Malaysia : Tong Taik UMNO: Paku Dulang Paku Serpih ...

Friday, August 7, 2009

Paku Dulang Paku Serpih ...

Anak Mahathir Meniaga Arak

Hanief: UMNO memegang kerajaan pusat (kerajaan persekutuan). Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor ditekan oleh UMNO dan media arus perdana berkenaan dengan isu arak.

Lupakah Mufti Selangor di zaman Mahathir telah dipecat berikutan isu arak? Kenal sama Allahyarham Ishak Baharom?

MAS sebuah syarikat penerbangan Malaysia milik kerajaan, masih menawarkan minuman keras di ruang udara. Bayangkan, sambil umat Islam terbang di ruang udara milik Tuhan, ada hidangan arak disediakan. Kalau tak kena gaya, Tuhan murka, mungkin kapal terbang terhempas secara tunai (serta-merta). Takkan orang UMNO tak sedar?

Kata Tok Guru Nik Aziz, kerajaan negeri hanyalah kerajaan lutut di mana ia tidak begitu berkuasa seperti kerajaan pusat (kerajaan persekutuan). Pernah suatu ketika, Tok Guru Nik Aziz ingin menjalankan hudud di Kelantan, tetapi ia ditolak oleh kerajaan pusat (kerajaan persekutuan).

Kalau hudud pun UMNO tolak, faham-faham sajalah mengenai isu arak ini.


New UMNO belongs to Mahathir

Ikut kata KuLi, UMNO kini dimiliki oleh Tun Mahathir. Anak Mahathir seperti mana kita sedia tahu, si Mirzan sibuk meniaga arak. Jadi siapa yang nak larang siapa? Siapa nak tegur siapa?

Yahudi Zionis Mahathir tentang. Tentang arak apa cerita?

Ada juga pihak yang mendakwa UMNO telah ditawan spesis Mahathir, sehingga menggelarkan parti nasional itu dengan UMNO (United Mamak Naina Organization). Saya kurang pasti, ini kita kena tanya pimpinan sayap UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.

Jika diteliti lagi, dahulu pun Shahrizat Abdul Jalil telah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan itu ada merangkumi kawasan Bangsar. Bangsar begitu popular dengan arak dan maksiat. Kenapa arak tak menjadi isu ketika itu?

p/s: Mungkin UMNO ada terhutang budi dengan taukeh arak?
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive