Salam bro hanip...nk tnya sket nie, hanip berblog ni dpt duit x??
Klo dpt, sebulan brape??
Caranya mcm maner??
Yang saya tau, sama ada pakai google adsense atau jd blogger upahan UMNO...
Wassalam.....
Hanief: Ini soalan popular. Ia sering ditanya dan saya tidak bosan-bosan menjawabnya. Saya berblog ini tidak dapat apa-apa pun. Kalau ada pun, mungkin 4-5 kali keping cek Google Adsense. Namun ia telah mula merosot. Satu dunia mengalaminya.
Kini, dek kerana perolehannya pun kurang, saya letak tepi sahaja Google Adsense. Kerana ia melambatkan blog saya.
Saya yakin dengan berjuang melalui penulisan dan sedikit protes-protes dijalanraya serta menyebarkan maklumat dari rakaman rapat umum (anjuran parti pembangkang) dan sisipan video siaran media kerajaan, tak lama lagi saya percaya saya akan perolehi kerajaan baru yang lebih berdaya maju.
Kerajaan baru ini khusus buat 1Malaysia dan generasi yang akan datang. Moga mereka akan dapat faedahnya.
Semasa British menjajah Tanah Melayu (Malaysia), ramai para penulis, seniwan dan seniwati menggunakan bakat mereka untuk berjuang dari bidang masing-masing dalam mencapai kemerdekaan.
Mereka kebanyakannya tidak dibayar saya kira. Orang kita pun banyak yang miskin. Mungkin mereka seperti saya. Hanya mengharapkan perubahan baru. Ia lebih bermakna daripada diupah buat tempoh setahun-dua dan hanya menegakkan benang yang basah.
Bagi saya, apabila kita lakukan kerja atas semangat wang atau kebendaan, hasil kerja kita tidak lahir dari jiwa. Makanya ia tampak kaku dan tidak kreatif.
Saya kini sedang belajar bahasa Parsi dan membela puluhan ekor arnab sebagai mata pencarian.
p/s: Sesiapa yang mahu baca cara saya bela arnab, sila bongkar di sini.

5 comments:
ooooooo... ye ke?
Assalamualaikum...
Saya setuju sgt matlamat saudara Hanief menulis blog ini, saya menyokong segala usaha saudara hanief agar terus berjuang demi bangsa dn agama, kerna ia dpt mengembangkn lg minda kita agar terus berfikir dn menyiasat ttg apa yg sebenar yg berlaku di sekeliling kita, ini tk bermaksud kita terima sebulat2 nya ttp sekurang-kurangnya hanya untuk tambahan information dlm sesuatu issue yg bnyk melanda di negara kita dn negara luar...dn saya harap saudara Hanief terus berjuang dgn menggunakan kebijaksanaan yg tuhan beri dlm memainkn peranan dlm isu2 semasa agar kita sedar apa yg berlaku...terus berusaha saya menyokong di belakang saudara...Wassalam
salam
btul tu.tapi kita mmg tak mampu nak ouaskan hati sume org kat sekeliling kita dgn cara yg kita perjuangkan...tapi insyallah dgn sabar dan tawakal,lepas la nnt..
p/s:pelik ada org bangang menipu blaja kat U manc city tapi kutuk org lain bodoh.so?
blaja kat man city ? tycoon pak arab sponsor ke ? kah kah kah - wan mr.magibon
jgn la cpat sngt labelkan org bangang...rilek arr..nanti bangang tu kena kat lu blk
Post a Comment