Assalamualaikum warahmatullah sahabat hanief84....
dirimu dan diriku ini terlalu muda untuk mengerti mengenai sebab dan akibatnya ISA.
hanief84 x penah tanya ke kerajaan mengapa mereka telah mewujud dan mengekalkan ISA?
Kerajaan Negara Malaysia yang tercinta ini samada dibawah Mahathir, Pak Lah, Najib atau Perdana2 Menteri yang terdahulu ternyata mempunyai alasan yang kukuh untuk melaksanakan ISA (yang dikekalkan sehingga ke hari ini).
Ini kerana ISA adalah satu akta yang membenarkan Pihak Kerajaan menangkap dan mengekang sebarang individu @ anasir yang mampu untuk memusnahkan keamanan negara kita ini.
APA YANG SALAH SANGAT TU SAMPAI KENA TANGKAP BAWAH ISA?????
Tahukah saudari hanief84 mengenai sebab mengapa petualang2 bangsa ini ditangkap dan dikurung di bawah ISA? ini kerana mereka sendiri telah membuat onar tanpa dipinta dan dengan sengaja, secara mereka sedar atau tidak, diri mereka itu telah memecahbelahkan perpaduan, menggugat keselamatan, DAN MENJADI DURI DALAM DAGING DI DALAM NEGARA MEREKA SENDIRI.....
Pihak Kerajaan, mahu atau tidak mahu, telah terpaksa menangkap mereka2 ini dan mengurung tanpa diberitahu tarikh kebebasan kerana mereka2 ini (pesalah ISA) telah terus-menerus telah menghasut, atau melakukan sesuatu yang yang boleh menggugat keamanan negara dan perpaduan masyarakat berbilang kaum...
Hanief84,
Jika kita perhatikan, ISA itu sunguh2 efiyen untuk dipraktikkan, demi memastikan dirimu dan diriku ini dapat terus menikmati kedamaian dan kemakmuran hidup di dunia seperti insan-insan yang lain....
Ini kerana kebelakangan ini, yang ditangkap kerana membuat onar dalam negara adalah barisan2 pejuang rakus dari golongan peguam...
jika ditangkap dan dibicarakan sepertimana biasa didalam mahkamah, tentu sahaja peguam2 onar yang bijak memutar-belit ini akan menggunakan 200% usaha dan daya mereka untuk menjustifikasikan betulnya tindakan mereka membuat onar tersebut..... dan pihak kerajaan akan kalah..... dan rakyat terus tertipu dengan putar-belit mereka itu dalam mahkamah...
tetapi..................
Apabila mereka2 ini ditangkap dibawah ISA (iaitu suatu bentuk penahanan tanpa bicara@ Tiada perbicaraan di mahkamah@ Duduklah si tanahan di dalam penjara lama-lama) maka habislah tipu daya si pembuat onar tadi....
......
habislah segala alasan, auta dan putar-belit untuk membenarkan perbuatan mereka yang khianat, celupar dan cabul tersebut. Si pembuat onar nak membela diri dah x boleh kerana sewaktu ISA dikenakan terhadap mereka, tiada lagi sesi menjawab pertuduhan dan juri2 untuk mendengar dan menilai.... (padanlah muka mereka itu kehendaknya.....).
Sampai masa suatu hari nanti mereka (tahanan ISA) pasti dan pasti akan dibebaskan semula oleh kerajaan dengan syarat mereka sudah insaf dan tidak lagi berniat untuk membuat onar yang seterusnya sewaktu dibebaskan....
.........
Demikianlah satu hujahan ringkas dan serba kekurangan tetapi bererti untuk tatapan saudari hanief84 yang saya hormati...
i'm just an ordinary person who like to truth.
The Truth is there....find it!
All the lying is there.... dig it!
the truth is not far...... think of it!
the truth is in your heart.... feel it!
you'll find the answer.....
Assalamualaikum warahmatullah.....
p/s : dont reply me... I DON'T NEED your justification, defense and answer...
ITS YOU WHO NEED THEM!
Hanief: Panjang betul emel anda. Jawapan saya mudah sahaja, sebagai orang Islam, kita dituntut supaya bersikap adil. ISA itu tidak adil, walaupun ia menjamin masa depan orang Melayu atau pun berupaya mengekalkan Ketuanan Melayu, tetapi ia tetap bercanggah dengan Islam. Lihat apa kata ulama' di dalam video di bawah:-
HAPUS ISA:GMI temui Nik Aziz








0 comments:
Post a Comment