hye...
saya nak tanye skit lak...
memandang awk ade byk ekor arnab, mesti awk terer pasai kesihatan arnab
kan...
ape ubat paling mujarab utk arnab sy kalau telinga n idung dia jadi
kulit keras2...
mcm kurap pun ade...
bleh tolong tak..
thanks...
Hanief: Terrer? Apa makna terrer? Hizbut terrer kah? Kalau ikut kata doktor, kurap ini kena sapukan krim. Tapi saya jenis insan (manusia) yang suka fikir cara lain.
Bayangkan arnab yang hidup pada zaman dahulu. Siapa yang bela? Mesti hidup di dalam hutan bukan? Siapa yang sapu ubat kurap pada arnab yang berada di dalam hutan itu?
Ah Beng mana yang nak tolong sapu krim?
Muthu mana yang nak tolong bagi arnab minum?
Ali mana yang nak tolong bagi rumput kering Alfalfa?
Tiada sesiapa. Arnab itu sendiri yang akan lakukannya.
Mujurlah rumah saya jenis yang berlaman. Saya duduk di rumah jenis bungalow. Jadi, saya bela arnab di luar rumah. Saya bukan simpan dalam rumah atau kurung arnab dalam sangkar sepanjang masa.
Saya biarkan arnab itu bebas berlari. Tapi antara masalah yang ramai orang fikirkan ialah:-

- Bagaimana jika arnab lari?
Arnab tak akan lari jika sekitar laman rumah cukup tumbuhan untuk dimakan dan punyai pasangan untuk mengawan serta ditutup segala lubang pagar dengan jaring dawai. - Bagaimana jika arnab dimakan oleh kucing peliharaan?
Kucing perlu diberi makan, supaya ia kenyang dan tidak makan arnab. Kedua-dua haiwan ini sama sifatnya dari segi mengawal daerah masing-masing (territorial behaviour). Jadi usah bimbang jika kucing itu cuba-cuba untuk berak atau kencing di daerah arnab. Arnab saya akan kejar kucing yang ingin ceroboh daerahnya. - Bagaimana jika arnab termakan tumbuhan yang dicemari racun serangga?
Siapa suruh guna racun serangga? Siapa suruh ludah berkahak H1N1 pada rumput? Sudah tahu ada arnab berkeliaran kenapa mahu mengambil risiko? Kesimpulannya di sini, gunalah akal dengan baik. - Tapi saya ada anjing?
Maaf saya tak ada pengalaman bela anjing atau pun menganjing dengan cota dan perisai di sana-sini. - Tapi saya ada tumbuhan hiasan.
Itu kena dikorbankan. Pengalaman saya apabila arnab sudah biasa duduk di luar rumah, apa-apa tumbuhan yang dipilihnya akan dimakan. Ingat, arnab yang selalu makan palet selalunya agak bodoh dan tak berapa mahir memakan tumbuhan hijau sendiri. Ia perlu diberi pendedahan secara berperingkat-peringkat. Seperti ikan atau pun kucing yang sudah lama disuap makanan tertentu. Ia akan terlatih untuk makan makanan itu sahaja. - Tapi bolehkah arnab cari makanan sendiri?
Ini terpulang seperti saya katakan tadi, jika anda punya tumbuhan yang disukai arnab diluar rumah, mengapa tidak? Arnab ini asalnya berada di dalam hutan. Ikut agama Islam, selepas Hawa memakan buah kayu dari pokok yang diharamkah Allah S.W.T, Hawa dan pasangannya Adam telah dicampak-bogelkan ke bumi. Tatkala itu, penduduk di dunia baru berjumlah 2 orang. Ura-ura wujudnya binatang dinyatakan, setelah Qabil dan Habil keluar dari rahim Hawa. Qabil dikaitkan dengan aktiviti pertanian manakala Habil dengan aktiviti penternakan kambing (bukannya bidang IT). Nah! kalau ada kambing mesti ada arnab. Takkanlah Qabil atau Habil bagi palet pada arnab-arnab? Sapu krim? Bagi minum air? Hahaha! Jauh sekali.
Sengaja saya ceritakan ini semua bagi meyakinkan anda. Saya tak dapat tolong jika anda tinggal di kawasan rumah pangsa, kondominium atau apa-apa jenis kawasan rumah yang tiada laman dan tercemar kawasannya.
Berbalik pada cerita kurap. Ya! Arnab saya pernah kehilangan bulu di beberapa tempat tertentu. Tapi tak tahulah samada itu kurap atau pun ia tercabut akibat bergaduh dengan arnab yang lain. Ada yang hilang bulu di badannya dan di hidung. Apa yang saya lakukan?
Saya lepaskan ia keluar. Seminggu selepas itu, masalah itu hilang, malah tubuh badan arnab tadi semakin tegap dan otot-ototnya kekar sekali bagaikan otot si Bruce Lee.
Tanaman yang saya tanam keliling rumah, ada pernah disenaraikan di blog ini. Ada yang berherba seperti tanaman kunyit, pandan, serai, sireh, kari dan buah-buahan.
p/s: Saya pernah dengar ada orang bela ayam dengan memberi campuran makanan ayam dengan herba bagi ketahanan ayam-ayamnya. Tetapi bab arnab ini, saya memang galaskan semuanya pada mereka untuk mengunyah tanaman mana yang mereka mahu. Itu sahaja, harap dapat membantu.
p/p/s: Saya juga pernah berborak dengan taukeh kedai ikan, katanya ikan yang mendapat cahaya matahari akan membesar dengan baik dan bebas penyakit. Katanya lagi, semua hidupan perlukan cahaya matahari untuk sihat. Termasuk juga manusia. Jadinya arnab bagaimana? Takkan sepanjang umurnya di hutan duduk di dalam lubang tanpa sedikit pun terkena pada cahaya suria? Fikir-fikirkan.

5 comments:
nip aku kelakar betul tgk video ko..
dlm part najib sebut
betul tidak??
setuju??
setuju??
terima kaseh!!
p/s: suara berkahak.. lindah kontot kot..
salam
penerangan yang lengkap dan padat...
p/s:apsal arnab aku bila dah besar comelnya kurang huh?
Hanief84, sukar untuk saya membayangkan kenyataan bahawa anda selama ini telah bermati-matian memperjuangkan supaya "ISA" itu dimansuhkan kerana pada perkiraan anda ISA tersebut telah menyekat kebebasan dan menghalang hak/keadilan bagi pesalah yang ditahan dibawah akta tersebut.
hakikatnya,
ANDA seorang pejuang anti-ISA sendiri telah mengenakan ISA terhadap arnab-arnab belaan anda!!!
Tidak terfikirkah HANIEF84 bahawa arnab2 anda itu hidup terseksa didalam kandang@Penjara buatan anda sendiri??? kalaulah arnab2 tersebut boleh berkata-kata dan menunjukkan perasaannya, pasti arnab2 anda itu akan melempang muka tuannya sendiri, iaitu ANDA!
Hanief84 sepatutnya boleh berfikir bahawa arnab2 anda tersebut perlu hidup bebas didalam habitatnya yang tersendiri, BUKAN DI DALAM KANDANG/PENJARA anda!!!
Walaupun haiwan/binatang seperti arnab tidak dikurniakan oleh Allah s.w.t fikiran dan kemahuan/kehendak seperti kita namun perlu kita sedari disini bahawa arnab2 anda itu mempunyai hak untuk hidup bebas di dunia ini!!! ia juga mempunyai hak sepertimana HAK pesalah2 ISA yang hanief84 perjuangkan tu...
bukan saja terkongkong dan terpenjara di dalam kandang tanpa apa2 kesalahan, tetapi arnab2 anda itu juga telah terpaksa melahirkan anak-anak didalam kandang x sepertimana arnab2 lain yg hidup bebas!! ANDA LEBIH KEJAM DARI ISA YANG ANDA SENDIRI KATA KEJAM TU!!!
mai sume pencinta haiwan dan pejuang hak-asasi pakat sue HANIEF84 sebab dia telah menahan arnab2 tanpa sebab dan dalam tempoh yang tidak diketahui bila akan dibebaskan....
p/s: Orang lain buat xleh, dia buat xpe plk... orang komen dia dia wat kluar hadis lak untuk pertahankan tindakan dia tu... apa nk jadi ngan anak2 bangsa Malaysia....
-Sulayman Akhlaken
tak abis² dok nak cakap pasal ISA... ko nih kenapa sulayman? dah makan ubat psikopik?
ako bleh tolong pasal arnab kena kurap, sesaper nak tau camna nak ubat kurap bleh la bukak blog ako, kita sesamer bangsa dan bukan sama bangsa pon bleh kongsi pasal perubatan arnab, ako tulis dalam bahasa melayu, semua bangsa Malaysia bleh baca~
www.arnabkiut.blogspot.com
Setuju sangat pasal arnab yg dilepaskan bebas dan makan rumput diluar. Mereka lebih tahan lasak, ototnya lebih keras dan berat. Saya x pernah risau bila lepaskan arnab kat luar, sbb sampai waktu bila dia rindu@lapar nak makan pallet, dia mesti tunggu depan pintu reban dia. Dan selalunya dia tahu waktu bila pintu tu dibuka.
Post a Comment