Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Rumah Ayam Kampung | Village Chicken Hutch 1/2

Friday, May 29, 2009

Rumah Ayam Kampung | Village Chicken Hutch 1/2

Sudah 2-3 tahun rasanya, saya tidak makan ayam. Ini berikutan ada berita dahulunya yang menyatakan penternak ayam daging menyuntik enzim babi ke dalam badan ayam bagi tujuan mempercepatkan pembesaran ayam.

You're what you eat
Walaupun otak saya tidak sepintar ilmuan Islam, tetapi saya punya hak bagi menjaga otak saya daripada dicemari benda haram di sisi Islam. You're what you eat (apa yang anda makan, akan menjadikan anda).

Keluarga Saya
Keluarga saya memang sudah terdidik dengan benda-benda yang dianggap remeh kebanyakan orang ini. Contohnya geletin, emulsifier/pengimbang , renet dan lain-lain yang berasaskan babi. Oleh sebab itu jangan pelik apabila ahli-ahli keluarga saya akan membelek ramuan makanan yang dibeli terlebih dahulu.

Tiada Kod
Di negara kita, tiada sebarang kod yang menyatakan sumber bahan-bahan ini. Di Amerika syarikat contohnya, ada dinyatakan. Ini kemungkinan ada kelompok Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi, mahukan sesuatu mengikut kehendak Kosher (hukum halal/haram Yahudi).

Sistem Kapitalis Tidak Dipandu Agama Islam
Umum tahu negara kita berpandukan sistem Kapitalis. Jadi bagi yang percaya sistem ini adalah satu sistem ikhlas dan berkebajikan, anda bebas memakan apa sahaja yang dicop halal.

Tetapi bagi saya, sejak negara kita dibelit rasuah, hutang dan pelbagai benda negatif yang lain, saya berpendapat bahawa yang agama tidak lagi memandu ekonomi kita. Sebaliknya keuntungan akan memandu ekonomi dan apabila agama diketepikan, jadilah benda yang kita sendiri tak sangka-sangka.

Harga Barang Naik
Hari-hari kita makan daging-magin, harganya naik sejajar dengan harga benda yang berkaitan. Popularnya ia akan naik harga apabila minyak naik harga. Suri rumah kelas rendah dan pertengahan tentu resah dengan fenomena ini.

Kerajaan Tidak Boleh Harap
Jadi saya selaku anak muda sudah bosan dengan kenaikan harga barang ini dan barang itu. Tambahan pula ini barang untuk makan. Kerajaan kita sudah tidak memperdulikan soal ini lagi. Mereka yang diundi kita, khususnya yang berada di dalam kerajaan pusat/persekutuan ibarat posers (model-model), hanya tahu ber'posing' (bergaya) depan kamera tetapi tak bikin kerja untuk rakyat. Mereka ini hanya isi perut kroni dan anak-bini mereka sahaja. Tanah rakyat mereka kebas, kemudian labelkan rakyat sebagai pemalas.

Galas Sendiri, Empayar Ekonomi Rakyat Akan Terkukuh Sendiri
Kitalah yang harus menggalas tanggungjawab ini. Lantaran itu saya akan membela Ayam Kampung. Jika ada rezeki, saya akan edarkan secara percuma mengikut lebihan kuantiti yang ada di blog ini (saya tak mengedarkan iPod atau iPhone). Jika ada yang ingin membeli pula, akan saya jual dengan harga sama seperti ayam daging. Inilah saja caranya untuk menggegar pasaran ayam daging. Ayuh pemilik tanah semua, selamatkan populasi Ayam Kampung kita.

Saya tak ada kemahiran bertukang.

Kecil-kecil dahulu dahulu saya gemar bermain Lego dan Lasy

Ada juga melihat orang Indonesia membina rumah dan bangunan sekitar 90-an.

Saya juga gemar bereksperimen dengan Google Sketch.

Tetapi anehnya, saya tidak berupaya mengikut lukisan pelan

Pelan akan tergambar sendiri di dalam kepala apabila saya memegang alat-alat dan kayu-kayan.

Jadi usah hairan jika di dalam pelan lain dan yang siapnya lain.

Di bandar, kayu-kayan dan besi jaring dawai semua ini naik harganya.

Termasuk harga paku sekilo dan caj penghantaran semua barang-barang.

Kesian siapa yang terpengaruh dengan sistem Kapitalis. Lari semua ke bandar tinggalkan kampung.

Ops, sudah malam. Sambung esok.

Bulan sabit yang dapat saya ambil gambarnya.

10 comments:

Anonymous

anip, satu soklan.

mane kau dapat duit nk beli brg2 semua tu? kau kan dah berenti keje..

mak ayh kau sponsor ke?

Anonymous

syabas ! anda pemuda yg berwawasan...

- Al-Azhar's Student -

Hanief

Benda nak buat makan, mesti sponsor punya. Perigi pun sama, nak buat siram pokok mesti sponsor.

Rumah arnab-arnab, tangki Ikan Talapia itu semua saya guna Google AdSense dan duit kerja Lowyat.

Nak memburuh ini, bila-bila sahaja pun boleh. Tapi soalnya sekarang kita nak kejar masa. Gaji RM1k tak cukup untuk tampung ke semuanya.

Bukan apa, masa saya kerja dahulu saya kurang memerhati benda-benda penting seperti ini. Jadinya jika ada kerja 8 pagi-5 petang dicampur dengan penternakan dan pertanian di keliling rumah, rasanya ekonomi kita akan mantap.

Lebih mantap lagi kalau orang yang ada tanah lapang di kampung-kampung. Lagi besar potensi bekalan makanan buat diri mereka.

Ada orang kata saya ni macam bersiap sedia untuk zaman darurat. Haha... Saya suka bersedia untuk keadaan yang terburuk. Itu sahaja. Lagi pun saya tak pernah alami keadaan kemelesetan ekonomi sedunia.

Kalau seAsia Tenggara pernahlah, iaitu pada 1998. Keadaan yang paling ketara ialah perniagaan lembab, inflasi (cara kerajaan mencukai) meningkat dan anak-anak jarang balik pulang menjengah ibubapa.

Anonymous

aku da agak da.. mamat ni schizo..

Anonymous

mamat ni pelik dowh, macam lah sistem ekonomi islam tue hebat sangat.. capitalism FTW~!

aZRoy

Anon 8.55, kalau anda seorang muslim, bawa istighfar byk2. ekonomi islam berbeza dengan capitalis yg hanya mementingkan profit dari nilai kemanusiaan itu sdiri. jikalau anda manusia profit, tidak hairan la anda boleh mencemuh sistem ekonomi islam, malahan tidak yakin pada dunia akhirat yg kekal abadi

duke of hazard

sistem capitalis for the win??kalau anda beragama selain dr islam...saya buleh faham...tp kalo anda islam.....baik pergi kat mekah cakap kat allah kat depan kaabah kata sistem kapitalis tu for the win sistem kamu buleh letak dimuzium "qoute dr pemimpin umno dahulu"

memang puak puak nih dah terpesong dah...sudah lah pengerusi sprm buleh mintak lepas nih jgn ade yg mati...statement org org kufur. insaflah...dunia ni tak lame....pilihanraya umum pon tak lame lg.

alhafiz3d

hanief,
kecik sangat tu,
baik ko buat stail pagar je..
ayam kampung lebih suka duk tanah makan cacing.

ko buat dinding/pagar pastu buat bumbung.
pastu buat tempat untuk dia bertenggek.
itu ayam kampung

Anonymous

cayala anip! retecpt! start scale kecik dulu, pasnih boleh cari bajet utk yg besar.

betul2, kapitalis suck all time. walaupun aku kerja dengan bisnes yg sama mcm company lain, kapitalis, tp aku sedar kapitalis ni bakal memusnahkan manusia juga. ye lah, matlamat menghalalkan cara ye x.

rumah dijual

keren..........

Post a Comment

Blog Archive