Malaysia : Tong Taik UMNO: Nasihat Ah Pek Tepi Jalan

Wednesday, October 7, 2009

Nasihat Ah Pek Tepi Jalan

Setiap pagi saya sampai di rumah taukeh, kemudian semuanya akan ke setor. Setibanya di setor, barang-barang keperluan diangkut masuk ke dalam van dan lori. Proses ini amat saya gemari, setiap hari saya dapat mengaktifkan semua bahagian otot dengan efektif. Peluh wajib keluar termasuk taukeh sekali pun berpeluh. Taukeh ini bukan sebarang taukeh, beliau bukan taukeh duduk dan membuncitkan perut. Beliau ada bentuk badan tegap walaupun berumur hampir 50.

Mengangkat barang berat rasanya akan merangsangkan semua otot secara menyeluruh. Semua otot dihidupkan secara total. Ia ibarat seorang pemain piano yang memiliki semua jari-jemari yang hidup bagi memetik piano. Tak kira walaupun jari kelingking. Secara jujur saya tidak pernah bekunjung ke gym. Saya kira rangsangan otot di gym agak ringkas atau tidak natural dan agak pelik. Entahlah?!

Apa pun, hari ini ada seorang Cina tua yang melalui depan setor dan bertanya khabar dan beliau banyak memberi nasihat secara bersahaja. Mungkin inilah keunikan warga emas Kampung Cempaka. Pada saya, ia Kampung Baru versi Cina.

Ah Pek: Ahh... Apa khabar? Ada baik?

Ah Pek: Van sudah baru ah? Cat baru ah?

Hanief: Ya.

Ah Pek: Bawa elok-elok ha.. jangan langgar itu lubang. Nanti van rosak, lu susah, taukeh pun susah.

Ah Pek: Lu baru kerja sini ka?

Hanief: Ya.

Ah Pek: Kerja baik-baik ha... Lu mana mari?

Hanief: KL.

Ah Pek: Malaysian ah?

Hanief: Ya, Kuala Lumpur.

Ah Pek: Kuala Lumpur la? Wa bukan apa, sekarang orang muda sekarang banyak susah cari kerja.

Ah Pek: Masuk universiti ka? Belajar banyak tinggi punya ka, rendah ka semua banyak susah sekarang.

Ah Pek: Semua mari sini wor. Dari Penang la, Perak la, Kedah la, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah semua pun mari Kuala Lumpur lor.

Ah Pek: Apa pasai mari sini? Sebab sana tempat tak ada kerja.

Ah Pek: Lu orang KL kan? Muda lagi bukan?

Hanief: Ya.

Ah Pek: Wa umur sudah 70 lebih lor. Cucu pun sudah belas-belas. Orang muda ha, mesti mau sendiri punya.

Ah Pek: Tak ada minta tolong sama emak lagi. Mesti mau cari wang sendiri.

Hanief: Ya betul.

Ah Pek: Sekarang cari kerja pun manyak susah, wa tau.

Ah Pek: Wa tak kira, lu Melayu ka? Indonesia ka? Apa kaum ka hor, kita sekarang bukan mau kasi lawan.

Ah Pek: Dulu punya jam Cina sama Melayu ada lawan punya, tapi apa kita dapat? Dua-dua pun rugi juga hoh?

Ah Pek: Sekarang punya jam, kita mau tolong sama-sama. Semua satu family itu macam. Gaduh-gaduh tadak baik punya.

Hanief: Ya. Betul, betul.

Ah Pek: Okay ha, kerja baik-baik.

Cina tua itu pun beredar dengan sebatang tongkatnya. Nasihatnya ringkas dan padat.

p/s: Kita kena lahirkan ramai orang yang tidak racist. Baru negara dapat melahirkan pemimpin yang adil dan rakyat yang tidak rasa diancam. Ia bukan calang-calang perkara yang senang untuk dilaksanakan. Lihat di kilang-kilang, Melayu duduk setempat, Cina lepak setempat, India bersandar setempat dan pekerja asing berhimpun setempat. Ini amat menyedihkan.

p/s/s: Saya nasihatkan semua kaum yang membaca blog ini, supaya gerakkan badan anda. Carilah kerja di tempat yang memiliki kepelbagaian kaum dengan anda. Ya, memang ekonomi gawat. Tapi, mari kita lahirkan suasana kepelbagaian kaum di tempat kerja agar semua kaum dapat memahami antara satu sama lain dan bersedia untuk bentuk kerajaan baru pada PRU13.


Sasaran 4% Pengangguran

24 comments:

matbold

bosan

XL26

Bagus nasihat ah pek tu. Tetapi kalau dia betul-betul mencari pekerja, sudah tentu dia cari kaum sendiri kemudian baru kaum lain (jika tiada pilihan). Ini tidak terkecuali kepada kaum lain di negara ini ataupun negara luar.

Adakah ah pek ini seorang hipokrit? Tuhan saja tahu. Apa-apa pun bagus nasihat orang tua tu dah harap kaum dekat negara ini bersatu utk lawan musuh sebenar negara nie, bukan lawan sesama sendiri :)

underBear

pasal dialog yg dekat2 last tu.
aku bnyk borak2 dgn cina.sama cam ahpek tua tu kata kt hg.buat apa nk gadoh.kami hor,niaga simpn cari duit bnyk2.pas tu nk gadoh,perang.rugi ma.melayu xpa la.duit xbnyk,xpnat keja cari duit. kami mmg xmau gadoh2 pny....

Anonymous

dulu aku ade ramai kawan cina...
sebab tu aku boleh bercakap bahasa cina..bukannya aku sekolah cina...mungkin sebab selalu dengar dorg cakap masa kecil2..masuklah sikit2 dalam otak..
apa yg aku nampak memang lah ade yg rasist..
tapi majoriti cuma mahukan hak mereka diakui di negara ini...

hakikatnya dorg cuma kan jadi rasist bila kita ni kaum melayu rasist...menidakkan hak mereka...
mereka cuma mahukan sense of beloging dorg kat sini.

aku hairan sungguh dengan org umno yg beria-ia kutuk org cina..cakap cina itu..cina ini...
cakap org cina kaut keuntungan negara kita la..

memang betul..cina memonopoli ekonomi kita...
tapi..siapa yg benarkan? semuanya bermula dengan umno!! bila org lain cuma nak memakmurkan apa yg umno mulakan...kita dituduh PENGKHINAT pula.

kalau kita kaji sejarah bangsa..umnolah pengkhianat..pengkhianat kepada rakyat malaysia..cina ..india dan yg paling terasa mestilah melayu.

Anonymous

yang aku dok heran kat matbold tu.........
cakap BOSAN tapi nak juga layan blog ni......pi lah lakkhianat negaroku tercinta ni.....

3viL X eIjI

salam

btul nasihat apek tu.yg mane baik..amiklah..

p/s:nak gaudh watpe?tak dpt duit..

budak kampar

cuba kaji betul-betul kenapa bangsa diorang ramai yang mengundi PAS pada pilihanraya umum lalu.tengok kedah apa yang terjadi.khabarnya ramai benar tauke-tauke cina kat sana mengundi PAS.bukan takat mengundi aje,siap pakat ajak sedara mara diorang yang lain undi PAS.kesimpulannya,diorang ni tak rasist sebenarnya.diorang nak hidup aman dan harmoni walaupun sini bukan tanah asal diorang.buktinya kelantan,20tahun tuan guru nik aziz perintah,ada kita dengar cina sana mengamok tentang hak diorang dinafikan.yang aku dengar cina sana siap pakai kain pelekat,makan bersuap dan pakai baju melayu lagi duduk semeja makan dengan orang melayu kat sana.suadaraku yang budiman,janganlah kita melihat kepentingan sesuatu bangsa.lihatlah kepada keistimewaan bangsa yang lain,selami hati budi nurani mereka.mana tahu,lama-lama diorang terpikat dengan islam macam ADUN titi serong,yb idham lim abdullah seorang cina.ini tak,nga kor ming baca ayat quran,20 laporan polis dibuat ke atas beliau.yang pemimpin melayu umno siap hina dan perlekeh hukum Allah,langsung tak ada apa-apa tindakan.

ringkasnya,jangan kita melihat orang bangsa lain lebih hina dari bangsa kita.lihatlah keistimewaan sesuatu bangsa itu yang tidak ada pada bangsa kita.letakkan islam pada asasnya.bukankah orang islam itu bersaudara tak kra apa bangsa pun di seantero dunia...wallahualam.

Anonymous

apek longsi
hidung kepek tak dak isi..
dulu masa saya kecik2 selalu kata mcm tu

-ramzi-

hanief,apa khabar?
saya pun kerja dgn taukeh cina ,
bawa van jugak,toyota hiace..

Fernando Torres

ingat..bila sebut UMNO jangan lupa sebut LAKNATULLAH..sebab mereka samakan TAKBIR & TAKE BEER..orang kafir saja buat cmtu...MENGERTI???

Anonymous

faham dan mengerti fernando!!

-ramzi-

underBear

pasal pengundi cina di kedah.aku knal dgn sorg anak bekas adun kedah(umno).time PRU aritu,tokey2 cina ni,mmg berbaik dan berkawan dgn geng umno.biasa la,geng umno kasi pojek,geng cina kena la kasi undi kat BN...tp bla puak lain tngok,diorg tgor la puak cina.knp baik2 lagi sama umno?puak cina jwb,lu jgn risau.kami mesti makan 'roti canai' ma.....perkataan 'roti canai' slalu disebut-sebut.
apabila kputusan kluar,pas menang besar.baru puak umno prasan,code 'roti canai' rupanya adalah pengganti utk lambang kpd PAS.

Anonymous

ceramah berapi api dr pemidato umno yg memboleh menumbangkan pakatan pr sila lihat link ini.

http://4.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/Sszc-N7hl7I/AAAAAAAAA8A/QnyshORnZVo/s1600-h/P1060078.JPG

Anonymous

kalau sapa2 nak kata apa2 kat ramzi,e mail kat sini,namakuzi@gmail.com

-ramzi-

anakseluang

kaum cina akan dipimpin oleh satu taiko utk satu kawasan. kalau meLAYU ada koperasi depa ada persatuan. Koperari meLAYU gaduh pasai ranking atas, depa sepakat cari jalan. meLAYU nak bisnes jenuh cari modai depa nak bisnes persatuan dok satndby.
mai pilihanRAYA depa sepakat. last2 meLAYU MEREMPAT.
MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT... JOM LA HIJRAH...

duke of hazard.

betul tu anakseluang. kite harus hijrah kan mind set kite dr cantas mencantas kepada kemuafakatan mcm cina buat dgn menolong org org bawah mereka. baru la maju. bayangkan bagaimana dengan sedikit resource yg diberikan pada mereka dimalaysia, mereka tetap berjaya.

we in the other hand.....hmmm.... pemimpin umno kite sering mencarik jalan bagaimane kite bertengkar sesama sendiri. idea suruh kite bertengkar antara cine dan india dah tidak berhasil, mereka carik jalan utk kite bertengkar dgn indonesia pula.

shame on you umno!! shame on you.

ps: link yg anon bg tuh memang lawak gile, penceramah umno hanya dihadiri oleh bebudak sekolah jek...hehehe

Anonymous

Alamak Anep ni sebenarnya spy PKR. Aku jamin AMK hantar dia untuk survey sebanyak mana syarikat dan lifestyle budak2 muda di sekitar Lembah Klang.

Ko ingat aku tak tau ker? Abes la AMNO kalah teruk PRU13 ni.

mat mong-gold

kan aku dah kate umno nih parti pembunuh. setakat bunuh teoh beng hock nih celah gigi jek. skang umno dah bawak gangster masok kat bagan pinang pegi tetak pekerje pas.

well, it seems no surprise for me. that what umno is all about.

Anonymous

:o HOAAHHH!!! ngantuknyee..
boring!

Anonymous

hooAAHHHHHH.........patut laaa ngantuk.......ceramah umno lebih kerusi dr org....mmmm tido lg baik!!

Fernando Torres

UMnO Parti KAFIR

Anonymous

macam mana nak setempat kalau banyak bahasa? contoh : indonesia, wajib semua bahasa indonesia tak kira bangsa cina,jawa,minang,bawean,madura,jakarta. masa aku pegi melancong kat surabaya, saja pegi shopping mall.. cina semua cakap indon. kagum aku.

aku belajar kat university swasta, tgk muka cina (mata sepet + kulit yellow2 putih = standard cina.) kawan dgn muka jawa dan borak satu bahasa. cina indonesia mmg x reti cakap cina.

point aku kat sini, kenapa wujud Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India ? - cube kalau hanya satu skolah, SEKOLAH KEBANGSAAN!. tada masalah sekolah kebangsaan buka subject bahasa cina dan tamil. betul?

mende ni kalau nak apply skrg dah tak guna, sepatutnya dari awal2 dulu masa Kemerdekaan. ini Tanah Melayu (dahulu lah), UMNO pada tika itu sangat kuat dan sebagai ketua parti, patut jadi LEADER yang betul, TEGAS..
"INI TANAH MELAYU, GUNA BAHASA MELAYU, TAK SUKA BOLEH BALIK KE NEGARA ASAL." - ini kata2 sepatutnya dari ketua kita dahulu.

pegi lah tgk tv di indonesia - iklan2, semua satu bahasa.. tak macam malaysia.. Iklan, Berita, Rancangan.. ada 4 bahasa - English (mcm utama skrg), MElayu, Cina, Tamil.

haiih.. mmg x racist, tapi mcm mana nak berkelompok, dan bukan tiada, tapi x banyak, sangat sedikit.

budakkampong

Fernando Torres said...

UMnO Parti KAFIR.


WA WA WA.... TU STGMENT SI FERNDO TORRES DAN MENANGG..LAWAK GABAN HUDIEN PUNYA GABAN..SENDIRI PAKAI NAMA KAFIR,LEPAS TU TUDUH UMNO KAFIR...WA WA WA...HU HU HU .... WE FERNDO TORES DAN MENANG NUU PI SUPERMART TGOK CERMIN KALAU TAK MAMPU BELI CERMIN...JGN BUAT PERANGAI SEBURUK RUPA WEI... HA HA HA ,,HU HU HU WA WA WA...

Anonymous

nasihat saya untuk bangsa saya
budak2 melayu sama2 tarik baju budak cina masuk u
orang tua melayu duk lawan berlaga kepala geng hindu jadi ketua


UMNO MELAYU?
U for untuk
M for merosak
N for nasib
O for orang
MELAYU

PR?
P for perosak
R for rakyat

jom join PERIKATAN ISLAM MALAYSIA
"matilah sebagai seorang islam bukan mati sebagai melayu tapi murtad..."

"marilah menuju kejayaan...

budakkampong

teguran yg penuh makna tuu...
semoga diberi pertunjuk olehNYA pada aku dan semua saudara2 ku....AMINN...

Post a Comment

Blog Archive