Salam Hanief,
Saya seorang yang selalu mengadap laptop, tiap-tiap hari saya membukanya sama ada untuk bermain games, tengok filem atau drama, atau melayari internet. Berjam-jam, kadang-kadang semalaman. Di sini saya ada 2 soalan memandangkan saudara berpengetahuan di dalam perkara yang berkaitan dengan laptop. Soalan saya ialah :
1) Adakah amalan saya ini akan menyebabkan laptop saya akan rosak (sebab terlalu lama bermain dan selalu buka).
2) Apakah penyebab yang menyebabkan motherboard laptop menjadi rosak?
Itu saja. Terima kasih. Saya harap saudara Hanief dapat menjawabnya.
http://reformisjalanan.blogspot.com/
Salam,
Apa jua barangan ciptaan manusia tidak kekal. Setiap barangan elektronik mempunyai had dan batasan dalam menerima arus elekrik dari sehari ke sehari. Apabila tiba masanya ia akan rosak.
Saya masih teringatkan bapa yang yang melibas saya dengan tali pinggang hanya kerana curi main game. Ketika itu saya masih darjah 5. Bapa saya berfikiran kolot sedikit. Mengikutnya, jika main game di komputer, ia akan mudah rosak. Ini adalah salah sama sekali.
Belilah apa jua barangan elektrik dan elektronik, ia tetap mempunyai tempoh nyalaan atau pun penerimaan arus yang terhad. Contoh paling dekat ialah lampu rumah kita. Fluorescent lamp, ia mempunyai had di mana ia akan malap apabila sudah lama digunakan dan apabila tiba masa ia akan rosak (tak menyala langsung/ berkelip-kelip/ separuh menyala). Begitu juga semua komponen elektronik di atas motherboard.
Jadi janganlah jadi seperti sesetengah orang yang menganggap barangan elektronik akan kekal selama 10 tahun atau lebih. Sikap ini juga membuatkan kenangan yang terkandung di dalam video atau gambar di dalam komputer terpadam dan hilang tanpa amaran (HDD/ thumbrive pun boleh rosak bila-bila masa).
Umum tahu, yang zaman sekarang ini keaslian barangan berada di tahap yang rendah. Kalau dahulu tayar kereta boleh tahan sehingga 5 tahun, tetapi sekarang hanya 2-3 tahun. Saya kira, barangan elektronik juga tidak jauh bezanya dengan barangan getah.
Jika saya jadi saudara, saya akan beli 2 laptop yang serdahana harganya. Ini bagi memudahkan minat saya untuk memeriksa laptop yang rosak. Jika laptop pertama rosak, saya akan cuba tukarkan komponennya dengan laptop yang satu lagi. Inilah cara saya menguji bahagian mana yang tidak berfungsi atau pun bermasalah.
Di Malaysia, barangan alat ganti laptop hanya dijual pada wakil yang terpilih. Jika laptop HP, tentulah HP yang akan menentukan wakilnya untuk menjual alat-alat ganti itu.
Tetapi, laptop bukan seperti desktop. Desktop dan alat gantinya dijual secara terbuka kepada orang ramai. Tetapi tidak untuk laptop. Jika ada pun, ia hanyalah alat ganti terpakai yang bertempoh jaminan yang pendek seperti 1 bulan atau 3 bulan. Ia tidak masuk akal bagi saya dan tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Masalah alat ganti yang terselindung juga akan menjerat si pembeli. Ini lebih menyedihkan apabila alat ganti itu rosak tepat pada tempoh luput jaminannya.
Saya berupaya untuk membuka bahagian-bahagian laptop sehingga ke komponen yang kecil-kecil. Akan tetapi, saya tidak berupaya mendapatkan alat gantinya seperti desktop. Laptop agak terkawal dan dimonopoli jualan alat gantinya. Jadi anda perlu ada rakan atau orang dalam dari HP atau mana-mana syarikat besar ini jika anda mahu berniaga benda yang berkaitan dengan laptop.
Salah satu sebab utama motherboard cepat rosak ialah, habuk. Habuk yang terperangkap di dalam sistem pengudaraan laptop akan menyebabkan haba terkumpul dan ini akan menyebabkan motherboard laptop menjadi panas dek haba yang berkitaran di kawasan yang disekati habuk.
Lazimnya kedai komputer yang mahu mencari untung mudah, mereka akan mengesyorkan kipas tambahan luaran di bawah laptop bagi menangani masalah ini. Hairannya, mengapa mereka tidak menyebut idea untuk membersihkan saja habuk yang terperangkap itu bukan? Walaubagaimana pun, tak rugi jika anda berkunjung ke kedai komputer bagi pembersihan habuk. Tak kira desktop mahu pun laptop. Kerana jika kita terlengah atau terlambat, ini akan menyebabkan beberapa komponen tergoreng dek haba. Hasilnya komponen tertentu akan rosak dan anda akan memiliki silikon tergoreng. Hahaha...
Habuk pada komputer baik desktop dan laptop hendaklah dibersihkan. Kerana komputer memerlukan pengudaraan yang baik bagi menyejukkan sistem komputer (motherboard, processor, power supply, VGA card, HDD dan beberapa komponen yang lain).
Kekerapan pembersihan habuk adalah bergantung kepada persekitaran komputer tersebut. Ada orang, kawasannya kurang habuk dan ada orang kawasannya sangat berhabuk, berdebu dan berasap sekali. Bagi yang punyai asap colok, ia boleh meresap ke sistem pengudaraan komputer, ia akan membentuk habuk yang degil dan melekit. Asap rokok juga lebih kurang kesannya. Bagi orang seperti saya punya yang meletakkan komputer di dapur, ia akan berminyak. Kalau nak tahu habuk banyak mana, bukalah casing/chassis/housing laptop itu.
Kebersihan perlulah dijaga. Jika malas membersihkan ini semua, sedialah duit banyak-banyak untuk akibatnya. Sesetengah orang yang berada, mereka miliki peruntukan bagi pembelian laptop baru secara berkala. Mungkin setahun sekali dia beli laptop. Hahaha...
p/s: Habuk antara sebab popular. Banyak lagi penyebab yang lain seperti ketidak-stabilan elektrik (spike) atau petir (surge), terkena air/susu/milo/coke dll. , faulty (bahagian yang memang bermasalah sejak pembikinan di kilang) dan ajal (sampai masa).
p/p/s: Jika anda ada desktop dan suka turn on lama-lama sehari suntuk, gunakanlah power supply yang bermutu tinggi. Kebiasaannya power supply biasa memiliki ketidak-stabilan voltan (spike).

7 comments:
hanip,.cuci habuk tu pakai cleaning kit tu ker atau ada cara skill yg len ??
Salam,
terima kasih kerana siarkan. Memang setiap ciptaan ada ajalnya, tapi barang elektronik ni kalau dijaga dengan baik, kita dapat menggunakan serta memanfaatkannya dengan lebih lama. Contohnya saya tengok seorang tu menjaga playstation dengan baik, walaupun sudah 10 tahun, masih lagi elok kerana dijaga dengan baik.
pakai blower la...kt Msia blower mahal...kt egypt murah wlaupun model yg sama...china brand...setengah harga gak la beza....
membersihkan habuk2 tu hanya menggunakan vakuum sahaja sudahhh... >.<
bile on laptop lama2...keluar kan batery,.hanya plug-on..
org UMNO BUTA I.T!!!
The motherboard for me must to be efficient, quality and of course with a reasonable price. That is why costa rica homes for sale i think is the best option in the market if you want to know a beautiful country and to a get a house quality.
Post a Comment