Malaysia : Tong Taik UMNO: Mahathir Pecat Semua Timbalannya - Samy Vellu

Saturday, September 12, 2009

Mahathir Pecat Semua Timbalannya - Samy Vellu


Mahathir Pecat Semua Timbalannya

Hanief: Tabik hormat pada Samy Vellu. Ya, kita tahu dia bukan orang yang kita perlu tabik hormat dan sebagainya. Tetapi dari segi gaya Samy berpolitik, jelas sekali Samy tertekan dengan Mahathir. Mana tidaknya, lewat-lewat ini Samy menyatakan Mahathirlah yang sebenarnya suka campur tangan dalam hal-ehwal parti-parti komponen BN.

Kita semua pun jika tonton media arus perdana, Mahathir dilihat asyik keluar TV sahaja. Mengalahkan Najib sendiri, oh ya! Mengalahkan Rosmah pun sekali gus.

Video di atas, memaparkan ungkitan Samy Vellu ke atas para timbalan (PM) di zaman Mahathir dahulu seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Dia berkata, Mahathir pakar dalam menjatuhkan para timbalannya sendiri. Hal itu berbanding dengan diri Samy, yang mengekalkan timbalannya lebih lama berbanding timbalan-timbalan Mahathir. Hairan juga, mengapa Samy Vellu tak sentuh bab Pak Lah. Mungkin semua orang boleh teka dan berfikir sendiri mengenai Pak Lah. Kesiah pada Pak Lah, harap-harap pokoknya subur.

Satu yang menarik tentang video di atas ialah, ia tidak disiarkan di media arus perdana. MalaysiaKini yang kutip cerita di atas. Tahniah buat MalaysiaKini. Nah, apabila media arus perdana tidak memasukkan video atau cerita di atas, makanya tentu apa yang dikatakan Samy Vellu itu, mengandungi unsur-unsur yang benar dan unsur-unsur yang menyinggung para pemerintah.

Kerana Samy Vellu sendiri adalah orang lama Barisan Nasional. Barangkali lebih lama dari Mahathir. Jika saya jadi Mahathir, saya tentu cemburu dengan Samy Vellu yang masih bekerja dalam BN.

Tapi pelik juga ya? Mengapa Mahathir nak susah-susah? Panggil saja Mirzan Mahathir, suruh dia bagi satu bekalan arak percuma buat Samy Vellu untuk tutup mulut. Mukhriz Mahathir pun boleh bikin duit melalui jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan mengimport arak dari kilang arahan abang kandungnya sendiri. Mahathir boleh jual arak itu di kedai rotinya The Loaf di Pavillion, Bukit Bintang. Bukan itu sahaja, Mokhzani Mahathir yang ada litar Sepang boleh gunakan arak juga untuk meraikan kemenangan para pelumba kereta F1. Eh, eh? Ini satu perniagaan yang menguntungkan dan juga haram di sisi agama yang dianuti mangsa bedilan roket di Gaza. Ya atau tidak?
KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc. - Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board
Tapi Melayu manalah yang nak peduli bab halal-haram ini? Mungkin Hanief seorang sahaja agaknya. Atau pun mungkin orang Seksyen 23 sahaja? Itu pun nak kena diupah dek Khir Toyo dulu barangkalilah?

Saya juga pernah dengar satu kiasan dari seorang ulama' yang mengatakan Mahathir ini ibarat seorang suami yang telah menceraikan 3 orang isterinya. Suami seperti ini tentu amat memusykilkan kita kerana takkanlah ketiga-tiga susuk itu tidak kena belaka, atau pun mulia benarkah suami yang menolak ketiga-kita isterinya sendiri. Yang gila nak menikah dahulu siapa? Yang pilih pada mulanya siapa?

p/s: Hai! Mahathir oh Mahathir.

8 comments:

matbold

da cukup tebal iman didada ke?

Anonymous

kalau dh betul, setakat tebal mana iman pun x kisah kalau nak tegur. ko kompemkan iman ko dgn tuhan whether tebal ke x baru nak tanya org

budak kampar

kesian mahathir,waktu di puncak takhta terlepas pandang pada samy agaknya.....

Anonymous

mereka mempersoalkan keikhlasan dan keimanan kite sedangkan mereke adalah the biggest contributor on liquor(arak). sudah lah matbold banrangkali rumah anta tiada cermin utkdicerminkan diri. you are a joke!!

Anonymous

ngko org jgn silap, matbold ni mate-mate mahathir kot? tulah kepala hotak die so .................

Anonymous

solute 2 sammi baulu said?

Anonymous

apa,tak boleh tv3 siarkan?

Anonymous

aku doakan mahathir dipanjangkan umurnya oleh ALLAH supaya dia akan dapat dibawa ke muka pengadilan bagi rakyat melihat siapa sebenarnya dia dibelakang topeng selama ini. mahathir ni dah ibarat dewa pada orang umno..

kes video linggam yg terang2 cite pasal mahathir buat konspirasi bersama peguam negara untuk menjatuhkan anwar tak de perkembangan pon.. tak de tindakan sampai sekrang dah bapoe taun erk???
video tu terang2 cite perundangan negara kita dah dikontrol mahathir mase tu!

tak sabar rasenya nak pakatan Rakayat memerintah barulah another part of malaysia yg disembunyikan keroni dan geng mahathir dapat dipertontonkan pada rakyat!

Post a Comment

Blog Archive