Seperti mana yang semua sedia maklum, negara kita adalah sebuah negara demokrasi. Rakyat Malaysia bebas untuk memilih parti mana yang mereka suka atau menghadiri program parti mana sekali pun.
Sekian lama saya menghadiri ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, saya juga mahu menghadiri ceramah-ceramah BN.
Mungkin ada para penyokong Pakatan Rakyat tidak setuju dengan kehendak saya, berikutan media arus perdana telah lama dibolot puak BN seperti TV dan radio. Namun, kita harus positif dalam mendapatkan maklumat dan fakta bagi menjawab segala fitnah atau pun sebarang kekeliruan yang timbul.
Biarkan BN dan Pakatan Rakyat saling jawab-menjawab di dalam ceramah mereka, daripada terjadinya tangkap-menangkap dan sekat-menyekat. Untuk menyaksikan mereka berdebat ia amat sukar sekali kerana adanya pemimpin yang tidak sanggup berdebat.
Saya merasakan bahawa, rakyat akan mendapat faedah apabila pemimpin turun padang untuk bersemuka dengan rakyat di dalam ceramah umum. Janji-janji pemimpin akan dirakamkan oleh puluhan lensa kamera para pengunjung. Rakaman ini sedia membaham mereka sekira janji yang ditabur gagal dilunaskan. Tambahan pula, ia selalu diarkibkan di pelayan (server) laman web YouTube dan lain-lain buat tatapan manusia di seluruh dunia.
Saya sendiri kurang mengetahui akan, apakah ada ceramah-ceramah umum oleh para pemimpin oleh BN di sekitar Lembah Klang? Jika ada, sila emel saya atau pun tinggalkan maklumat mengenainya di ruangan ulasan (comment) di bawah.
Perisian penyunting video dan perakam video saya menanti ceramah-ceramah para pemimpin BN dan Pakatan Rakyat. Juga, blog ini akan diwarnai maklumat dalam bentuk video dari kedua-dua parti. Moga usaha saya ini dapat mengurangkan cara BN dalam menjawab hujah Pakatan Rakyat dengan kaedah kekerasan seperti gas pemedih mata, gari dan karawang berkasi.
p/s: Apakah saya dibenarkan oleh orang-orang BN untuk menghadiri ceramah-ceramah mereka? Sama-sama kita nantikan.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=91e42343-3dae-4ed3-9d2b-a115cd2ee933)

9 comments:
jgn hang duk ceramah BN pastu masuk BN sudah.. Kebenaran tetap akan terserlah juga akhirnya
Nep, dulu aku dah penah buat setahun lepas, kononya nak dapatkan maklumat dari kedua2 pihak. Pegi ceramah BN dgn ceramah PR. Tapi aku jenis mudah hilang sabar, mengelegak hati bila dengar ceramah BN. Faktanya tersasar dari realiti, meluat menyampah bercampur baur. Aku cuba untuk menelan ceramah2 BN ini sehingga habis, pahit- maung- hanyir rasa ditekak. Tak boleh nak terima. Kalau kau belum try, silakan.
@gekido
Tak mengapa, kerana saya hanya ingin merakamkan hujah penceramah-penceramah, kemudian menemukan hujah-hujah tersebut (dari BN dan Pakatan Rakyat) dalam bentuk video. Barulah adil dan ini lebih membuka hati rakyat terutama yang berada di atas pagar karawang berkasi.
Kita lihat media arus perdana, hujah BN ada, tetapi hujah Pakatan Rakyat tidak bebas kelihatan.
Dengan usaha ini, saya percaya blog saya akan menjadi lebih popular. Kerana orang BN dan Pakatan Rakyat akan melawati blog ini bagi menyaksikan senario politik dan isu semasa negara kita.
Kalau macam tu, baguslah. Aku support. Biar semua rakyat Malaysia terbuka hati dan mentaliti mereka untuk menilai.
teruskan perjuangan murni ko tu anip.. kitorg sokong ko..:D
biar terbeliak bijik mata puak2 umno ni tgk pemimpin diorg yg dh terpesong..:))
good inititive hanief....
i support you...
kan baik mendamaikan dua pihak yg sdang bertelingkah dari menimbulkan fitnah...patut dari dulu ko bt benda mcm nii...jihad bkn hanya di medan perang..mendamaikan dua saudara yg bertelingkah pun adalah suatu jihad...
Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - Harussani
SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.
Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.
Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.
"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.
"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.
Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara.
Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.
"Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat.
"Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik," jelas beliau.
Dalam perkembangan lain, Harussani yang ditanya mengenai tanggungjawab umat Islam menangani penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berkata, kerajaan perlu bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan rakyat negara ini keluar atau melawat negara yang dijangkiti virus itu untuk sementara waktu.
Malah, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan rakyat negara ini yang berada di negara yang dijangkiti virus berkenaan supaya tidak pulang ke Malaysia sehingga wabak itu benar-benar dikawal.
"Dalam sibuk-sibuk (bertindak bagi mengekang penularan wabak itu di negara ini) kita masih juga benarkan orang balik. Itu sebab kes meningkat setiap hari sampai berpuluh-puluh kes sehari.
"Orang Islam yang tak makan babi pun, terkena jangkitan selesema babi," ujarnya.
bagus hanief!
aku sokong kau.. insya Allah berhasil..
moga2 ada lah org yg buka hati..
org bandar ke.. budakkampong ke..huhuhuu
insya Allah..
Post a Comment