Malaysia : Tong Taik UMNO: Datuk Ekspres & Prof. Ekspres

Wednesday, September 23, 2009

Datuk Ekspres & Prof. Ekspres

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

... “Ada pemimpin muda memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf, ini sangat serius, saya cadangkan mereka disiasat, perbuatan ini disifatkan menipu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Malah, Rais berkata, sesetengah ahli masyarakat yang berstatus pemimpin juga dikesan membeli ‘PhD ekspres’. - Gelaran Datuk ekspres
Hanief: Eh? PhD pun orang boleh beli? Apa khabar Diploma, Ijazah dan Masters? Saya tidak hairan jika cara pembelajaran di universiti banyak digalaskan sepenuhnya pada mahasiswa dan mahasiswi.

Selalunya, saya dengar pensyarah akan suruh cari sendiri ilmu yang ingin diajar. Di mana, semua ini akhirnya membawa kepada pengangguran serius dan juga kebergantungan kepada tenaga mahir dan teknologi dari luar negara.

Walaupun mahasiswa dan mahasiswi tadi sudah menjadi graduan yang sarat dengan ilmu yang 'dicari sendiri' di universiti. Kononnya tak payah disuap dek pensyarah.

Ilmu apa yang mereka telan? Ilmu bodek? Ilmu kangkang-lulus? Ilmu raba-lulus? Ilmu fulus-lulus? Ilmu air-mata-lulus? Ilmu tiru-lulus? Ilmu kabel-lulus? Ilmu cinta-lulus?


Professor Kangkung


Universiti Di Malaysia Tiada Kualiti | Najib Duta Mongolia


Parlimen Malaysia : Isu Ranking Universiti | Adik Najib


UPM Paten Mesin Pengupas


Apabila Professor Mula Bersuara | Media Di Dalam Dilema

Kemajuan sesebuah negara itu boleh ditakrifkan dengan tahap pencapaian warganegara mereka sendiri. Tak guna negara kita maju, tetapi yang memajukannya orang asing, syarikat asing dan teknologi asing. Kita tukang tempek nama sahaja.

Tak salah guna teknologi asing. Tetapi biar buat macam Iran. Mereka akhirnya menguasai teknologi itu dan menjadikan rakyat mereka sebagai barisan utama dalam mengendalikan sesebuah syarikat yang pada asalnya dinakhodakan orang asing.

Contoh terbaik sebuah negara yang maju atas bantuan orang asing, syarikat asing dan teknologi asing ialah Malaysia. Pada saya, negara kita goyah dan banyak terhutang budi dengan kuasa besar dan taukeh besar yang banyak membantu kita. Jadi jangan terkejut jika kita ada pemimpin yang lembik dan dicucuk hidungnya selalu. Keputusan pun berbolak-balik (flip-flop), akibat campur tangan kuasa besar dan taukeh besar.

p/s: Rakyat yang berani lahir dari pemimpin yang berani. Ini fakta.

8 comments:

budak kampar

duit la punya pasal.ada duit semua jadi...

Anonymous

universiti malaya pun ada profesor kangkung.

Anonymous

kang umno/bn nak melayu ramai berkelulusan universiti?
bukankah ini lebih bagus untuk umno mencapai visi mereka?

Anonymous

dah la guna profesor kangkung di ipta.... kalang nie plak pura pura kata PhD boleh dapat dibeli dipasar.
wakakakaka..........

duke of hazard.

apakah kaitan antara gas dengan minyak<-----soklan dtg dr professor

sian.

Anonymous

makin bodoh lah budak2 belajar dgn professor dr.penipu. Lingkop lah masa depan.

Anonymous

negara kita dah lame dah ade problem ni... professor betul2 tak kerja kat sini..banyak kerja kat luar negara.majukan negara luar..semua salah dasar kerajaan!!! biarkan benda ni berleluasa. umno ketandusan pemimpin berwibawa... terpaksalah dorg beli sijil dan gelaran supaya nampak dorg ni pandai..bijak. tapi aku rse rakyat dah tak bodoh!

Tan Sri Dato' Dr parpu lebey

PHD satu mamak, cargas punya

Post a Comment

Blog Archive