Malaysia : Tong Taik UMNO: Program Inkubator Usahawan Belia Tani

Monday, November 9, 2009

Program Inkubator Usahawan Belia Tani

BESUT 8 Nov. - Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) akan diberi peruntukan tambahan bagi menarik lebih ramai penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, penambahan peruntukan tersebut dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti.

Katanya, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM4.6 juta untuk program berkenaan dan perbincangan untuk menambah jumlah berkenaan akan dilakukan.

"Menjadi hasrat kerajaan untuk menarik minat usahawan tani muda kerana dalam masa yang sama mereka boleh membantu kerajaan mengurangkan import bahan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 45 peserta Program Inkubator Usahawan Belia Tani 2009 di Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, di sini, baru-baru ini.

Mengenai masalah kekurangan modal, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan TEKUN bagi membolehkan peserta yang lulus program berkenaan layak diberi jumlah pinjaman tertentu sebagai modal.

"Masalah ketiadaan tanah untuk dijadikan tapak penanaman pula, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri sekiranya mereka boleh menyediakan kawasan tanah terbiar kepada peserta kita untuk diusahakan," katanya.

Pihaknya juga menyarankan usahawan tani membentuk pakatan sesama sendiri bagi membolehkan pengumpulan hasil pertanian untuk menjamin bekalan berterusan dan konsisten jika ingin menembusi pasaran pasar raya.

"Peserta juga mendapat kerjasama baik daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari segi pemasaran, jadi kita harap mereka dapat menjaga kualiti produk yang dihasilkan bagi memastikan produk mereka dapat sambutan," katanya. - Program IUBT diberi peruntukan tambahan

Mohon masa bulan September 2009 lepas.

Dalam bulan ini ada temuduga. Nak tanam cili pun ada temuduga.

Hanief: Saya tak kisah kalau tak dapat. Pergi ke ladang-ladang pun kita boleh tanya saja macam mana nak tanam cili secara komersil. Sebelah ladang cili, kita bela arnab nanti. Dapat baja tahi arnab, cili pun melebat. Lepas itu kita panggil anak-anak muda bekerja di ladang. Kita maksimumkan gaji mereka. Bos atau kuli gaji kena sama. Kemudian barulah kita dapat kurangkan pekerja asing. Dari situ kita boleh dakwah budak-budak muda untuk menentang rasuah dan untuk mempertahankan tanah-tanah pusaka yang mereka miliki. Ada banyak lagi idea. Nanti saya beritahu lagi.

37 comments:

Anonymous

No 6 jalan pelangi 6,
taman pelangi.
51100, kuala lumpur

Anonymous

ni kerajaan nk bg ilmu tanam cili secara formal..mesti ada modul yg lengkap bermula dari A hingga Z..merangkumi semua aspek spt penyakit pokok cili, racun yg sesuai, baja yg sesuai dan lain2..kalau pergi tanya dekat ladang cmne nk tanam cili, diorg blh bgtau tapi bukan secara lengkap dan formal la..mesti ada ilmu yg tertinggal punya..modul pun xde xleh nk buat rujukan pada masa hadapan.

Anu

Anon carik alamat, dia nak intai perempuan yang tulis blog ni. Wakaka... gatal sungguh!

AleXeNdEr reEz

kamon wei anep..respon a flyer ak bg depan mesin air tuh....ak tunggu dowh...jom a wat bisness sme2..

MoJaVe TrooPer

syabbas merebete..syabbas..inspector sahab bombay police station

cawan

baguslah ada benda buat..

Anonymous

anip tanam daun mcm kat layout ko nih,..mst untung bnyk

Anonymous

pegi je la nip. boleh up skit pendapatan ko dari rm823.

Anonymous

power la nep. pegila .. apa2 opportunity pun, yg bezanya samada ko bersungguh2 atau x. rezeki di tangan tuhan.

mou meng

Semoga berjaya anip. Saya sokong anda.

underBear

hg wat ja hanip..xleh laju2,plan2...jnj jln...
pluang kita mesti rebut.

KUDA TROJAN

Pergi aje nip, nanti aku follow belakang

Anonymous

Apa apa pun... kerajaan ada nak bantu... cakaplah tima kasih....takkan nak kondem je.. at least bila kerajaan support..kene berterima kasih

Anonymous

sah bipolar.. ni namanye flight of ideas..

Anonymous

Anonymous said...

Apa apa pun... kerajaan ada nak bantu... cakaplah tima kasih....takkan nak kondem je.. at least bila kerajaan support..kene berterima kasih

-------------------------------------------------------------------------------------------------

jgn politikkan perkara ni bro...

Anonymous

Aku doakan kau berjaya Hanip!

Anonymous

ek eleh.....dapat tu buat per nak tima kasih pada kerajaan.....tu duit rakyat malaysia laaa....aku sebagai pembayar cukai berdaftar....duit aku ader gak kat situ....ko pegi je la anep...duit kami diperuntukkan mmg khas utk mendidik takpa....tang membazir tu yg aku tak suka....

p.s: kerajaan kalau tak tahu cara mengagihkan kekayaan negara....tolong ketepi...sila bagi pada yang layak.....

Anonymous

syukur pada Allah, beterima kasih pada kerajaan. Kite bayar cukai tak seberapa. itupun ada yang lari tak nak bayar cukai pendapatan. kerajaan da bagi peluang, terbuka luaslah rezeki yang Allah nak bagi. bersyukur la.

Anonymous

terima kasih itu hanya layak pada allah S.W.T. kerajaan tidak layak diberi terima kasih sebab itu adalah sebahagian dr hak rakyat itu sendri. apa yg hanief dapat adalah 1/100 drpd 100/100 hasil kekayaan dibumi malaysia yg telah dibelot oleh golongan pemerintah mutakakhir kini.

terima kasih itu hanya layak pada mereka yg berkelayakan, pada pembunuh? mitak ampon, aku tak mahu disambar oleh api nerake kelak!

istanakristal

nep, ko cakap senang je nak maksimumkan gaji pekerja. aku dh bisnes 6 thn. ada 2 syarikat. ko kene fikir byk faktor sblm naikkan gaji. bila ko jadi bos baru ko tau. aku nak cakap pun susah sbb pasal gaji ni kene tgk byk sudut seperti berapa rajin pekerja ko, berapa byk keje ko, berapa byk untung ko,berapa byk duit simpanan sykt, mcm mana naik turun bisnes dan berlambak2 lg faktor. cakap boleh la.... gaji ni kalau dah naik tak boleh nak turun. nanti pekerja tak puas hati. mungkin ko tak pandang dari perspektif pentadbiran. yg ko pandang dari sudut pekerja atau org awam.

lagi satu aku tak setuju ko kata gaji pekerja dgn gaji bos sama. 100% salah. pertama ko kene ingat duit yg dihasilkan dari syarikat nak kene bahagi ke byk tempat. kalau ofis tu ada bil air, api, internet, sewa, minyak, audit syarikat, akaun dan berlambak2 lg. itu tak termasuk lg pekerja ko sakit, ko nak kene byr bil diorg. lps tu diorg ada cuti tahunan dan mcm2 cuti. kalau ko kira balik berpa hari je diorg keje sebulan. ko tak boleh kerah diorg mcm hamba abdi. kalau ko bg gak gaji yg tak ikut rate, aku jamin ko mesti menyesal+sakit hati dan bermcm2 perasaan lagi. jadi ko kene bg gaji yg berpatutan dgn level pekerja tu ikut rate semasa. ko tak boleh sesuka hati ko je nak tinggikan gaji pasal aku jamin kalau sykt ko tak cukup duit jgn harap pekerja nak tlg usahakan atau fikirkan jalan penyelesaiannya. yg diorg tau cukup bulan dpt gaji. ko sendiri yg terpaksa perah otak dan bertungkus lumus utk semuanya (kalau takder syer ngan saper2la) sebab tu bos kene gaji lebih sebagai hadiah atau membalas penat lelah selama ni dan sebagai semagat untuk memajukan bisnes.

sama juga kalau ko bukak ladang atau kebun. ko kene byr sewa tanah kebun tu. kalau ko beli ko kene byr bulanan kat bank. kecuali ko memang dah kaya. tapi yg aku tau ko masih duduk ngan mak ko lagi. lps tu kene byr duit air. kalau ko boleh gali telaga yg takder air tu kira okla. tapi aku rasa tak praktikal mungkin air telaga tu akan habis lg satu larat ke pekerja ko nak menyedok air tu segayung demi segayung. nak tak nak ko kene beli water pump. bila dah ada water pump ko nak kene byr duit letrik pulak. last2 ko guna air paip je. kerajaan cuma bagi peruntukkan air ngan api rm20+rm20 je. itupun tak semua tempat. sykt tak masuk dlm senarai.

ko kene fikir juga maintainance mesin tu. lori (kalau ada). baja ko nak kene standby gak. larat ke arnab ko nak berak hari2 untuk cukupkan kuantiti baja tu. racun perosak. cangkul, kasut but, kapak, parang, m16, c4. melalut2 pulak aku ni.

jgn pulak ko bg alasan semua tu tak perlu. bila dah sampai masanya baru ko tau. sbb ko bukan org bisnes ko bolehla cakap sesuka hati. cakap senangla. cakap bahsa inggeris je yg susah...

Anonymous

Let him be the first boss with that attitude. 1Gaji 1Malaysia.

golok terbang

kalau nak memaksimumkan gaji pekerja aku setuju.
tapi bab bos atau kuli gaji kena sama tu memang tak praktikal.

bayangkan gaji tauke restoran, tukang buat air, tukang masak, tukang cuci pinggan, tukang lap meja & tukang ambik order RM2000.

bayangkan gaji tauke pam minyak, tukang isi minyak & cashier RM3000.

bayangkan gaji tauke ladang kelapa, tukang panjat pokok kelapa, pemandu lori kelapa, tukang kopek buah kelapa & tukang mesin buah kelapa RM4000.

bayangkan gaji pemilik kilang, pengurus, penyelia, juruteknik, operator & tukang cuci tandas RM5000.

bayangkan gaji pengarah syarikat, pemandu peribadi, pegawai, kerani, ofice boy, tukang buat air & messenger RM6000.

kalau nak bayangkan semuanya, memang tak terbayang bai.
agak2 korang kalau gaji semua sama, korang nak jadi bos ke nak jadi kuli?
sendiri mau ingat la.

Hanief

Kalaulah saya ada sebuah syarikat, semua pekerja wajib memiliki kebolehan menggalas semua tugas.

Baik tugas kuli mahu pun tugas profesional. Sebab itu saya mahu gaji bos dan gaji kuli setara. Ada faham?

Dunia hari ini rata-ratanya masih menjalankan jawatan kerja yang terlalu spesifik.

Keburukannya, andai kata satu posisi itu orangnya keluar sebentar, makanya tertunggu-tunggulah pelanggan tidak terlayan atau tertangguhlah kerjanya.

Bukankah zaman sekarang zaman multi-tasking dan multi-talent? Siapa yang tak ada dua benda ini, dia akan tercicir.

Jadi kenalah dia lengkapkan diri secepat mungkin.

Jubin

Maksud kau, bos pun kena pandai jadi kuli?

Dan kuli pun mesti pandai jadi bos?

Ini dah macam corak perniagaan adik-beradik. Kalau orang biasa susah nak dapat yang superb macam tue.

Hanief

@Jubin
Itulah yang saya maksudkan.

Anonymous

tak mustahil dilaksana....sbb kadang2 tgk bos pon lembap gak....makan hasil dari perahan tenaga kuli jaaa.....
ader certain company, kuli tahap degree engineering tapi bos tahap diploma jer...tu pon diploma in secretary....
hmmm....disebabkan bos anak dato'....ader modal byk....buleh laa tubuh company dan kaut tender besar2...yelaa kenalan dato' kan ramai....
jadi rasanya tak salah syor hanif tu....kesusahan dirasai bersama.....bila dah senang pon sama2 laa rasai...

istanakristal

nep... ko ni masih tak faham2. ko penah jadi bos tak? sbb ko tak penah jadi bosla fikiran ko dari sudut bawah tentang bisnes. aku bisnes tak besarla. tapi setiap bulan kene ada hampir 10k la untuk byr gaji pekerja. ko cakap senang je nak suruh buat apa yg bos boleh buat. kalau diorg boleh buat apa yg bos boleh buat, baik diorg bukak sykt sendiri jer. ko fikirla, ko pegi jumpa klien yg besar2 contohnya ada org sanggup bagi tanah kat ko utk bertani tapi dia minta untuk bincangkan tentang keuntungan, ko ingat tukang cuci ko boleh buat? silap2 peluang boleh terlepas mcm tu je. kalau diorg boleh buat pun mata diorg akan terbukak untuk bisnes lps tu diorg buat sendirila. ko kene ingat manusia berbeza2 dari segi pemikiran. ada yg tak mampu berfikir walaupun masalah kecik. ada yg masalh besar giler pun diorg boleh relax je. sebab tu diorg jadi kerani, tukang cuci. kenapa org jadi bos? sbb diorg pandai berfikir. lg 1 ko nak ajar org ko ingat senang ke? kalau org tu memang takder bakat, ko ajarla sampai mulut ko berbuih mcm shabery pun jgn harap org tu boleh buat dah memang level diorg mcm tu. tu pasal IQ pun ada ukurannya sendiri.

lg 1 kalau ko samakan pun gaji diorg ko tak der bende lain ker nak byr? diorg tu kerje untuk dpt duit tiap2 bulan. bukannya diorg fikir mcm mana nak maju kan company ko. termasukla kalau ko upah marketing. walaupun diorg marketkan bisnes ko bukan untuk tujuan nak majukan ko. pasal diorg nak payment diorg. pendek citer ko tak boleh samakan gaji pekerja ngan bos. tapi ko boleh samakan taraf pada luar waktu kerja. contohnya lepak kat maplay minum teh tarik ngan pekerja.

itu pasal ada position dlm setiap sykt. ada kerani, tukang cuci, marketing, mat pion, dan mcm2 lg. ko ingat cita2 diorg dari kecik memang nak jadi tukang cuci ker? pasal diorg punya level pemikiran memang mcm tu. aku tak cakap pasal tahap pendidikah pasal aku pun belajar sampai sekolah rendah je. spm langsung tak der. pmr ambik sendiri je. itu pun waktu umur 17. umur aku mcm ko 25thn. tapi aku tekankan mcm mana cara manusia tu berfikir. terus terang jer sorang jer pekerja aku yg umur bawah dari aku. yg lain semua lebih tua. malah ada yang dah beranak pinak pun. korang ingat diorg tak teringin nak jadi bos? pasal diorg dah cuba tapi daya pemikiran diorg tak kuat akhirnya terpaksa kerja bwh org.

lagi 1, org atas aku ni cakap kadang2 bos lembap. aku mengaku bende tu atas beberapa sebab mungkin org kat atas ni expert tentang suatu kerja dia tgk bos dia lembab je buat keje tu. bolehla cakap bos lembap. tapi kenapa dia jadi bos? sebab dia pandai tentang bab yg lain. lgpun byk bos yg sebenarnya tak tau pun nak buat kerja. tapi dia pandai jadi bos. contohnya dulu aku pernah kerja bengkel repair kete dan cat kete. bos tu satu haram pun tak tau buat semua keje kat situ. tangan kotor sikit dah cuci ngan air sabun. sbb apa dia jadi bos? sebab level pemikiran dia tak sama dgn org lain.
cakap senangla nep... cakap inggeris jer yg susah....

istanakristal

weh aku lupa lagi 1, kalau ko ada pekerja tahap atasan contohnya pengurus yg gaji diorg rm4,5k. tiba2 hari tu tukang cuci tandas tak dtg keje. boleh ker diorg cuci tandas. sedangkan kat umah diorg pun diorg pakai pembatu rumah. dahla diorg pegi keje smart2 ada yg pakai kot. tapi kene cuci tandas. lepas tu diorg akan mengumpat belakang2. akhirnya hubungan bos dan pekerja jadi renggang. ko pikir2 la....

awe

salam anep,
anep ..cakap mmg senang..tak semudah tu yang ko sangkakan...macam nielah ...ko pernah tak ada bukak kedai..sebelum nie dan ada pekerja...
Bukan senang Nep...sbb tu ape2 pun kene mula dari bwh...

Apa yang aku nampak ko masih tercari2 hala tuju idup ko Nep...
sebagai nasihat ikhlas dari aku nie...ko kena cari kekuatan yang ko ada ni nep...

katalah ko mmg bagus dlm bidang IT, sebenarnya ko boleh cari keje bagus dgn kepakaran ko ni...kat luar negeri nie sebenarnya banyak dan ko masih muda.

Nep cume nak berkongsi pengalaman dgn ko,,...aku dah keje kat luar nie hampir 9 tahun dan pulangannya mmg lumayan..cume kita perlu update knowledge kita dari masa ke semasa.
Aku dlm bidang komunikasi, keje secara kontrak dgn nokia di saudi ketika ni...middle east ni lubuk sebenarnya (walaupun sekarang nie ..tak semewah dulu..tapi rate masih ok lagi)...

Hanief

@istanakristal
Jika ikut cara saya. Bos tak perlu bergaji besar. Biar bergaji sederhana sama dengan para pekerjanya. Barulah timbul rasa adil di kalangan mereka. Tiada ungkitan macam-macam dan iri hati yang menyebabkan tikam dari belakang.

Mereka juga perlu didedahkan dengan segala-gala ilmu untuk dinikmati bagi memperkasakan satu syarikat bersama.

Kayanya seorang bos, kerana pekerjanya dibiarkan bodoh dan bergaji rendah serta dikerah habis-habisan seperti hamba. Jarang sekali untuk kita lihat kayanya seorang bos, jika gaji pekerjanya dibayar dengan gaji yang munasabah.

Banyak bos-bos di Malaysia takut jika ada pekerjanya akan naik dan buka syarikat yang memiliki perniagaan yang sama.

Bagi saya kita tak perlu takut. Kita perlu berkongsi kekayaan syarikat dan jujur sesama kita. Bukan bolot seorang diri.

Jika mereka buka syarikat sendiri, itulah anak didik atau pun bekas pekerja kita. Bukan begitu? Kita patut bangga. Negara kita pun akan maju. Teknologi secara tidak langsung akan berkembang pesat. Apabila wujudnya banyak syarikat, maka cara-cara atau pun teknologi baru akan dicipta bagi memantapkan sistem perniagaan dalam syarikat.

Seperti pos blog saya yang lepas, saya lebih percayakan bidang pertanian berbanding bidang yang lain. Lebih-lebih lagi, di kala kegawatan ekonomi begini.

Anonymous

memang sah hanep ni bipolar.. pemikiran die tak matang.

Anonymous

lg sah ketidak matangan seseorang individu yg mengaku study di university of menchester city....hehe

budakkampong

bt stgment bangang lg mamat hanief ni..ko dah cakap lebih percayakan bidang pertanian kan,yg ko gi keja angkat tin tu bidang pertanian ke bai../?hu hu..ko buat kisah lawak terlampau ke ape..?lain cakap,lain yg dibuat..wa wa wa..

istanakristal

anep takkan faham selagi dia tak alaminya. sedangkan bos byr gaji rendah kat pekerja pun byk sykt yg gulung tikar inikan pula gaji tinggi. lagi satu bos perlu gaji lebih sebab bos lebih byk keperluan berbanding sykt. duit minyak pekerja hanya ulang alik pergi kerja je. bos pulak byk tempat nak pergi. deal sana. deal sini. nnt ko dah bisnes ko taula. aku ni org bisnes sejak umur 19. member2 aku pun semua bisnes. rekod aku makan gaji cuma 3 bln je. ko pulak nep suka tukar2 kerja. kononnya nak cari pengalaman. bukan mcm tu nep nak bertapak dlm hidup ni. ko kene fokus kat satu tempat. bukan kejap keje kat low yat. kejap angkat tin. kejap mengganggur. tengah tumpang org tua boleh la... bila dah hidup sendiri baru tau...

istanakristal

sebenarnya bisnes pertanian pun ada kesan juga ngan ekonomi. baja boleh naik harga. racun pun sama. benih juga.itu tak termasuk musin hujan dan kemarau. kalau ko tanam sayur habis la... tu pasal sayur pun ada naik turun. dulu aku pernah berniaga kat pasar borong jual sayur. sampai skrg aku tak berminat utk ceburi bidang sayur menyayur ni. kalau tak jual dlm masa 3 hari. sayur dah busuk. terpaksa bersaing dgn yg lain. kalau jual murah untuk habiskan sayur tu untung pulak tak ada. kalau mahal org tak nak beli. senang citer ko jadila bos yg ko impikan tu lepas tu baru ko tau. bos2 yg byr gaji rendah tu bukan dia suka2 nak byr. sebab keadaan memaksa. lagi pun kita perlu ikut jejak langkah org yang berjaya. barula kita boleh berjaya.

kasturi

ko ni hanief, aku terpikir gak nape ko x berjaya jd bos. mungkin Allah s.w.t na menggelakkan daripada pekerje ko kelak merana akibat pemikiran ko yang sempit lagi buntu x merasa ngan x bersyukur dengan nikmat dari-NYA. Ini lah die(Hanief) insan yang ditutup dan digelapkan mata hatinya. Lekas-lekaslah bertaubat hanief.

Anonymous

aku just nak bagi coment..aku lepasan IUBT 09.x rugi ko masuk program nie..walaupun 8 buan byk faedahnyer yg ko dapat..bukan setakat tanam cili je beb.but lain2 kursus ko dapat blajar..klu kat luar beribu2 kena hbs..ni gov siap bagi elaun bulanan plak lagi..then duit projek kita yg dapat beb.."pertanian adalah perniagaan" any question about IUBT mail me to syairil_ady@hotmail.com

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.

Blog Archive