Naik Taraf
Arnab semakin banyak sehingga ibu-ibu arnab berebut zon untuk beranak di dalam tanah. Ada tanah yang kurang sesuai (kerana terdedah penuh pada limpahan hujan) maka saya terpaksa naik taraf rumah arnab yang ada sekarang.
Berhenti Kerja
Oh, ya. Saya juga baru berhenti kerja berikutan hal arnab dan juga beberapa hal lain seperti kerenah Budak Sabah yang kaki botol dan kaki judi juga. Tidak terlepas juga budak Kelantan yang kaki rokok.

GST Rompakan Siang Hari
Lagi pun dengar khabar harga minyak akan naik lagi 2010 ini (tinggal 2 minggu saja lagi), lokasi tempat kerja yang jauh (Kelana Jaya) akan meranapkan motor dan gaji RM800 saya. Ditambah dengan kehadiran GST (Rompakan Siang Hari) bawaan kerajaan UMNO-BN. Yang mana GST akan menerbitkan budaya cukai 4% pada semua barang di sekeliling anda kecuali:-
- Beras
- Sayuran
- Tepung
- Gula
Garam naik harga agaknya? Hahaha... 4% ini secara matematiknya, jika sepasang kasut berharga RM100, maka ia akan meningkat harga sebanyak RM4 dan menjadikan kasut itu berharga RM104. Perlu diingat, bukan kasut sahaja. Lihat di hadapan anda, ada monitor, ada laptop, ada speaker, ada papan kekunci, ada tetikus, ada kamera web, ada cermin mata, ada AVR (auto voltage regulator), ada modem, ada router tanpa wayar, ada meja, ada kerusi, ada pemutar skru, ada kitab suci, ada kamera video, ada telefon bimbit, ada air mineral, ada sinki, ada jubin dan lain-lain. Bukalah mata kita semua.
Itu belum cerita bab cara pembelian melalui kredit. Caj servis mesin kad kredit sering dialirkan pada pengguna, di mana ia sepatutnya diharungi pekedai itu sendiri. Selalukah anda dikenakan lebihan caj kad kredit sebanyak 2.5% ?
Sesetengah kedai ada yang bantai sampai 4%. Jadinya peratus GST campur dengan peratus caj kad kredit, 4% + 4% = 8%. Kalau beli kasut RM100 tadi, selepas cukai harganya melambung kepada RM108. Jadi kalau nak beli barang, tak boleh bawa sejumlah wang yang tepat. Kerana adanya tambahan harga akibat peratus cukai GST dan caj kad kredit (jika dilakukan secara kredit).
Mengapa jadinya begini? Jawab saya, mungkin kerajaan dah terhutang budi dengan para pemodal besar. Pemerintah sekarang hanya bak boneka yang bertalikan para pemodal besar. Ahli politik ini pakailah kot jenama designer sekali pun, naiklah kereta kebal sekali pun, duduklah dalam istana Permaisuri Elizabeth sekali pun, saya tak ada masa untuk layan mereka ini. Arnab saya lebih mulia dan bebas cukai.
Servis Komputer Percuma
Buat masa ini saya sedang menumpukan perhatian sepenuhnya pada arnab dan juga menawarkan perkhidmatan servis komputer secara percuma. Sesiapa yang berminat nak jimatkan duit, anda boleh hubungi saya di 03-4022 0853 (Hanief). Saya menawarkan servis komputer desktop atau laptop, networking, CCTV dan banner/bunting design. Semua saya tawarkan secara percuma.
Kepada syarikat yang khuatir dengan servis percuma ini, gajikanlah saya dengan gaji RM2500. Jika tak mampu, biarkan saya terus membantu orang ramai dengan servis percuma ini. Servis ini ditujukan pada pengguna di rumah. Bukan untuk pengguna di syarikat atau pun kedai komputer. Ini peta rumah saya.
Selamat berjuang semua!

19 comments:
Wakakakaka Apa benefiet kerajaan buat GST Kalau Kerajaan GST(Gagau Semua Tempat)
salam
pasni kene GST,pastu harga minyak naik pastu yuran skolah naik...
takde yg pasti dgn kerajaan UMNO - BN.
p/s: klu beli arnab ko kene GST gak ke nep?
off topic
nip ko pakai streamyx pakej ape?
aku dengar ko slalu complain psal streamyx.
1MB saja. Pakej orang sempoi.
Rupanya rumah ngko tak brape jauh dengan rumah aku anep!
Sri Gombak
wow.. ok per... aku 384 jer nep!! x larat nk byar.
download bleh pegi 60kb jer. sial.
umah ko pun dkat ngan aku nep. aku padang balang!!
Majikan saya tipu gaji saya sebanyak RM550.00!
Cerita meletop-letop....sekejap kerja lepas tu berhenti..alasan budak sabah kaki botol dgn budak kelantan kuat isap rokok...pooodaaah
apahal mamat atas aku nih......mabuk ka apa nak marah marah. lantak dier lah nak tulis ape yg ko dah tau menyampahmpah nak baca ko gi baca gak......itu la nama nyer BOOODOOOOO.
kahkahkahahkhkaahakahkhakha
Anon 5:35 terasa ati sebab dia suka hisap Gudang Garam, Wine pun kadang-kadang dia layan gak...
Cuba tiru macam I, hisap batang sama dengan minum air badan.
Mari semua kita berhenti kerja. Bagi semua taukeh kelam-kabut. Makin cepatlah UMNO telanjang. Hoorayyyyyyyyyyy!!!!
aku pakai 1mb share 1 flat rumah aku. Jimat skit. Minggu depan baru start pakai 4mb plak...insyaAllah. Laju ker tak pun tak pasti klu pakai 4mb. Skrg ni 1mb ok lagi la.
ya mari kita sama2 berjuang :D
masing2 dengan cara tersendiri
membaca pengalaman saudara sedikit sebanyak memberi saya inspirasi dan ilmu
kt ireland, walaupon recession, pakej internet smpai 7 mb, itu pon yg pling bangsat skali,..bru 24euro sebulan,..gaji sejam kt cnie pling busuk pon 8 euro sejam...
pe mcm?? jelez x?
Biasalah negara maju. Malaysia inikan negara dunia ketiga.
Salam bro,
Asal hang bg servis komputer percuma... sebab pakai software pakai ker? =) Takut income jd haram ker?....
PS: Aku classmate hang time kt JMTI dulu
Kita semua Muslim bersaudara.
Hadirlah semua rakan dan taulan. Kita tetap bersaudara.
power anep!
aku doakan ko jd usawahan berjaya
come on
Aku dah kata dah ko mesti benti keja punya pasal environment yg tak sesuai ngan ko...
Post a Comment