Malaysia : Tong Taik UMNO: Letak Jawatan, Lompat, Mati ... ?

Thursday, October 29, 2009

Letak Jawatan, Lompat, Mati ... ?

Saya peduli apa? Apa yang penting kita mesti lihat perkembangan sihat untuk rakyat. Bukankah wujudnya sesuatu parti itu adalah untuk membela rakyat?

Ia ibarat kedai atau pun syarikat yang jatuh bangun. Ada mana-mana pengguna ambil kisah tentang syarikat yang jatuh atau pun bankrap? Pengguna hanya mahukan barangan yang murah dan berkualiti.

Kuasa adalah di tangan rakyat. Saya percaya semua orang tahu parti mana yang mampu membela rakyat.

Untuk apa sesebuah parti itu berkuasa berpuluh-puluh tahun? Untuk untungkan kroni? Kita perlukan perkembangan bukannya perpanjangan.

Contohnya bikin roti canai paling panjang berbanding roti canai paling berkhasiat. Yang mana satu, mengandungi unsur perkembangan?

Malaysia dan dunia ini tak pernah kontang dari golongan yang mampu memerintah. Memang penting untuk kita cari siapa dia orang itu.

p/s: Jangan kita serahkan semuanya pada ahli politik. Usaha kita dalam menentukan masa depan juga harus ada. Laburkan duit pada pertanian dan penternakan. Beli tanah dan manfaatkannya. Lepas itu baru cerita politik, teknologi dan lain-lain.

21 comments:

Anonymous

betul juga. kebanyakan menteri lebih mengutamakan "roti panjang drpada roti yg berkahsiat" quantity over quality. sebagai contoh, apa gune nyer dgn infrastruktur MSC yg maju gile tp internet cumer ade 512kbps jek. kalau malaysia ade 2mbps sekali pon, that technology is the thing of the past. be like india dengan dana yg tak cukup akhir nyer internet mereka telah mengatasi malaysia sekarang nih and that quality over quantity.

yg penting usaha kene ade tu kunci utama utk mendapat insan yg berquality.

ps: rompak duit rakyat pon satu usaha gak, tp papa kat akhirat nanti bile sorang sorang hulur dosa kat pemimpin tu nanti. allah justice is sweet.

d

http://www.youtube.com/watch?v=MJu2Iof4sd8

tengok video menarik ni!!

Anonymous

KEMATIAN BERGANDA UNTUK MANGSA KEM 1 MALAYSIA – harakah daily

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

Anonymous

Jabatan Pelajaran nafi terlibat bina jambatan maut

Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.


"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka (yang membuat sumbangan dan membina jambatan) dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

Jelasnya lagi, jambatan itu dibina bagi menghubungkan pusat kokurikulum di seberang sungai tersebut yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang

"Pusat kokurikulum itu bukan untuk kegunaan sekolah itu saja tapi untuk semua sekolah dalam daerah Kinta Selatan," katanya.

Walaupun mengakui pusat ko-kurikulum itu terletak bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPD), tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada proses pembinaan jambatan itu juga berada bawah tanggungjawab pejabat tersebut.

"Itu kita tidak tahu," katanya, termasuk apabila ditanya sama ada sumbangan untuk pembinaan jambatan tersebut juga dibuat melalui PPD tersebut.

Ditanya lagi sama ada JPN akan menggantikan jambatan yang runtuh itu, beliau sekadar berkata: "Setakat ini tak ada lagi. Kita tak tahu lagi".


Semalam, pengarah Jabatan Kerjaraya Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad juga dilaporkan berkata jambatan gantung dibina tanpa mendapat kelulusan jabatannya.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Manakala Guru besar SK Kuala Dipang, Alwi Hashim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat

budakkampong

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

“Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata, setakat ini beliau belum memikirkannya.

“Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya.

pendeta gila

betol tu ngan ape yang saudara katakan tu..
tapi boleh ke kita sebagai rakyat bersuara untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnye?
apakah kita perlu tergolong dalam golongan seperti mama kita sedia maklum?

Anonymous

ala budakkampong..lu bkak blog sendiri la nak post2 news..kang kitorang dtg melawat eh..

budakkampong

sekadar berkongsi info,mana yg baik kita ikut,yg buruk tu pikir ar sendiri.. si hanief ni pun copy paste gak,takdak hal la bai..jd takyah kecoh2 ar..wa wa wa

Anonymous

masalah nyer die kopi paste kat blog sendiri, hang tu umpama parasite copy paste kat komen macam org bacol. buat la blog sendiri BABI!!

ouh lupe......mane ade org nak gi blog umno, bukti.....budakkampong rajin copy paste kat blog org.....HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA.

Anonymous

JAMBATAN DIBINA TERGES GESA UNTUK KEM 1 MALAYSIA - malaysiakini

Jambatan gantung maut yang mengorbankan tiga nyawa murid sekolah di Kampar dibina "secara tergesa-gesa" untuk program Kem Perkhemahan 1Malaysia, kata seorang pemimpin PAS setempat.

Ahli jawatankuasa PAS Kuala Dipang itu memberitahu Malaysiakini, perkara itu disedarinya apabila melihat kesan runtuhan jambatan tersebut sejurus selepas kejadian pada malam Isnin lalu.

Ahmad Damanhuri Talib, 49, berkata pemerhatiannya menunjukkan bongkah konkrit yang menjadi penyangga kepada jambatan gantung itu telah tercabut pada masa kejadian, menyebabkan jambatan tersebut runtuh.


JAMBATAN DIBINA TAK IKUT PROSEDUR - malaysiakini

Seorang kontraktor berpengalaman di Kampar berkata jambatan gantung yang runtuh dan mengorbankan tiga murid sekolah peserta kem 1Malaysia di situ malam Isnin lalu, mungkin dibina tanpa mengikut prosedur.

Pengarah urusan syarikat Jeram Bersatu Corporation, Mohd Kamal Rabaai berkata sekiranya prosedur itu dipatuhi, jambatan gantung di kawasan SK Kuala Dipang itu tidak mungkin runtuh dengan mudah.

"Kalau tengok pada jambatan yang runtuh itu, saya rasa ujian tanah pun tidak dibuat," kata beliau yang juga telah meninjau kesan jambatan yang runtuh itu.

Mohd Kamal yang berpengalaman membina jambatan berkata, beliau mendapati tapak asas yang memegang sangga kabel jambatan itu, dibuat terlalu tohor dan tidak menggunakan cerucuk.

Kontraktor berusia 41 tahun itu juga berkata, beliau percaya jambatan gantung itu direka bentuk sedemikian untuk menjimatkan kos.

"Kalau jambatan gantung macam ini saya ingat tak sampai RM30,000. Kalau dia bina jambatan konkrit mungkin cecah hingga RM200,000," kata Mohd Kamal.



KEMATIAN BERGANDA UNTUK MANGSA KEM 1 MALAYSIA – harakah daily

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

Anonymous

kontrektor buat jamban tan tu mesti terselamat....heheheheheh

one malaysia la katakan......rakyat dibunuhkan dulu menteri diboncetkan

Anonymous

sian budakkampong...dok tak insaf2 lagi...dok khabor dah..puak2 umno ni mane tahu buat keje..ade peruntukan..dok pikir 20%..dapat kontrak,ALIBINBABA..jambatan runtuh,tiang retak, stadium runtuh,bumbung runtuh..raasuuuah punya puak2 ni..yang pening lagi tahun depan, pusat PUSPAKOM tak d tambah,sekarang pun Q untuk ken. perdagangan mula dari 5pagi..tahun depan mapoh..kereta 15thn atas kena inspac...haruhara habisss..apa punya singkat otak2 menteri malaysia...oooi..tambahle pusat2 PUSPAKOM dulu..pastu baru buat undang2...bodo macam lembu menteri BN

Anonymous

ala budakkampong..hanief mmg la copy paste..tapi ini kan blog die..ruang mengomen sepatutnya digunakan utk mengomen artikel/post hanief tu..ish3..bkn mslh baik kita ikut ke, pikir sendiri ke ape..

aZRoy

kah kah kah kah kah, budak kampong oiiii, mana yg baek dijadikan teladan, teladan apa, teladan subjek ko belajar kat unibesiti of mencester city tu ka oiiii, kah kah kah kah kah kah

Anonymous

mane yg baik jadi teladan ek budakkampong?

ok lah kami pon nak follow teladan ko lah, so camane nak apply masok university of menchester CITY?

hahahahhahahahahaHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Anonymous

aku dapat byg kan badrul hisyam nyer situation.

" ko skang ade problem so ko kene masok bn skang..........aku percaya ko ta nak ditimpa nasib yg sama macam TEOH BENG HOCK bukan? pikir la baik baik, saudara maseh ade keluarga menunggu dirumah, kami kalao buleh ta nak lah bawak balek saudare dgn btg tubuh yg tidak bernyawa bukan? kami pon ta nak lah lihat anak anak dan isteri saudara manangis nanti, kami pon ade perasaan. jadi pikirlah baik baik "

kalo aku jadi badrul hisyam pon kecut perut, bunuh tu bai.

budakkompang

Hilang kepercayaan kepada parti tidak sahkan tutup pusat khidmat

SHAH ALAM: Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah tidak patut menutup pusat khidmat kepada rakyat di kawasannya sungguhpun benar dia hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, beliau memikul amanah pengundi kawasannya dan tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan khidmat dari beliau.

Demikian kata rakan Adunnya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagaimana dilaporkan laman web Selangorkini.

Badrol mengumumkan keluar dari PKR disebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang semalam. Pagi semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau telah mencadangkan kepada PKR agar Badrol meletakkan jawatan.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu keluar dari PKR. Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo pula sebagaimana dijangka berkata sedia menerima 'orang buangan' dari PKR ini.

Nik Nazmi berkata, PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekalipun hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, tindakan Badrul meninggalkan PKR dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Badrol tidak lagi layak mewakili PKR dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.

Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi Adun bebas dan menyokong Barisan Nasional.

"Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.

"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.

Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.

"Kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid._

Anonymous

Jabatan Pelajaran pun bangang! kata cikgu kena profesional...kalau tak kena carut dgn JPN....sekarang lu semua rasa la jadi org bangang! Kalau ada nak bagi derma nasi minyak kena la tengok juga kot2 nasi basi......ini pakai telan aje....memang profesioanl yang bangang!

budakkampong

RAMALAN ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa UMNO akan tumbang sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12, ternyata meleset. Sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya kini bergelut dengan krisis. Seorang demi seorang pemimpin keluar parti dan ada yang melepaskan jawatan. Sebahagian mereka sudah hilang keyakinan terhadap Anwar termasuk dalam isu moralnya.

Bagaimana dengan Pas? Parti itu juga diambang perpecahan. Doa pemimpin tertentu Pas agar UMNO dimusnahkan nampaknya seakan menimpa parti itu. Sedangkan UMNO masih bertahan. Malah sokongan orang Melayu kepada UMNO meningkat, menandakan pemulihan kepada parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Gesaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu diadakan Muktamar Agung Khas agar beberapa pemimpin yang pro Presiden, Hadi Awang 'dibersihkan' mendedahkan lagi gelora dalam parti tersebut. Gesaan Tok Guru itu bagaimanapun ditolak dan digantikan dengan seminar, yang dilihat tamparan kepada beliau. Cerita apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut sudah tersebar luas. Panas. Ada yang mencabar mahu meletakkan jawatan. Maknanya, mesyuarat tersebut tidak pun mengatasi kebuntuan sebaliknya mencetuskan lagi banyak persoalan dan kebimbangan?

Apakah terselamat kedudukan pemimpin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz? Antaranya Timbalan Presiden, Nasharudin Mohd. Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Hassan Ali.

Anonymous

oi budakkampong... badrul hisham tak percaya pada parti pembangkang di selangor.. saper tu parti pembangkang di selangor wahai budakkampong? parti pkr iaitu parti pemerintah ingin bertanya dari lu ? what is the because wahai village boy ?

Anonymous

ya allah! ape sudah jadi pada malaysia?

Dr. Asri diitangkap!

Azamin Amin
Mon | Nov 02, 09 | 12:24:03 am MYT

Kemaskini 12.50 tgh malam:|KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam ta

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

Post a Comment

Blog Archive