Malaysia : Tong Taik UMNO: Ulat Parkir Berbangsa Mamak

Sunday, September 27, 2009

Ulat Parkir Berbangsa Mamak

Pada kali ini, saya bertekad untuk hanya memberikan makanan atau pun minuman pada ulat-ulat parkir.

Ya, saya bekerja di kedai komputer di Bukit Bintang kembali. Kali ini di mana-mana pun ada ulat-ulat parkir.

Keadaan ekonomi yang bertambah baik yang dilaporkan akhbar Utusan jelas hanya baik untuk kroni BN sahaja. Rakyat semakin merempat. Itulah hakikat pahit bagi rakyat kita.

Saya pelik, kenapa jumlah ulat-ulat parkir berbangsa Mamak semakin bertambah?

Mana dia Mukhriz yang merupakan Timbalan Menteri Pedagangan Antarabangsa & Industri?

Mana dia Mirzan yang baru beli kilang arak San Miguel di Filipina?

Mana dia Mohkzani yang menjadi tuan empunya Litar F1 di Sepang?

Mana dia Mahathir yang merupakan penasihat Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Proton dan PETRONAS?

Mana dia Khairy yang merupakan Ketua PEMUDA UMNO?

Mana dia Shahrizat yang merupakan Ketua WANITA UMNO?

Mana dia Menteri Sumber Manusia Subramaniam?

Secara logik, Mamak atau India selalunya akan berganding bahu lebih erat di mana-mana ceruk kawasan Malaysia pun. Saya telah meneliti perkara ini sangat lama. Malah di bangku sekolah pun, Mamak akan lebih berkawan dengan orang India dan begitulah sebaliknya.

Tetapi mengapa, ulat-ulat parkir Mamak ini semakin bertambah? Takkanlah Mamak pun kini dah jadi macam Melayu. Ada Mamak elit dan Mamak merempat? Mana Mahathir nak letak muka macam ini?

Semalam, saya didekati satu ulat parkir.

Ulat Parkir Mamak: Adik, boleh tolong abang tak adik? RM 1 saja.

Hanief: (Saya buka kunci motor, pakai topi keledar dan bawa keluar satu bekal berisi buah kurma)

Ulat Parkir Mamak: RM 1 saja, abang sini jaga motor. Mana-mana orang kacau motor, abang pukul dia. Itu kayu pun abang ada bawa. Letak dekat sana.

Hanief: (Saya hidupkan enjin motor dan berhasrat untuk beri makanan di hujung waktu. Maklumlah, ulat parkir ini kelihatan mabuk dan saya khuatir dia akan minta RM1 dua-tiga kali macam ulat parkir tahun lepas).

Ulat Parkir Mamak: Adik, boleh tolong tak? RM1 saja. Abang jaga sini dari pagi sampai malam.

Hanief: (Hahaha.. aku sampai 9 pagi. Tak ada pun muka engkau? Aku kerja dari 9 pagi hingga 9 malam bukan buang masa beb! Di sebelah malam, aku bagi kena bagi makan 30 ekor arnab. Tukar air minuman arnab dan ayam. Bagi ikan makan palet. Beb! Hanief kerja sampai 12 tengah malam sebenarnya. Dia sudah susun strategi gila-babi untuk pergi Iran. Sebab itu dia buat semua kerja itu. Yang kau? Jaga parkir sini siapa suruh? DBKL? Along?)

Ulat Parkir Mamak: RM1 saja ada?

Hanief: Abang, duit saya tak ada. Saya baru kerja 23 September ini. Gaji pun belum dapat lagi. Makanan adalah. Makanan boleh?

Ulat Parkir Mamak: Makanan? Makanan apa?

Hanief: (Saya selak beg plastik untuk menampakkan bekas makanan berisi buah kurma).

Ulat Parkir Mamak: Apa tu?

Hanief: Buah kurma.

Ulat Parkir Mamak: Itu makan mana kenyang? Saya mau RM1 beli roti canai.

Hanief: (Oih! Pukimak lah macam tu. Dah bagi betis nak peha).

Ulat Parkir Mamak: RM1 saja.

Hanief: Saya ada ini saja. Saya bagi percuma satu bekas ini.

Ulat Parkir Mamak: (Kecewa dan mula beredar).

Hanief: Abang nak tak buah kurma ni?

Ulat Parkir Mamak: Tak payahlah.

Beza Ulat-ulat Parkir Serumpun
Bagi ulat-ulat Parkir Indonesia dan Melayu di depan Plaza Imbi saya bagi air mineral 1.5 liter berharga RM2.60 pagi dan malam. Bezanya mereka tidak menyenyeh mintak berkali-kali.

Mereka hanya tolong berhempas pulas mengalihkan motor-motor bagi membolehkan motor saya keluar. Mereka hanya tunggu motor saya keluar dan memandang dengan pandangan RM1. Hahah... Saya hanya berikan air mineral sebotol itu dan mereka ucapkan terima kasih. Kalau bagi duit, nanti dia beli dadah. Lantak sayalah nak bagi apa. Janji ikhlas.

Penunggang Motor Yang lain
Ramai penunggang motosikal lain tidak berikan apa-apa dan sanggup merisikokan motor mereka. Antara ayat yang biasa saya dengar, "Aku nampak motor ni ada calar ada usik sikit saja aku tak cari orang lain. Aku cari kau juga".

Amaran Keras Buat Semua
Hanief telah lama meneliti jurang perbezaan miskin kaya di Bukit Bintang. Ulat-ulat parkir yang mampu bekerja, cukup tulang empat kerat dan sempurna pancainderanya menjadikan Bukit Bintang satu tempat yang menjijikkan. Orang Putih kata eyesore (hodoh). Ia menghodohkan Bukit Bintang.

Saya memberi amaran pada pihak berkuasa di Bukit Bintang, termasuk dengan ahli parlimennya sekali. Saya berupaya mengumpulkan RM10,000 dengan gaji RM1,000 setiap bulan bermula bulan ini. Tiba PRU13 ia tentu cukup RM10,000. Saya akan menjadi calon bebas dan akan mewakili warga tercicir dan pekerja kuli di sekitar Bukit Bintang.

Semua ulat-ulat parkir ini akan saya gunakan sebagai jentera kempen. Nantikan kemunculan saya di Bukit Bintang pada PRU13. Saya akan perjuangkan peluang pekerjaan yang lebih berkesan, tempat penginapan khas para pekerja, cukai munasabah, gaji pekerja kuli yang munasabah, parkir umum luas lagi percuma, peningkatan kebersihan, pembasmian pelacuran, dadah, judi dan mewajibkan rondaan polis setiap hari (bukan pada hari VVIP saja). Lain-lain cadangan akan diterima.

p/s: Ada pondok polis, tapi tak ada polis. Apa kejadahnya tu? Ada orang kata, buka sahaja kotak derma nanti mesti ramai yang ingin mencukupkan RM10,000 itu. Tak apa, bakal ahli parlimen mesti berusaha sendiri. Baru jantan.

11 comments:

Anonymous

gua cadangkan lu bikin laluan berbasikal bro

Anonymous

negara perlu reformasi segera baru blh maju ke depan, kalau x hancur semua.

matbold

WTF!

Semua ulat-ulat parkir ini akan saya gunakan sebagai jentera kempen. Nantikan kemunculan saya di Bukit Bintang pada PRU13. Saya akan perjuangkan peluang pekerjaan yang lebih berkesan, tempat penginapan khas para pekerja, cukai munasabah, gaji pekerja kuli yang munasabah, parkir umum luas lagi percuma, peningkatan kebersihan, pembasmian pelacuran, dadah, judi dan mewajibkan rondaan polis setiap hari (bukan pada hari VVIP saja). Lain-lain cadangan akan diterima.

Aku nak tgk ko tunai kan janji seperti mana ko cakap kat blog dulu ko nak tinggalkan malaysia.. Aku nak tgk sejauh mana ko tepati janji. Igt. Setiap apa yg ko post, aku save dalam komputer hard disk aku. Dan pada masa itu diperlukan post2 sebagai bukti, in case ko da delete post2 lama.. HAHAHAHAHA..

Anonymous

matbold oii matbold

bukan semua perkir ini tiada keje cuma malas....
kau ni semacam YB YB BN.... tak guna !!! cakap tak serupa bikin... dulu MP bukit bintang dari MCA/BN apa dia buat? Kalo PRU 13 selagi ada calon semacam kau dan doktor ayam Lee, bekas MP dari MCA bukit bintang tu ( tapi sekarang Tauke ayam ) ...
i kirim salam dulu la.... harap kau simpan juga koman aku sekali.

Anonymous

polisi malingsia - biadap ?
http://www.youtube.com/watch?v=VpE-ATBiB2U&feature=related

Anonymous

bendera umno juga ciplak dari indo

Anonymous

dah laaa umno.....sudah la menyemarakkan api perkauman, dulu nak suruh antara melayu cina dan india bergaduh tak jadi. skang korang nak suruh satu malaysia gadoh ngan indon pulak.

what a shit load of bull crap!!

Apit_Kedah

"Aku nampak motor ni ada calaq ja aku cari hang"...<--tgk dia brani buat apa?

Anonymous

Apabila ramai orang macam Matbold tu maka selama itulah kita lihat orang Melayu merempat sana sini. Yang sihat dan selesa orang Melayu kita ni tak ramai. Kekayaan tidak diagih secara adil. Projek diberi kepada yang tidak ahli kemudian dialibabakan. Yang jadi kaya bangsa lain. Ramai orang Melayu macam Matbold ni bertaklid buta politik BN terutama UMNO. Cakap macam tong kosong bunyinya kuat tapi hasilnya bising saja.
Kenapa terjadi bumbung tiris, bumbung runtuh, makmalruntuh dsb. Itu kerja orang mana tu.
Muka tak tahu malu, kepakaran tak ada tapi sanggup nak buat kerja yang memerlukan kepakaran. Kupulan-kumpulan macam ni selalu menafikan peluang orang betulbetul boleh buat kerja.
Orang macam Matbold ni kena ubah set minda mereka duduk dalam bilik dan fikir panjang2 mengenai masa depan bangsa sendiri. Dalam BN sesama sendiri pun tak pernah sunyi daripada bergaduh dan bertelagah. Selalu tak pernah senang tenguk orang senang.

Anonymous

biasak arrr. nampak nyer kita kene tukar peribahasa umpama anjing dan byg byg.

kita tukar "umpama mat bold dan mong GOL" mat bold mencarikan fulus tetapi apakan daya mong gol telah pon diletupkan dgn c4.

Anonymous

Buat jugak tempat larangan merokok Anep!

Post a Comment

Blog Archive