Malaysia : Tong Taik UMNO: Porno & Orang Kahwin

Sunday, June 14, 2009

Porno & Orang Kahwin

Tutup jang, tutup.

Bagi yang tak tahu, saya dahulu merupakan juruteknik komputer. Seorang yang berperanan dalam menyelesaikan permasalahan komputer dari:-
  • Hardware
  • Software
  • Networking
  • CCTV
  • Web, Bunting, Banner & Lanyard Design
  • Audio & Video
Menyentuh tajuk hari ini, yang mana tentunya kaum Adam ingin tahu, saya akan menceritakan bagaimana perkahwinan masih tidak berjaya meredakan nafsu syahwat orang yang sudah berkahwin.

Dalam membaiki komputer, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan pelanggan yang dapat diketahui saya. Jadi, sebagai seorang juruteknik komputer kita hendaklah punyai sifat amanah yang tinggi dalam mengelolakan segala mak-nenek (aneka) dokumen di dalam komputer mereka.

Para pelanggan saya terdiri daripada pelbagai lapisan kaum. Dari segi umur, mereka majoritinya sudah bergelar suami. Mungkin orang muda tidak memerlukan khidmat saya, kerana bagi saya rata-rata budak Kuala Lumpur minat IT.

Berbalik pada tajuk. Porno satu benda yang berkaitan dengan seks. Jika di Internet, ia terbetik (terpapar) dalam bentuk teks (nukilan lucah), audio/podcast (audio lucah), video (filem lucah) dan imej (gambar lucah). Lebih pada itu, anda boleh ulas di bawah.

Kedatangan jalur lebar menyebabkan video dipilih bagi memuaskan nafsu si peminat porno. Video yang bersaiz besar dapat dimuat-turun dengan kadar yang pantas.

Namun, Streamyx yang lembab mutakhir ini membuatkan si pemuat-turun berebut kelajuan dengan sesiapa sahaja yang berada di rangkaian (network) nya.

Seperti biasa, jika ada permasalahan serangan virus atau pun spyware, khidmat saya diperlukan. Maka terpaksalah saya tanyakan pada pelanggan, "Encik, kalau tak dapat cuci virus ini, saya perlu format semula komputer ini. Ada tak fail yang encik mahu selamatkan?".

Lalu si pelanggan pun menjawab, "Eh, ada. Dekat sini, sini, mm... yang di sini pun dan kalau ada jumpa lagi macam di sini awak hubungi sayalah".

Tugas juruteknik komputer akan menjadi lebih rumit dengan permintaan seperti itu. Fail pelanggan diletakkan dipelbagai tempat. Ia kelihatan cuba disorok tetapi katanya penting dan berkaitan dengan kerja.

Setiba di rumah saya, didapati semua yang disuruh selamatkan tadi dijangkiti virus, spyware dan lebih memeranjatkan, fail-fail berkenaan ialah nukilan seks, imej lucah, ratusan video 3GP yang menjadi buruan anak muda kebiasaannya dan beberapa video 'kerja' lain.

Saya terus berkata di dalam hati, "Argh kena lagi pelanggan haram macam ni".

Apakah halal sekiranya saya bersubahat dengan pelanggan yang menyimpan video-video porno ini?

Buat pengatahuan pembaca, itu bukanlah kali pertama saya mendapat pelanggan sebegitu. Secara jujur saya katakan, porno adalah dadah kedua dalam masyarakat kita. Ada di kalangan saudara terdekat saya pun punya tabiat ini. Ya, mereka sudah berkahwin tetapi mengapa berperangai seperti bujang terlajak? Oh mungkin anak mereka?

Manusia yang bernama pelanggan ini tentunya ada yang celik komputer dan ada yang tidak. Antara kelicikan mereka yang saya ingati ialah:-
  • Mereka menyorokkan bahan lucah di dalam beberapa folder. Berlapis-lapis.
    Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang menekan Kekunci Window+ F. Tentu dapat dicari dengan wildcard dalam beberapa saat.

  • Mereka membuang extension fail tersebut.
    Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang heret fail tersebut ke MCP atau pun perisian pengesan extension fail.

  • Mereka cuba membuangkannya sementara di dalam Recycle Bin
    Kemudian restore (ambil semula) fail itu pabila gersang?

  • Mereka zipkan fail tersebut, sekali dengan pengawasan kata laluan (password)
    Tetapi bodohnya mereka jika ada orang punyai perisian menjejak kata laluan itu.

  • Mereka muat-naik video lucah ke laman web penyimpan fail percuma 1GB
    Tetapi mereka lupa memadam maklumat pelayaran ke laman web tersebut.

  • Mereka burn video lucah ke dalam DVD
    Tetapi mereka lupa memadam rekod video-video yang telah masukkan ke dalam DVD itu.
Ada banyak lagi teknik, malaslah saya ingin dedahkan semuanya nanti peminat porno bertambah licik pula.

Apabila komputer dihantar semula, ada pelanggan yang malu untuk bersemuka, kerana ada yang terlanjur cakap di telefon. Jadinya isteri mereka yang terima atau pun setiausaha peribadi mereka yang terima komputer itu.

Maka bermulalah perbualan yang memualkan.

"Apa masalah komputer ni dik?"

"Tak apalah cik/puan, dah selesai dah pun."

"Selalu sangat ke masalah macam ni?"

"Biasa saja."

"Biasa dik kata? Keluar gambar telanjang macam itu biasa ke?"

"Oh itu virus atau pun spyware".

"Apasal komputer akak tak ada keluar macam tu pun?"

"Pasal komputer cik/puan tak biasa dengan virus macam tu".

"Dik!"

"Ya, cik/puan".

"Dik ke yang letak virus tu?"

"Eh, mana ada. Sebenarnya..."

"Habis tu?"

"Sebenarnya, komputer ni kalau pengguna dia rajin layari laman web lucah mesti kena virus. Lepas itu komputer dia akan jadi perlahan".

"Oh, macam itu ke? Tak tau pulak akak. Tapi wallpaper siap Masjid Nabawi tu".

Lepas dapat cek, terus cabut. Segannya, berborak pasal bahan lucah dengan orang perempuan. Itu belum masuk cerita di mana saya menghantar komputer taukeh Cina yang mempunyai wallpaper perempuan telanjang.

Nak dijadikan cerita, setibanya di premis taukeh tersebut, pembantunya bertanya:-

"So how's the computer? Okay or not?"

"Okay, everything is okay".

"You wait ha, I call my him. Here, he's on the line, you talk to him"

"Hello Mr.X."

"Hello Hanief, how's my computer?"

"Ya, your computer is okay now."

"Can you switch it on let my assistant see?"

"What? Must switch it on ah? But won't she mind about your wallpaper?"

"Hahaha! You're very funnylah Hanief"

"Seriously?"

"Aiyah, you aa... Just let her check her things there lah."

"Okay then."

[Computer switched on]

"Sorry, but the wallpaper is not mine but his. It has been there since..."

"I know already. You so kaypoh lah you. Hahaha! Okay good all my files are here."

Apa nak dikata? Kita duduk dalam Malaysia yang mana orang-orangnya berbilang kaum dan macam-macam tabiat.

Saya ada bertanyakan pada ibu saya, "Mak, orang dah kahwin ni bukankah dia akan puas dan tak minat lagi dengan video lucah semua ni? Bukankah pintu nasfu dia akan terjaga?"

Ibu saya jawab, "Eh, itu terpulang. Ada orang yang suka nak ambil tahu, memang teringin dia nak tengok juga. Mak ada kawan yang tengok video lucah sama suami dia. Lagi dahsyat."

Saya pun tambah, "Mungkin kita kena buat macam di Iran, tak bagi peluang langsung untuk rakyat masuk laman web tak senonoh dan semua perempuan tutup aurat. Masa Hanief jalan di Tehran, terasa macam jalan dalam masjid. Tak ada peluang nak tengok skirt sana, skirt sini".

Saya tambah lagi, "Di Malaysia ini, kalau Hanief kuat iman pun, peluang menonton tetap ada. Jadi benteng nafsu di Malaysia kurang berbanding di Iran. Esok kalau Hanief ada anak-anak, ke mana nak di bawanya mereka itu? Kena pergi ke negara berbenteng macam Iran. Tapi yang pelik itu, orang Iran pula yang tergila-gila nak ke mari."

Ibu saya kata, "Macam itulah manusia tak nampak keindahan negara sendiri".

p/s: Sekarang saya ternak arnab. Tengok arnab mengawan tak apa kot?

38 comments:

rayartha

Betul Hanif, Aku pun masa jadi kerja IT department pun kena recover file - file (barang baik) ni.

rayartha

Folder Lock 6.2.5 atau 6.2.0

Kalau guna software ni, semua file yang anda simpan akan terjamin keselamatannya. Tiada orang lain boleh buka, kecuali anda sendiri dengan 256 bit enkripsi kata laluan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pergi ke link ini :
http://www.newsoftwares.net/folderlock/

Untuk muat turun software ni,
sila klik link di bawah ini:

http://rapidshare.com/files/240811282/NewSoftwares.Folder.Lock.v6.2.5_www.softarchive.net.rar

atau

http://rapidshare.com/files/227079389/Folder_Lock_6.2.0_www.softarchive.net.rar

Daddy C00L

Siapa yang lock file nih, dia adalah orang yang gatal. Mesti lock video seks punya... tak ada mende lain... jd kalo nampak ada locked file tu, mesti ada benda panas.

Sbb tu I tak lock file. I lock bini I jek.

rayartha

Kalau sotware di atas tak berfungsi selepas di install akibat dari masalah (keygen/serial/patch not match), Sila guna software alternative dibawah ni.

File Lock 6.1.4
http://www.megaupload.com/?d=PRH2EVJ5

Blue Lakes Advanced File Lock 7.0.3218.42297
http://www.megaupload.com/?d=TM972PI7

rayartha

Kepada Daddy Cool,

Tak jugak, Daddy Cool kenalah berfikiran positif sikit. Folder lock ni memang berguna dalam environment networked office yang sharing files dan data dimana highly confidential data dan file disimpan dalam folder yang ada kata laluan untuk mengelak dari kebocoran maklumat penting yang boleh menggugat sesebuah organisasi

Contohnya, awak dah bekerja keras untuk sesuatu projek atau kertas kerja dalam 3 bulan, awak simpan kat dalam office network, tetiba je ada orang sabotaj (delete your file)atau dia copy semua kerja yang awak susah payah usahakan selama 3 bulan. Lepas tu, dia cakap kat boss yang kerja tu semua idea dan usaha dia, siapa yang tak sakit hati. Kes - kes macam ni banyak berlaku dalam organisasi. Sebab tu, adalah penting untuk protect file - file anda dari orang yang tumpah senang dari susah payah anda.

Kalau ada orang nak simpan barang - barang lucah, itu hak dia sebagai individu dalam PC/ laptop sendiri, kalau kat office punya property itu dah salah.

Anonymous

kalau software anda bermasalah juga sila campak pc anda dengan perisian microsoft anda sekali di lombong-lonbong atau kuala-kuala yg berhampiran dengan pejabat daerah anda terima kasih.

Anonymous

lol

Anonymous

aku lock diari aku je, tak main simpan2 porno.. sekali stream udah le, cari video lain. Keja bodoh je simpan porno bergig2 dalam pc.. haha, kantoi ngan anak, masuk kepala dalam jubur malu aih..

Anonymous

so anep? Kesimpulan internet lembab sebab download porn ke sebab download video rosmah?

Anonymous

* Mereka menyorokkan bahan lucah di dalam beberapa folder. Berlapis-lapis.

Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang menekan Kekunci Window+ F. Tentu dapat dicari dengan wildcard dalam beberapa saat.

Bg aku tak bodoh kalau tak da org tau komp mcm mak hang

* Mereka membuang extension fail tersebut.
Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang heret fail tersebut ke MCP atau pun perisian pengesan extension fail.

Bg aku tak bodoh sebab tak da org buat keje pi hantar ke MCP atau cari perisian extension file tu susah2

* Mereka cuba membuangkannya sementara di dalam Recycle Bin
Kemudian restore (ambil semula) fail itu pabila gersang?

Ni bodoh.. aku tak tau nak cakap ape.. Tapi pelik ko tak cakap bodoh

* Mereka zipkan fail tersebut, sekali dengan pengawasan kata laluan (password)
Tetapi bodohnya mereka jika ada orang punyai perisian menjejak kata laluan itu.

Ni memang bukan bodoh la, sebab hanya org yang bodoh je tak letak password.. Susah org nak cari perisian password nih. Ada tu memang ada. Tapi sapa sanggup tunggu berminggu2 utk password dikesan? Org yang buat tu lagi bodoh

* Mereka muat-naik video lucah ke laman web penyimpan fail percuma 1GB
Tetapi mereka lupa memadam maklumat pelayaran ke laman web tersebut.

Ni bodoh. Pelik sebab ko tak kata bodoh. Gune IE8 Baru dalam windows7 'inPrivate' aka 'porn mode'. gerenti tak da maklumat atau history, password, cache dll.


* Mereka burn video lucah ke dalam DVD
Tetapi mereka lupa memadam rekod video-video yang telah masukkan ke dalam DVD itu.
Lagi bodoh kalau mak die jmpa dan pasang video tu kat dalam dvd player. Mau jadi macam abg sedara aku, kene marah satu rumah time aku ada.. haha

kesimpulannya,
1. Hanya org bodoh sahaja mau carik porn kat komputer org dengan susah payah cari perisian tertentu yang blom confim org tu dapat carik

2. Bile org bodoh tu carik, mesti die nak blue. Bukan nak buktikan org tu ada blue

3. Pi download baru la. Bersepah ada kat internet. Google saja.

4. Org yang cerita bende2 ni slalunya HIPOKRIT. so jgn berblog pasal bende ni sebab aku ramai kawan kata tak tgk blue, mat surau, tau2 dalam history komp die menah masuk melayusex.

Anonymous

Saya pun tambah, "Mungkin kita kena buat macam di Iran, tak bagi peluang langsung untuk rakyat masuk laman web tak senonoh dan semua perempuan tutup aurat. Masa Hanief jalan di Tehran, terasa macam jalan dalam masjid. Tak ada peluang nak tengok skirt sana, skirt sini".

Ayat ni aku tak le tahan.. Kalau di block, agak2 apa org akan cakap.. 1st of all, memang tak le block bende2 mcm ni,sebab:
1 banyak giler
2. kalau berjaya pun, org still akan cari.
Lumrah manusia, lagi susah lagi tu yang die nak
3 block perlu perisian mantap. mahal satu, performance terganggu. mana ble scan setiap ape yang kuar masuk. ada berpuluh ribu port. port internet ada byk contoh 80 8080. sapa ble halang?kalau performance terganggu, streamyx jadi lagi lembab

4 kalau blok, nanti blame kerajaan cakap tak open la, ni menyekat kebebasan berinternet la, kerajaan cube menyekat suara rakyat la.

aku tak paham la dengan org yang slalu complen ni. die tulis tak srupa bikin satu hal. Die tulis seolah2 tak gune kepala otak. Bile kite nak dapat seorang blogger yang benar2 berfikiran matang dan kritis

Anonymous

Ibu saya kata, "Macam itulah manusia tak nampak keindahan negara sendiri"

Kata2 ni memang terkene pada diri ko sendiri la nep yang teria2 nak kuar negeri. Tapi aku tau ko sedar sebab ko da tak da duit. tanam jagung ler ko

Anonymous

sampai 3 post org atas ni hantar. huhuhu...
teknologi dah canggih la bro...

Anonymous

sabar aje la nep.. diorang (yang hanya tau kritik). Aku tau apa yang kau pikir, hanya org yg tak sehaluan berpikir akan kritik kau.

p/s: nep, kasi tunjuk sket kat dorang gambar kau kat London ngan Perancis.

Sakuragi

mungkin sebab tu kut strymx lembab, sebab tm nak elakkan gejala seperti itu berlaku dikalangan anak2 muda msia... huhu!!

baik sungguh strymyx.

RUSNAM HAMSOR

satu haluan tak semestinya satu pendapat.

Anonymous

Aii payah juge kalo ade jee org yg nak bangkang bile kita tegur perkara baik bahkan tegur perkara mungkar.....

Ni lee penyakit orang kita....

Takpe nep...insyaAllah (al-haq, haqqi an yuttaba').

Anonymous

sabarje la anif...selalu nyer org yg mempertahankan bermati matian dengan bg counter point hujah one by one nih slalu nyer die pernah buat dannn terkantoi skali simpan "menatang" tuh dlm pc/laptop dier. tu yg dier tak puas ati tuh.

lek ar brader....kok yer pon jgn la obvious sangat kan mempertahankan benang yg basah...kan dah kantoi.hehe....sape makan cili die yg rase pedas..hehehehe

Ibn Qayum

Assalamualaikum....
3 Golongan yg Allah SWT tidak mahu lihat mukanya, Golongan pertama adlh org berusia yg tidak pernah taubat dn terus melakukn dosa & maksiat, Golongan kedua pemimpin yg berdusta, pembohong dn pengkhianat kpd rakyatnya, dn ketiga adlh golongan yg miskin tp sombong pd tuhan....renung2kn dn slmt beramal...wassalam

Anonymous

minda lucah fikiran lemah..

Anonymous

1. hanief telah memberi kata kunci kpd mereka yang tidak tahu psl porno..jd org taip je search porno dah jumpa..(dah xde modal lain ke nk ckp)?

2.cerita2 diatas menunjukkan hanief telah menyelongkar hampir 100% kandungan fail peribadi org.

3.hanief jugak tgk semua citer2 lucah tu..yu juga xbaik...

4.xbtul la u ni hanief..skali kau nak ckp psl keindahan islam..nak jd mcm arab xde peluang tgk org pakai skirt ctu cni..sedangkan kamu sendiri mempamerkan gambar pada profail kamu gambar perempuan yg nampak aurat hingga ke bahu..

sebelum mengata org..dan memberi org dgn penddedahan ini..lebih baik kamu cermin diri kamu..
melihat sexs binatang juga bdosa malah blh menimbulkan nafsu yg terpesong..
-anis-

Anonymous

lol anis. kalau ko dah pandang negatif, negatif la jadinye. manusia mmg mcm ni. hasad,dendam,cemburu, semua ada. x kisah kamu bn ke pkr ke, manusia tetap manusia. xpe hanep, teruskan berblog.

Anonymous

weh. Kalau manusia tak puas dengan bini tgk porno, aku rasa ok

tapi kalau ada manusia tak puas dgn isteri cari laki sontot blakang apa citer?

KAHAHAKAKAKAHAKSKSAHkLKAsAK

Anonymous

aku pon sedih gak!!!
selalu juga dengar lawak2 lucah ni...
tapi aku buat dunno jer..lps tu mls malas nak borak dgn org yg same lg...
kalau org bukan islam normal la...
ini org islam pon same..malu aku!!!!

banyak jugak aku dgr member aku cakap dorg suka lepak sg wang..
nak cuci mata tgk amoi pakai skirt pendek..
tapi bila cari calon bini nak yang bertudung litup...

member pompuan aku yang berbangsa cina selalu cakap dorg paling benci bila tgk cara org islam melayu pandang mereka..gatal giler..
pastu mereka persoalkan bukan ke yg merogol org kat negara ni majoriti nye org islam???
hish malu aku dgr..
tk tahu nak komen ape..
hish dunia nak terbalik!!!

gejala sosial pon dah menjadi jadi..
bila la nak laksanakna hukum HUDUD????
tak sabar aku nak tggu....
so...aku skrg ni hanya bole berdoa jer...

Anonymous

at least saudara hanif ikhlas menulis blog, mengingatkan kita pada yang haram. tak suma orang perfect. sebab tu la kita perlu saling ingat mengingati. Yg korang kutuk gile2 apsal........dah la tak menyumbang apa2.......macam langau daaa......bikin sakit tinga jaaa....

3viL X eIjI

kepada anis dan anonymous..

jgnlah poyo2 gelabah sound org.klu ko tak suka,ko takyah la baca blog hanief ni.

aku pelik bila ada korg berlagak berani tapi bacul sebenarnya.berlagak pandai tapi bangang dan berlagak baik tapi mangkuk sbnrnya..

teruskan tulis apa yg terbaik utk mendidik masyarakat hanief.sama2 kita kongsi pahala mengingatkan pada yg lupa..insyallah..

Anonymous

jgnlah poyo2 gelabah sound org.klu ko tak suka,ko takyah la baca blog hanief ni.

Tak suke mende? Aku punya suke la nak baca blog mana. Bile aku baca tu aku suka la bangang. kalau aku tak suke aku tak coment la bangang. Pasal tu aku suka komen. Aku suka hentam org berblog, so sukati aku la nak hentam ke tak

----

aku pelik bila ada korg berlagak berani tapi bacul sebenarnya.berlagak pandai tapi bangang dan berlagak baik tapi mangkuk sbnrnya..

Pi mampos kalau ko pelik ke ape. Ko brani sgt? Nak pencak silat dengan aku? Aku belagak pandai ke apa ke ko lagi la mangkok

---------------
teruskan tulis apa yg terbaik utk mendidik masyarakat hanief.sama2 kita kongsi pahala mengingatkan pada yg lupa..insyallah..

Mendidik kearah fitnah, sama2 la dapat dosa. Bukan pahala bangang

Anonymous

apa nak jadi melayu skg.. hang cube pi google. pastu taip melayu(jgn tekan enter) dan biar beberapa saat tunggu suggestion keluar. Kenal pasti suggestion yang ada

Pastu ko padam, taip pula cina atau india. ko tgk suggestion yang ada dan bandingkan dengan melayu..

Melayu da teruk sgt...

melayu bongok

boys will always be boys

tahu2..

hanief...walaupun aku x pnh tgk kau..tapi aku tau..kau bukan calang2 orang...truskan dgn blog ni..

Kak Semah-tuya Anak Mansoribuu

Salaam Hanief

3viL X eIjI

nak bersilat dgn aku anonymous?nyatakan tempat bila masa..klu takut,dok je bwh ketiak busuk mak ko.bulan depan ni ade tournament free fight..klu berani join la..

setakat nak hentam blog pki nick anonymous,takyahlah.bacul sgt dah tu..jgn ikut sgt perangai bapak ko tu..klu bapak ko pengecut..jgn ikut..

klu ko rasa cara mendidik ko bagus sgt,buatla blog sendiri.senang..

melayu bongok

melayu adalah bangsa yg paling bongok di muka bumi ini

test

test komen...

Bob

Tak habis habis laa .. Bosan aku..apsal laaa engkau langsung tak adil...asyik2 kerajaan jahat....aku nak tanya sikit, apa yang anti kerajaan tu SEMPURNA ke? Maksum? Engkau cakap laa..
Mana yang baik tetap baik bangg, yang tak baik jangan dicover2...
TUTUP KUDIS BUTA DI BADAN SENDIRI TU..
Aku hanyalah manusia biasa..Kerja sama macam engkau, 14 tahun dalam IT..bukan pro mahu pun anti kerajaan..aku atas pagar...
Harap fikirkan secara adil, waras dan bijaksana.

3viL X eIjI

salam..

kerajaan yg salah kenelah ditegur..

kita hidup di bumi Allah.so sendiri mau pk la..

rezeki aku bukan kerajaan yg bagi..

Anonymous

tolong klik;
http://www.kliks.my/kamal/

Anonymous

HellO!!
nak tnya if ak hantar laptop kt
org yg format laptop tu format sekali lacal D &
smua fail ak yg penting2 hlang abes
bleh recover blik ka fail2 tu...
If bleh Settle dpt blik fail tu
ak byr lbih pn x pe...
mmg penting smua fail2 tu

Post a Comment

Blog Archive