Malaysia : Tong Taik UMNO: Emel Taufiq Ali | Celcom Broadband | Games

Wednesday, July 22, 2009

Emel Taufiq Ali | Celcom Broadband | Games

Emel Taufiq Ali

salam hanep

aku selalu bace blog ko dan sokong pakatan rakyat

kt sini aku cube mintak pendapat ko utk tweak 3g signal

-hrtu aku try celcom 3g kt satu exhibition,die bole pam smpai 3mbps
yg aku plk pkai pekej yg same (speed up to 3.6mbps)
cume dpt 1mbps je depends kt QOS
-mcmane die bole pam smpai 3mb tu??

-member aku ckp die da tweak pkai sofware - member aku tu bg hint search kt
google,msti jumpe,aku try KOREK KOREK KOREK (sebut mcm VK lingam) lg dr
die,tp kdekut la plk..
die ckp "aku da bg kunci,ko bkak la pintu tu sendiri" (dasar kdekot)

-lg aku nk tanye..mcmane nk tweak mozilla fierfox 3.5 - ade byk sgt care kt
google - xtau mane 1 yg btol - tweak ni bagus ke utk pc dan connection
internet??

-ko slalu main game x?? game ape yg ko maen??

sekian,trime kaseh
Hanief: Teknologi tanpa wayar (wireless) sememangnya begitu. Semakin kita dekat dengan pencawang atau ibu sawatnya, makin mantaplah signalnya. Sebelum 3G sampai di Malaysia, saya sudah merasai teknologi EDGE (atau pun GPRS yang disteroidkan). Semasa saya di tengah-tengah Kuala Lumpur, ia berjalan dengan kadar kelajuan maksimum. Tetapi setelah pulang ke rumah (Sentul) signalnya putus-putus dan kelajuannya biasa sahaja. Kata si penjual ia lebih laju daripada Streamyx. Tetapi saya hanya boleh mengatakan bahawa EDGE hanyalah 1/4 daripada kelajuan Streamyx.

Oleh kerana itu, saya tidak teringin pun dengan teknologi 3G. Ini Malaysia, semua orang tahu bagaimana Internet di tanah air kita. Kerajaan yang ada agak anti-teknologi. Jentera kerajaan hari ini banyak kali kalah dengan jentera pembangkang yang pro-teknologi. Saya juga bukan kaki tweak atau pun overclock, modify dan lain-lain. Saya sukakan sesuatu yang asli, jujur dan berkualiti.

Sesuatu syarikat yang memasarkan produk yang berkualiti sebanyak 3.6Mbps, mestilah asli, jujur dan berkualiti. Bayangkan setiap produk yang kita pakai hari ini perlu ditweak, dioverclock, dimodify dan lain-lain terlebih dahulu untuk mendapatkan prestasi sebenar. Tentu hidup kita tidak tenteram. Lagi pun, sesuatu produk itu perlulah memudahkan masyarakat. Bukannya menyeksa masyarakat dengan teka-teki.

Selain masalah Celcom ini, masalah yang sama juga menghantui Streamyx. Saya sendiri pernah bertanyakan pada juruteknik mereka mengenai kelajuan sebenar pakej-pakej 512kbps, 1Mb dan lain-lain. Jawab mereka, kelajuan yang dijanjikan bukanlah kelajuan penuh. Jika 1Mb itu, mungkin pelanggan akan dapat 3/4 daripada kejaluan itu sahaja. Kemudian, katanya lagi semua jalur lebar begitu.

Entahlah saya pun tak pasti akan hal ini. Apa yang pasti, kita perlu tukar kerajaan, kepada kerajaan yang pro-teknologi. Tak guna, kalau kita berbangga dengan Menara Berkembar PETRONAS yang serba moden dan mengatakan Singapura tiada menara seumpama itu, tetapi teknologi komunikasi masih kalah dengan Singapura. Apa maknanya bukan?

Games
Saya dah lama tak main permainan komputer. Semasa saya di dalam tadika, saya suka permainan Roboman dan Bubble Bobble serta Xargon. Di sekolah rendah pula, saya sukakan Hocus Pocus, One Must Fall, Fifa '95 & '96. Masuk sekolah menengah, Road Rash, Fifa '97, '98, '99, '01, '02, '03, Warcraft I, II, Diablo, Starcraft, AOE, KKND, Carmageddon I, II, 2000TDR dan Tomb Raider. Zaman lepas sekolah, Warcraft III.

Pendek kata saya masih sukakan permainan komputer yang bertaraf nostalgia ini. Saya akan kembali bermain permainan komputer ini jika diberi nafas baru. Dengar cerita Starcraft 2 akan muncul. Tak tahu bila. Permainan komputer yang bercorak strategi lebih banyak mengajar saya erti pembangunan. Terutamanya Warcraft, AOE dan KKND. Di dalam permainan ini, kita dibenarkan membangunkan bandar dengan teknologi canggih kemudian mengalami krisis bekalan makanan dan sumber asli. Di mana ianya menyebabkan perebutan sumber asli dan peperangan di antara musuh yang juga sedang sama-sama membangun.

Buat masa ini komputer saya hanya dijana pemproses Intel Celeron D dan kad VGA GeForce 6500. Permainan komputer saya letak tepi sejak akhir tahun 2003 dan saya banyakkan aktiviti lain seperti merekabentuk laman web dengan CMS (PHP, JavaScript, MySQL), belajar Flash, Photoshop, Linux, Server, FL Studio, Cinelerra, mempelajari bahasa Parsi (Iran), binatang ternakan dan lain-lain yang berfaedah di Internet.

p/s: Siapa yang nak sumbang idea tweak untuk jalur lebar Celcom. Silalah kongsi link di bawah.
Reblog this post [with Zemanta]

10 comments:

Anonymous

Pas serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar
22/07/2009 8:30pm

RANTAU PANJANG 22 Julai - Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohd. Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan. - Bernama

raremany

hanief, x nmpk lah link tu... silap html ke???

Hanief

@raremany
Saya suruh pembaca yang tahu tweak itu yang kongsikan di ruangan comment di sini. Saya manalah tahu tweak ini

Anonymous

check out this blog raremany

http://amenapster.blogspot.com

budakkampong

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

Anonymous

nk main 3G free pon blh.. senang jer.. kene pandai jer.. lalalaa...

XL

Kepada Taufiq Ali, utk pengetahuan kau, pameran broadband dimana-mana telah direka bentuk utk menipu pelanggan utk percaya broadband mereka adalah yang terbaik.

Tidak kira Celcom, Digi, P1Wimax atau lain2, semuanya telah memasang pemancar hampir dengan pameran utk menunjukkan kelajuan tinggi.

Malangnya ini bukan situasi didunia sebenar kerana apabila kita guna diluar, pemancar tersebut dikongsi oleh ramai orang, jadi kelajuannya pun agak lembap.

Manakala di pameran ada pemancar yang dibina khas utk pameran tersebut (maknanya orang luar tak boleh pakai, hanya utk mesin pameran sahaja), jadi jangan hairan kalau kelajuan yang ditest JAUH SEKALI BERBEZA dari apa yang anda dapat ditempat anda.

PS: Ini adalah salah satu kenyataan pekerja P1Wimax pada seorang pelanggan di PC Fair 2009 apabila P1Wimax membuat pameran.

budakkampong

xl
memang itulah hakikatnya,bila kt tempat promosi kelajuan macam f1,tp bila bawa blik umah dh jd kelajuan kancil..banyak yg depa kena perbaiki lg..

otai

woi bdk kampung...fatwa ckp xde pe la...xharam pe pun...yg si najid terang letak kalung bunga kat tugu pahlawan yang terang2 haram umpama budaya yahudi ko xckp pe pun..nie la islam hadhari...penganut nyer pun bodo tahap neraka jahanam...

advanc

celcom mmg agak slow.. korang tukar maxis broadband la.. download pon agak laju dan x sangkut~ tgk harga jgk la.. biasa la tu zaman makan duit

Post a Comment

Blog Archive