Malaysia : Tong Taik UMNO: Mampukah UMNO Memeluk Sistem Islam ?

Monday, June 8, 2009

Mampukah UMNO Memeluk Sistem Islam ?

Bila cakap soal konsert rock, PAS tentang. Disko atau kelab malam PAS tak suka, katanya itu tempat mengedar pil-pil khayal dan dadah serta sarang bibit-bibit seks bebas.

Siapa pernah tangkap arnab yang liar? Saya pernah. Arnab itu akan lari tak kira berapa lama kita cuba ekorinya. Tetapi arnab ini ada letihnya. Apabila arnab itu letih, ia akan berhenti.

Masa itu adalah masa keemasan dalam menangkap arnab liar. Tetapi arnab liar tidak bodoh, ia hanya berpura-pura keletihan dan sering mengacah si penangkap walaupun si penangkap sudah memegang telinga arnab itu dengan kuat.

Apakah UMNO dalam keletihan? Lihat sejauh mana letihnya pemimpin UMNO di Perak? Tersungkur sudah MB Perak PAS.

Tok Guru Hadi Awang kata, semua yang menentang penjajah (tak kira penjajah Jepun atau Inggeris) semuanya habis diharamkan, dibunuh dan dibuang negara. UMNO pula tidak diharamkan, tidak dibunuh dan tidak pula dibuang negara. Malah mereka diangkat penjajah Inggeris.

Mereka diarahkan untuk melaksanakan satu tugas memimpin negara yang bernama Malaysia dengan sistem berpelembagaan buatan penjajah Inggeris. Atau dipanggil dengan sistem Sekular.

Sebuah sistem yang tidak berpandukan Al-Quran, di mana kitab suci ini menjadi pegangan parti PAS. Dalam sistem Sekular, Al-Quran hanya letak di masjid sahaja. Kitab suci itu tidak diguna dalam politik dan ekonomi. Apa itu politik? Politik itu ialah pentadbiran dan perjuangan. Jika politik yang dicabut roh agamanya, maka ia akan hancur bila tiba masa. Apakah itu ekonomi? Ekonomi itu berkait dengan perniagaan import dan eksport, bekalan makanan negara, selalunya kestabilan negara ditentukan oleh ekonomi. Nah! Jika tiada roh agama di dalam ekonomi, punah-ranah ekonomi dibelit riba', rasuah, penyeludupan, barang haram yang memudaratkan masyarakat dan lain-lain yang kita sendiri mampu fikir.

Hajat PAS ingin berpadu tenaga dengan UMNO perlu kita fikir sedalam-dalamnya. Lupakah PAS dengan peristiwa hitam di Perak. Semuanya hitam apabila pemimpin UMNO yang kononnya lompat menyertai Pakatan Rakyat, kemudian belot semula masuk UMNO dan merampas kerajaan negeri itu.

Bayangkan, jika UMNO beri ruang PAS menjawat satu-dua jawatan menteri kemudian semuanya berjalan lancar. Tetapi hanya untuk seketika iaitulah selepas muncul bukti pemimpin PAS melakukan perbuatan seperti Chua Soi Lek dan VK Lingam. Rosak satu parti berkopiah ini. Mana nak letak muka pada para ahlinya?

Lagi pun, jika difikirkan secara logik, UMNO tentu mahu kekal mentadbir. Lihat ketamakan mereka di Perak. Jadinya PM orang UMNO, kemudian Menteri Kewangan orang PAS?

Bila Menteri Kewangan PAS nak berbelanja, PM UMNO nak setuju ke?
Bila Menteri Kewangan PAS tak nak berbelanja, PM UMNO nak setuju ke?

Bab agama pun orang UMNO banyak yang buta. Macam mana PAS boleh terdetik hati nak bermakmumkan Imam UMNO yang buta agama? Bukan saja buta agama, ada juga yang menentang agama. Maka wujudlah ungkapan agama suku, politik suku.

Saranan menggunakan Al-Quran dalam memerintah negara ada tertulis di dalam Al-Quran. Itu ayat-ayat Allah S.W.T, terang-terang orang UMNO tolak Hudud dengan 1001 alasan. Mereka tolak mentah-mentah ayat-ayat Allah S.W.T. Mereka lupa Allah S.W.T memberi mereka oksigen untuk bernafas semasa mereka menolak ayat-ayat suci itu. Mereka ini manusia yang sukakan benda yang dilarang Allah S.W.T. Mereka memerangi Allah S.W.T dengan melakukan larangan Allah S.W.T.

p/s: Besok Rosmah akan pakai tudung. Kerana insaf dengan artikel ini. Tapi ada keluar jambul sikit, sebab ego rambut dia besor.

17 comments:

Anonymous

Bila Melaka-Pahang-Johor jatuh ?

Anonymous

ni sume pandangan ko je..

the duke

ya,,,masakan org yg "buta,pekak dan tuli" ingin org yg beragama utk utk memimpin mereka. so muzakarah aka berbincang/borak utk pas masok umno adalah tidak mungkin sama sekali. wahai umno tektik muzakarah tu dah lapok, kalo diteliti betul betul....tektik umno tidak lebih kepade utk melaga laga kan pembangkang dan menakut nakut kan rakyat....wahai umno...tak takut ke bile malaikat sergah kamu nanti di alam barzakh ngan kat padang masyhar nanti. hidup utk mati maka sediakan lah bekal utk mati itu. itu pon kalau kamu perlukan bekal lah kan...hehe...peace.

Anonymous

umnoharamjadah.hadiawanggilakuasa.adahatinakjadipm.


hark kah tuih!

Anonymous

memang la "pandangan aje", nama pun blog, klo x suka, boleh baca newspaper tiap2 pagi

Anonymous

bolehkah pakatan rakyat memelihara sistem islam dengan campur tangan PKR&DAP?mesti x bleh.

Anonymous

kepada ug tak suka baca tulisan Hanif..media alternatif menanti anda ..TV3,RTM.Utusan,Berita Hairan ada..so sila rosakkan kepala otak anda dgn membaca media tersebut

Anonymous

"bolehkah pakatan rakyat memelihara sistem islam dengan campur tangan pkr&dap? mesti x bleh..."

ni la orang islam, belum apa-apa lagi, dah kata tak boleh. padan la orang islam la ni makin terkebelakang...

Anonymous

kite kene islamkan semula dato najib tu. dia kene mandi wajib dengan air masak yg baru mendidih. baru ilang muka cemas dia.

Anonymous

korang xbaik tau cakap orang itu ini..wei engko ni blaja x..ntah2 xskolah x?ngko tgk ngko kaji umno ni dgn ape?kpala otak bodo ngko?mana blh dengar kata org,baca dlm internet..ni sume karutlaa..jadi pas ni islam yee..umno bkn islam ke?haa engko bukak quran..ada tulis x.ko tau x,xbaik tuduh org islam ni bkn islam..neraka jahanam engko tau...!kamu tu yg kna islamkan diri kamu tu..

DS Najib A/L Tantuya

saya sudah insaf.

muhammad

Apa yang aku faham... sesiapa yg tak mau terima hukum2/undang2/cara hidup yang diperintahkan oleh Allah s.w.t maka mereka itu syirik kepada Allah. dan dosa yg tidak diampunkan oleh Allah adalah dosa orang yang syirik kepadaNya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Anonymous

btl tu aku sokong..xbaik ckp pasal org

Anonymous

aku juga sokong muhammad..kau menjernihkan blog ni..biar diorang sedar..
-anis-

Anonymous

s'lum cakap psl ameno ni nk tnyer laa siket ye.
mampu ker PKR memeluk sistem Islam ?
cuba tengok kt sini

http://en.wikipedia.org/wiki/Parti_Keadilan_Rakyat
http://en.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional
http://en.wikipedia.org/wiki/Umno

cubalah tengok idealogi depa sume kat atas tu.
ade harapan ker tidak utk depa khususnye PKR memeluk sistem Islam ? umno bn tk payah cakaple sume dah tau depa mmg jahil! saya bukan ape cume nk sedarkan org ramai jgn silap.

Anonymous

Pendek kata, tumbangkan munafik UMNO n munafik PKR n kafir DAP,langkah mayat depa dahulu sblm buat sistem Islam.Tp sayangnya ramai org Islam yg masih keliru...Tk der gunanya kalau hapuskan yg sekular kemudian gantikan yg sekular jugak sama jer macam keja bodow sekular tak menjamin kebahagiaan negara. Persoalannye kita ni nk berimankan hukum Allah ker atau berimamkan ahli politik yg x pasti lagi kesudahan dowang tu baik. Atau kite tak cukup lagi ker rasa tertindas dengan org kapir laknat. Tak serik nak bagi orang kapir pijak lagi kepala otak kita?Fikir2kan bersama!

Anonymous

Percayalah wahai Rakyat Malaysia. Tidak akan ada sistem Islam kalau PAS bergabong dengan UMNO mahupun PKR. PAS hanya pencacai ajew kalau gabong dengan mana-mana parti sekular tu hanya sekadar dapat raih undi. Harap2 PAS akan buat keputusan lebih bermaruah tak dapat undi lebih pun tak ape. kami penyokong inginkan prinsip bukan pencacai.

Post a Comment

Blog Archive