Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Apabila Akhbar ( NSTP ) Memfitnah

Friday, November 27, 2009

Apabila Akhbar ( NSTP ) Memfitnah


Court orders NSTP to pay RM100k to Anwar

Baru-baru ini akhbar NSTP kalah dalam kes mahkamah. Kes tersebut berkaitan berita fitnah ke atas Anwar Ibrahim yang disiarkan NSTP. Pemimpin Pakatan Rakyat itu menang RM100,000.

Ini suatu perkara serius yang perlu kita ambil pusing. Sejak saya menulis blog yang menyentuh hal-hal politik, ramai di antara para pembaca mengatakan saya sepatutnya percayakan media arus perdana dan jangan percayakan Internet dan blog picisan.

Media arus perdana seperti NSTP? Di Malaysia, semua media hampir semuanya dikuasai oleh satu syarikat. Tidak akan keluar satu berita sekiranya tiada kata putus dari ketua syarikat. Bukan?


Malah apabila dibaca atau pun ditonton (berita), semuanya senada dan seagenda. Sebab itu banyak beritanya membosankan, melainkan berita luar negara dan berita sukan.

Apa yang saya khuatir ialah, sekiranya media arus perdana ini pernah dan sedang menipu dalam perkara yang lain juga. Terutamanya hal-hal berkaitan ekonomi dan kesihatan negara kita.

Apa yang dibaca di dalam akhbar (berita ekonomi) jelas sekali berlawanan dengan reaksi dan keluhan rakyat di bawah ketika ini. Anda boleh cuba sendiri dengan turun ke bawah dan bersembang dengan rakyat terbawah ini.

Paling terbaik, anda lakukan seperti saya. Ambil satu posisi kerja kuli dengan syarikat kecil. Dalam blog ini pun ada pos yang berkisarkan peluang pekerjaan bawahan. Inilah saja caranya. Sendiri rasa, sendiri tahu. Apabila dibandingkan dengan berita, jauh berbeza, jauh berbatu.

p/s: Akankah NSTP terus menipu dan mengkayakan Anwar Ibrahim dengan lagi satu RM100,000 ?

18 comments:

Anonymous

itu mestiiiiii.....aku harap NSTP teruskan niat murni itu supaya anwar dapat saman 10x ganda dr sebelom ini, insyallah.

Anonymous

saya cadangkan begini ..... NSTP bayar dulu kepada DSAI anggaran RM250,000 untuk setiap berita palsu, fitnah da meloyakan yang akan disiarkan tentang DSAI. Dengan cara ini tak perlulah bersusah payah turun naik tangga mahkamah.

Anonymous

saya cadang kan supaya teruskan usaha NSTP yg murni utk memburukkan nama anwar ibrahim, lagi banyak lagi bagus. dah kene saman, duit tu leh buat belanja parti nanti. ade la sikit contribute dr pihak kerajaan utk pembangkang, ye laaa minyak korang dah rampas kan...hahahahahahahhaahhaha

penjenayahh Berprofit Tinggi

saya cadangkan anda smua cadangkan lagi cadangan agar ruangan ini banyak cadangan untuk dicadangkan kepada pemimpin yang sedang bersidang..ah cadang ke mung!!(ayat budak kuantan) hehehe

Anonymous

cadangan ditutup!!!

budak kampar

belum tutup lagi.saya cadangkan NSTP menfitnah pimimpin BN plak.tengok ape reaksi diorang.hahahaha.confirm bos dgn ketua editor NSTP panas punggung dan dipecat dgn serta merta.huhuhu......

Anonymous

Dah budaya gitu nak buat camna.....

Anonymous

Tak boleh fitnah pemimpin terutama BN tu...nanti TULAH plak. Derhaka namanya itu. Mereka buat semuanya BETUL mereka MAKSUM bertaraf NABI..hehee

Anonymous

harga bawang besar naik gila.. 3 kali ganda. :( itu hari anep kata mungkin harga gula naik pulak. haiih.

- pukimak utk MatMonggol dan Puaka-Slut yang senang ria pegi US habiskan duit rakyat.
http://anwaribrahimblog.com/2009/11/26/najib-in-washington-dc-without-any-agenda/

Anonymous

hahaha.. biasa petikan berita anep dari NTV7, tapi kali ni the edge.

ntv7 ngan nstp kan adik bradik. malulah nanti. :P

Anonymous

eh mana budakkkampong, mat bold ngan sekolah pondok?

tanak defend akhbar favorate korang ka?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA

Anonymous

kene saman bai.......malu tuh......dah terkene kat btg hidung sendri mane nak muncul. symptom symptom org pengecut. post hanief pasal nstp kene saman dlu po die tak muncul

kahkhakhakahkha.

diorang nih dah la kene tipu dah tu ditipukan......kesian. tu yg menjerit jerit mcm mamat umno dlm youtube suruh "berambus" sebab tak dapat terima kenyataan.

KAHKHAKAHAKHKAHAKHAKAHKAH

hj bakhil ; padan dgn muka kao seetaannnnn!!!

Anonymous

Media Prima Berhad is a media corporation in Malaysia. Through its subsidiaries, it controls several television networks, newspapers and a radio station. The company was established and launched on 23 September 2003 and is linked to Malaysia's ruling party UMNO.

sumber daripada:http://en.wikipedia.org/wiki/Media_Prima

budakkampong

Dakwaan Nik Aziz diragui

Datuk Harun Taib

# Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berasa pelik dan tercari-cari akan kewujudan ‘Kolonel Mat’ yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

# Hanya Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama ‘Kolonel Mat’.

# Kata Harun, para pemimpin Pas lain juga tidak mengenali siapa sebenarnya ‘Kolonel Mat’.

# Nik Abdul Aziz pula enggan mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ walaupun ketika diasak oleh pihak media.

# Ketika ditanya dan diasak oleh pemberita Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Cukuplah... cukup-cukup."

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, mungkin Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama Kolonel Mat itu.

Malah beliau turut yakin, para pemimpin lain parti Pas juga tidak mengenali siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

“Saya rasa hanya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) seorang saja yang tahu dan kenal siapa sebenarnya Kolonel Mat, kalau tanya saya siapa dia (Kolonet Mat) saya memang tak tahu.

“Malah, saya rasa pemimpin Pas lain juga tak kenal atau tahu siapa Kolonel Mat ini, hanya Tok Guru saja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun ditanya siapa sebenarnya Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz yang didakwa bertindak sebagai dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Mursyidul Am Pas itu.

Ditanya mengenai kesahihan wujud konspirasi menjatuhkan Nik Abdul Aziz, Harun hanya menjawab: “Itu saya tidak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya.’’

Anonymous

ambeil mane tuh budakkampong? utusan?

KAKAKHKHAHAHAKHAKHAKHAKHAKHAKHAKAHHAKHAKAHKAHKAHKAHKAHAKAHAKHAKAHKAHKAHKAHKAHHAKH

budakkampong

Dakwaan Nik Aziz ada asas

KOTA BHARU 29 Nov. - Semua pihak diminta tidak ghairah mengkritik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini berhadapan dengan cubaan pihak tertentu mahu menjatuhkannya.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai 'Kolonel Mat' ada asasnya dan mesti diberi perhatian serius.

Beliau percaya pemimpin Pas tersebut tidak berbohong dan konspirasi besar yang dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan itu memang wujud.

"Adalah lebih baik jika identiti 'perancang' konspirasi tersebut sama ada dari UMNO atau Pas disebut secara jelas oleh Nik Abdul Aziz bagi mengelakkan beliau dituduh membuat kenyataan sembarangan.

"Kenyataan itu adalah sesuatu yang serius. Saya tidak fikir beliau (akan) keluarkan kenyataan kalau tidak ada bukti. Malah beliau sendiri sebut ini barang sahih.

"Daripada suara Menteri Besar sendiri menyatakan ada suatu konspirasi yang besar, saya tak fikir beliau berbohong, jadi elok identiti (Kolonel Mat) dijelaskan supaya orang tidak menuduh beliau membuat tuduhan tanpa asas," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Aidiladha Bersama Warga Tani KADA di Dataran Warisan, Kok Lanas hari ini.

Anonymous

Lawak2...lawak...dah nampak sgt NSTP dah takder kredibiliti...Suma berita NSTP aku dah tak cayer...yang bole caya nombor giliran masuk neraka jer...kahkahkah...

Anonymous

dakwaan NSTP ter kene saman...KHAKAHAKHAKHKAHAKHAHAKAHAKAHAHKAHH

berita menipu ld ditipukan.

Post a Comment

Blog Archive