SEREMBAN - Teksi berdaftar di Kuala Lumpur tetapi beroperasi seperti kereta sapu atau ulat dan mengganggu operasi teksi tempatan!
Itulah senario yang boleh dilihat di bandar Seremban dan stesen komuter di mana teksi berdaftar di Kuala Lumpur turut berebut penumpang dengan teksi tempatan.
Mengikut udang-undang sedia ada di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), teksi Kuala Lumpur hanya boleh membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Seremban dan tidak boleh mengambil penumpang ke tempat lain atau ke Kuala Lumpur semula. - Teksi KL jadi ulat di Seremban
Hanief: Sampai nak kena berebut dengan teksi di Seremban. Ini dahsyat! Susah benar para pemandu teksi di Kuala Lumpur? Mungkin kerana buka pintu sudah RM3.00? Tetapi bukankah 1Malaysia pun berkadar begitu?
Alahai apalah nasib jadi pemandu teksi inikan? Tambah-tambah pula di negara dunia ketiga yang serba tak adil berbanding negara maju.
p/s: Ya, ekonomi kita makin pulih. Pulih dalam sekelip mata ^_'
Alahai apalah nasib jadi pemandu teksi inikan? Tambah-tambah pula di negara dunia ketiga yang serba tak adil berbanding negara maju.
p/s: Ya, ekonomi kita makin pulih. Pulih dalam sekelip mata ^_'







4 comments:
utusan meloya edisi semalam 22/9/2009 melaporkan muka depan dengan tajuk besar:-EKONOMI NEGARA MAKIN PULIH.
agak-agak,adakan laporan itu satu fakta atau auta?
yelah hanief, sekarang ni dah tak de org nak naik teksi... mahal betul..
kalau dulu dari rumah aku g pj dalam RM5..sekarang naik nak dekat RM10 tupon tak jam mase tu.
buka pintu jer RM3. pastu meter naik setiap 20 saat. tak macam dulu setiap 40 saat. ade sorg pemandu teksi mengadu kat aku dia cakap baik kerajaan tak yah naikkan tambang teksi..kalau setakat naik RM3 tak pa..ni siap tukar kadar meter dalam berapa saat sekali. bukannya menyenangkan pemandu teksi..mengurangkan rezeki dorg adela.
majoriti pemandu teksi samseng, tak guna meter,ubahsuai meter dan macam² lagi la perangai buruk diorang ni. lantak la kat depa.
sekarang teksi terlalu byk di jln,kenapa ya?company teksi terlalu mudah mendapat permit..kenapa ya? kerajaan perlu telus tentang itu...keuntungan berlipat diperolehi taukeh2 teksi memang mencurigakan...
Post a Comment