Malaysia : Tong Taik UMNO: Budak Sabah Cerita Cinta

Monday, October 26, 2009

Budak Sabah Cerita Cinta

Hari ini memang lama sekali Budak Sabah main SMS dengan seseorang. Lazimnya di waktu pagi, kami akan memungut stok untuk dibawa ke dalam van. Masalahnya hari ini, Budak Sabah masih tercegat dengan matanya terpaku ke arah telefon bimbit berskrin hitam putih itu.

Sewaktu dalam perjalanan ke setor pun, dia sibuk berbalas SMS. Saya kadang-kadang mahu marah juga tetapi saya harus hormat hal yang dia mahu lakukan. Maklumlah dia tua dari saya. Dia berumur 31 tahun.

Hanief: Hei, kau main peraduan SMS ke?

Budak Sabah: Hahaha...

Abang Kelantan: Wei, maing SMS member tunggu nak angkut stok kulu-kilir. Boleh maing SMS lagi.

Budak Sabah: ...

Abang Kelantan: Cakap teruslah. Dok payah tekang-tekang main SMS.

Hanief: Hahaha...

Hanief: Girlfriend ke?

Budak Sabah: A'ah. Ni ada konflik ni.

Hanief: Pulak dah. Konflik rumah tangga. Tapi rumah kau setingkat saja, belum ada tangga lagi.

Budak Sabah: Hahaha...

Setelah stok diangkut ke dalam van. Kami terus meluru ke lokasi pertama, kilang Western Digital. Sepanjang perjalanan, dia sibuk berbalas SMS. Adalah dekat 5-6 kali hampir-hampir berlaku pelanggaran.

Hanief: Lepas ni kita pergi kilang plastikkan?

Budak Sabah: A'ah.

Hanief: Biar aku bawalah. Kau duduk sebelah. Bahaya, kau asyik SMS saja.

Budak Sabah: (Serba salah + Lega)

Saya rasa, tindakan saya betul. Sebab kalau biar dia dengan SMS dan konflik-konflik cinta dia, saya boleh mati katak. Nasiblah, tak ada GDL lagi saya dah pandu hampir ke 75% lokasi mesin layan diri hari ini. Rasa seronok juga, sebab dapat cam jalan dengan lebih berkesan bila pandu sendiri.

Berikut adalah perbualan ketika di waktu tengahari. Setelah penat berbalas SMS barangkali, si teman wanita Budak Sabah menghubunginya. Satu habuk pun tak tak reti bahasa Kadazan Dusun. Bunyinya seperti Budak Sabah ini bengang dengan tindakan berbalasan SMS sehingga mengganggu kerjanya dan terpaksa membuatkan saya membawa van pula. Begitulah kira-kiranya perbualan mereka.

Hanief: Kenapa?

Budak Sabah: Dia suka keluarlah.

Hanief: Jumpa kawan-kawan?

Hanief: Biasalah tu, muda lagi. Dia mesti nak enjoy.

Budak Sabah: Muda apa? Sama umur dengan aku!

Hanief: Hah? Biar betul?! Hahaha...

Budak Sabah: Otak dia... fikiran dia ni kurang betul sikitlah.

Hanief: Dia keluar dengan lelaki lain ke? Tapikan, kau dengan dia belum ada apa-apa ikatan lagi. Memang hak dia untuk buat apa-apa pun. Kalau kau nak selamat, kau bertunang ke? Kahwin ke? Hahaha...

Budak Sabah: Betul kata kau. Dia boleh jumpa dengan kawan-kawan dia. Tapi biar ada bataslah.

Hanief: Aku pun cemburu juga kalau aku jadi kau. Tapi itulah, kita tak ada ikatan yang sah lagi. Apalah sangat hak kita?

Hanief: Dia dah dapat kerja ke?

Budak Sabah: Mana? Belum lagi.

Budak Sabah: Dia ni memilih kerja.

Hanief: Biasalah. Lagi pun, dia ada ijazah. Mesti nak jaga standard.

Budak Sabah: Tapi sampai bila dia mahu jadi macam tu?

Budak Sabah: Duduk rumah saja.

Hanief: Kau cakap dengan dialah. Cakap suruh dia cari kerja biasa-biasa dulu. Kemudian masa kerja, carilah kerja yang setanding dengan ijazah dia.

Budak Sabah: Sudah, aku sudah cakap macam tu. Tapi dia degil juga.

Hanief: Sekurang-kurangnya dapat juga duit. Daripada duduk saja.

Hanief: Dia degil kau kata tadi?

Budak Sabah: Iyalah degil sangat.

Budak Sabah: Dulu dia dah kerja dengan 3 syarikat. Semua dia berhenti. Tak tahan tekanan. Kerja mana-mana pun ada tekanan. Dia tak pandai kawal diri.

Budak Sabah: Dia ni kalau boleh nak terus kerja gaji besar. Kalau boleh jadi manager, dia nak jadi terus manager.

Hanief: Susah juga macam tu. Mungkin dia tak dapat lagi konsep bekerja. Kerja ni, kena mula dengan syarikat kecil dulu. Itu kalau dia minat untuk makan gajilah. Lepas dah lama kerja dengan syarikat kecil, dah banyak pengalaman. Barulah boleh kerja dengan syarikat besar.

Budak Sabah: Yalah. Memang macam tu pun.

Hanief: Wujudnya syarikat kecil, adalah untuk kita bina pengalaman. Kalau dia kerja dengan syarikat besar pun dia kena mula dari bawah rasanya. Mana boleh terus-terus jadi manager.

Budak Sabah: Kakak dia OK, abang dia OK. Dia saja yang macam tu.

Hanief: Hmm...

Budak Sabah: Dia ni tak berbaik dengan kakak dan abang dia. Dengan mak bapak dia pun, dia tak ambil peduli.

Hanief: Dia hisap rokok tak?

Budak Sabah: ...

Budak Sabah: Dulu hisaplah. Tapi sekarang tak. Sebab aku dah marah gila-gila hari tu.

Hanief: Hahaha... Orang yang hisap rokok ni, dia ada tekanan. Mana boleh manusia hidup dengan aman kalau dengan orang yang terdekat pun dia tak berbaik.

Hanief: Lagi satu, janganlah marah perempuan. Kalau ikut cara aku, kita nasihat. Tapi kau kata dia degilkan tadi?

Budak Sabah: Ya.

Hanief: Kalau macam tu, kau kena buat macam cara makcik aku. Dia puji sekali, dia nasihat sekali. Contohnya, "Hanief, hari ni Hanief nampak handsome lah. Esok boleh tolong makcik tak? Tanam pokok hiasan depan laman rumah?".

Hanief: Tapi tu ketara sangat. Kena pandai-pandai rekalah.

Budak Sabah: Puji? Lagi dipuji nanti lagi manja. Mengada-ada. Bukan boleh puji.

Budak Sabah: Aku takut dia makan duit aku saja.

Budak Sabah: Dia selalu ajak aku keluar makan. Tapi aku yang bayar.

Hanief: Dah dia tak bekerja. Mana dia boleh bayar.

Budak Sabah: Itulah.

Budak Sabah: Tapi kakak dia OK. Tak macam dia.

Hanief: Hah! Kakak dia OK? Dia dah berpunya ke? Kenapa kau tak pilih kakak dia saja?

Budak Sabah: Dah dia tak bagi. Macam mana?

Hanief: Hahahahaha... tuan punya badan tak bagi.

Budak Sabah: Kakak dia dulu yang kenalkan aku dengan dia.

Budak Sabah: Masa tu kakak dia ajak aku jogging. Dia pun bawa adik dia sekali.

Hanief: Oh, begitu.

Budak Sabah: Sejak hari itu, dia asyik ajak aku keluar makan. Aku takut dia ni jenis kikis duit lah.

Hanief: Tapi dia inikan belum ada kerja. Mestilah dia nak cari orang, bagi dia makan.

Budak Sabah: Kerja pun memilih macam mana. Susahlah dengan dia ni. Aku rasa macam mahu clash saja.

Hanief: Eh? Jangan. Nanti kau clash dengan dia, kau bawa van pun clash-clash nanti.

Budak Sabah: Hahahaha...

Hanief: Kalau kau betul suka dengan dia, kau bawa berbaik. Jangan dua-dua berkeras. Nanti pintunya tertutup.

Budak Sabah: Entahlah aku pun tak tahu.

Hanief: Sekarang macam mana? OK?

Budak Sabah: Kadang-kadang bertegur, kadang-kadang diam macam tu aja.

Hanief: Dia pandai cakap Inggeris tak?

Budak Sabah: Ish, pandai. Laju dia cakap. Dia bukan tak reti. Ramai orang dia cakap BI.

Hanief: Orang macam ni kadang-kadang dia berlagak sikit. Tapi tak semualah.

Budak Sabah: Memang pun, hari tu dia kata aku ni tak pandai Inggeris.

Hanief: Tapikan, kalau kau nak dia dengar cakap kau. Kau kena buat apa yang dia dah buat. Misalnya, kau belajar macam dia. Bila dah setaraf nanti dia akan dengar cakap kau. Dia tak boleh berlagak lagi. Aku rasalah.

Hanief: Dalam suratkhabar pun ada banyak kes isteri persoalkan gaji dia lebih tinggi daripada suami.

Budak Sabah: Pasal tu pun pernah juga dia cakap dengan aku. Kalau dia dapat kerja, dia kata gaji dia lebih tinggi dari aku.

Hanief: Ya ke? Kalau macam tu kau kena bersabar sikit.

Budak Sabah: Aku jawab balik, aku kerja walaupun gaji aku kecil. Tapi aku berusaha sendiri. Bukan macam kau duduk saja dan sampai sekarang satu syarikat pun kau tak dapat bekerja.

Hanief: Wah, cayalah. Memang patut pun kau bela diri kau macam tu.

Budak Sabah: ...

Hanief: ...

Hanief: Dia ni anak ke berapa ya?

Budak Sabah: Erm... anak ketiga.

Hanief: Eh, samalah dengan aku.

Hanief: Anak nombor 3 memang degil pun dan suka memberontak.

Hanief: Tapi mana-mana pasangan pun kalau nak diikutkan akan ditemukan berlawanan.

Hanief: Contohnya kalau kau rajin, pasangan kau mungkin pemalas sedikit. Tuhan nak kita saling memerlukan.

Budak Sabah: Betul juga.

Hanief: Bulan bila dia lahir?

Budak Sabah: 28 Oktober ..

Hanief: Eh! Lagi dua harilah! Kau marah dia lagi dua hari nak masuk hari jadi dia.

Budak Sabah: Aku bukan kisah pun. Janji aku puas.

Hanief: OK.. dah sampai Katrin BJ ni, mana fail tadi? Eh, balik nanti kau bagilah bunga ros merah sekuntum pada dia.

Budak Sabah: A'ah. Bagi... aku bagi batang.

Hanief: ...

p/s: Inilah salah satu masalah rakyat di bawah. Kenapa van boleh dipandu dengan lalai sekali. Kenapa, kenapa dan kenapa. Kita harus mencari sebab musababnya. Malangnya, semasa pulang tadi, Budak Sabah sudah bertemu-janji dengan rakannya untuk minum Tiger lepas geram. Besok saya kena pandu van lagi jawabnya.

p/p/s: Kepada yang baru-baru nak main cinta, lebih baik pergi baca tafsir Al-Quran. Kenal hukum-hakam, batas sebagai orang Islam dan hikmah berumah tangga berbanding bercinta cara barat yang rata-ratanya tiada hala tuju.

16 comments:

Anonymous

I'm the 1st? Nice...

Anonymous

yeah.since you are anonymous..no body care you no 1st or not....pity.

joe

hik hik hanief bravo!!umur mu brp hanih...

Anonymous

very nice..how much?

Anonymous

anep,ko bile nk ade makwe..xkn xnk bercinte kot..

Anonymous

alhamdulillah, saham malaysia mengikut kate najib diparlimen telah merudum, 1 malaysia!! rakyat dibunuhkan menteri diboncetkan!!

Anonymous

anip..pandai ko cakap..suspek siot...aku ni camne ek...!!

budak kampar

dalam kisah di atas,ada disebut tentang tak tahan tekanan.macam yang aku cakap semalam,budak2 sekarang ni susah nak ubah minda dan mentaliti mereka.pada mereka,nak keje senang,ada aircond bila time gaji nak banyak.jadi,tak hairanlah kalau faktor tak tahan tekanan dijadikan kambing hitam.asasnya,waktu kecik2 dulu,diorang disogokkan,dimanjakan,dibelai,ditanamkan dengan kemewahan melampau oleh mak ayah diorang.bila besar,tak leh nak susah sikit.opssssss...aku tak kata semua begitu,hanya segelintir sahaja.kadang2,kita kena berfikir dengan sedalam2nya,bagaimanakah caranya kita nak selesaikan masalah ni secara total.Rasullullah pernah bersabda,"jika kita tak mampu nak laksanakan semua,jangan tinggal apa yang telah dan mampu kita laksanakan".....wallahualam.

Anonymous

mane ade rasullullah kate cam tu...tipu!!

anonymous

yang budak kelantan tu bukan "tekang-tekang" tapi teke-teke

Anonymous

ganu kut..

Anonymous

Anep Anwar hantar kau suruh survei orang Sabah di serata KL ke?

budakkampong

ha ha..dia nak rasa pungong org sabah pla kot..

Anonymous

baek pnya ending

advanc

hebat uh ko nip.. buat skrip.. pasni boleh buat filem.. aku sendiri pon x le ingat sebijik2 ayat org cmtu..

cne ko boleh igt uh? aku pon heran.

Anonymous

metaliti orang perempuan malaysia ni pelik la
aku respek minah2 melayu yang sangup ikut hidup susah dengan jejaka lombok kat pulau lombok sana nuu..ini lah masalah nya kita hari ini...orang melayu wake up sume jangan diperhambakan oleh orang luar walau serumpun!!!

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive