Malaysia : Tong Taik UMNO: Berus Gigi Elektrik | Electric Toothbrush | Oral-B | Braun | Vitality

Monday, October 12, 2009

Berus Gigi Elektrik | Electric Toothbrush | Oral-B | Braun | Vitality

Oral-B D12013

Ada tempat caj. Lebih canggih dari telefon bimbit. Hahaha...

Saya rasa tak keterlaluan jika saya ingin berkongsi cerita mengenai berus gigi. Hahaha...

Apapun, semalam saya berkunjung ke sebuah farmasi di GIANT untuk mendapatkan berus gigi elektrik.

Sebelum membelinya, saya banyak menghabiskan masa untuk membuat survei, apakah kebaikan dan keburukannya.

Tetapi selepas memakainya pada pagi tadi:-
  • Hari ini ialah hari yang paling cepat saya berus gigi (30 saat)

  • Hari ini ialah hari yang paling sedikit mulut saya berkumur ubat gigi (tiada lagi kes tertelan ubat gigi).

  • Hari ini ialah hari yang saya tak perlu menekan berus gigi dan luka gusi

  • Hari ini ialah hari yang gigi saya licin berbanding hari-hari lain
Ia bukan berus gigi orang kaya. Walaupun harganya RM147.00 seunit, tetapi ia untuk gigi kita. Penjagaan gigi bukan seperti penjagaan kuku. Gigi tidak dapat tumbuh bersilih-ganti seperti kuku. Selepas gigi susu, pandai-pandai kitalah untuk memeliharanya. Sebelum rosak gigi kita, sebelum kita menghabiskan banyak duit di klinik gigi, ada baiknya kita mendapatkan alat yang terbaik ini.

Jenama yang saya beli ialah Oral-B Braun ciptaan Jerman. Ia mempunyai bateri yang boleh dicaj semula. Ia dapat mencapai di bahagian gigi yang berlapis seperti gigi Magibon dan Beckham. Tak rugi beli, kerana ada jaminan untuk setahun lagi :)

Bagi pasangan yang ingin berkongsi berus gigi elektrik ini, anda boleh melakukannya. Anda hanya perlu beli kepala berus tambahan. Seperti gambar di bawah:-

Suami dan isteri boleh kongsi.

Salah satu tujuan lagi dalam membeli produk ini ialah, kerana saya teringatkan pesan doktor gigi saya supaya menjaga gusi yang memegang gigi kacip. Gusi ini apabila umur kita meningkat ia makin lama makin termasuk ke dalam dan akhirnya gagal memegang gigi kacip.

Antara faktor utamanya ialah, cara kita memberus gigi yang terlalu menekan pada gigi kacip dan gusi sekali. Ia amat mengerikan apabila difikir-fikir. Gigi kacip ibarat senyuman abadi, tambahan bagi yang belum kahwin. Hahaha...

Dengan produk ini, tiada lagi tekanan pada gusi semasa memberus. Pemberusan gigi terlalu lama juga dapat dielakkan. Ia canggih dan menyelamatkan keyakinan diri anda.

p/s: Maaflah jika ada di antara para pembaca di sini yang telah lama memakai berus gigi elektrik. Semasa saya kecil di bangku sekolah rendah, saya telah lama mengidamkan alat ini. Namun ia dibantah oleh ibubapa saya. Kata mereka "Hang jangan nak mengada-ada". Hahaha... Sekarang mereka pun saya dah belikan sekali. Ya, 2009 adalah tahun pertama Hanief pakai produk ini :P

31 comments:

Anonymous

Utusan : masa kalah , frontage tulis kecil ; sekarang menang tulis banyak besar siap dengan gambar sekali.

matbold

ko ada gingivitis. pi la azlina ko setiap 6 bulan skali buat scaling. pastu amalkan gune flos dan listerine/atau seangkatan

lynn_nowseeheart

Scaling kat sini kena RM50...bukan selalu.

XL26

Huhu aku sokong kau hanief. Ayah aku doktor biasa tetapi dia selalu ingatkan pesakit dia untuk pergi ke doktor gigi juga untuk "check-up" sekali sekala.

Tetapi orang tak mahu, takut sebab doktor cucuk sana sini dalam mulut dia. Maklum la, nak cucuk jarum dkt lengan pun dah takut, ini pulak kena cucuk, gerudi dan lain2 dalam mulut yang kita tak nampak hehe.

Doktor tu nasihat supaya kalau berus gigi, berus dari gusi ke gigi. Maksudnya kalau rahang atas, dari atas ke bawah manakala rahang bawah bawah ke atas.

Ini adalah bagi memberus gigi (ya berus gigi macam berus rambut) untuk kasi gigi tu nice and straight, kalau main gosok je boleh bengkang bengkok gigi dan juga rosakkan gusi!

Hanief

@matbold
Gusi saya tiada masalah. Saya selalu berus gigi depan komputer setiap malam dan pagi.

Saya bosan gosok gigi depan cermin. Macam buat kerja bodoh.

Jadi dengan adanya berus gigi elektrik ini, lebih banyak masa dapat dijimatkan.

Bayangkan mulut tak penuh air liur dan buih ubat gigi. 30 saat sahaja menggosok gigi. Kumur-kumur, kemudian bilas sekali sudah cukup.

Berkenaan dengan gusi. Kalau leka gosok gigi lama-lama sambil baca Google Reader memanglah darah keluar sedikit. Sekarang saya dapat gosok dengan hanya 30 saat sahaja.

Anonymous

Anep, tak logik doh. Tak meleleh ke air liur atas keyboard?

Hanief

Saya sudah biasa. Berus gigi tutup mulut. Berus gigi jangan beli yang besar gajah. Beli yang muat-muat mulut. Tapi sekarang ini 30 saat gosok gigi dekat sinki sudah cukup. Kemudian boleh bergegas ke komputer. Kalau guna berus gigi manual, memang bosan sebab kena berus dengan teliti baru bersih.

Berbeza habis jikalau kita bandingkan dengan berus gigi elektrik ni. Cubalah kalau tak percaya.

joe

hanief i luv u...im ur fan!bravo!!!hanief pls reply my comment realy aprcte it!!!

Anonymous

Hai Joe, how are you getting on. May I know, are you 'TOP' or 'Bottom. I love you too Joe

- James Serdang

sekolah pondok

bodoh punya hanief...berus gigi yang menyokong yahudi gak ko beli...
cakap tak serupa bikin laaaaaa
pakai la kayu suji

underBear

jg2.nnt kena karan.

mat mong-gold

nampak sangat tak pernah beli/pakai kayu sugi (miswak), cakap pon tak betol.

taip btol btol anak anak pondok.......S.U.G.I, bukan SUJI tolol.ingat tau sugi bukan suji.

DAN

hanief!! speaker kte same arr :D. aku beli kt all it mse taun 2007. speker 2 mmg gempak arr tuk main game. tpi skang aku dah tukar acoustic anergy aego m.. try arr dengar. speker 2 bagus tuk lagu classic :DD

budak kampar

umno-lembut gigi dari lidah...

tak gitu kengkawan sekalian?

Anonymous

dulu aku beli kat Watson baru RM16. Pastu aku tanya staff watson tu ada bateri tak? Dia bagi aku bateri alkaline, RM3.60 untuk 2 bijik, tup tup dia kata kalau beli bateri dapat free lagi 2 bijik...

kelapa berus ada 3 extra..

aku beli masa arwah abah aku masih hidup untuk dia guna di hospital.

dia sempat pakai seminggu lepastu meninggal..

sekarang ni berus gigi tu aku bagi mak aku guna... pakai kepala berus kedua...

sekolah pondok

mat mong-gold
aku nak taip apa
aku nak eja camna apa ko peduli
ada pakai duit jualan pantat mak ko kerr,atau pakai duit bapak ko

lynn_nowseeheart

daripa nip gosok gigi dengan berus konvensional, lebih baik berus dengan kayu sugi. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi dapat pahala nip.
Sunnah nabi lak tu...Yang penting, sebelum bersugi, niat dulu.

Sy guna ubat gigi safi...hihi
http://www.sinar.fm/oap/06/sinar_safi/pressad.htm

Anonymous

1MALAYSIA 1BERUS GIGI

rokok dunhell

yang mana SATU betul:

1) K.A.Y.U.S.U.J.I
2) T.E.P.U.N.G.S.U.G.I

HAHAHAHAHA..... jawab ya sekolah pondok.
kalau tak reti, mintak tolong kat abang kembar susu hang, budakkampong si otak K.A.Y.U.

lynn_nowseeheart

Kuih suji pun ada gak...sedap...

3) K.U.I.H.S.U.J.I

Anonymous

4) P.O.N.D.O.K K.A.Y.U

sekolah pondok

rokok dunhell
nak suruh orang mengeja,hahah baik ko tu eja nama ko betul betul,bagi nama yang baik baik sikit ni nama pon macam yahudi...
aku ingat la mak bapak ko mesti golongan yahudi mabuk
atau ko nie keturunan anak luar nikah pasangan yahudi mabuk tersebut
sebab mak ko tak pandai nak jaga pantat

budakkampong

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaunFacebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity(AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama adaundergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin

sekolah pondok

budakkampong
kekeke statment ko kat atas ni cerita dia sama la ngan mamat biawak spek mata besar tu kakakakaka

budakkampong

tu ar sekolah pondok,tuan punya blog ni semdiri sokong yahudi secara dia sedar atapun tidak aku tak tau ar tu..tp dah sokong pinuar pibrahim yg talibarut yahudi tu,mesti la kna sokong barang yahudi sama kan...wa wa wa..

Anonymous

btul ar Anip...aku beli brand yg murah pun rasa2 gigi aku berus dgn sekata. xder raser mcm sisa2 ubat gigi tertinggal dlm mulut.xpayah guna listrine pun xper.jimat sket duit aku..lg 1 ubat gigi pun dpt jimat. tp aku tgk brand colgate murah byk...dlm rm45 kat tesco tp xder charger...

Anonymous

budakkampong ngan babi samajer...

Anonymous

matbold sama ngan khinzir

happyichigo♥

terima kasih sharing info pasal berus gigi ni..mmg tgh survey ni..hehe..gigi magibon berlapis

teeth whitening

Hello these electric toothbrush are ok i have one is kind of funny to play with the brush and the vibration that it display is quite good i like it good work oral b.

Anonymous

nak kene beli kat mana yer apa nama tenmpatnya??????????

Post a Comment

Blog Archive