Japan Recycles
Hanief: Dulu saya minat dengan negara Jepun. Tetapi sekarang tidak lagi. Mungkin sebab saya tertarik dengan Bahasa Farsi yang menggunakan huruf Arab dan punyai banyak persamaan dari perkataan dan cara menzahirkan emosi melalui bahasa. Bagi saya, tentu menarik jika kita dapat bersama dengan keturunan yang pernah mencipta ketamadunan pertama di dunia. Suasana empat mata tentu berlainan dengan suasana bawaan buku atau pun ensiklopedia dan apa lagi tiub kaca.
Jepun memang sebuah negara yang memandang berat hal kitar-semula. Walaubagaimanapun, saya tidak kitar-semula apa-apa barangan. Paling terbaik saya cuma bikin tanah kompos. Ia cukup senang apa-apa barang makanan yang tidak berminyak dan tidak berdaging saya campakkan ke lubang kompos. Tutup, biarkan dan siap.
Maaf cakap, di Malaysia kita tidak ada undang-undang atau pun jadual kitar-semula. Menteri kita masih tidur lena. Kita dapat jadi contoh kepada negara jiran contohnya Indonesia, untuk mengitar-semula dan tidak selamba bakar-bakar bikin jerebu satu Asia Tenggara. Warga tetangga yang cari makan di Malaysia tentu dapat mengambil iktibar. Entah mengapa menteri kita tidak berupaya menggubal atau pun mencadangkan satu akta wajib kitar-semula di peringkat pengguna?
Saya juga tidak melakukan pembakaran terbuka.
Kalau dahulu, saya bakar sampah yang terdiri daripada kayu pokok, ranting dan daun kering. Kini tidak lagi. Semua bahan itu saya gabungkan sekali dengan bahan kompos dan najis arnab. Hasilnya pokok buah-buahan yang berdekatan lebat berbunga dan berbuah.
Cuma kadang-kadang, asap pembakaran plastik dari rumah jiran me-layukan (haha) bunga-bunga dan jumlah buah-buahan pun berkurangan. Jadi kepada jiran-jiran saya, usahlah pelik jika buah-buahan akan datang ini semakin sedikit ya!
Buah-buahan semakin sedikit ini, bukan kerana kedekut, tetapi ini kerana kedangkalan manusia dengan ilmu Sains.
Asap + pende'bunga'an = layu
Lebah + bunga = pende'bunga'an
Asap + lebah = lari
p/s: Kalau tak faham, kita sambung tahun depan.

0 comments:
Post a Comment