Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Kenapa Ibabapa Tak Perlu Malu Anak Kerja Rendah

Saturday, October 31, 2009

Kenapa Ibabapa Tak Perlu Malu Anak Kerja Rendah

Dalam hidup ini saya telah banyak bereksperimen dengan ibubapa saya. Mereka ini jenis makan gaji. Duduk dalam syarikat besar atau kerajaan, lepas itu nganga mulut.

Kerja yang saya buat sekarang lebih cabarannya daripada itu. Saya bukan mengadu. Tetapi ia pekerjaan halal. Kami semua duduk di sebuah taman perumahan yang rata-ratanya berkereta mewah dan berprofesyen tinggi.

Saya memang dari kecil suka menyakat orang yang tak reti-reti apa itu dunia dan akhirat. Sementara kita hidup, kita berbaik-baik dengan semua orang. Jangan makan rasuah. Kita buat kerja halal. Jangan malu semua wahai para pembaca blog ini. Jika anda salah seorang daripada yang kerja rendah. Jangan putus asa.

Tadi, saya menyakat si Budak Sabah. Dia mengejar dunia bagai nak mati. Van yang dipandu pulang dari Universiti Nottingham Semenyih pada halaju 140km/j hanyalah beralasankan, nak balik rmah bos kutip gaji. Punya tak sabar-sabar.

Apa yang saya sakatnya? Setiba rumah bos, saya macam biasa meletakkan hasil mesin layan diri dan kemudian cabut balik, tanpa mengambil gaji pertama saya. Hahaha ...

Masa ingin pergi ke Universiti Nottingham Semenyih, dia sibuk jawab soalan SMS. Ada hadiah kereta BMW dan iPhone. Bayangkan van dipandu dengan sebelah tangan. Menyelusuri lebuhraya pada halaju 120km/j. Tak cukup dengan itu, dia sibuk bertanya saya jawapan soalan SMS itu. Siapa pemenang akademi... Di mana letaknya enjin angkasa... entah apa-apalah lagi.

Terus saya cakap pada dia. Kau lebih elok kumpul duit, kemudian beli hadiahnya terus macam orang jantan. Mungkin dalam masa kau kumpul duit, BMW pun dah ada versi yang boleh terbang macam DeLorean DMC-12. Saya paling tak suka peraduan. Macamlah tak ada duit sangat? Apa muka orang Malaysia semua muka gila peraduan ke?

Itu pasal orang kita kena tipu memanjang saja! Syarikat telekomunikasi nak orang guna SMS supaya dia untung. Dia bikinlah peraduan soalan berjela-jela macam tu. Macam radio bikin peraduan cam suara DJ. Siaran radio tu nak hanya nak dapat untung sebab ramai pendengar. Manusia yang gila peraduan adalah manusia murahan, bermentaliti subsidi. Terus-terang si Hanief cakap.

Ramai orang tak kenal saya. Biar saya beritahu sekarang. Saya adalah seorang yang tak peduli pada kekayaan dan pangkat apatah lagi kecantikan luaran. Kalau nak buatkan saya teruja, saya hanya pandang pada agama dan kejujuran serta kebertanggungjawaban seseorang itu.

Campur lagi satu, anda seorang perokok? Hanief akan membenci anda dalam diam. Ya, dia memang akan senyum pada anda macam tersenyumnya budak empat tahun di dalam belakang kereta.

Engkau pakailah kereta mewah atau kereta kebal sekali pun, si Hanief hanya buat hal dia sendiri sahaja. Kerana apa? Kerana agama dan kejujuran serta kebertanggungjawaban seseorang itu lebih bermakna daripada yang lain-lain.

Contohnya, seseorang itu berkereta mewah, berpelajaran tinggi, segak atau cantik. Tetapi makan rasuah dan mengenepikan hak orang lain. Orang seperti ini lebih hina daripada babu jual roti. Lebih hina dari budak Indonesia yang cuci lif di Mid Valley. Lebih hina daripada Hanief yang selenggara mesin layan diri. Lebih hina daripada Mat Bangla di kilang plastik. Lebih hina daripada abang pengawal Nepal di Saatchi & Saatchi.

Keyakinan diri saya tetap tinggi. Bagaimana? Dengan ilmu, (tak semestinya di universiti dan kolej) ilmu yang ada di mana-mana. Dengan kemahiran berbahasa (pelbagai bahasa). Dengan agama yang saya pegang sehingga hari ini. Dan... entahlah lihat cermin tentu tahu apa yang lain-lain lagi. Banyak wor... Wahahaha...

Hahaha... Kita kena positif. Kena baik dengan semua orang. Orang buat tahi dengan kita, kita bagi bunga pada dia. Kalau ada ayam, kita bagi ayam (ayam kampung).

p/s: Teruskan berbuat baik. Masa akan menjawab segala pemulauan dek kawan-kawan. Mereka akan melutut, merayu dan mahu berkawan dengan si jujur bila sampai masa. Tak percaya? Cubalah jadi baik. Buang semua buku-buku motivasi yang dah terbeli. Anda normal. Akhiran zaman, memang puak-puak jujur tinggal sejumlah sa peratus sahaja. Itu hakikatnya.

33 comments:

Jamm

Dude tak baik sakat mak bapak sendiri. Ko boleh kerja lebih tinggi kenapa nak bagi mak bapak ko malu dengan kerja ko sekarang.

Weh! Tukarlah kerja ko tu! Kesian dowh mak bapak ko dah tua-tua dapat nengok anak dia kulu kilir dengan minuman tin je?

Ko tak kesian ker ngan mak bapak ko?

Hanief

@Jamm
Kerja saya ni halal. Mereka atau sesiapa sahaja tak perlu malu atau pun risau.

Saya akan terus kerja rendah selagi mana ibubapa saya masih hidup.

Saya nak mereka kenal apa itu dunia dan akhirat. Juga apa itu halal dan haram.

Anonymous

Aku sokong kau anep! Kalo kita baik dengan semua orang, rezeki kita makin luas. Tak payah sijil berapi-api pun... orang itu sendiri akan cari kita.

Anonymous

Aku ada kawan, dia kerja pengarah. Tapi seluar dalam dengan baju-baju hamis dia bertimbun-timbun, mak mertua dia yang basuhkan.

Lagi sorang kawan pulak... lagi kesian.. jarang jumpa anak sendiri.. balik kerja larut malam... selalu outstation.

Gaji semua 10k ke atas... gila tak gila? Kereta toksah cakaplah... tetiap bulan tukar satu jenama baru... gila seh..

Anonymous

As long as u are happy working , then okay lo.

Jinx

Alamak Anep! Budak sekarang memang ramai buat macam kau ni!

Ramai apa budak-budak IT yang kaki freelance kerja simple2 ju cam kerja kilang, 7-e.

Tapi diorang ni loaded sial... iPhone ke Android ke wajib ada.

Kalau yang tak reti freelance memang orang pandang mamat ni semua sengkek macam mamat karen yang lain ler.. ekekekeke...

Abu

Cilaka betul si anep! Tulisan ko ni buat aku hilang akal.. warghhhhh~~!

Anonymous

anep,ko ada dtg selanggara mesin kat um,.rs mcm penah nmpk ko je?

Anonymous

rupernyer ramai dak um datang blog ni..

Anonymous

haniep.. aku skang tengah belajar lagi, kelak aku dah ada kerja nak cari gaji besar-besar. kenapa? sebab kerja rendah gaji ciput, nnti anak bini jugak yg susah.. aku dunia kejar, akhirat kejar..

ini motto aku.. cari dunia ibarat macam kita hidup selamanya, cari akhirat umpama kita mati sekejap aja lagi.

pst: ramai orang salah anggap Islam agama yang tak mengejar kekayaan..

Hanief

Semua orang ada rezeki dia. Kadang-kadang orang hidup susah lebih gembira daripada yang hidup kaya.

Saya pilih hidup susah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ramai orang nak terus senang.

Angguman

Aku nak gaji besar, sebab hutang PTPTN aku besar. Hutang rumah aku, hutang kereta aku, hutang hutang hutang... wakakaka...

Anonymous

aniep,

aku respect hang tak malu kerja seperti mana yang hang kerja sekarang dan sanggup berkongsi pengalaman dgn org lain. kebanyakkan org tak akan mengaku yg dia sbg pekerja bawahan. pengalaman hang boleh dijadikan iktibar & inspirasi kpd para graduan menganggur yg selama ni terlalu memilih kerja walaupun pointer tak seberapa.

harap2 usaha hang untuk mencari kerja yg lebih baik tak terhenti setakat ni saja. sekarang ni pendapatan hang mungkin cukup sebab masih bujang. kalau dah berdua, bertiga...?

tinggal kat lembah klang, pendapatan isi rumah rm1500 dan kebawah dikategorikan miskin.

Anonymous

Siapa kata hidup senang hati susah.. aku nak meniaga, nak jadi kaya, nak hidup senang, disamping mendapat keredhaan Allah.. nanti duit aku dan harta aku yang banyak itu, akan aku dermakan kepada anak2 yatim dan org miskin seperti hanief.

Hanief

Orang miskin ada ramai di Sabah.

http://www.youtube.com/watch?v=4XNxa1ZF-4g

Anonymous

tapi lagi kesian mak bapak yang anak dia bagi duit dari kerja haram atau ambik duit tak sah...rasuah...dll

Anonymous

Hanief.
Teruskan Perjuangan Islam.
Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk terus bekerja mencari rezeki yg halal
Dan berkhidmat utk Islam menerusi IT yang memang amat kurang pakarnya ini.

Doa dari Mesir.

Anonymous

salam,

1.kalau boleh jgnlh terlalu kondemkan mak bapak ko,macam manapun duit hasil kerja kerajaan tulah yang membesarkan ko sampai sekarang.kena jugak phm keadaan sosioekonomi tahun 70an ngn 80an ,masa tu kalau jadi cikgu sementara cuma dpt rm200 je. ibubapak akan try to survive utk kelangsungan hidup anak2 ngn keluarga.peluang utk smbung belajar pun susah macam mak aku sebab miskin sgt.so bila nak komen psl ibubapa sendiri beringat sikit sebab secara x sengaja ko merendhkan martabat diorg.jgnlah ko panggil mak bapak ko dengan sebutan "mereka ni".

Anonymous

2. mostly kat malysia ni pekrjann banyk yang halal.yg jadi tak berkat tu bila tipu claim mileage,tol,elaun dll.kalau kerja kerajaan segelintir pulak pukul 3ptg syok tengok cite indon padahal waktu keje,siap sambung cite lain pulak bila pukul 4. ada siap main pingpong lagi. tp semua tu letak atas individu, ade yg betul2 jaga hasil duit yg die makan,ade yg tak kesah.aku keje sendiri, cabarannya besar tp orang kata once independence always independence. aku tak pernah buat perbandingan keje gomen ke,keje swasta ke,keje sendiri ke sbb rezeki masing2 dan samada kaya atau miskin itu semua ujian ALLAH. aku jugak tak pernah menyakat orang yang tak tau apa2 tentang dunia akhirat sebab hidayah ni sesuatu yang pelik. aku boleh claim yg aku kejar akhirat tapi bila nak mati tuhan terbalikan hati aku pastu mati dlm keadaan tak beriman and mungkin orang yang aku sakat tu dapat hidayah masa akhir hidup die n bertaubat pastu mati dalam keadaan beriman. nampak x adil? well keadilan Allah tak boleh disamakan dengan keadilan manusia.

Anonymous

Sebenarnya kerajaan tak perlu bela rakyat. Kerajaan patut tumpu pada projek mega bagi kesejahteraan kroni. Rakyat tak perlu diambil peduli. Sikit-sikit ambil peduli bolehlah.

Yang lain-lain lebihannya untuk menteri dan kroni. LOLZ~!

Anonymous

3.bila aku baca tulisan ko pasl ko tak pedulikan pangkat, kekayaan n kecantikan luaran aku pelik sikit.sudah jadi lumrah manusia utk memilki something yang cantik, nabi pun tak pernah halang cuma mmang ade priority. contoh, avatar ko seorg awek youtube yg cute. so sebab ape ko pilih gambo die?sebab die cantik bukan. kalau aku sbgai contoh nak ade isteri aku mesti pilih yg sedap mata memandang sebab muka itulah yg aku tengok hari2 sepnjang hayat aku. tentang kekayaan pulak, ape sebab ko pilih keje yag ko buat skrg? sbab cabaran ke atau sebab duit yg ditawarkan. sebelum aku keje sendiri aku prnah jadi technician n aku keje sebab aku nk duit yg dioffer bukan sebab aku minat.so,kalau majikan aku stop bagi gaji, memang aku stop buat keje. dalam hidup ni aku boleh jadi 4 golongan...1.aku boleh miskin tp x bahagia...2.aku boleh miskin tp bahagia...3.aku boleh kaya tp x bahagia...or aku boleh kaya and bahagia...aku pilih yg last.so selamat menjalani kehidupan yg mencabar...

Ali

stakat gaji rm900 tu ko melancaplah sampai mati!

Anonymous

aku tahu, yang suka gambar magibon itu ialah para pembaca semua... esp. lelaki.. anep nak tarik bebudak muda baca blog dia...

magibon dengan anep tak ada kena mengena... anep lagi pun bukan suka betina... tapi dia suka.. ops..

AMENOS

Anep suka Anwar Al-Juburi... ala busyuk2 wakakakaka...

Mas Karjo

Awas donk! Melakukan kerja tanpa minat itu akan meranapkan semua industri di Malingsia dalam jangka masa panjang...

Aku mau ikut itu Pak Nik Aziz... dia nggak mahu hidup kaya. Dia mahu serdahana. Cool banget donk!

Adios!

AMENOS

Patut masuk UMNO dulu lagi. Ko xmau! Sekarang awek-awek semua nak naik BMW... ko naik Potong Saga karat... ekekekeke...

Anonymous

"Hahaha... Kita kena positif. Kena baik dengan semua orang. Orang buat tahi dengan kita, kita bagi bunga pada dia. Kalau ada ayam, kita bagi ayam (ayam kampung).
"

gua suka lu .. tp pahal dgn statement ni. so kalau gov kasi tahi nape lu kasi tahi .. mcm munafik ye x? ke agama aku kurang lagi .. watlu

Hanief

Pasal kerajaan boleh ditukar. Orang tak boleh ditukar.

Anonymous

Hidup abang Hanip!

Anonymous

ya allah! ape sudah jadi pada malaysia?

Dr. Asri diitangkap!

Azamin Amin
Mon | Nov 02, 09 | 12:24:03 am MYT

Kemaskini 12.50 tgh malam:|KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam ta

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

Anonymous

JAIS tahan bekas Mufti Perlis

02/11/2009 12:28am

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut. - Utusan


.......................


ai...ayah pin pon polis tak wat apa apa siap tunggu sampai org kampong serang kampong ayah pin baru pihak polis nak serbu. nak kate dr asri wahabi........? joke!!...

budakkompang

Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

-- BERNAMA

Asasi UM

Hanip, aku suka ah dgn pemikiran ko...kita x perlu malu dgn kerja kita..yg penting halal..utk family, utk anak bini, utk kita...anyway, klu ader peluang utk jd kaya, jgnla lepaskan...kan orang kaya yg bersyukur lebih baek dri orang miskin yg bersabar?

P/S: ko penah datang UM x? nk autograph..hehe

Post a Comment

Blog Archive