MTUC President's Speech #1
MTUC President's Speech #2
Sesuatu pangkat yang kita ada itu datangnya dari Tuhan. Penyababnya adalah rakyat. Rakyat yang mengundi. Bagi presiden MTUC, pangkat presidennya digunakan dengan baik sekali. Jika anda rujuk video-video di bawah dan di atas, ternyata beliau sedang memperjuangkan anak Melayu, Cina dan India terutamanya yang miskin (gaji bawah RM1,500).
Takkan Miskin Orang Miskin Jika Kekayaan Tidak Dibolot Orang Kaya
Memang ramai orang kaya atau pun segolongan bijak pandai mengamini atau pun meredhai suatu keadaan kemiskinan yang melanda kelompok miskin ini. Kata mereka, apa saja kemiskinan yang dialami, adalah akibat kemalasan dan kebodohan mereka sendiri. Bagi saya itu tidak benar. Kita tak boleh angkuh begitu lebih-lebih lagi ada di antara kita menggunakan jalan kotor atau pun jalan haram dalam mengecapi kemewahan berharta. Ada yang merompak, merasuah, melacur, menjual dadah, menipu melalui skim piramid, berjudi dan lain-lain yang anda sendiri boleh fikir.
Kita sebenarnya harus menyediakan satu penyelesaian dalam mengakhiri apa jua bentuk diskriminasi ke atas orang miskin sebelum kita terus memerhati kelangsungan (continuity) amalan zakat dari si kaya kepada si miskin. Zakat itu wajib di dalam Islam, ia bagi menstabilkan wang-wang (ekonomi) negara meratai semua rakyat (tidak berlegar di kalangan kelompok kaya sahaja) dan juga bertujuan membasmi kemiskinan.
Miskin Kerana Kebodohan, Keangkuhan dan Kealpaan Siapa?
Orang di Malaysia menjadi miskin kerana adanya Menteri Sumber Manusia yang bersifat kebinatangan. Sudah 4 buah memorandum diberi tetapi tiada jawapan. Kalau dikirim pada seekor arnab, tidak balasan kita tentu faham kerana arnab itu haiwan. Bahkan kalau ada calitan tahinya sekali pun tidak akan menjadi isu. Ini kalau nak dibandingkan dengan manusia yang berstatus menteri, gagal bertindak ke atas memorandum-memorandum yang dikirim, maka sifat menteri itu mirip seekor binatang.
Bukan itu sahaja, umum tahu gaji menteri banyak mana. Bukan? Puluhan ribu sebulan. Bayangkan!
Itu pun mereka ini masih angkuh dan tidak memperdulikan nasib rakyat yang mengundi mereka untuk memegang jawatan yang berkait dengan sumber manusia.
MTUC Ini Mahu Apa?
Apa yang MTUC minta secara kasarnya? COLA (cost-of-living-allowance atau pun elaun kos sara hidup) sebanyak RM300.00 setiap bulan selepas terjadinya satu perubahan kos hidup dan gaji minima RM900.00. Itu pun masih tidak ada jawapan.
Syarikat Kecil Akan Bertambah Besar Dengan Gaji Minima
Ada yang berkata, syarikat kecil akan gulung tikar jika wang sebanyak itu diperlukan untuk menggaji para pekerja. Pada saya itu tidak benar. Kerana apabila wujud undang-undang gaji minimum, maka lambakan pekerja asing akan dapat diatasi. Mana tidaknya? Kalau pekerja tempatan kos penggajian minima ialah RM900.00 dibandingkan dengan pekerja asing (setelah perlaksanaan gaji minima) tentulah lebih mahal apabila RM900.00 sebagai gaji mereka dicampur dengan levi tahunan.
Oleh itu, syarikat kecil akan lebih berdaya saing dengan adanya pekerja tempatan yang lebih bersemangat dengan gaji minima yang berupaya menstabilkan kadar perbelanjaan harian mereka. Lalu apabila rakyat bertambah duit dan selesa, maka ekonomi akan turut rancak akibat mereka lebih berbelanja tak kira dengan perniagaan kecil, serdahana atau pun besar. Sebut mengenai saiz, pernahkah kita terfikir mengenai nasib peniaga dan peruncit yang diasak hebat oleh syarikat besar asing seperti TESCO, Carrefour dan lain-lain? Hah! Tanpa gaji minima pun syarikat kecil bungkus? Siapa nak jawab? Cuba gaji minima. Apa salahnya.
Sokonglah MTUC
Kehendak MTUC ini sekali gus melambangkan bertapa sayangnya MTUC kepada pekerja tempatan. Jadi orang-orang tempatan sama-samalah kita sokong MTUC. Perjuangan MTUC inilah yang akan menghidupkan daya juang orang-orang tempatan untuk terus hidup di dalam institusi berkeluarga yang lebih menguntungkan negara daripada meneruskan apa yang berlaku sekarang, lihat budaya anak muda tinggalkan keluarga, terlanjur maka lahir pula anak haram. Kemudian jadi masalah sosial (masyarakat) seperti Mat Rempit, Mat Dadah, Mat Rogol (tak ada bini rogol orang punya bini), Mat Mongol dan lain-lain.
Gaji Munasabah
Satu lagi yang presiden MTUC kata ialah berkenaan dengan gaji munasabah. Pada saya itulah perkataan yang kita cari-cari selama ini, apabila orang kaya yang berpangkat tinggi mengatakan orang tempatan memilih kerja, nak gaji lumayan. Ya, mereka memilih dalam mendapat kerja yang ada menawarkan gaji yang munasabah bukanlah gaji lumayan.
Mana Keluarga Mereka?
Ramai pekerja asing yang ke mari tanpa hadirnya isteri dan anak-anak mereka. Pernahkah anda perhatikan perkara ini? Apakah bezanya dengan budak-budak bujang lepasan kolej dan universiti dengan pekerja asing itu? Tiada beza dari segi status bujang atau pun berseorangan. Memang ada yang sudah kahwin tetapi isteri mereka ada di kampung nun jauh di Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Nepal, Myanmar, Filipina dan lain-lain.
Kesanggupan Yang Dipacu Perbezaan Nilai Matawang
Pekerja asing ini sanggup menerima gaji yang rendah kerana matawang negara mereka amatlah kecil dan apabila mendapat gaji dari Malaysia nilainya kian berganda-ganda. Ia berbeza dengan orang kita, yang tiada fenomena gandaan matawang seperti itu. Logik juga kalau diandaikan dengan orang kita yang bekerja di negara maju seperti di UK. Gaji dalam matawang GBP (Great Britain Pound) itu 5 kali ganda. Maka tak mengeluhlah orang kita jika memburuh dengan gaji rendah di sana.
Kesian Orang Miskin Yang Baru Kahwin
Kalau kita lihat, apabila sektor yang banyak menggunakan tenaga buruh asing meminggirkan warga tempatan, maka yang akan menjadi mangsa keadaan, ialah golongan yang baru mendirikan rumahtangga.
Bayi Dilahirkan Untuk Keperkasaan Tanah Air
Siapa sangka niat murni untuk menambah zuriat sekali gus memperkasakan negara ini seakan-akan diketawakan dengan keadaan yang melanda kita sekarang ini. Populasi negara kita yang ada seramai 27 juta ini lebih bagus jika ditambah hasil institusi kekeluargaan. Tak mainlah anak haram, bak kata Tukar Tiub, entot-entot lari.
Jadi mengapa tidak kita melegakan golongan yang berniat murni yang mahu menolong masadepan negara ini? Ingatlah, akan tiba waktunya di mana yang bujang-bujang ini semua akan berkahwin dan komitmen mereka dalam berbelanja ke arah itu semua akan menjadi semakin besar. Apakah anda mampu berhempas-pulas dengan gaji tiada had minimanya? Bagi yang sudah berkahwin, ekonomi sekarang sememangnya menghimpit, dengar cerita kerja lebih masa (OT) pun tak mendatangkan wang lagi. Bila tiba hari cuti, jangankan hendak melancong, hendak beranak dua pun tak mampu. Kesiankan?
Lagi satu, dari keluarga datangnya anak-anak atau pun bayi yang ramai. Fikirkanlah saiz fizikal negara kita sama besar dengan Vietnam, cuma bezanya jumlah penduduk Vietnam sekitar 80 juta orang. Kalaulah terjadi perang Vietnam-Malaysia apakah akan jadi dengan 27 penduduk kita?

Poverty In The City
Jesteru itu, haruslah kita sokong apa yang MTUC anjur serta suarakan ini. Ianya sangatlah berkait rapat dengan kehidupan semua kita dan juga masadepan Malaysia.
Kerajaan Yang Punya 1001 Alasan
Kenapa 1001 alasan? Kerana apabila rakyat menuntut sesuatu, pelbagai alasan diberikan oleh kerajaan. Ada yang diberi melalui polis, menteri dan juga melalui perdana menteri sendiri. Semuanya dialasi alasan yang menidakkan kehendak ramai. Tetapi pernahkah kita terfikir, bagaimana senangnya, umpama menelan air sahaja apabila kerajaan ditekan dengan beberapa pilihanraya kecil (PRK) barulah mereka mahu mengalah lalu mengikut kehendak rakyat sedikit-demi-sedikit. PRK ibarat suatu alat yang menghancurkan 1001 alasan kerajaan. Tahniah buat Pakatan Rakyat, tekanan anda yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menginsafkan mereka.
p/s: Jika ada perarakan atau pun perhimpunan aman di hadapan Putrajaya berkenaaan COLA dan gaji minima, saya akan turut serta, tak kira walaupun ada cabaran, tangkapan dan sebagainya. Tahu kenapa? Kerana ini ada kaitan dengan pendapatan kita sehari-hari yang wajib kita perjuangkan. Tanpa pendapatan yang cukup, nak sertai perhimpunan aman pun memerlukan duit tambang yang mahal. Naik bas, sarat bersambung-sambung boleh tahan mahal, naik teksi lagilah mengeluh mahal. Tak begitu?

22 comments:
Tido sudah...
Aku pernah kerja kat Sabah, kilang sawit. Kat sana tak ada union pekerja, so majikan bg gaji basic RM250, rumah diperuntukkan. Menitis air mata aku tgk depa ni. keje ngan tangan terketar2 xcukup makan.
tp,
BN still menang kat sini. Entahlah....
Serius nih..aku pun dulu penah keje kat IT Sektor...ada degree.tau ex-bos aku bagi gaji berapa? RM1300 basic dengan takder OT ngan elaun.duit minyak pun kalau claim byk2 dia bising...dah guna minyak byk mestila claim byk.aku pun tak taula ex-bos aku tu ada master.dia pun mesti taula gaji pun mestila setimpal dgn kelulusan.tu pasal aku benti.duit tak cukup bai...nak byr PTPTN dah RM200 sebulan, duit hanphone dah RM100 sebulan, duit minyak dah RM200 sebulan, abih, aku pun nak simpan jugak,takkan nak harap duit KWSP jer...time aku nak benti tu dia boleh cakap business nak expand lagila, rancakla...tu semua aku tak mau dengar, kalau bisnes bagus, gaji aku tu naikkanla....tapi macam ko cakapla anip, bos ni mana kisah kalau kita benti, dia bole carik orang lain...mana kisah kita nak benti ker haper ker...
ilmu kehidupan
"takde bos yang nak bagi pekerjanya kaya!"
kalau camtu takdela pekerja nak bagi bos kaya...tak gitu?baru adil...
Ini bukan pasal nak bagi pekerja kaya @ tak kaya, masalahnya kat Malaysia nie gaji bawah RM 900 tu dah dikira di bawah paras kemiskinan. Cakap Malaysia nie nak menuju Wawasan 2020. Negara Maju...nie masalah besar, Gaji bawah RM900 tu kalau untuk org2 yg dah berkahwin tu mmg tak cukup...no wonder ramai yg membujang skng atau dah bercerai...nak sara anak bini pun tak cukup....kalau anak2 tu dah bersekolah lagila tak cukup..kalau hidup kat kg boleh tahan lagi kalau kat bandar2 besar camana tu?
focus on your career,then tou will get a 'gaji'
if you focus on your 'gaji',then your career will gone
org melayu nilah........
org cine tue...keje kebun je bleh idup sng.
bngsa melayu hanya tau bercakap ja.KEJE MALAS NK MAMPOS..MCM2 ALASAN
itu mak bapak ko kata. budak sekolah macam ko mana tau keje tu camna...
career my ass...
Dey thamby hanief !
Sudah2 le hanief, renti le keja2 kau yg bodoh % & banggang ni. Sebenarnya kau cuba nk create satu blog mcm lu punya idola si Hishamuddin Rais si Beruk Tua tu. Tapi sebenarnya lu tarak sedar bahawa lu punya tulisan tk de isi, hanya ciplak idea orang je le, bahlol, stupid, bebal !
Pooorak Cit, memang lu pun**k punya kaki......
- Tamilselvam
wakakakaka baik ko jadi bos perigi je anip oii..ko bayo gaji utk diri ko sendiri lg baik..klu ko mati kena timbus pun bkn org tau pun dan x nyusahkan org lain tul x nip? wakakakakaakak
lu tambi kaluu tak suka pergi mampus laaa...takda sapa yg suruh hang baca blog nih.kalo lu kata "ini gua punya suka laa" memang lu bodo la...dah tau sini hentam kerajaan pergi masok pula....
umpama terjun sungai selepas tu buleh marah plak kate kenapa kain aku basah!!otak kaluu sama standard itu samy vellu memang gua tatau nak kata apa laa...i just rest my case.
-tambi kici
mak aihh ini bru samseng muhibbah!!..kutuk ade campor2 mcm2 base rojak lak huhuhuh.
Dey tambi kici, lu pun selupa hanief and Mr Samy, pun**k punya wooorang. Lu tulis tarak pakai wootak tapi pakai lu punya 'buuurung'. Ayoyo kadaivelay............
- Tamilselvam
saya orang bodo
saya sokong umno
saya tadak otak
umno takde otak
-Tamilselvam
saya Tamil elam
saya Tamil nadu
saya Tamil nanban
saya Tamil selvam
tarak wotak..tarak tengkorak..
surupa wotak tp suruuupa burung anwar jugaakk
ayoYo kadewaywaleyyy...
wokey2 mistarr Tamilselvam..wongko tarak wOootak kaa..saya bley kasi pinjam itu woOOootak arnab sama wongKOo laa!!..tarak apa2..sikit punya hal..tarak apa2..!!
awk sume apa susah, hidup tada susah mati tada susah. hidup ada makan, mati tada makan. saya tada keja boleh hidup apa , kasi rompak bley senang apa. tada keja bley rompak. bley makan apa, bley minum apa. apa ama.... sami vellu ada kasi wang apa. worang kalu tada keja itu mintak sama tol keja apa... samii tol...tolol.... lol.
Ayoyo... saya ingat malaysia ada satu saja Tamilselvam, rupa2nya ada Tamilselvam duplicate jggak. Deyyy ! Sape ckp saya sokong PAS & UMNO , saya PKR Puchong branch punya member lahhhhhh... Itu Balasundram, saya punya pakcik punya sepupu punya abang ipar.... Itu Hanief pulak, saya punya makcik punya adik angkat punya abang tiri.
Wakakakaka.......
- Tamilselvam
Dey thamby hanief !
Sudah2 le hanief, JAngan le renti le keja2 kau yg baik % & mulia ni. Sebenarnya aku cuba nk create satu blog mcm lu punya idola si Hishamuddin Rais si Beruk Tua tu. Tapi sebenarnya aku tarak sedar bahawa aku punya tulisan tk de isi, hanya ciplak idea orang je le, bahlol, stupid, bebal !
Pooorak Cit, memang aku pun**k punya kaki......
- Tamilselvam
yang pelik nya masih relevan ke kalau orang yang bapak or pendapatan keluargannya tidak sampai seribu ringgit sahaja mendapat bantuan?
ini serius berlaku di UiTM, di sarawak...
cuba bayangkan kalau nak dapatkan subsidi makanan perlu mintak slip gaji mak bapak, kalau kurang seribu baru boleh mintak?
bodo la baik tak yah kasi... sekarang basic gaji orang pakai SPM kat government pun dah seribu lebih sikit2... tu anak dah besar kurang2 18 tahun dah bekerja (mengira kalau dia bekerja sebelum berkahwin) takkan gaji masih bawah seribu kot..
BN memang celaka...
tapi satu je aku nak cakap... MTUC ni kejap je berkokok, pastu takde la lagi
Post a Comment