Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Sony DCR-SR42 | LCD Screen Color | Ribbon Cable Problem - Part 1/2

Wednesday, September 30, 2009

Sony DCR-SR42 | LCD Screen Color | Ribbon Cable Problem - Part 1/2

Hari ini saya tak bekerja. Kerana besok saya akan bertukar profesyen sebagai juruteknik mesin layan diri. Tak tahulah samada saya boleh buat atau pun tidak. Mungkin rezeki Tuhan nak bagi. Zaman gawat, banyak syarikat nak cari penyambut gaji rendah. Inilah masa untuk belajar benda baru. Tapi, biar jujur kata tak tahu (kalau tak tahu), agar tak menyusahkan pekerja senior.

Saya sudah bosan dengan melayan kerenah pelanggan sengkek (tak cukup duit). Daripada baiki komputer lebih baik baiki mesin besar-besar. Jadi, tak adalah orang nak minta kurang dan sebagainya. Nak lagi cantik, jadi juruteknik kapal terbang. Tak akan ada punya ayat, "Adik, baiki kapal terbang ni boleh kasi discount tak?".

Jawab kita macam mana? Macam ni, "Tak boleh abang, nanti kapal terbang masuk laut kalau pakai alat ganti murah atau terpakai".

Kadang-kadang benda yang kita tak pernah terfikir sebelum ini, akan kita fikir dan pertimbangkan. Tambah-tambah sempena keadaan ekonomi gawat. Daripada minat bikin servis komputer, terus terjun bidang pertanian dan penternakan. Atau pun berubah kepada baiki benda yang lebih berdaya dalam menjamin pendapatan bulanan. Secara jujur, pasaran servis dan jualan barangan IT, sangat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Bukalah harga rendah sekali pun, kalau pelanggan dah sengkek nak buat apa bukan? Itu belum masuk bab perisian tulen yang beratus dan beribu harganya.

Semua orang serba susah. Mereka hanya rela bayar pada barang-barang yang orang jarang atau pun tak pernah minta kurang. Kena fikirlah sedikit. Contoh macam kapal terbang tadi. Hahahah...

Sejak kecil saya memang suka buka dan jahanamkan barang-barang. Nak pasang balik tak reti. Masuk umur remaja, saya mula jadikan proses memasang semula itu sebagai cabaran. Banyak yang berjaya dipasang semula.

Berbalik pada tajuk, saya memiliki perakam video digital serupa dengan Mememolly. Hahaha... Sony DCR-SR42.


(FAQ) questions and rumours | 1:00

Perakam video saya mempunyai masalah kehilangan warna skrin LCDnya. Apabila dipusing-pusingkan pada sudut-sudut tertentu, warna skrin LCD itu kembali kepada asal. Jaminannya sudah tiada lagi. Sudah luput. Jadi saya pun mula membuka satu demi satu bahagian Sony DCR-SR42. Apa nak buat? Alat elektronik ini sudah sampai ajalnya barangkali.

Saya yakin, bahawa hanya kabelnya sahaja yang bermasalah. Kalau tak silap, saya pernah berbual dengan beberapa peminat telefon bimbit yang boleh dilipat. Orang Korea dan Jepun suka telefon bimbit boleh lipat juga. Dikhabarkan, ia selalu mengalami masalah kabel. Kabel reben rosak apabila ia kerap dilipat lalu ia ikut tergulung dan mungkin merekah pada pengalir arus elektrik.

Antara bahagian yang saya buka. Ada HDD Toshiba 30GB.

Sony pun pakai HDD Toshiba, tapi tak sama dengan HDD komputer riba.

Siapa pernah buka komputer riba, tentu boleh buka perakam video.

Cumanya ia lebih padat dan kabel-kabel rebennya sangat pendek.

Secara kesimpulan, ada 3 bahagian penting saja. HDD, LCD dan lensa.

Gambar agak kabur, saya guna kamera telefon bimbit. Setelah diuji, saya dapati kabel reben skrin LCD ini yang bermasalah. Oh ya, ia boleh dihidupkan tanpa dengan pemasangan lengkap semua. Cuma perlu berhati-hati dengan penyambungan kabel-kabel pendek dan bahagian-bahagian pengalir yang terdedah. Nak harapkan Sony, mana ada ia sediakan alat ganti kabel reben bukan? Nanti pusat servis Sony tak boleh cari makan. Nak beli alat ganti di luar negara, tentu bukan yang baru. Terpakai mungkin. Entah berapa pula kos penghantaran.

Tak apalah. Pakai sampai rosak. Kemudian, barulah sebut nak beli yang baru. Hahaha...

Semua bahagian perlu dipasang semula terlebih dahulu. Kemudian barulah penutup HDD. jika tidak, ia akan gagal dipasang semula.

Siap.

Satu skru tertinggal. Tak tahu bahagian mana. Tapi bahagian-bahagian yang penting, yang memerlukan cengkaman, sudah saya skru. Tak apalah. Cubaan pertama.

Kadang-kadang warnanya kelam.

Kalau bernasib baik, ia terang semula.

p/s: Saya tak mahu hantar ke kedai. Nanti lebih banyak kerosakan akan menyusul. Maklumlah, semua orang nak kejar bayar hutang dan sewa kedai. Saya khuatir bahagian yang tak bermasalah pun nanti akan dimasalahkan. Semuanya serba pahit di kala ekonomi gawat. Jangan tak tahu, jangan tak mengaku.

Bersambung di sini.

7 comments:

Anonymous

Anep, tak keje ngan Sony ker? Gempak siot tengok ko bukak ni!

Jamm

Nanti gua nak baiki kapalterbang pak lah... tengokla kalo dia mintak kurang.. gua belasah lu!

Anonymous

patut la aku pi lowyat tadi tak nampak hang.. Mcm hang dulu kerje lowyat time aku datang ko tak keje.. hahaha
mana gambar2 ke kerja? da tak letak ka?

flo

maknanya lu pun sengkek la...
org mintk kurangkan harga pun lu menyampah...
harap2 lpas ni, ko bwk kamera tu gi kedai repair ...tp ko jgn mintak kurangkn harga,..ko mintak naikkan harga...hahaha..
logik akal je la nep...
penjual dan pelanggan mesti la ada sesi tawar menawar...baru la meniaga namanye...
aperrdaaaaa,,,,.....
dalam parlimen pun ada pembangkang dan pemerintah kan????...mesti ada sesi debat jgk...apa yg kerajaan pemerintah offer, pembangkang ikut je...mcm tu ke???..

Hanief

Tawar menawar dekat Sony?

flo = budakkampong

Kalau tak cukup duit aku tak jual muka mintak kurang dan sebagainya. Sebab aku bukan pengemis.

Orang yang selalu mintak kurang ini adalah orang yang tak tahu bab ekonomi sekarang dan mungkin rata-ratanya tak pernah berniaga. Hanya tahu membeli dan kekal menjadi warga pengguna tegar.

Anonymous

Sapa leh repair Sony handycam...slain sony centre?

Hanief

Repair mesti boleh. Tapi alat ganti mana nak cari? Maksud saya alat ganti original.

Post a Comment

Blog Archive