Malaysia : Tong Taik UMNO: Kematian - Sudahkah Kita Bersedia?

Saturday, July 18, 2009

Kematian - Sudahkah Kita Bersedia?

Kata orang tua-tua, hidup biar berjasa. Berjasa bermaksud membuat sesuatu yang baik untuk orang ramai. Selalunya apabila ada kematian, orang-orang yang hidup tidak ambil kisah.

Kerana apa?

Mungkin kerana orang anggap kematian itu milik kita semua. Kerana semua kita akan merasai mati.

Baik orang yang tak ingin mati,
Baik orang yang takut mati,
Baik orang yang tak takut mati,
Baik orang yang bunuh diri.

Saya sebagai manusia, saya harus berjasa sebelum saya mati. Saya mahu gali perigi biar semua orang dapat minum airnya. Paling tidak (at least), orang tahu dari mana adanya punca air percuma dan orang boleh jirus kubur saya dengan air perigi itu. Tak perlu ucapkan SYABAS pun.

Jikalau saya ada anak pula, saya akan berikan tanah ber'geran' untuk bergantung hidup adik-beradik di zaman mencabar ini. Kerana sewa tanah/rumah orang atau berhutang membawa padah, tahun demi tahun di bawah sistem yang menolak Islam. Tak kiralah Kapitalis, Komunis atau pun Sosialis.

Jikalau saya seorang penternak pula, saya akan berzakat tanpa henti demi kesejahteraan masyarakat. Lagi pun ramai orang membuat dosa kerana lapar dan terhimpit.

Jikalau saya seorang pemimpin, saya mahu bersederhana seperti Nik Aziz. Saya tak perlu gaji berbelas ribu seperti Ronnie Liu, tak perlu gaji puluhan ribu seperti MB Selangor. Saya ambil RM1500.00 sebulan, selebihnya saya derma pada orang miskin untuk mereka menternak dan bercucuk-tanam.

Pangkat Dato'/Datuk Seri, Tan Sri, Tun, saya tolak buang jauh-jauh. Saya minta orang panggil saya Hanief sahaja, tak kira walau pun budak kecil tepi jalan nak panggil Hanief.

Apabila kita berjasa, orang akan dapat menafaatnya. Orang pun pening kepala nak aniaya kita, sebab kita banyak jasa. Kalau mati pun, masuk syurga harap-harapnya.

Oh ya, satu lagi sebelum kita mati, ilmu yang kita ada, patut kita sebarkan di blog. Supaya orang dapat manafaatnya. Bukan simpan tak bagi orang dan gelak bila lihat orang tak berilmu. Mungkin esok kita mati manalah tahukan?

Duduk di bandar, senang nak mati. Bangunan dia tinggi-tinggi. Kereta dia laju-laju. Makanan dia berkimia-kimia. Udara dia berjerubu-jerubu. Air dia berklorin-klorin (letak ikan pun mati), ... lagi? Cubalah fikir sendiri ...
Reblog this post [with Zemanta]

14 comments:

Anonymous

pahala mudah dan free, tanam pokok buah dan wakafkan pada sesiapa sahaja, burung2 dan haiwan lain makan.. masyaallah pahalanya tak berhenti mengalir pada kita walaupun sampai dalam kubur selagi pokok itu tak mati..

kalau ikut umur kau yg muda lagi, setakat pokok rambutan, jambu, mangga, 4-5 tahun berbuahlah.. tanam byk2. pahala pun dapat.

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin

"Tak perlu ucapkan SYABAS pun".

Wah, ha, ha...

Budak Comey

waa..
respek sama kamu. :D

Anonymous

najib dah pergi mekah. hang plan bila?

sekolah pondok

aiii dok mengata,dok menyumpah orang pon,ingat jugak nak mati,kekekeke

budakkampong

dalam menyebar fitnah pun ingat mati juga. jangan cakap tak serupa bikin.

budakkampong

siapa yg menyamar adalah anak haram..

Apit

padia la hang ni budakkampong!

budakkampong

IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

''Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

''Dia lagi tahu apa yang dia buat,'' katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn. Bhd. dan TCT Inc. (TCTI) di sini, hari ini.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata, beliau bersimpati dengan kematian Beng Hock dan telah pun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn. Bhd., Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyo-voltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak. - BERNAMA

Anonymous

Abih...Zambry pegi Thaipusam kat Batu Caves ko nak cakap apa?Sial?!!!!

budakkampong

zambery pergi thaipusam tak tunduk sujud macam si pinwar pibrahim tu..ini tunduk macam la sedara dia yg meninggal,nk hormat bleh,tp jgn lupa akidah..ni dh la balas punggung tak mengaku..keluar ja dia dri tahanan negara trus huru hara.dulu takda pun..

3viL X eIjI

salam

bila ko masuk blog ni je yg huru hara budakkampong bangang oiii..ko blah je..sure aman blog ni..

p/s:apsal si mangkok budakkampong ni benak sgt?

budakkampong

org tak rsepek la manusia macam ko bai,ko cakap org menyamar,tp aku cabar ko utk buktikan tuduhan ko tu,tp ko tak leh buktikan,lg sekali aku ulang AKU CABAR KO KALAU KO ANAK JANTAN,KO BUKTIKAN TUDUHAN KO PDA AKU,TAKAT CAKAP KOSONG MACAM LEMBU TU TAKYAH AR BAI..AKU CABAR KO..BUKTIKAN..

KALU KO TAKLEH BUKTIKAN BERMAKNA KO SJA ADAKAN CERITA..SEKARANG SAPA YG LOSER BAI..BUKTIKAN LA KALAU DH KO TERER SANGAT,ILMU TAK SAMPAI PUNCAK,JGN JD BONGKAK,,

3viL X eIjI

salam

respek?sapa yg tak respek sapa ni?ko baca balik komen2 pasal ko budakkampong.respek sgt ke?

asal hanief bukak post je,ko kutuk.org ada tanya soalan je ko nyalak.hanief letak info ko kata fitnah.apsal benak sgt?

takyah nak adakan cita.cmpk sgt ko kaki belit...bangang tol

p/s:at least aku ada ilmu,dr org yg blaja tak abes tapi berlagak pandai...payah.

Post a Comment

Blog Archive