Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Malaysia Ikut Telunjuk Perancis ?

Thursday, October 29, 2009

Malaysia Ikut Telunjuk Perancis ?

Malaysia, which has good relations with Iran, could also help by asking Tehran to listen to international demands to freeze its controversial nuclear programme, the source said - France wants to make Malaysia a 'privileged partner'
Hanief: Petikan di atas memberitahu kita bahawa Malaysia akan menjadi pengantara di antara negara barat dan Iran. Ia berkenaan dengan pembekuan program nuklear Iran. Perancis mutakhir ini senang betul melakukan urusniaga dengan Malaysia. Lebih-lebih lagi di zaman Najib ini.

Iran diprojekkan dek negara Perancis untuk dibekukan program nuklear mereka. Malaysia dijadikan proksi pula dalam proses itu? Tetapi masuk akalkah jika Perancis mahu Malaysia pula memulakan program nuklear? Lihat di bawah:-
PARIS 7 Okt.— Perancis mahu hubungan baiknya dengan Malaysia dikekalkan serta meminta Malaysia menimbang kemampuan teknologi syarikat negara itu dalam bidang pengurusan sisa pepejal, pengangkutan darat dan tenaga nuklear untuk meneroka bidang baru dalam hubungan antara kedua-dua negara. - Perancis mahu bidang baru diterokai dengan Malaysia - Najib
Apakah ini suatu permulaan caturan negara barat dalam menanam bibit-bibit kebencian di antara Iran dan Malaysia? Itu kita belum cerita tentang kes dadah yang banyak membabitkan warga Iran di sini. Apakah kes itu semuanya benar? Apakah terdesak sangat mereka?

Kepada para pembaca yang sudah tahu saya bekerja menyelenggara mesin layan diri. Saya sebenarnya perlu menyelenggara mesin-mesin di sekitar syarikat aero angkasa di Subang (kapal terbang & helikopter). Semasa menyelenggara mesin, kerap kali saya bertembung dengan susuk-susuk dari negara Perancis di syarikat aero angkasa itu. Ia bukanlah suatu yang menghairankan, kerana di sektor pendidikan (berkaitan aero angkasa), Perancis juga terlibat. Cuba kaji gambar-gambar di laman web UniKL MIAT (Dengkil).

Di sini saya tertanya-tanya, mungkinkah Perancis ada menyimpan gambar panas Altantuya dengan Najib? Lantas mereka menggunakan peluang itu untuk memperoleh peluang perniagaan dengan mudah di Malaysia?
France also proposed that Malaysia buy 18 Airbus A330 airplanes on top of the 14 already owned by Malaysia Airline and the six A380s jumbo jets it has ordered. - France wants to make Malaysia a 'privileged partner'
Perancis juga sedang mencadangkan Malaysia membeli 18 buah kapalterbang Airbus A330 mereka. Tetapi bukankah Perancis pernah hilang di laut Atlantik berikutan kegagalan sistem elektrik Airbus A330 pada Jun 2009?


Air France jet missing over Atlantic - 01 Jun 09

4 comments:

Anonymous

ada org tengah delusion... macam raja petra bongok tu..

rokok dunhell

buncit lagi perut NAJIsB makan komisyen.

setria

Assalammualaikum,

En. Hanief, dekat mana nak belajar computer hardware? saya nak belajar yang short course punya. En. hanief belajar komputer kat mana ye?

Hanief

@Setria
Terus pergi ke Lowyat Plaza. Di sana anda boleh kerja jadi pembantu juruteknik komputer dahulu atau pun penjaga setor. Lama-lama lompat masuk jadi juruteknik.

Lagi pun sekarang ekonomi menguncup. Jadinya majikan mahu pekerja yang sanggup menyambut gaji rendah.

Pengalaman hanya bonus sahaja. Apa yang penting anda mesti peka dan sanggup belajar dan hadapi cabaran pekerjaan baru anda.

Semoga berjaya.

Saya tak mencadangkan mana-mana kolej atau pun universiti kerana ia membabitkan duit yang banyak. Lagi pun saya bukan dari lubuk itu.

Post a Comment

Blog Archive