Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Projek BN Mengambil Hati Orang India

Sunday, August 30, 2009

Projek BN Mengambil Hati Orang India

  • HINDRAF
    Mereka dilepaskan dari ISA.

  • N.Gobalakrishnan
    Seorang ahli perlimen berbangsa India dari Pakatan Rakyat cuba dibahasakan media arus perdana kita, sebagai seorang yang sudah diperalatkan Pakatan Rakyat. Klip Gobalakrishnan cuba menampar seorang pihak berkuasa semasa di pilihanraya kecil, pasti menggusarkan penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi klip video yang menunjukkan tangannya patah akibat dikasari polis disembunyikan media arus perdana.

  • Kes Kuil
    Siapa masih ingat sewaktu Khir Toyo berkuasa, sebuah kuil dirobohkan? Sekarang ini Khalid Ibrahim berkuasa. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kini cuba disabotaj dengan puluhan orang Melayu yang memprotes pembinaan sebuah kuil.

    Ini diperhangatkan lagi dengan tindakan seorang yang bersongkok seperti ahli UMNO memijak kepala lembu. Lembu merupakan seekor haiwan yang dianggap suci oleh kaum India terutama penganut agama Hindu.

  • Kes Kampung Buah Pala
    Baru-baru ini di TV, penduduk kampung itu yang rata-ratanya yang terdiri daripada kaum India, diperlihatkan meronta-ronta dan terpekik-pekik mempertahankan kampung mereka.

    Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang cuba ditunjukkan sebagai kerajaan yang mementingkan keuntungan dan syarikat swasta.

    MIC itu cuba ditonjolkan sebagai penyelamat kaum India di situ dengan wang RM3.2 juta.

  • Isteri Tun Sambathan
    Pelik atau tidak, di NTV7 sudah 2 hari berturut-turut memaparkan pengalaman isteri Tun Sambathan menceritakan bibit-bibit kemunculan tarikh 31 Ogos 1957. Mana dia susuk-susuk dari kaum yang lain? Mengapa tidak dirangkumkan bersama di dalam slot nostalgia itu dengan susuk-susuk dari semua kaum di Malaysia?
Ini jelas, UMNO-BN sekarang sedang melobi hati masyarakat India. Syabas BN.

p/s: Ya, Pakatan Rakyat agak terleka. Tidak boleh dinafikan.

15 comments:

Anonymous

memang kurang ajar!!
aku kutuk gile tindakan org2 yg brarak dengan kepala lembu.. kurang ajar!! walaupun aku beragama islam...memang kurang ajar..biadap macam mana masyarakat hindu nak hormat pada org islam?

umno memang begitu..kononnya nak perjuangkan agama..tapi tak ikut suruhan agama!
kurang ajar!! kau telah membuat biadap terhadap agama lain dan aku sebagai orang islam telah dapat tempiasnya!

Rasulullah melarang kita menghina agama lain..
kalau berperang pon aginda melarang sama sekali kita menyerang orang tua, perempuan, org cacat dan kanak2..tak boleh kacau binatang ternakan dan tanaman..hanya boleh berperang dengan mereka yg berada di medan perperangan. orang2 tu tak tahu ke rasulullah juga melarang keras kita merobohkan rumah ibadat agama lain sewaktu berperang..inikan meghina seperti perbuatan org melayu bersongkok yg bertopengkan Islam itu!!!

kurang ajar!!
tindakan kamu telah membuatkan agama kamu dan aku ini dipandang hina..
tahniah kamu telah menempah kemurkaan ALLAH..
semoga ALLah terus melaknat mereka yg menghina islam dan mereka yg mengundang org lain menghina islam. amin..

3viL X eIjI

salam

syabas kepada gerombolan2 yg telah berarak dgn kepala lembu. anda semua telah menunjukkan yg bulan ramadan ni tidak langsung memberi impak kpd anda utk menjaga tingkah laku.

kpd suguna sahabat indiaku yg tinggal di perak,jgnlah sbb peristiwa bodoh ini terjadi,anda jadi benci kpd org melayu.mereka yg berarak ini tidak berfikir secara waras..mungkin terlalu lapar akibat berpuasa..

p/s:nape tak arak kepala kambing hitam wahai gerombolan?takut budak black metal mrh?

matbold

rileks. Aku memang rasa kepala lembu tu tak patut dibagi. mana sebenarnya naluri org Islam menghormati pendirian agama lain. masyaAllah.. aku tak da la suspek org PAS taksub yang buat.. tapi memang terasa, ada sedikit rasa sangsi bende ni berlaku.. adakah sengaja cetuskan perkauman?

Maka tidak hairanlah, tv skg byk siar pasal org India, supaya org India tak naik mara dan berang secara mendadak. Ini perlu, sebab India ni pemikiran die tak sume matng, dan kebanyakan nyer hanya tau berfikir logic tapi tidak kritis. Tgk saja Samy Vellu. Tgk saja yang pau dan pancet tayar motor hanep time keje kat lowyat, sapa? org india. Sampai skg ni pun Najib terpaksa bukak bantuan utk India dalam 11 agenda awal najib berkuasa. Melayu seolah2 x jadi lagi perjuangan.. Nampak bibik2 najib memang nak tarik balik sokongan kaum2 cina dan india. Maka tidak hairanlah, Merdeka research menyatakan sokongan mendadak tiba2 pada awal2 najib memerintah oleh non-malay terutama india.

Anonymous

melayu akan lenyap tanpa umno ? atau umno akan lenyap tanpa sokongan melayu ?

Anonymous

jangan lah kite asyik mencari kesalahan org lain.. cubelah kite cari pendekatan lain utk membimbing mereka..buatpe nak mengutuk dan melaknat sesame kite...bersame2 lah kite menjage pertuturan kite,kerana salah bertutur,ati bley jadi gelap.. pintu taubat ALLAH tidak pernah tertutup.. salam

Anonymous

bkn mau mencari kesalahan org lain.. tue la.. dah bodo agama belagak.. pastu leh lak kutuk org digelar tok guru.. tue la umno.. bodo sombong.. susah... menghina agama lain spt menghina agama sendiri.. jgn la terlebih.. hormat agama lain.. akan kite dihormati..

matbold

Selamat Hari Kemerdekaan Negara Kita Yang ke 52 Tahun! Semoga BN terus berkuasa dan menyumbang bakti kepada Rakyat. Semoga golongan taksub sedar yang hanya BN benar2 mampu menolong rakyat. Sedar tak sedar, anep sendri tak dapat pertolongan dari PR, hanya mampu cucuk tanam dan jual arnab. Namun walau apa pun kita, Rezeki itu Allah yang bagi. Kalau Allah nak bg pada kita melalui BN maka Allah akan benarkan. Sedia Maklum memang BN banyak berjasa kepada Rakyat, bangsa, Agama dan Negara. Ya Allah, kau berikanlah Malaysia ini aman sejahtera, makmur sentiasa. Bukaklah minda, hati rakyat, yang semakin tertutup utk menerima hidayah mu. Kembalikan lah mereka dijalan yg benar jika ada diantara mereka terpesong akibat terlebih pandai atau nyanyuk. Amin

Seperti biasa orang NIk aziz akan cakap, ini semangat kebangsaan adalah semangat abassiyah.. lolz.. Apa pun korang nak cakap, aku tak kisah. Yang penting aku berbangga jadi anak Malaysia. Tanpa mereka org dulu berjuang memerdekakan negara, takkan wujudnya kita pada hari ni. Sedarlah, tanpa sejarah siapalah diri kita.

matbold

Lupe plak.. Aku salah bagi komen kat blog ini. Cakap pun tak gune pada mamat hanep ni sebab die dulu pernah cakap nak kuar dari negara dan nampak sgt tak da semangat patriotik...

Tapi kata2 hanya dusta saja. Cakap saja berapi, tapi habuk pun tak da. Mungkin sebab da duit kot.. Duit Google adsense dan keje Lowyat tak cukup. Kata saja tak da rezeki kat Malaysia, sampai nak cari kat luar.. Rupenye takut tak ble survive kat luar yer? sebab tu masih lagi berada di malaysia?

Walaupun apa niat bongkak ko anep, aku cume mampu doa saja utk ko, semoga Allah murahkan rezeki kamu kat Malaysia anep..

Anonymous

hanif
dah tgk video yg pnddk sekyn 23 yg bwk kpla lmbu 2 dlm mlysia kini...krg ajr gla..sapa yg pkai bj kng dgn kmja 2..ckp sdp mlt je...

Anonymous

semangat abbassiyah yg nik aziz cakap tu semangat perkauman la..
bukan semangat utk negara..
nik aziz tak pernah cakap kosong, dia akan sandarkan pada hadis rasulullah dan firman ALLAH dalam quran..
aku rase pemimpin umno tak pernah buat mcm tu..
kalau ade pun bila nak butakan org melayu la mcm isu sapol tu...
tapi tak ikut pon tuntutan syarak yg sebenarnya..
nik aziz dan hadi awang tak sokong pon..tapi media utusan putar belit..ckp dorg sokong tindakan tu..

kau ni dengar sikit dah buat judgement..
macam org umno yg fanatak isu syurga la..
dengar sikit jer tak habis pon..
atau pon hanya baca media putar belit umno..
mcm shabery cheek yg baca laporan petronas pon tak habis masa debat dengan anwar tahun lepas..
kan ke dah malu lepas tu...

bila pemimpin PR menang kes saman ke atas surat khabar2 pro umno..tak pula disiarkan erk...
bukan satu dua kes dah melabak pon...
bila dah menang tu sahlah dorg ni kena fitnah...
tapi aku rase korg org umno tak ambil pedulikan semua tu??? sebab tu hujah korg memang lapuk...
KORG TAK PERNAH DI UPDATE DENGAN BERITA SEBENAR YG BERADA DI LUAR KOTAK JAJAHAN UMNO!

3viL X eIjI

salam

jika anda mahu bodoh pun wahai org BN,cukuplah dgn memperbodohkan diri sendiri je.takyah ajak org lain bodo sama..utk apa?

p/s:hepi merdeka all...merdekakah kita?

Anonymous

pemimpin UMNO da lah bernama MAT MONGOL... penyokong fanatik dia pun bernama MAT BOLD... MAT KERIS dah pergi ke Terengganu sebab adik beradik bergaduh sampai roboh stadium... tak pun terperap dalam bilik wat kajian sana kajian sini tapi tak jugak dapat jawapan (ISA dan PPSMI).

Najib tidak memajukan Malaysia..dia duk pikir mcm mana nak majukan UMNO dan BN.. ini adalah hakikat dan fakta.. Mat Bold atau Mat Bodoh harus bercakap mengenai fakta iya ?

Hanya UMNO dan BN sahaja yang bercakap manis utk sedapkan pendengar rakyat Malaysia..

Ini adalah fakta..

matbold

lor..tibe2 ada plak org kata abassiyah adalah perkauman.. mende la.. ini la dinamakan putar belitz..

Yg rasa tak merdeka tu, aku tak tau la dari segi apa definisi merdeka utk beliau. Tapi bagi aku negara kita merdeka da masuk 52 tahun.

Itu lah pentingnya sejarah. Kalau rasa sejarah ini adalah UMNO atau BN punya pasal tu tak ikot, nampak sgt tak berterima kasih dengan perjuangan org dahulu.

Nak hate UMNO atau BN, hate la org perseorangan. Sesungguhnya, agenda UMNO dan BN adalah murni dan juga selari dengan agama Islam, dan juga mempertahankan Perlembagaan daripada di robek oleh orang yang tak tahu sejarah..Macam DAP.. sama macam PAS, niat die murni, tapi itula org cakap, matlamat tak halalkan cara.. LOLZ.. Goodluck

Anonymous

mat bold atau mat bodoh sekali bercakap tanpa fakta yang kukuh melainkan kata-kata indah untuk BN...

anak-melayu

tak payah la nak mengajar untuk "menghormati agama lain", sedangkan ko sebagai seorang islam sendiri tak menghormati orang islam yang lain, disebabkan PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK.

Post a Comment

Blog Archive