Hati saya semakin kecewa apabila cuaca berterusan panas. Duduk di hadapan komputer pun seperti mandi wap. Kipas pemproses mikro Intel Celeron D menjerit kepanasan seperti kebiasaan. Makanan arnab semakin dibeli. Terdetik juga hati berkata bahawa arnab-arnab yang semakin besar ini barangkali mandul atau pun belum dewasa lagi. Perigi pula sudah digali 3-4 meter dalam tetapi tiada kesan air. Mahu lagi menggali ke dalam tetapi tangga besi yang memanjang ke permukaan perigi semakin pendek. Gusar kalau-kalau palong batu-bata merekah jatuh.
Palong Perigi
Akhirnya saya akur dengan kata-kata Tok Mat. Beliau juga ada perigi berpalong. Tetapi sudah dikambus. Entah apalah sebabnya, mungkin kerana ia sinonim dengan tahun tradisional barangkali? Bagi saya, sedangkan air zam-zam pun datang dari perigi (sehingga jutaan umat Islam di Makkah meminumnya), jadi apa nak malu?
Palong Perigi
Akhirnya saya akur dengan kata-kata Tok Mat. Beliau juga ada perigi berpalong. Tetapi sudah dikambus. Entah apalah sebabnya, mungkin kerana ia sinonim dengan tahun tradisional barangkali? Bagi saya, sedangkan air zam-zam pun datang dari perigi (sehingga jutaan umat Islam di Makkah meminumnya), jadi apa nak malu?
Palong dicuba saya, ternyata ia memang senang mendap ke dalam tanah. Palong yang berdiameter 30 inci dan berketinggian 2 kaki itu hanya memakan 15 minit untuk dimendapkan. Walaupun kadang-kadang ia tidak mahu mendap, tetapi selepas dipijak dan dihentak dengan kaki ia mendap jua. Senang betul kerja saya.
Arnab beranak (bersalin)
Hajat ingin menyambung dengan satu palong lagi terhenti apabila saya teringatkan ruang cakera keras yang semakin berkurangan. Saya perlu membuang beberapa video lama sebelum video berita baru menyesakkan ruang yang ada. 500GB pun semacam tak cukup, mana tidaknya satu hari purata 5 video berita dirakam secara automatik.
Dalam perjalanan masuk ke rumah, saya menjengah arnab yang sibuk mengawan. Pasangan arnab Perak warna putih ini bersaiz kecil. Sungguh mengejutkan si betinanya sudah beranak. Si jantan sedang mengawan. Keadaan agak mencemaskan apabila anak-anak arnab yang bari lahir ini bergelimpangan di atas sangkar berjaring dawai.
Saya bingkas mendapatkan apa saja yang berupa kotak, laci rosak yang mengalas router dan modem ADSL menjadi mangsa. Ia terus diambil saya. Arnab jantan dikeluarkan, laci dimasukkan dan anak-anak arnab itu saya selamatkan. Hati saya lega, walaupun nombor IP 60.48.XXX.XXX terlepas, akibat kabel router tidak disambung kemas tatkala mengangkat laci rosak itu.
Arnab Lionhead (Kepala Singa) Kecil
Arnab ini saya beli selepas memesan palong. Ia menawan hati. Hotot yang saya ada pun tidak secomelnya. Hahaha...
Arnab ini saya beli selepas memesan palong. Ia menawan hati. Hotot yang saya ada pun tidak secomelnya. Hahaha...
p/s: Tuhan Maha Mengatahui isi hati hambaNya. Setiap rezeki kita telah ditentukanNya. Segala puji bagi Tuhan. Harap hujan turun kerap lagi minggu depan.







23 comments:
ni yang aku teringin nak duduk rumah atas tanah ni. duduk atas langit ni macam gampang
Ada berapa ekor anak arnab tu bro Hanief?
Tak apa kalau ada arnab lebih atau sayur lebih nanti, saya akan kongsi dengan pembaca. Sekarang ini nak cuba dapatkan bekalan air perigi percuma dahulu bagi menyiram pokok.
@Flaming Firestonez
Saya kurang pasti, kerana keadaan pun agak kritikal ketika itu. 5-6 ekor rasanya, tetapi apa yang pasti semua arnab-arnab itu telah saya tempatkan di dalam laci rosak itu. Esok saya cuba kira lagi. Ibu arnab pun mahukan privasi juga malam ini.
dah mcm tapak perkuburan hahahaha
perkuburan utk umno...hahahahaha
mari ukir batu nisan utk umno beramai ramai!!
anyway that lion head really cute!!
haniff..mcm mane kehidupan ko..yelah nk buat semue tu pkai duit..mcm mane ko modal sume tu?
perkuburan utk pkr...hahahahaha
mari ukir batu nisan utk pakatan beramai ramai!!
anyway that lion head really shit!! hahahaha
Wah kerja keras nampak hanief... hahahah... teruskan usaha anda.
nanti kongsi2 ngan aku
aku suka la cara penyampaian artikel kau hanief.. aku pun nak gali perigi la, nasib baik aku dapat rumah tepi ada la ruang tanah 6m lebar 20m panjang. dapat jugak kurang kos tanggung anak bila guna air perigi. Tapi majlis perbandaran tak marah ke kalau gali perigi kawasan taman?
hanief bekerja keras untuk menyedia lubang kubor sendiri supaya tak menyusahkan org lain. good job hanief! ekekekeke
good job for najib for murdering altantuya...kekekeke
http://ibnuyaacob.com/
salam..hanief...
kasik link ini website kt page ko 1 kali...
haniff..mcm mane kehidupan ko..yelah nk buat semue tu pkai duit..mcm mane ko modal sume tu?
Lu olang mau tau, ini barua dpt finacial support dr DAP, PAS, PKR especilally Nuar Aljuburi. Nuar dh brjanji kt barua ni kalau PR memerintah esok, barua ni akan dilantik jadi Ketua Pemuda PKR Pusat dan bbrapa habuan lgi.
- Pakar Gali Lubang
Anep ni akan join DAP. Sebab dia suka Tunku Aziz.
nk tau pasal Dajjal,kabal.ilumniti??,rockefella,rotschild,krisis ekonomi,Muhammad Isa Daud,mesyuarat Bilderberg,kaum yahudi,ortodoks.....bla bla bla..
masuk blog ibnuyaacob...byk maklumat kat sana...ak ritu masuk baca trus terduduk lama...ahaha
kucing tu tgk anak arnab tu mcm menyelerakan je..jga2 nt esk2 tggl 1 ekor je anak arnab tu,hehee
hanief...camner nak buat kalo ibu arnab tak nak myusukan anak2nya
@nana
Mengikut kata penjual arnab, ibu arnab mesti diterlentangkan sambil di pegang telinganya. Kemudian letakkan anak arnab di atas badan ibu arnab. Lakukan setiap 2 jam.
tak payah 2 jam sekali
sehari 2 kali cukup
setiap sesi mesti sampai anak tu kembung perut
kalau malas pakai susu kambing segar je
kalo tak dapat susu kambing susu tepung untuk anak kucing pun leh bagi kat anak-anak arnab tu
bolh bg susu tpung ke kalau anak arnab 2 baru 2 3 hari lahir.
@dar,
Saiz puting payudara ibu arnab itu sesuai dengan mulut arnab yang baru lahir. Susukan saja dengan memegang ibunya. Buat apa nak guna susu tepung? Rujuk di sini.
Hanief...Hang sempoila..
Post a Comment