Malaysia : Tong Taik UMNO: VIDEO : Harga Susu Bakal Melambung 10% - 20%

Friday, September 18, 2009

VIDEO : Harga Susu Bakal Melambung 10% - 20%


Harga Produk Tenusu Akan Naik ?
PETALING JAYA, 18 Sept (Bernama) -- Dutch Lady Milk Industries Bhd mengunjur bahan mentah tenusu, seperti susu, meningkat antara 10-20 peratus berbanding AS$2,000 satu tan pada masa ini ekoran permintaan yang meningkat.

"Kos bahan mentah sudah naik semula, sebahagian besarnya kerana tabiat membeli. China membeli banyak susu tepung selari dengan pertumbuhan ekonomi negara," kata Pengarah Urusan Hans Laarakker berkata.

"Turun naik harga ini membimbangkan," katanya, selepas mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) di sini, pada Jumaat.

Laarakker juga berkata sentimen pengguna tempatan telah meningkat pada suku kedua tahun ini berbanding suku pertama.

"Pada suku pertama, ia agak sukar dari segi harga dan jumlah. Pengguna enggan membeli," katanya.

Bagi unjuran keseluruhan, beliau bekata pada masa ini, ia sangat "cair", bukan bukan sahaja dari perolehan, malah kos dan kadar tukaran asing. - Dutch Lady Jangka Harga Bahan Mentah Tenusu Naik 10-20 Peratus.
Hanief: Ya, itulah dia. Harga susu atau pun bahan tenusu akan naik. Coklat pun ada pakai susu. Roti Canai pun ada yang pakai susu. Biasalah ini semua akibat sistem ekonomi Kapitalis. Kenaikan harga barang merupakan rutin berkala.

Mulakanlah pemberian susu badan pada anak anda. Warga China telah mula memberikan susu badan pada anak-anak mereka sebaik sahaja susu bayi mereka tercemar dengan bendasing Melamin.

Chinese mothers are posting online ads for to sell breast milk, and agencies that recruit household help are fielding a record number of requests for families seeking wet nurses.

In some case, poor mothers are finding they can sell their own milk for up to 10,000 yuan a month, the equivalent of a year's salary for a manual labourer.

... In Shenzhen, southern China, a wet nurse agency that employs 35 women reports it is busier than ever because of the melamine contamination that has sickened more than 53,000 babies. - Melamine fears bring wet nursing back to China

Bagi wanita yang kekurangan susu badan, terutama yang beragama Islam, sila baca kisah sejarah Halimatun Sa'adiah.
Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan sebagai anak yatim. Setelah dilahirkan, Nabi Muhammad telah disusukan oleh ibunya Aminah selama tiga hari. Kemudian baginda disusukan pula oleh ibu susuannya yang pertama, iaitu Thuwaibatul Aslamiyah. Tempoh penyusuannya dengan Thuwaibatul Aslamiyah hanyalah seketika sahaja, sementara menunggu ibu susuan dari desa.

Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad S.A.W. diserahkan kepada ibu susuannya yang baru, iaitu Halimatun Sa'adiah. Aminah menyerahkan Nabi Muhammad S.A.W. kepada ibu susuan kerana sudah menjadi kebiasaan orang-orang Arab pada masa itu mengupah ibu susuan untuk menyusukan anak-anak mereka. - dia
p/s: Nak pilih pasangan pun, biar yang boleh jaga bayi. Jika tidak, kenalah cari 'Halimatun Sa'adiah' :P

6 comments:

Anonymous

Anep aku tau kenapa kau nak cari awek Iran. Wakakakaka...

Bijak kau Anep!

ginger87

Ala ngada2 la ko Haniff.. Halimaton Saadiah la ..mcm lah ko tu dah kahwin nak cakap fasal susu badan semua ni.

Anonymous

yaa allahhh.....besttt nyer naik lagiiiiii...terima kasih bn.....one malaysia "rakyat diutamakan"

satu jek harga air yg tak naik......"ARAK" sebab org islam pegang (mukhriz MAHATHIR).

Kalambong

Petrol nek, susu nek, bus fare nek, semua nek kecuali gaji tak nek

Turunkan kerajaan yg teruk ini

Anonymous

Isteri aku kerja jadinya terpaksa juga beli susu tepung. Mahal pun kena beli juga.

Anonymous

erm .. nanti aku tanya brader mamak tmpt aku, roti canai pakai ke x susu .. menarik gak

Post a Comment

Blog Archive