Malaysia : Tong Taik UMNO: Mungkin Pihak Berkuasa Kita Disuap

Friday, August 7, 2009

Mungkin Pihak Berkuasa Kita Disuap


Harimau Tamil Dijumpai di Malaysia

Hanief: Pihak berkuasa sangat penting dalam menjamin kesejahteraan negara. Pihak berkuasa dibiayai dengan duit cukai rakyat Malaysia. Mereka diberi gaji, ada bonus dan elaun juga. Tetapi, apabila pihak berkuasa disuap, ini amat bahaya sekali.

Jika pihak berkuasa itu kuasanya letak di sempadan negara, maka dengan satu suapan rasuah, sempadan pun terbuka.

Jika pihak berkuasa itu kuasanya letak di bidang kehakiman, maka dengan satu suapan rasuah, penjenayah pun dibebaskan.

Jika pihak berkuasa itu kuasanya letak di lalu-lintas, maka dengan satu suapan rasuah, pesalah trafik dilepaskan.

Jika pihak berkuasa itu kuasanya letak di istana, maka dengan satu suapan rasuah, hilanglah kekebalan istana.

Jika pihak berkuasa itu kuasanya letak di bahagian jenayah & narkotik, maka dengan satu suapan rasuah, aktiviti jenayah dan pengedaran dadah akan berleluasa.

Cukupkah gaji pihak berkuasa kita ini? Maklumlah di waktu ekonomi meleset ini. Sehingga ada yang terpaksa memakan suapan rasuah? Atau pun, ini hanyalah disebabkan tarikan nafsu?

p/s: Masihkah kita ingat mengenai, ketiadaan sebarang maklumat keluar-masuk di pasport mendiang Altantuya Shaaribuu dari pihak imigresen Malaysia? Pihak berkuasa dah kena suap agaknya?
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive