Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Perang Dunia Ketiga Sudah Hampir ?

Tuesday, December 29, 2009

Perang Dunia Ketiga Sudah Hampir ?

Masanya sudah hampir. Berita yang banyak keudara di media arus perdana berkisarkan Sunni melawan Syiah.

Iran

Sana-sini bom tanpa henti di Pakistan. Bom pula meletup mengenai gerombolan Syiah yang merayakan hari istimewa mereka iaitulah Hari Asyura. Hari syahidnya cucu Nabi Muhammad S.A.W.

Orang Syiah mengagungkan Husin bin Ali kerana selaku cucu Baginda yang sepatutnya meneruskan perjuangan agama Islam. Itulah fahaman mereka. Fahaman ini berlawanan dengan Sunni yang mengatakan Abu Bakr lebih berhak. Kerana Abu Bakr adalah sahabat karib Baginda.

Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya. Kerana apabila sampai masa, hanya Ka'abah hitam itu sahajalah yang akan menjadi bahan tawaf seluruh umat Islam yang berbilion jumlahnya. Mana ada Ka'abah lain? Nampak tak bagaimana umat Islam boleh terbodoh seketika?


Dr Zakir Naik Sunni,Shia,Shafi,Wahaabi,Hanafi (Are Muslims confused?)

Pakistan buat pengetahuan semua merupakan negara yang memiliki 20% penduduk Syiah dan Sunni 80%.

Iraq pula mempunyai 60% penduduk Syiah dan 40% Sunni.

Afghanistan, 75% Sunni dan 25% Syiah.

Ketiga-tiga negara ini mahu dikuasai Amerika. Jika dilihat peta di atas, memang jelas jika Amerika menguasai ketiga-tiga negara tersebut, maka lebih senanglah Iran diserang.

Mengapa Iran? Iran merupakan pengaluar minyak OPEC yang kedua terbesar. Selain itu kedudukan strategiknya yang menghubungkan timur dan barat dunia. Jika jalan darat digunakan bagi tujuan ekonomi (import/eksport), Iranlah yang akan menjadi orang tengah antara timur dan barat. Takkah kaya Iran?

Dengan alasan kedudukan strategik itu, saya tidak hairan mengapa Iran pernah menjadi satu pusat tamadun dunia teragung suatu ketika dahulu di zaman Raja Kurus.

Turut dimainkan di media, ialah kebangkitan kumpulan Al-Qaeda yang dikatakan beraliran Sunni yang baru-baru ini kononnya, diwakili seorang warganegara Nigeria untuk mengebom pesawat milik Amerika.

Persoalannya mengapa perlu berita-berita ini melaung-laungkan Syiah dan Sunni?

Umum tahu Amerika menghadapi masalah kelembapan ekonomi. Jesteru, Amerika tidak mampu menyerang terus negara Iran.

Amerika perlu menyerang Iran dengan menggunakan proksi. Maka, puak Syiah dan Sunni akan dilaga-lagakan.

Jika anda biasa membaca cerita-cerita perang, anda tentu sedar bahawa banyak negara atau kerajaan jatuh akibat orang dalam.

Sebab itu Iran sekarang ini sedang diasak hebat oleh rakyatnya sendiri yang menyokong pembangkang. Ketua pembangkang Iran Mir-Hossein Mousavi yang baru kematian anak saudaranya dalam satu perarakan, sudah tentu akan mengatur langkah bagi menjatuhkan Ahmadinejad dengan lebih berkesan.

Sudahlah ada rakyat menentang Ahmadinejad, kini akan diumpan-umpan pula bersatu menentang puak Sunni dengan berita letupan yang diputarkan sekarang ini. Apakah negara Iran yang majoritinya berfahaman Syiah akan berdiam diri dengan letupan yang mengorbankan orang-orang Syiah?

Jika Iran termakan umpan pertelagahan Syiah dan Sunni ini maka akan terjadilah Perang Dunia Ketiga.

Apakah matlamat utama Amerika? Amerika pada saya, lebih berminat dalam menguasai telaga minyak dan menjayakan negara haram Israel. Jadi selepas Iran, mungkin Arab Saudi pula. Siapa tahu?

21 comments:

Ariji

apabila saudara kata mazhab2 itu hanya fikiran sempit politik hm maka nantikanlah muncul suara2 berteriak mengatakan saudara ini KAFIR.

Dalam erti kata lain mereka mendakwa bahawa saudara telah MURTAD.

Lalu berdasarkan dalil drp Hadis, maka mereka akan mengatakan bahawa darah saudara HALAL dibunuh.

Nah... Inilah antara punca pembunuhan sesama orang Islam.

Maka mari kita renungkan Surah Al- An'am ayat 114

"Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

Berdasarkan ayat di atas, kunci penyelesaiannya adalah AL-QURAN.

Lihatlah mereka, masing2 menggunakan al-Quran yang sama.

Apabila semua kembali kepada al-Quran maka disitulah titik pertemuan.

Wallahualam.

Anonymous

Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya


saya rasa,tak kena la kata mcm ni..cuba hanief tanya org yang lebih pandai ttg agama.
sebab imam2 tu bukan calang2 org.ttg syiah tu mmg sesat.tapi imam Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie ni jgn buat main2 hanif..silap2 terkeluar agama.

(ramzi)

Pencinta Muhammad

Memang nif,sebab mazhab la umat Islam berpecah.. bayangkan kalau kita semua berpandukan Al Quran dan As Sunnah..

Hanya Allah yang berhak menghakimi syiah tu sesat ke tidak.

Anonymous

aqidah syiah
http://www.youtube.com/watch?v=NuyxjzSs40k

Anonymous

lagi syiah

http://www.youtube.com/watch?v=IE_uvQ6_PE0

Anonymous

tgk syiah sembahyang

http://www.youtube.com/watch?v=N_p8bXGblYY

golok terbang

Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya.


...............


saya setuju dgn pendapat Ariji.

saudara hanief wajib belajar agama dgn mendalam dulu baru berbicara tentang agama. kita tak sepatutnya berbicara soal agama dgn hanya berlandaskan logik akal semata-mata, tetapi perlu desertakan dgn nas2 dan dalil2 yg sahih drp al-quran & hadis.

sebagai seorang melayu malaysia yang beragama islam, boleh saya tahu mazhab apa yg menjadi pegangan saudara sekarang?

adam

ana tak setuju klu enta sendiri kata yg fahaman mazhab2 diatas itu fahaman sempit,,ana nak enta tarik balik kata fahaman sempit itu,,,,

sepetutnya enta kata mereka yg taksub dgn mazhab dan meraka itula yg sempit,,,sebb apa menerima satu pendapat sahaja tanpa menerima yg lain...sedangkan dlm islam membenarkan kita berpegang pada semua mazhab,,tapi pilihan mazhab itu pula mengikut kepada setuasi sesebuah negara,,,

yg menjadikan ia sempit itu bukan mazhab,,tapi org yg taksub itu sendiri,,,dan harusla enta meminta maaf pada semua,,supaya betul kan kembali maksud enta yg sebenarnya..

ana faham maksud enta,,enta tak maksudkan fahaman sempit itu pada mazhab,,tapi meraka yg taksub itu sendiri yg menyempitkan fahaman mereka,,,

Anonymous

kapada pecinta muhammad : syiah tu mmg sesat. sebab bagi aku la dalam islam takde pun suruh kelar2 badan sampai berdarah untuk memparingati cucu nabi muhammad. dah jelas syiah tu sesat

pencarikalam

Salam,Tak perlu kafir mengkafir..Pada zaman rasullullah tiada mazhab yang muncul..Mazhab ini cuma untuk menyenang pengurusan agama..kita memegang Mazhad sunni akan tetapi kekadang kita menerima pakai mazhad lain seperti dalam urusan Haji dan zakat..Zaman sekarang banyak orang mempertahankan mazhad dan tarikat dan juga Wahabi..Apa perlunya berhujang yang tidak penghabisan,sebagai cerdik pandai mari sama bermuafakat dalam memperbaiki,buat yang baik tapi jangan menyusahkan saudara seislam lain kira terbaik..Ini melakukan tetapi dengan rasa megah mempertahankan hujah yang tak pasti benarnya..Maaf jika terkasar bahasa..Sekain wasslam http:pencarikalam.blogspot.com

Mirwan

Mari kita lupakan mazhab ini semua. Kita laksanakan rukun Islam dan rukun Iman sahajakan senang?

Rukun Islam
- Mengucap 2 kalimah syahadah
- Solat 5 kali sehari
- Puasa di bulan Ramadhan
- Zakat
- Menunaikan haji

Rukun Iman
- Percaya kepada Allah Taala
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab-kitab
- Percaya kepada Rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar

Anonymous

betul tu...aku x ikut mane2 mazhab...aku ikut ape yang nabi buat dan Al-quran...sedangkan mufti pun ade percanggahan pendapat ape pendapat korang?

ikuti ceramah DR ASRI-http://www.youtube.com/watch?v=SKJ6zDx1cks

Anonymous

"Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya"

saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas sebab mazhab-mazhab itu datangnya dari ulama-ulama yang menjadi pewaris para nabi. perbezaannya adalah hanya pada pendapat tetapi masih menuju kiblat yang sama. ianya bukan fahaman politik sempit.

Jongkidin

"Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya"


salam..pencerahan di sini yakni perlu difahami bahawa..sunni-syiah merupakan mazhab aqeedah..manakala Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie merupakan mazhab fiqh...so agak celaru statement hanif di atas...

Anonymous

Manusia dilahirkan tidak bermazhab. Macam mana adab sembahyang, adab puasa, dll kalau tak faham sepenuhnya isi kitab maka kepada mazhab tersebut lah yang kita berpandukan. Samada Syiah atau Sunni jadi pilihan lain macam mana pun asalkan tak bercanggah dengan al-Quran.

Jadi mungkin maksud sempit dlm teks Hanief bukan mazhab tapi sebahagian penganutnya yg kurang faham.

Kamishiro Maiku

Yea..saya pun rasa Hanief perlu study lebih lagi pasal mazhab2 ni. Bab2 berkaitan agama ni bukannye kite boleh buat main2, tul x..

Saya suka masuk blog Hanief ni. Biasanya ape2 pndpt yg Hanief utarakan pasti diperdebatkan. Ini yg Islam mahukan, saling tegur-menegur. Sedikit sebyk kite boleh mndpt input dr kolokium xformal ni.

Anonymous

tau lak ko nip nk hentam AS.. kt Malaysia nie ejen zionis dan AS adalah Anwar idola yg ko sanjung2kan.. cite pasal negara org lain bukan main lagi ko hebat tapi yg kt Malaysia nie ko seolah olah buta atau buat2 buta? xpe2 aku paham.. org yg sanjungi adalah ejen Zionis dan AS untuk menjahanamkan Islam kt Malaysia nie.. aku cabar ko nafikan semua benda yg aku tulis nie.. ko hentam zionis tapi hakikatnya idola ko ditaja Zionis.. ko hentam AS tapi hakikatnya AS adalah tempat idola ko mengadu dlm erti kata lain AS adalah backup untuk Idola ko.. aku tipu? aku fitnah? buktikan nip buktikan!

yg nie lah ejen2 Dajjal nk org Islam dgn org Islam bunuh sesama sendiri, caci sesama sendiri dan akhirnya berpecah belah.. ah lagi 1 nip, sampai skrg aku tunggu jawapan ko tentang mengapa PKR berlogo mata 1? dan buat si bangang2 yg dok xtau nk beri jawapan kt aku pasal isu mata 1 nie jgn la spin ke tempat lain.. bendera Msia sama seperti bendera AS? jadi? ape masalahnya? ade ke bendera Msia bermata 1?

perang dunia 3 xkan berlaku selagi org2 Islam diseluruh dunia bergaduh sesama sendiri.. dan perang dunia 3 akn berlaku pabila semua umat islam didunia ini bersatu dgn umat2 yg lain menentang Dajjal dan tentera2nya..

Anonymous

kita umat akhir zaman perlu berpandukan al_Quran dan al_sunnah,,,

Anonymous

mazhab syiah mane betul la bro....die azan pun dah salah, aqidah die pun salah....sembahyang pun cara lain...syiah mengagungkan saidina ali bukan nabi muhammad s.a.w....ini bercanggah dari islam

Anonymous

salam encik hanief,

sila berhati2 membuat kenyataan, bila kita tidak arif tentang sesuatu benda jangan buat kenyataan melulu lebih-lebih lagi didalam soal agama. Kita boleh memberi pandangan berkenaan politik dunia tetapi untuk memberi pandangan berkenaan isu yang melibatkan agama perlu ada ilmu kerana melibatkan soal akidah.Tuduhan anda terhadap ulama terdahulu amat berat dan mengatakan mazhab itu semata-mata politik yang sempit menunjukkan kefahaman anda masih kurang dalam hal ini. Setiap yang ditulis oleh tangan anda akan dipersoalkan diakhirat. Adakah anda fikir setiap imam yang umat islam ikuti hari ini pernah terlintas difikiran mereka untuk mewujudkan pecah belah dikalangan umat islam?.Saya tahu anda mengharapkan supaya semua umat islam akan bersatu tetapi tolong jangan menyalahkan mujtahid yang terdahulu atas kacau bilau yang berlaku keatas umat islam sekarang ini.

salam
A<i

Shahrir

Assalamualaikum Anonymous..
Ma'af ye, dari bahan kesahihan yang mana saudara dapat maklumat yang mengatakan Mazhab Syiah mangagungkan Saidina Ali lebih dari Nabi Muhammad, Astagafirullah....Biar keluar Mazhab tapi jangan keluar Islam saudara. Apabila seseorang yang tidak mengangkat Khalifah Abu Bakar sesudah Kewafatan Rassullullah bolih di anggap, sesat, terkeluar dari Islam, Sama2 kita berdoa agar kita tidak terkeluar dari golongan 72 di akhir zaman nanti, kalau mazhab Ahli Sunnah Waljama'ah (Suni) 4 Mazhab ade yang bersembahyang cara lain dari Imam Syafei, kenape tak di lebelkan terkeluar dari Islam, bercanggah?. Saidina Ali bukan lebih agung dari Nabi Muhammad, tapi mungkin Khalifah yang lebih layak selepas Kewafatan Nabi Muhammad. Sila cari bahan sejarah yang sahih,selepas kewafatan Rasullulah, Peristiwa "Saqifah Bani Saidah" bermula nye perpecahan Umat Islam. Ma'af ye Saudara.
Wallahuwallam.
Wassallam..........

Post a Comment

Blog Archive