Malaysia : Tong Taik UMNO: Google Chrome OS

Saturday, November 21, 2009

Google Chrome OS

Google Chrome OS


Video demo of Google Chrome OS, Taken At Mountain View Debut

Hanief: Google tak main offline OS. Semuanya online. Ini kalau TMnet Streamyx masih sangkut-sangkut, Google Chrome OS tak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia rasanya.

8 comments:

nazri

woh x lama lagi trend OS pakai web based.. cun :)

budakkompang

Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta

IPOH, 20 Nov: 10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan kerajaan Malaysia.

Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.

K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan, bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati akibat kejadian di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Coi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh pagi tadi.

Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa.

Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut.

Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.

Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung kehilangan dan kerugian.

duke of hazard.

google chrome os nih tak prektikel utk Malaysia nyer kelajuan internet yg sumer sedia maklum "slow mcm shilake!!!".

takper lar, kite tengok mcm mane tahun depan nih, kalau betul kerajaan nak upgrade sistem internet nih. jgn nak tunggu org luar complain baru nak update. tindakan susulan dr kerajaan selalunyer slow bile melibatkan rakyat tp kalau projek mega...mmm...tangkass!!

mane tak tangkass, nak dapat commission.

Joan Roman Riqulme

mongolia maju 2020

Anonymous

google crome ni web browser ke? bende ni software berbayar ke?

duke of hazard.

gogle chrome os nih operating system yg baru, bukak bukak pc trus masok web browser, semua aplikasi ade kat server sana. tu yg tak praktikel bg org malaysia pakai sebab google os nih pakai cloud computing sumer system bergantung pada kelajuan internet. kalau kelajuan 1mbps baik jgn bermimpi.

Anonymous

bgs memang bagus teknologi nih, tp mcm menggalakan supaya kita senang dijajah. sebab mesti semua maklumat dan framework dia org barat yg jaga.

kalau malaysia nak survive jugak networked application, baik kita pakai terminal je ahhahaha

Anonymous

welp...name pon cloud computing.

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive