Malaysia : Tong Taik UMNO: Rakyat Malaysia Sedang Marah Rupanya-rupanya

Thursday, September 10, 2009

Rakyat Malaysia Sedang Marah Rupanya-rupanya

bbtol2 sgt la tu..kami amat BERSYUKUR dan PROUD to be malaysian..

sbb apa?? sbb harga barang sumer tinggi, so itu menunjukkan kite mmg negara yg MAHAL..bagusla tu..huhu..

setuju dgn eelobor. lawak kamu mmg bernas.haha.. - areque's STORY: BERSYUKURNYA HARGA MINYAK NAIK!!!!!!!!
walaupon aku keje nak tuka pipe minyak kali ini sampai tak boleh beraya aku tak setuju harga minyak naik! - Merdeka-merdeka Harga Minyak naik!
sumber berkata harga minyak akan naik september ini sebagai hadiah hari raya dari PM yang selalu mempraktikkan "rakyat didahulukan (membayor), pencapaian diutamakan!"


...nasib baik aku kaya, kenaikan ini aku alu-alukan! - yahoo minyak naik september ni!
Minggu lepas, adik datang rumah. Dia cerita tentang minyak baru ... RON95.
"Bagus bang ..." katanya.
"Isi RM50.00 ... penuh tangki", katanya lagi.

Sebenarnya RON 95 dah di keluarkan pada bulan Mei lepas. Tapi tak semua station minyak. Jadi .. kalau nak cuba, tak senang. Ada stesyen dah jual .. ada yang belum. Jadi minggu lepas di takdirkan adik aku tu beli minyak dan tercuit la minyak baru ... Cukup bangga dia.

Tapi malam tadi ... di istiharkan harga minyak naik. Phuh ... !
Rasa rasanya baru sekali dapat rasa minyak kurang RM0.05 sen.
Hari ni dia dan semua orang kena keluar belanja macam biasa.

Huh ... kena lagi nampaknya.
Elok la .. sekurang kurang nya rakyat Malaysia tak der la jadi bodoh selalu. - Minyak naik lagi
RON 97.....dulu RM1.80 seliter, skrg RM2.05 seliter.
RON 95......skrg RM 1.80 seliter, dulu RON 92...RM1.75.

SO...sape kata harga minyak naik sikit???
Tak naik minyak ke kalau barang gak ikut naik mencanak di musim perayaan nie akibat dari minyak naik ?

Lagi rakyat di gula-gula kan.....
BILA RAKYAT SUSAH, PEMIMPIN KERAJAAN SENANG......
BILA RAKYAT SENANG, PEMIMPIN KERAJAAN MEWAH..... - MINYAK NAIK......NAIK MINYAK
belum sempat semua petrol station juai, ron95 dah naik rege...
belum sempat masuk tangki, ron95 dah naik rege...

sakit hati?
tak sangat sebab aku decide asal ron kurang dari 97 aku tak berminat nak taruk dalam tangki motor aku. kalo nak try ron 97 tu mungkin aku tunggu ron 98, ron 99 atau ron 100 je. kalo ada yang ron 150 pun pun ok gak

pasai apa aku cakap macam ni?
pasai aku ni rakyat malaysia berbangsa melayu yang kaya raya atau kaya dengan raya (pilihanraya, jalanraya, hantu raya, hari raya etc) . Kerajaan BN yang memerintah banyak tolong melayu sampai dari nombor satu sampai le seratus list orang paling kaya dalam malaysia semua melayu. cuma mungkin nak kena tengok list tu dari bawah kot. tengok macam aku ni... tak keje pun income 5-6 puluh ribu sebulan. ini semua sebab kerajaan BN prihatin

sebenarnya rakyat malaysia mana ada yang miskin. majoriti melayu duduk rumah batu lebih dari dua tingkat. Paling cikai pun 5-6 tingkat punya rumah batu. rumah dua tingkat? bangsa bukan melayu le yang banyak duduk rumah jenis ni... ni rumah orang miskin tu sebab tingkatnya kurang.

jadi apa masalah setakat minyak naik 20 sen. minyak naik 70 sen pun kami masih steady meady lagi melancong walaupun naik bas. tak percaya cuba check berapa permit bas rombongan yang dikeluarkan untuk bas rombongan umno yang pi rantau panjang, pi klcc, pi muzium dan tak lupa pi perhimpunan agong umno dulu.

lagi pun kesian kat petronas. kalo rege minyak tak naik nanti untung kurang berbillion billion. bila untung kurang tak dapat le nak tabur umpan masa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang.

jadi dengan ini aku marah kat kerajaan BN sebab naikkan rege minyak rendah sangat... alang alang dah banyak kayakan melayu dengan rancangan tanah hijau, dasar ekonomi baru, wawasan 2020, wilayah iskandariah dan yang terbaru gagasan 1malaysia apa kata naikkan aje 3-4 ringgit. Nak bagi cantik lepas pernaikkan rege minyak naikkan pulak rege air dan letrik. dah buat benda benda macam ni cuba bubar dewan rakyat dan semua dewan negeri. Kita layan PRU. baru le boleh tau tahap mana sayangnya rakyat malaysia kat kerajaan BN...

amacam?

ada beran?

wa chow sin - minyak naik rege
Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium. - ROsmah + Najib = RON Kepala Hotak Ko
Baru saja aku isi minyak m0t0r kapcai C70 yang dah buruk tu.. Ni aku guna r0n95 yang dah naik 5sen. Kalau aku isi guna r0n97 yang biasa aku guna, memang k0pak la duit aku. Nasib baik full tank. - Bila Minyak Dah Naik Harga!
Kuala Lumpur, 1 Sept – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.05 liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema tut tut tut.”

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,”Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.” - Temubual kakitangan kedai minyak
Pihak kerajaan Malaysia telah umumkan kadar baru harga petrol bagi kegunaan rakyat Malaysia.

Ron 97 daripada rm 1.80 telah naik kepada rm 2.05
Ron 95 (dulunya Ron 92) daripada rm1.75 telah naik kepada rm 1.80.

Ron 97 adalah minyak gred tinggi sementara ron 95 adalah minyak berkualiti rendah.
Dicelah -celah keperitan rakyat yang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tak menentu Kerajaan Malaysia sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52 telah menghadiahkan kenaikkan harga minyak kepada Satu Malaysia , Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tahniah Kerajaan Malaysia!

Walaupun atas apa alasan sekalipun yang menanggung beban adalah rakyat, Menteri suruh rakyat pakai minyak murah sementara pemimpin negara pakai minyak berkualiti tinggi, isilah minyak penuh tangki pun sebab percuma, petrol pemimpin kerajaan rakyat yang bayar apa nak dikisahkan. - Satu Malaysia Minyak Naik
"Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009."

(Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Petrol RON95 kini RM1.80 seliter, Utusan Malaysia).

Fakta paling penting: Semenjak awal tahun 2009 ini, iaitu apabila ekonomi dunia semakin merudum, harga minyak dunia TIDAK PERNAH pun melepasi paras USD80 setong. Tertinggi yang pernah dicatatkan adalah pada 21 Ogos yang lalu, iaitu di paras USD75 setong.

Jadi dari mana datang nilai USD82.30 ini? Seseorang sila jelaskan kalau saya ada terlepas pandang apa-apa fakta. - Bila Harga Minyak Naik, Maka Tahukah Engkau Tentang Perkara Ini?
Sudah tentu harga barang keperluan akan naik mendadak tanpa dapat ditahan lagi.Kemana perginya keuntungan berbillion billion Petronas.Tiada ke bahagian untuk rakyat??Adakah kesemuanya disapu bersih oleh UMNO dan kroni kroni mereka?? - Harga Minyak Naik Lagi

11 comments:

Anonymous

dengan ini saya sebagai penyimpan mohor-mohor besar rakyat menyeru semua rakyat supaya berdoa di bulan barakah ini agar sesiapa d kalangan pemimpin kita yg mna tidak amanah , ditunjuki Allah sebagai pedoman untuk mereka...Ameeeennnn...

Anonymous

pemimpin skrg sudah korup da..

Anonymous

Rosmah memang jahat ..

Anonymous

bru baca brita harian td...najib kta UMNO adalh parti Islam sebenar..what I say...WHAT!!!!???hahaha...apa yg dia ckp ni...cm dh x de modal dh...ak dh lma benci BN...jom doa supaya syiar Allah tertegak....Ramadhan Kareem...

Anonymous

najib sudah sesat. umno parti melayu la

underBear

aku xpnh marah pon minyak naik harga.....
xpnah......mmg xpnh!

Anonymous

ya umNO adalah parti melayu...union hapabala..

PAS baru la Parti Islam Semalaya...

SamDoL btul la pak najib ni.membebel x tentu hala...tadak hikmah bila bercakap...scrap!

rokok dunhell

ha..ha..ha..ha.. pecah perut...pecah perut...

Apit_41km

haha..lawak2..RON=Rosmah + Najib..pandai2 ja reka..sapa x marah minyak naik, org bodoh ja x marah..

budak kampar

umno=united munafik national organisation...

en botak

saper x marah... myak naik sumer mende naik...
orang yg x pakai motor n keter pown kene tempias tambang bas teksi jadik mahal...

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive