Malaysia : Tong Taik UMNO: Jerubu Mewarnai Langit Malaysia

Friday, June 12, 2009

Jerubu Mewarnai Langit Malaysia

Masalah serumpun.


Kabut Asap


Haze In Malaysia | Stay Away From Malaysia!

Inilah akibatnya jika ada satu-dua bajingan (penjahat) yang mahu cepat kaya. Ladang-ladang mereka bakar bagi tujuan mengemas. Iya, memang ia menyuburkan tanah, tetapi mencemarkan udara. Inilah wajah sebenar pertalian antara Malaysia dan Indonesia. Sudah berkali-kali dibilang terutama sekali tanggal 1997 di mana Singapura turut mengadu hal yang sama.

Apakah ada jutawan Malaysia yang sedang menjalankan perniagaan pertanian di sana? Jika ada mengapa ia tidak dapat dikenalpasti? Mesti ada korupsi, bagi menghalalkan perbuatan yang menjejaskan ekonomi negara-negara serantau ini.

Lihatlah jika manusia yang berkelulusan PhD sekali pun, jika sifat tamaknya menguasai diri dan agama ditolak ke tepi, pasti jadi begini.

Anwar Ibrahim yang sering dilihat sebagai orang yang mampu berunding rapat bersama pimpinan Indonesia, harus melakukan sesuatu. Apakah idea Melayu Raya diperlukan bagi mengakhiri permasalahan jerubu? Jika ya, maka lakukan saja. Biar satu benua Melayu dapat bersatu di bawah pemerintahan Islam yang menggalakkan umatnya berserdahana dan tidak tamak. Islam itu tidak menindas seperti Kapitalis. Kapitalis sistemnya mengejar untung. Asalkan untung apa pun dilakukan. Islam tidak begitu.

p/s: Bolehkah saya mengatakan kualiti udara ini lebih mengancam nyawa penghuni rumah pangsa atau pun penghuni kondominium? Dan mampukah keadaan ini menjadi satu sistem pembasmian nyawa manusia khususnya yang menghuni di kediaman seperti tadi? Pernahkah anda mendengar nasihat seperti, jika ada asap tebal maka tunduk dan meniaraplah kerana udara di bawah lebih elok berbanding di atas. Asapkan terapung di udara.

5 comments:

Anonymous

ape yg kau ckp tu bgus nif..tp tujuan kau masih ada y x elok..kau tetap menentang kjaan..ape sl dia
-ans-

ucen

pasal k'jaan la punce segala ona..wawa

Anonymous

wakakakakak....sekelip mata...
beberapa ribu kelip da oi..

Anonymous

rosmah punca jerebu, ni pasal asap kemenyan dia

Anonymous

ans...ko kna beza yg baik dan yg buruk...byk masalah dlm sistem kepimpinan Msia...sbb tu ramai yg dok blame gomen...musykilah awi org arab Mesir kata.

Salam Alaik from Egypt.

Post a Comment

Blog Archive