Malaysia : Tong Taik UMNO: Syarikat Besar Pun Tak Pandai Berniaga

Friday, June 12, 2009

Syarikat Besar Pun Tak Pandai Berniaga

KUALA LUMPUR 12 Jun – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM138 juta bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2009. - MAS rugi RM138j
Hanief: Ada orang kata saya tak pandai berniaga. Walaupun telah berkali-kali saya katakan bahawa barang mati tidak memberi makna contohnya barangan komputer, mereka tetap melabel saya sebagai chicken out daripada bidang komputer.

Maaf cakap, saya sekarang lebih percayakan benda hidup. Seperti arnab, ayam, ikan dan lain-lain. Tiada jabatan RMA atau pun tempoh jaminan diperlukan. Ia lebih menceriakan hidup dan lebih realistik serta menjamin masa depan.

Apakah peminat WOW atau pun permainan strategi terus membina mercutanda? Walau maju tahap mana sekali pun, bekalan makanan tetap diperlukan. Atau pun di dalam istilah permainan strategi ia dipanggil farm. Build more farms! (Bina lebih banyak ladang lagi!).

Kalau saya memerintah lama seperti Mahathir, saya akan menyuruh rakyat Malaysia berikan perhatian penuh pada industri pertanian dan penternakan. Bukankah Malaysia sebuah negara tropikal yang betul-betul terletak di Garisan Khatulistiwa? Suatu garis yang melambangkan sinaran matahari seimbang dan amat sesuai cuacanya untuk pertanian besar-besaran.

Bodohnya pemimpin Malaysia ini sehingga telah menyebabkan masalah kekurangan bekalan beras akibat sibuk membawa pelan pemodenan membabi-buta Mahathir 2020 dan terlalu bergantung kepada bekalan makanan luar. Mahathir sangat bongok, samalah macam Muhyiddin Yasin pun, yang pernah menjawat jawatan Menteri Pertanian.

Pak Lah memang tak boleh harap, suruh pakai Islam asli, nak diubah kepada Islam Hadhari. Mungkin sebab itulah dia kena santau dek perempuan puaka.

Jika saya jadi PM hari ini, serta-merta saya akan wajibkan setiap taman atau pun kampung memiliki tanah luas untuk rakyat bercucuk tanam atau pun melakukan penternakan. Mengapa kita harus pusatkan di Sarawak sahaja? Atau pun di sesebuah negeri sahaja? Bukankah lebih terjamin bekalan makanan jika setiap taman atau pun kampung ada tempat untuk menghasilkan bekalan sendiri?

Tahukah anda semua, dengan langkah ini, rakyat akan lebih kaya dengan bekalan makanan yang mereka hasilkan sendiri, mereka akan kenyang dan tidak kebulur sehingga sanggup membunuh demi sesuap nasi. Kerja sampai malam sehingga terbeliak biji-biji mata, tetapi makan nasi goreng sahaja? Alahai miskinnya menu. Badan tak larat nanti, kerja di kilang, terlelap lalu ditelan dek mesin. Makanan itu penyumbang tenaga.

Memang hamba mesin rata-ratanya manusia hari ini. Kita perlu menjadi tuan kepada haiwan yang sedia menjadi korban. Tak percaya? Ini mesti tak sambut Hari Raya Korban atau pun Aidul Adha.

Dengan penekanan pertanian dan penternakan di setiap taman atau pun kampung, manusia di Malaysia akan mula mengenali kepentingan kesuburan alam sekitar dan menghargai sungai-sungai yang sering mereka cemari dengan puntung rokok dan kertas gula-gula Hacks. Kalau kilang, sisa kilanglah. Akibat produk moden kilang yang tidak mesra alam, proses pelupusannya menelan belanja yang tinggi. Lalu sisa-sisanya pergi ke sungai-sungai yang dianggap jalan percuma penyelesai segala masalah. Di sini syarikat Apple Inc. perlu dicontohi kerana mereka selalu menghasilkan produk mesra alam.

Berbalik pada orang-orang yang bercucuk-tanam dan menternak tadi, mereka ini juga akan mula menghasilkan produk makanan halal mereka sendiri, daripada hasil pertanian dan penternakan itu. Barulah ada pilihan produk halal tempatan yang banyak. Sifat patriotik dalam membeli, menyokong dan memenangkan produk tempatan akan terbentuk dan ia terus menjadi suatu budaya.

Ini semua nak harap kepada puak Kapitalis, itu pasal babi pun boleh bercampur dalam makanan orang Islam. Tukang cop Halal JAKIM pun pening kepala sebab kurangnya produk halal tempatan di pasaran. Maka berlakulah hubungan politik makanan. Politik yang bermaksud pentadbiran dan perjuangan, mula didekati golongan taukeh ini. Cop halal dibeli sehingga melibatkan jutaan wang oleh taukeh yang mahu produknya laku dan untung walaupun produk mereka jelas haram. Ada taukeh yang sanggup menumpang botol dan label syarikat halal lain bagi menjalankan produk mereka di pasaran. Mengapa hal ini berlaku? Ini kerana benteng terakhir orang Islam iaitulah kehalalan makanan masih dititik-beratkan dan juga kurangnya penghasilan produk oleh orang Islam sendiri.

p/s: Saya tidak terkejut jika Harian Metro mendedahkan bahawa terdapat syarikat makanan yang haram mencuri-pakai logo Halal JAKIM. Lihatlah bertapa utuhnya penjagaan makanan orang Islam sehingga syarikat makanan haram pun naik pening dalam melakukan produk mereka pada orang Islam. Ternyata kita punya kuasa beli yang luar biasa.

8 comments:

Kucing Parsi

mas rugi ke??

ha ha ha

terkejut nya

mungkin ada negatif sebab beli kapal terbang baru

ye ke??

bila hah?!

Anonymous

org y beniaga melalui internet..dan yg slalu bt blog nak jual brg2 hidup dan mati ni kebanyakan menipu org..ramai org kena tipu sbb nak untung besar..lps dpt duit org..bg alasan pulak dia peniaga ni kn tipu..tu alsan sbbna byr duit..pastu keluar masuk jail..dah kalis katakan..pastu ckp pakai lawyer nak ganti..bln petama ok lg..bln sterusnya lesap..bila tekan2,kluar jgk sikit..kira ok lg.ada org tu xberbayar langsung kes ugut.pastu janji pulak nk byr 10sen setiapkali..10thn xabis wei..
-anis-

Ayahanda KIMMA

Jangan bayar in advance. Kalau nok selamak COD saja. Cash on delivery.

Bodoh ikang lah jike bayor dulu sebelum dapak barang. Senang sangak kena pancing nih.

Anonymous

Ronaldo berpindah kelab dgn harga 490 juta!...hehe. Bersukan sambil jana duit. Bersukan pun kaya...tp dlm Islam x tau plak cmni punya deal halal ke x..?? hmm syudy2...budak2 Syariah turun r jawab soklan ak...

Anonymous

cakap saja mudah.. yokyok je anep ni

Anonymous

betul tu hanif!!!!

pertanian dan penternakan akan diperlukan sampai bila2..
tapi tak bermakna kita ni nak rakyat M'sia buta teknologi kan....
teknologi semain berkembang...

macam bila kita beli hanfon...
kalau kita ni fanatik sgt nak yang paling canggih..
sampai bila2 setiap masa kita kena tukar!!
kalau kita nak kejar dunia..
sampai bila pun tak terkejar!!
kembalilah kepada sunnah Rasullulah SAW...

Anonymous

bongok. TU sume kerajaan da buat melalui industri asas tani. Tak perlu nak cakap bile org da buat. Org pas slalu mcm ni, konon nak buat bende ni padahal kerajaan da buat lama da. CUma kalau nak diaplikasikan oleh sume org itu tidak lah sebab tak semua org mampu dan gile mcm anep. bangang

kassim

Susah juga banyak pandangan pandai bercakap tentang kalau saya jadi PM..., Jika saya jadi pemimpin.... saya akan buat itu, buat ini itu kalau, kalau , kalau.... Semua pandangan itu tidak berpijak dibumi yang nyata, kerana engkau hanya hanya di takdirkan allah swt menjadi sebagai penulis blog yang suka menabur fitnah hanya pandai melihat kelemahan yang ada dari diri orang lain. Sedang engkau sendiri ibarat......Lu Fikir la sendiri

Post a Comment

Blog Archive