Malaysia : Tong Taik UMNO: Ada tak ada PPSMI ...

Thursday, July 9, 2009

Ada tak ada PPSMI ...

Ada tak ada PPSMI
Kuala Lumpur tetap banjir.
Terowong SMART tak boleh pakai,
Tol mahal orang pun pinggir.

Ada tak ada PPSMI
Pondok tol tetap berlambak
Seronok perkerjanya menadah tangan
Menterinya pula lena berangan.

Ada tak ada PPSMI
Jalanraya kita tetap sesak
Konon terapkan Maths & Science,
Tapi jalan berlubang lagi haprak.

Ada tak ada PPSMI
Isteri pemimpin tetap main puaka
Konon katanya Freemason-freemason tak ada,
Tapi Freemason ini cap Asia Tenggara.

Ada tak ada PPSMI
Altantuya tetap mati,
Panggillah tok mudim atau pun tok sami
Kedua-dua tak upaya untuk berjampi.

Ada tak ada PPSMI
TMnet lembab macam tahi,
Laju lagi seekor babi
Daripada jalur sempit macam pu**

Ada tak ada PPSMI
Pemimpin tetap merasuah
Macam periuk dengan kuah,
Sedap menyuap tak sudah-sudah.

Ada tak ada PPSMI
Produk tempatan tetap kurang
Pelajar tetap lari ke luar
Angkut hutang, angkut barang.

Ada tak ada PPSMI
Harga minyak tetap naik
Semuanya salahkan Amerika
Itulah modal Barang Naik.

Ada tak ada PPSMI
Harga beras tetap naik
Naik melambung takkan berbalik
Macam orang India kata pundek.

Ada tak ada PPSMI
Profesor Kangkung terus mengajar,
Ajar jadi rasis, jadi pengampu,
Lepas jadi menteri serah penyapu.

Ada tak ada PPSMI
Pelajar tetap kena berhutang
Beli rumah, kereta, sijil dan barang-barang
Semuanya hutang itulah yang dipegang.

Ada tak ada PPSMI
Jenayah berleluasa merisaukan orang,
Ada yang curi nak selesaikan hutang,
Yang tak ada duit rogol anak dara orang.

Ada tak ada PPSMI
Pendatang tetap juga datang
Datang bukan 2-3 orang,
Tapi beratus ribu bagai nak berperang.

Ada tak ada PPSMI
Pasir Johor tetap kena jual
Orang Singapura terus maju,
Tak macam Johor jadi abu.

Ada tak ada PPSMI
Saluran TV terus dimonopoli,
Balik-balik BN, BN, BN di kaca TV,
Pembangkang tak berpeluang bersaluran sendiri.

Ada tak ada PPSMI
I.S.A tetap diguna-pakai,
Hari ini lepas bebas,
Besok kena tangkap kena tibai.

Ada tak ada PPSMI
Bahasa Inggeris rakyat tetap lemah,
Konon nak ikut cara Mat Saleh di sebelah,
Tapi Mat Saleh pun tak faham sepatah.

Ada tak ada PPSMI
Orang Islam di Thailand tetap dibunuh,
Genius di UK seronok melacur,
Pemimpin kita masih berdengkur.

Ada tak ada PPSMI
Pemimpin angkuh tidak terperi
Tiba PRU baik bukan main
Habis PRU perangai dia berlain.

Ada tak ada PPSMI
Pemimpin kita tetap yang bodoh-bodoh.
Sebab RM10k bertanding PRU
Sebab rasuah menang melulu.

Reblog this post [with Zemanta]

24 comments:

budakbandar

hanief,

bait-bait yang menusuk jiwa ...
nak ikut alunan rentak apa ni ??
syair ke sajak ?

****
semua bahasa kan milik Yang Satu ...

Yang Satu

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Aku

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

reff: tak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa

3viL X eIjI

salam

peringatan utk kawan2.klu ada anonymous yg taip 2 noktah di akhir ayat dan menggunakan 'ja' dalam komen,itu adalah budakkampong yg desperate menyamar untuk backup diri sendiri.

budakkampong

Hidup ini bagaikan roda yang berputar, ada kalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah. Ada masanya kita dipimpin, ada masanya kita memimpin. Apabila menjadi pemimpin, perlu ada kesedaran untuk mengingati saat ketika kita di bawah.

Apa jua tanggungjawab kepimpinan kita, kepimpinan diri adalah aspek penting yang mendasari kepimpinan organisasi. Justeru, pembentukan akhlak mulia serta penerapan nilai peribadi yang utuh perlu menjadi fokus dalam usaha mengasah kepimpinan untuk diri dan insan lain.

Kepentingan ummah seharusnya menjadi keutamaan dalam menjalankan misi kepimpinan hari ini. Matlamat ini mampu mendorong ke arah mewujudkan kesatuan serta perpaduan dalam umat Islam yang seterusnya menjadi tunjang dalam kepimpinan negara.

Anonymous

ish ish ish...

Apit_UTM

PPSMI gagal..aku awai2 dia nak buat aku taw dh x jadi pny..la student jadi mangsa..jadi pemimpin, benda camni ni pun xleh pkiaq..yg org bwh p ikut cet det pny akai watpa..benda dh taw xleh p mana, duk ikut gk..bongok!..f1 sepang tu pun sama ja prabeh duit!

3viL X eIjI

salam

btul tu apit.iran takde litar pun rakyat dia senang.diorang takde klcc pun rakyat senang...tulah die prinsip rakyat didahulukan..

buatlah sesuatu yg menyenangkan rakyat...

Anonymous

kepentingan menteri menjadi keutamaan.......keutamaan khir toyo dan datin kicik menjadik keutamaan so istana khir menjadik keutamaan tetinggi bg bn

Zana

korang hina la che det dia banyak jasa sama negara, tak baik tau.

Anonymous

sebolehnye jgn gunakan nama gelaran 'zana' kerana ianya membawa maksud zina.

hanya memberi maklumat

muhammad

Patut wajibkan pelajar Islam belajar dan lulus bahasa arab, ilmu tajwid dan tafsir al-quran.

Tp puak2 Umno takut kalau buat camni, bila semua org Islam paham Al-Quran, semua jd pembangkang. takde lg duit nak buat banglo mewah,silap2 ada yg kena pancung kepala. sebab murtad...

Anonymous

jasa?Allah tak pandang jasa..Allah hanya pandang iman di dada.

3viL X eIjI

salam

btul tu anon... Allah hanya pandang iman. Buat apa pandang jasa. Takde gunanya...

ZzZ

Selagi pemimpin yg perot boroi 2 mkn harta rakyat x kemane la kite ni hehehe

Anonymous

betul2!!!


buat lagi!

umno.. petualang bangsa!

Anonymous

ohohoho

balik2 cam tu gak ye..

3viL X eIjI

salam

btul tu... kita nak pemimpin yang amanah.

Apit_UTM

aku nk tunggu litar F1 sepang k'jaan xdpt dh hak F1..baru dia taw brapa pny rugi..dh la kita wat litar, org nk race kita kna byq plak kt FIA..race x dpt sambutan..kita apa dpt, asap la..org mlysia duk taw dh x p..tgk tv sudey..foreign la duk p..lpas ni depa p sgpore lak sbb race mlm..malaysia, apa pun xdk..

zana, cet det mmg la baguih..tp ada gk benda yg dia buat x baguih..pastu yg org2 dia (menteri bn la) p ikut benda yg x baguih tu buat pa..advice la..

3viL X eIjI

salam

sebarang benda yg tak niat fisabilillah mmg haprak la hasil dia...

aku tak penah dgr madey ckp fisabilillah... ko penah dgr hanief?

Anonymous

sape kata che det berjasa kepada negara????
zaman dialah berleluasanya rasuah...kronisme...
zaman dialah negara kita banyak berhutang dengan negara lain..dia hanya tinggalkan hutang kepada pak lah...

dia juga yang bertanggungjawab akan kejatuhan jati diri rakyat malaysia!!!!
bersungguh-sungguh mempertahankan dan memperjuangkan bahasa inggeris...

seorang pemerintah yang bagus akan memikirkan ekonomi dan keadaan negara walau dalam jangka masa berpuluh tahun selepas dia memerintah...
ini..haprak tinggalkan problem jer kat paklah...
pastu semua kesalahan mahathir tu paklah yg tanggung..kesian..

Anonymous

hanief...
byk kawan2 aku kat kolej persoalkan ketulusan kerajaan ni...

dorg ckp tidak ada makna penukaran yg kerajaan buat ni...

yg bukan melayu cakap buat apa dorg nak belajar dalam bm...
nnt masuk kolej atau universiti blajar dalam b.inggeris balik...
apa point yg kerajaan nak sampaikan????

kalau nak tukar ppsmi utk kepentingan bahasa kebangsaan...
tukarlah dasar pendidikan di kolej dan universiti!!!!

dan kenapa na tggu sampai 2012 baru nak laksanakan..
ada agenda tersembunyi ke??
kelakarlah kerajaan m'sia ni!!!
menyusahkan rakyat sahaja!!!
kononnya nak beri respon kepada permintaan rakyat utk mansuhkan ppsmi...

hai kerajaan...najid dan muhyiddin...
kalau hendak martabatkan bahasa kebangsaan...
tukarkah bahasa pengantar sistem pendidikan semua peringkat dalam bahasa malaysia!!

aZRoy

biasa la, gula2 manik urai jah ni~

Anonymous

tepuk dada tanya iman ....

Post a Comment

Blog Archive