Malaysia : Tong Taik UMNO: Emel Sharmirul Haidi | Soal Peribadi | Dana Pendidikan

Tuesday, August 18, 2009

Emel Sharmirul Haidi | Soal Peribadi | Dana Pendidikan

Emel Sharmirul Haidi
Salam sejahtera kepada anda Hanief. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda kerana mempunyai otak yang begitu genius di dalam hal yang berkaitan dengan komputer. Saya kagum dengan anda mampu mencipta sesuatu yang lain daripada yang lain. Lihat saja koleksi video anda, dan juga blog. Saya rasa setakat ini tak ada lagi anak muda yang sehebat anda, ditambah lagi anda mempunyai cita-cita yang hebat dengan projek ayam kampung dan arnab anda, di samping gigih belajar bahasa lain.


Anda telah memuaskan hati saya dengan mencipta satu permainan yang melontar C4 kepada muka Najib. Terima kasih. Sekurang-kurangnya dendam saya sedikit terlangsai di alam cyber. Najib lah antara pemimpin yang paling saya benci. Kerana beliaulah anak-anak muda di Malaysia dibelenggu dengan pinjaman yang berasaskan riba, dan hak biasiswa dinafikan. Selain itu Najib jugalah yang bertanggungjawab menukar bahasa pengantar di IPT dari bahasa Melayu ke Inggeris pada 1995. Sekarang Najib giat berusaha menggadai hak-hak orang Melayu semata-mata mahu menarik undi golongan bukan Melayu. Perdana Menteri paling suwey di dunia.


Kepada Hanief, teruskan usaha-usaha murni anda!



REFORMIS JALANAN

http://reformisjalanan.blogspot.com/
Hanief: Salam, terima kasih emel anda. Saya yakin ramai anak-anak muda di luar sana lebih hebat dari saya. Tetapi mungkin hanya malu untuk berceloteh dalam hal politik dan juga tidak mahu menyebarkan kemahiran berkomputer, sebaliknya suka menjual bagi mendapatkan wang. Tambahan, mereka kini sibuk mencari wang bagi mengambus hutang pendidikan. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, di saat ini apa yang boleh dijual akan dijual demi mengakhiri hutang mereka.

Hutang Pendidikan
Sebut bab hutang pendidikan, sememang saya marah dengan pemimpin yang telah mengorbankan masadepan generasi muda khususnya mengorbankan dana pendidikan. Dana bermaksud, wang yang dikumpul bagi tujuan baik. Dana pendidikan ini sepatutnya diberi pada semua anak-anak muda. Dahulu dana ini diberi dalam bentuk biasiswa, malangnya kini ia diberi dalam bentuk hutang (pinjaman).

Anak Pak Menteri & Kroni?
Pada mata pemimpin kita, mereka hanya mementingkan kaum keluarga mereka sahaja. Lihat di mana anak-anak Pak Menteri belajar? Siapa yang biaya mereka semuanya?

Ajak Berebut
Kita hari ini di Malaysia saling buta dan kelabu pandangan akibat sentimen perkauman yang dimainkan parti pemerintah. Semua kaum diajak berbalah dan berebut (kuota) daripada mencari kedamaian dan menikmati bersama (dana pendidikan).

Berebut (Cerita Sekolah Rendah)
Saya masih teringat gelagat rakan saya sewaktu di sekolah rendah, yang suka menabur duit syiling di lantai kelas, agar semua rakan-rakannya berebut duit syiling itu. Perbuatan itu sangat keji bagi saya. Jika mahu bagi, bagilah dengan baik. Jangan biar orang berebut, berbalah sehingga tercabut butang-butang baju.

Kek Kecil & Kek Hutang
Hari ini, kek biasiswa sudah tiada lagi, ia sudah dibawa ke rumah-rumah Pak Menteri dan kroni mereka sahaja untuk dibiarkan anak-anak mereka makan.

Sudahlah tiada, dicipta pula kek hutang (pinjaman). Ramai anak-anak muda yang termakan kek hutang (pinjaman) ini. Rata-ratanya kek ini dibuka peluang untuk disuap di dalam mulut-mulut anak-anak muda Bumiputera dan segelintir kaum yang lain. Ramai yang masih terkial-kial untuk membayar hutang kek tadi. Hingga ada yang sanggup menikam rakan sendiri dan menceburi kerja yang haram di sisi agama.

Pendidikan Satu Pelaburan Jangka Panjang
Pendidikan dapat membawa kepada pembangunan sahsiah, teknologi, ekonomi dan lain-lain. Jika ia dipermudahkan maka ramai yang akan mendapat faedah. Jika satu negara dipermudahkan maka satu negaralah yang akan mendapat faedah. Termasuk para pelancong yang ke mari. Mungkin itulah peluang untuk kita berdakwah. Tapi malangnya menteri kita masih teraba-raba dalam hal ini.

Kapitalis Lawan Kebajikan
Hari ini juga, kaum kapitalis diangkat para pemimpin kita. Kata mereka negara perlu maju dan untuk maju wang yang banyak perlu dibelanjakan. Sikap tamak para pemimpin yang jelas tidak beriman dengan Islam, sudah tentu dapat diagak episod akhir yang bakal menimpa mereka, parti mereka dan satu negara kita.

Teladan Dari Microsoft & Google
Kita patut belajar dari persaingan antara Microsoft dan Google. Jika Microsoft dikatakan Kapitalis tegar, perisiannya mahal dan berkualiti, maka Google boleh dilihat sebagai syarikat yang melakukan gerakan anti-Kapitalis. Cara Google menjaja perisian mereka adalah dengan cara percuma. Google melakukan kebajikan. YouTube yang dibeli Google, dibuka percuma sehingga ke hari ini.

Sungguh pun ada yang mengatakan Google tentu menyimpan muslihat, tetapi buat masa ini Google saya kira, sangat berkebajikan.

Jadinya apa?

Jadinya, jika ada tenaga pakar yang berfahaman Kapitalis menguasai Malaysia, pemimpin negara harus bangun dan melakukan reformasi dalam melahirkan sebuah negara yang berkebajikan.

Usah diangkat lagi pembangun-pembangun negara yang berfahaman Kapitalis yang tamak-haloba. Sebaliknya, carilah pembangun-pembangun negara yang baik hatinya dan berjiwa kebajikan.

Kerana apa semua ini ditegaskan? Kerana negara ini milik rakyat dan pemimpin mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan rakyat jelata. Pemimpin juga harus patuh pada nilai-nilai murni dan Allah S.W.T (jika pemimpin itu mengaku sebagai orang Islam).

Teladan Dari Suharto
Jika pemimpin kita masih lena dibuai kekayaan sementara ini, saya khuatir akan ada salah satu daripada mereka nanti, yang bakal mengakhiri hidup mereka seperti bekas presiden Indonesia, Suharto.

Jika anda perasan, Suharto telah membelasah wang anak-anak muda Indonesia bagi kegunaan peribadi. Geramnya rakyat Indonesia diterjemahkan oleh liputan media kita yang mana Suharto kelihatan tenat, walaupun beberapa organnya gagal berfungsi, koma atau lumpuh di sana-sini, namun dia tetap diusung ke hulu, ke hilir, bagi menjawab segala persoalan di mahkamah keadilan.

12 comments:

Anonymous

lor.. penjilat bontot anwar masih bersuara.. kakakakaka

Anonymous

ucapan2 PM najib memang memberangsangkan.. kalau perwakilan umno tido waktu tu, memang mereka ini tak patut jadi pemimpin rakyat.

3viL X eIjI

salam

aku rasa nama anwar takde mention langsung dlm post ni...dah bodo sgt ke anon?

sian student2 skang.suma ada hutang ptptn... dahlah hutang, guna lagi duit ptptn tu buat byr downpaymennt keta,beli laptop,iphone dan sbgnya...

p/s:sendiri mau igt..

Anonymous

klu la sokong anwar tu dikatakan penjilat bontot anwar, maka adillah jika sy katakan penyokong2 najib adalah penjilat bontot najib. dan sy juga boleh ketawa.. kakakakaka

Mat Cool Kawe Mung

Tak cool! Sebab juboq bau ayaq lioq! Hangpa pi jilat tang tu buat apa?

Anonymous

salam

menarik ulasan ko anep. bagi aku ini satu kebenaran yang ramai orang susah nak terima lagi2 puak2 umno. aku tak salahkan semua sebab ramai jadi mangsa keadaan, tapi segelintir puak2 dalam umno yang tahu kebenaran tapi tetap sembunyikan kebenaran tu.

pendidikan memang pelaburan paling menguntungkan. macam kau kate kalau pendidikan diberi percuma, ramai orang akan berpendidikan dan akhirnya membawa kebaikan kepada negara.

tapi, bile ramai sangat yang berpendidikan ni, puak2 'educated' ni akan nampak kebenaran dan akan melawan untuk kebenaran. dan puak2 yang 'sorokkan' kebenaran ini akan mula jatuh ditangan puak2 'educated'. jadi sebab tu diorang 'sekat' pendidikan dengan macam2 cara..

mungkin betol, mungkin tidak...

Anonymous

hanif buat la liputan sikit ttg pas beri makanan percuma pada rakyat... kan sesuatu yg bagus..

AmanMalaysia

Klau betul apa yg di katakn oleh saudara reformis jalanan, mmg patut kerajaan yg ada sekarang perlu menjwb isu mengenai ptptn ini yg bnyk menyusahkn ank muda sekarang ni....kenapa perlu ada faedah....Najib, umur ko semakin meningkat...bawa2 lh selesaikn benda ni, selagi kau sakit kn hati rakyat dgn menyusahkn sistem yg ko perkenalkn, tunggu azab nnti yer, rakyat yg menderita guna lah doa sebagai senjata kamu, jgn risau, tabah kn diri...sabar....

AmanMalaysia

jgn risau pemimpin kita akan silih berganti, bila dh tua bersedia mengadap tuhan, bila muda lg puas lh wat duit dgn modalkn duit rakyat...tunggu jer masa dgn sabar

Anonymous

nip tdi aku nk apply streamy mmg mcm pundek.. sial punya tm.. macam2 cas.. myusahkan rakyat.. dkat rm 300 lebih untuk kali pertama.. pundek!

Anonymous

ttg pas beri makanan percuma pada rakyat yang dicadang oleh Anonymous tu
(Wednesday, August 19, 2009 12:01:00 AM MYT)
itu BUKAN beri makan percuma, itu RASUAH dalam bentuk makanan!!! x reti nak beza ke beri percuma dengan rasuah?

- wan mr.magibon

Anonymous

ntah... tu bukan beri percuma, itu rasuah laaa...

- REFORMIS JALANAN

Post a Comment

Blog Archive