong tulang maka tuan nya mencari anjing2 yg baru dlm perhimpunan tahunan di PWTc..maka Jeffry terpinggir akhirnya dibelah sebiji moto yg dibawak mat rempit bernama Hanief..begitulah kisah seekor anjing bernama Jeffry..sekian

Anonymous

knp la dubuk2 PR ni masih x nak bukak mate besa2. lebih suka bukak seluar mcm anwar jugak ekekeke. lebih suke jadi keldai. DAP heret sana sini pun x kesah. kapir main ayat2 al-quran pun x kesah. aahHH lantak laa asal aku menang..pedulik ape kg dan maruah aku tegadai tul tak wahai dubuk2 PR? ekekekekeke

duke of hazard

mmmmm...puakpuak nih nape la bengap sangat.....dah terang terang mamat tu letak name "petikan" besar besar kat atas tuh.autometik kite memang tau die amek dr mane mane bahan utk kite bace.

satu lg kalo anwar tu kaki liwat...tolong buktikan...si sayfool tu pon sumpah dah la sebut tarikh salah....tarikh mase mengundi pematang pauh.....esok kene liwat ari nih sumpah....nampak sangat menipu. nak gelak pon tak sampai hati.korang tu ha yg buta,pekak badak gajah bengkak!! itu sebab allah kurniakan kite telinga dua.....sebab suruh kite denga dr kesemua pihak...bukan main denga berita rtm 1 jek.

Anonymous

wakakakakaka knp la puak2 PR ni benak sgt..dh terang2 mamat ni main copy paste jek..nk komen sendiri dh tak tau wakakakaka..otomatematik kita pun tau tuan punye blog ni goblog! wakakakakaka

satu lg klu dia btul2 kaki liwat sila besumpah skrg jugak!..sekurang2nya saiful dh buat..giliran si juburi tu bile? nk tunggu sampai jubur dia melelas? wakaakakaka..nmpk sgt penakut bacul!..aku nk gelak sampai tegolek2 wakakakaka...korang mmg bute tuli dungu dubuk dengko2..allah kurniakan mate..telinga..hati bkn nk suruh wat fitnah..sb tu kita pilih yg mana kaca yg mana intan ade fehemmm!!..~~wassalamm~~!!

duke of hazard

kalo camtuh...suruh rtm reka sendiri berita diorang....

"petikan" atau "qoute on qoute" itu sendri bermaksud untuk memberi tahu org ape yg kite bace......kalo si anip reka sendiri fakta...itu bukan name fakta...itu novel...oups....lupe...rtm suke reka cipta fakta....camane aku buleh luper.

son of duke of hazard

satu lg...sumpah itu sendiri bermaksud selepas menjalani perbicaraan dan dah takde kata putus antara kedua pihak...then baru bersumpah.....ini sumpah sehari sebelom pilihanraya.....you all espect us to swallow that.....no my friends...no......

ps: si sayfool siap pakai baju melayu lengkap ngan sampin tu mcm nak kawen....apa la.memang tak leh blah.

Anonymous

Ki..ki..ki

Ada lagi keja copy & paste yg tk bermoral ni

Lu copy, gua paste ..ki..ki..ki

Lu kasi idea, gua kasi paste ki..ki..ki

Lu dapat nama, gua pun tumpang skali ki..ki..ki

Lu Beruk Monopaus(TT), gua ..... ki..ki..ki

- Tamilselvam

duke of hazard

karang kate bangang kecik ati bebudak nih. tp dah bangang nak wat camane.dah bebuih cakap tak paham paham....ouh...lupe baru nak menyelami dunia internet diorang nih.huhu.

Anonymous

wakakakaka jd btol la si anwar ni bacul. main sumpah 5 dia berani. sumpah dgn quran takut pulak?..deii kasi potong la anwar punye anu tu. drp dia mencari lubang blkng baik dia rodok bini dia yg mmg dh sah tu. dosa pun dgn tuhan. klu dia ingat lg la wakakakaka

Post a Comment

Blog Archive