Salam Hanif, blog saya tak diupdate oleh sistem direktori. Ia masih menunjukkan artikel yang lama iaitu 14/8/09 pada link blog rakan2 saya, walaupun saya telah membuat artikel terbaru setiap hari. Agak2nya kenapa ye!... Orang lain mungkin merasa keliru kenapa saya tidak membuat post terbaru jika dilihat dalam link mereka. Adakah ada kesilapan tertentu sedangkan saya tidak ada menggubah sebarang setting. Boring betul!... Boleh tengok http://www.payahsungguh.blogspot.com. Link pada blog rakan saya seperti http://www.adukataruna.blogspot.com/, http://www.bloglistpolitik.blogspot.com dan http://www.realaduka.blogspot.com. di bawah tajuk AKU INGIN BEBAS. Macamana nak selesaikannya. TQ
Hanief: Jika dibaca oleh orang biasa mungkin ramai yang tidak memahami luahan Pemuda Umno ini. Sebenarnya anda risaukan RSS anda yang tidak dikemas-kini mengikut kebiasaan atau pun mengikut pos blog terbaru anda. Anda mendakwa, RSS anda ketinggalan berbanding pos blog anda yang terkini.
Menurut anda, rakan-rakan anda juga mendapat suapan RSS dari blog anda. Tetapi ia mengandungi pos lama dan bukan pos yang terkini dari blog anda.
Setelah diamati, apabila saya cuba melanggan RSS blog anda, saya juga mendapat suapan RSS yang mengandungi pos blog yang lama. Saya tahu anda punyai pos blog yang terbaru dan kenapa tidak ia terpapar bersama di dalam suapan RSS itu. Bukan?
Bagi saya, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan 2 cara.
Tetapi sebelum itu pastikan RSS anda diaktifkan.

Site Feed atau pun suapan laman, ia berkaitan dengan RSS blog anda.
Tetapi sebelum itu pastikan RSS anda diaktifkan.
- Dengan menyediakan blog baru.
Blog lama jangan dibuang. Dari blog lama, eksport segala pos blog lama.
Apabila capaian Export blog ditekan, anda disuruh muat-turun blog anda.
Kemudian, pergi kepada blog baru dan import segala pos blog lama tadi ke blog baru.
Apabila capaian Import blog ditekan, anda disuruh muat-naik blog anda.
Perkara seterusnya mungkin anda perlu susun semula semua gadget dari blog lama, agar tiada kesilapan RSS berlaku. Lakukan satu demi satu. Saya sarankan supaya anda backup template setiap kali gadget diubah atau diletak, supaya kita boleh kembali kepada template sebelumnya.
Teruskan membaca jika anda kurang faham apa itu template dan backup. - ATAU dengan menukar ke Template asal.
Sekiranya anda mahir dengan HTML, CSS, Javascript, dan XML, saya cadangkan anda memuat-turun Template blog anda secara bekala/bermusim lebih-lebih lagi sebaik sahaja sebelum anda mengubah Template.
Template mengandungi semua pada blog anda kecuali pos blog atau isi pos anda. Jadi hati-hatilah dengan template.
Template juga mengandungi kod HTML yang membenarkan pos blog anda dipaparkan. Ini juga termasuk kod HTML yang membenarkan versi RSS dipilih samada suapan ATOM atau pun suapan RSS.
Ada para penulis blog yang membuang kod HTML RSS daripada template mereka, dengan harapan, ia tidak boleh lagi dilanggan oleh sesiapa. Hasilnya, tiada RSS dibenarkan dari blog mereka dan semua pembaca blog mereka harus merangkak dan membelek helaian demi helaian laman seperti dunia tanpa RSS. Pengunjung blog mereka juga, sering teragak-agak bilakah pos baru sampai, disebabkan tiada ciri RSS lagi.

Lihatlah bertapa banyaknya fail template terdahulu yang telah saya kumpul dari masa ke masa.p/s: Ada juga kes istimewa di mana, hos blog (di sini Google dilihat sebagai hos, kerana kita menggunakan Blogspot/Blogger) mengalami kegagalan sistem atau pun system down. Tetapi kes anda ini, saya lihat masalahnya bukan berpunca daripada Google. Harap dapat membantu.

16 comments:
salam
untuk berkongsi ilmu,tidak perlu mengira ideologi sbb ilmu tu sume dtg dr Allah.
diharap jgn salahgunakan ilmu yg dikongsi utk tujuan khianat plak.payah nnt..
p/s:MU menang mlm tadi...mahsyukk..
cuak jugak la semalam birmingham hampir-hampir nak score jugak.. nasib ketangkasan pemain2 MU berjaya menggondol 3 mata berharga - wan mr.magibon
salam
tulah pasal.liverpool kalah la plaks mlm tadi weh... kering member aku kene lanje satu table.kahkah!
p/s:torres pun manusia jugak..
aku da cakap da, face mask yang akan untung..
skg ni muhyiddin nak jadikan face mask barang kawalan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
kah kah kah.. malikul al sembab benitez muka merah lagi.. rugi utk game pertama eden ambik torres di fantasy league.. - wan mr.magibon
salam
ko men fl gak ke wan?wahkahkah..spurs nasib baik je duh menang..
p/s:payah MU nak menang title season nih..
a'ah main gak. ramai dah sekarang main benda tu. boleh aje menang.. tahun 2006 nistelrooy dah keluar and punca goal utama dah takda. tapi keazaman mininggi telah membantu MU utk menjadi juara ketika itu. goal kongsi2 sudah.. spurs semalam memang deserve la menang.. wakaka
- wan
salam
hahaha.sian liverpool...pace menang kurang la jawabnya.
p/s:mane nak tgk ucl ni?nz wangsa maju?desa hartamas?gazebo subang?
sri hartamas yg terbaik.. ada jual tanduk red devil. hehehehe - wan mr.magibon
salam
takkan nak tgk arsenal punya game pki tanduk red devil ko..cadangan tak relevan la..
p/s:mcm susah je celtic nak menang.
celtic menang, arsenal bdk2, xleh main bola
masa mu lawan chelsea aritu ada gak jual tanduk kaler biru mewakilli team chelsea. lagi pon hartamas tu kubu kuat mu. hehehe - wan
salam
haha..NZ wangsa maju pun kubu kuat MU gak.pastu pas MU kalah time Final UCL,abes meja pecah2 weh.kahkah!
p/s:aku tak emo smp pecah2 meja..
aku tgk kat kedai maple pilah aje. sampai order kene mintak order minum atas motor sebab dah full mejanya. dari jauh nampak orang berlari je bola dia tak nampak sebab screen dia tak berapa besar. barca menang mcm siot
- wan mr.magibon
salam
kahkah!mlm ni mu vs burnley nak tgk mana?seksyen 7 shah alam sudey..
p/s:bwk baju ujan..
apa lagi korang ngarut ni?...bkn ada live pun/....dah tu bleh kalah plak dgn burnley...sucks la MU...sembang degar2 je...habuk je...kaler pun sama je merah mcm umno...nyampah aku..
Post a Comment